Meh klik kejap~

Friday, February 1, 2013

Annaila : 10 bulan~

Hohh hoiiiiii~ Anak dara ni dah 10 bulan hari ni weyh~ Eh belum lagi. Kena tunggu 11.44 malam baru cukup 10 bulan. 

Okeh-okeh apa perkembangan dia? Hurmmmm. Rasa macam sama je macam 9 bulan hari tu. Still merangkak, meniti, lepas tangan kejap-kejap. Haaaa itu je lah. Mak aku cakap kalau budak selalu demam ni, nak pergi ke step seterusnya lambat siket. Sebab bila demam dia takde tenaga dan takde keberanian nak explore sesuatu yang baru. Kata mak aku lah. Pastu mak aku cakap masuk setahun lebih nanti baru pandai berjalan kot. Takpe lah Naila, mama ni tak kisah kamu nak berjalan bila. Tapi kalau boleh cepat siket lah sebab mama dah tak larat nak angkat kamu yang semakin berat tu. Hihihi~  <<- tapi bila kamu dah start berlari mungkin mama akan fengsan mengejar kamu!

Tapi ada satu perangai dia dua tiga hari ni, kalau aku babab peha dia. Dia menangis macam sedih sangat sampai meleleh-leleh air mata. Nangis pun bukan nangis kekuat macam marah. Tapi menangis sedih yang bermula dengan mulut dicebikkan pastu keluar suara "ekkkkkk" dan akhirnya air mata bercucuran. Eh?? Tetibe lak budak kecik ni nak jadi sensitip bagai. Kalau dulu kena cubit ke, kena babap ke, rilex je. Dah aku tak boleh nak gomol dia sesuka hati sebab dia dah jadi sensitip girl pulak. Hah tapi dia lupa kalau balik rumah opah ade pak uda yang suka gigit budak. Hahaha~ Habislah menangis-nangis budak kecik ni kena gigit nanti.

Naila takmo sensitip sangat. Nanti tak boleh mama nak main kasar-kasar dengan awak. Hihihi.








6 comments:

  1. naila merangkak jugak.. afiq tak jumpe step tu gamaknye.tau2 je nak berjalan..anak mama betoii..

    ReplyDelete
  2. Oke..dah sama dengan iman sekarang. 10bulan dah..selamat ulang bulan ke 10 naila.
    memang anak ni makin besar makin sensitip la..iman pun nampak dah gaya-gaya nak kuat sentap. lagi-lagi kalau ummi yang marah. huhuhu

    ReplyDelete
  3. ala tomeyla naila ni.. :) xpe lmbt jalan, janji sehat :)

    ReplyDelete
  4. alollolo..hihi..anak2 ni semakin membesar semakin mengerti...kdg2 kelakar bila tengok ragam nya.. ;D

    ReplyDelete