Meh klik kejap~

Friday, February 1, 2013

Annaila : Lagu-lagu Mama untuk Naila~

Kelmarin daddy Naila ajak makan Nando's kat Alamanda. Angkut sekali budak kecik tu. Lepas makan, jejalan la kat Carefour cari barang dapur siket kan. Masa tu Naila dah lentok-lentok kepala kat bahu aku. Ngantuk la tu. Dia selalu tido paling lewat pukul 9 malam. Ni pukul 9, terpacak merayap lagi kat Alamanda.

Masa nak balik tu, dalam kereta aku pun bernyanyi-nyanyi lah dengan hati yang girang untuk Naila sebab dia dah start menunjukkan simptom-simptom moody. Aku duk nyanyi lah lagu-lagu masa aku kecik-kecik dulu. Tapi ada dua lagu ni yang daddy Naila duk pertikaikan dan gelakkan aku. Cessss! Lagu dia cenggini,

Bulat kecik bulat kecik bulat lah besar
Sayang mama sayang papa sayang semua
Enam kali enam tiga puluh enam
Enam kali enam anak beruang

Pastu daddy Naila tanya kenapa enam kali enam anak beruang? Enam kali enam tiga puluh enam la. Sambil dia gelak-gelak. Eh suka hati kita la, ni kan lagu kita. Kat Johor takde lagu ni ke? Hahaha~

Pastu wat muka tak bersalah balik nyanyi lagu lain. Kata nak hiburkan hati anak kan. Haruslah banyak lagu-lagu pelik tapi benar!

Hujan rintik-rintik, air bergelora,
Mama bagi duit, adik pergi sekolah,
Tiga tambah tiga, adik jawab enam,
Cikgu tanda rite, adik pun terus pulang,
Papa bagi duit, adik beli roti,
Perut adik buncit, kaki adik jadi kayu hoki.

Dan lagi sekali daddy Naila tergelak kenapa kaki kena jadi kayu hoki. Eh hellowww, lagu ni ada maksud tau. Geram aku. Daddy Naila jeles la tu masa kecik-kecik takde lagu best-best macam aku punya lagu. Huahuahua~

Balik dari Alamanda, aku pun ajak daddy Naila melukis. Dia taktau bini dia ni hebat melukis! Oh oh tapi nak melukis kena la menyanyi sekali, baru lah hasil die "WOW!! FANTASTIC BABEH!!" Tapi masa aku lukis tu atas kertas la. Ni aku edit balik bagi korang paham. Sambil aku lukis dan nyanyi-nyanyi, daddy Naila duk la tersenyum-senyum. Geram aku! Suke je nak gelakkan aku. Grrrr!
*
*
*



Pastu kan bila aku dah habis lukis, tetibe daddy Naila pun cakap dia pun pandai lukis. Ohhh iye?? Taknak kalah. Nampak sangat tergugat dengan lukisan-lukisan cantik aku. Pastu daddy Naila pun lukis la gambar ni. Aku pun buat muka teruja, "oh comelnyeeee". Terus tertido sampai pagi. Hahahaha~ 

Last last last! Jom layan video neh~

11 comments:

  1. yg bear tu saya salu nyanyi time kecik2.haha.tp sy guna bola kecil,bola kecil..bolanya besar..haha..yg len sama je..

    ReplyDelete
  2. hahaha...anak2 sekarang kemain lagu nk omputih je...twinkle2 la...mcm2...lagu2 comel camni mst diaorg pelik dengar...comel..comel...lukisan mama Naila pn comel...seiring dengan lagu...:)

    ReplyDelete
  3. same la lagu masa rin kecik dlu, tp lirik dia lain sikit dgn wawa punye

    ReplyDelete
  4. lawak la..situasi yang sama dengan zati nya husband tau..dia pelik gila-gila napa mesti 6x6..zati patut tunjuk lukisan ni la bagi dia faham..haha..eh tapi kena lagu ke-2 tu zati belajar sampai "adik lari pulang" jer eh??.patut la dapat gambar muka ja.huhu..belajar tak habis ni..heheh..

    ReplyDelete
  5. hahaha...dlu salu la dgr lagu tu..pas 2 dok lukis...skng ni xde plak nyanyikn lagu ni kat anak...heh..

    ReplyDelete
  6. hahaa.. mmg lawak. tapi kalau ikut lukisan ada betul nya. dulu2 inilah lagu2 yang menghiburkan kita bila main dgn kawan2

    ReplyDelete
  7. hehe ..samalah suka juga nyanyi kat anak lagu bulat kecik bulat kecik..satu rumah dok gelak sebb nyanyi lagu tu, tapi pedulikan, janji hati senang..hehe

    ReplyDelete
  8. apsal bila time ciknaa nak nyanyi sume lupe ehh.. haha.

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. lagu kecik2 dlu... x penah nyanyi kat shaheem. klu nyanyi terlopong kot mulut dia hehe

    ReplyDelete
  10. hohohoho...comel2!! ena dulu hujan rintik2 sampai kepala je, badan tangan kaki semua takde. Pasni nak try nyanyi tuk Aqil plak lah

    Btw, lagu fullhouse tu memang comey..mengimbau kenangan sungguh. Tetiap hari dulu layan cite ni :D

    ReplyDelete
  11. hahahahaha..sangat comel ..lagu pun comel..
    mase kekecik dlu ade gak dengar lagu-lagutu..
    tp lain skit la.. hehehe...

    ReplyDelete