Meh klik kejap~

Friday, February 22, 2013

Annaila : Playground~

Last week masa kitorang nak pergi parking kereta kitorang lalu kat playground, tetibe Naila menjerit-jerit seronok sebab nampak bebudak arab main kat playground. Masa tu aku rasa excited pulak nak bawak dia main kat playground tu.

Dan hari ni untuk pertama kalinye Naila main playground kat kawasan rumah kitorang. Hihihi. Dia super duper happy! Haaaa aku tak dukung Naila tau. Naila jalan sendiri. Jalan pimpin tangan la, Naila tak pandai jalan lagi. Tapi kalau pegang sebelah tangan tu dah boleh la bertateh. Mama boleh fefeeling macam anak dah pandai berjalan. Kononnye. :p

Annaila jumpa playground?? Kejap nak main seesaw, kejap nak main gelongsor, kejap nak jejalan. Tu yang penat giler tu. Fuhhhh! 

Pastu aku yang kena heret dia balik sebab aku dah penat. Hihihi. Balik rumah, Annaila haus nak air. Pas minum sebotol sanquick, mintak mamam coklat pulak. Haih~ Kecik-kecik dah makan jajan.

Weh tapi penat giler kot. Aku takde la berlari-lari kejar Naila tapi berpeluh. Peghh! Apakah?? Kalau Naila berlari nanti, agak-agak basah kot baju aku?? Kuang kuang kuang~







7 comments:

  1. teror sangat lah anak mama ni dah boleh jalan pimpin-pimpin tangan. iman? belum nampak bayang lagi nak pimpin-pimpin tangan dia :)

    ReplyDelete
  2. comelnye.........dah nak boleh jalan best2....

    ReplyDelete
  3. wah kemain suka dia main kt playground ye

    ReplyDelete
  4. amboiii..annaila dah bertatih yer...seronok dia dapat main playground =)

    ReplyDelete
  5. amboi...berpeluh2 main... semangat sungguh...

    ReplyDelete
  6. aloo comel anailah..
    hannah pun kalo pergi playground bukan main suke lagi..;)

    ReplyDelete
  7. comel nya dia..suka dia dpt main..:-)

    ReplyDelete