Friday, February 22, 2013

Annaila : Playground~

Last week masa kitorang nak pergi parking kereta kitorang lalu kat playground, tetibe Naila menjerit-jerit seronok sebab nampak bebudak arab main kat playground. Masa tu aku rasa excited pulak nak bawak dia main kat playground tu.

Dan hari ni untuk pertama kalinye Naila main playground kat kawasan rumah kitorang. Hihihi. Dia super duper happy! Haaaa aku tak dukung Naila tau. Naila jalan sendiri. Jalan pimpin tangan la, Naila tak pandai jalan lagi. Tapi kalau pegang sebelah tangan tu dah boleh la bertateh. Mama boleh fefeeling macam anak dah pandai berjalan. Kononnye. :p

Annaila jumpa playground?? Kejap nak main seesaw, kejap nak main gelongsor, kejap nak jejalan. Tu yang penat giler tu. Fuhhhh! 

Pastu aku yang kena heret dia balik sebab aku dah penat. Hihihi. Balik rumah, Annaila haus nak air. Pas minum sebotol sanquick, mintak mamam coklat pulak. Haih~ Kecik-kecik dah makan jajan.

Weh tapi penat giler kot. Aku takde la berlari-lari kejar Naila tapi berpeluh. Peghh! Apakah?? Kalau Naila berlari nanti, agak-agak basah kot baju aku?? Kuang kuang kuang~







Honeymoon Makkah rupanye~

Sorry Sakin. Tapi nak letak jugak gambar ko kat sini. Hehehe~

Ni pasal entry semalam yang aku buat tu. Aku dah tau dia honeymoon kat mana. Makkah. Best kan?? Kawen terus buat umrah. Seriously aku jeles! 

Camne aku tau, semalam dia whatsapps aku. Hehehehe. Happy kot^^ Sebaik dia baca blog aku. Kalau tak baca sumpah tak whatsapps aku kot. Apa pun terima kasih bebanyak share pengalaman ko kat sana. Buat aku excited nak melawat sana jugak. :)

Pergi Makkah dalam usia yang muda, kudrat tengah kuat. Bila lah aku dapat pergi sana. Sakin doakan aku murah rezeki. Nanti kita pergi sama-sama. 

Love u^^













Annaila : Punggah barang~

Ni la kejenye sekarang. Kalau tak punggah barang, tak nyepah rumah bukan budak kecik la namenye. Dah bosan main menan, usha benda lain yang boleh buat main. Dah puas main, mintak susu. Naila tak pandai sebut susu lagi. Sekarang tengah gigih sebut 'susu', 'susu', 'susu' depan dia. Tapi kalau sebut SUSU time dia tengah lapar, dia ngamuk jerit-jerit. Nape ntah. Sekarang dah pandai protes kalau lapar, dia hisap botol kosong kekuat, bila kita pandang terus dihulurkan botol susu kat kita. Hihihi~

Okey ni baru punggah bilik dia sendiri. Belum bilik mama nye lagi. Nampak je benda boleh dibukak, campak semua barang dalam tu. Kat ruang tamu pulak, mungkin takde benda nak dipunggah Naila akan main campak-campak remote, panjat kabinet TV sambil tepuk-tepuk TV *bikin daddy menjerit kalau tengok Naila buat cenggini*, capai apa yang boleh dia capai. 

Takpe Naila, ikut suka la Naila nak punggah rumah pun. Asalkan Naila sihat^^

Punggah Naila...mama mampu tengok je...
Tak sempat nak snap mase dia angkat kaki nak masuk dalam box ni.
Nampak je kotak yg boleh dibukak, bukak n keluarkan barang. Bile barang dah keluar campak. Boleh?
Habis main dalam box tu, pampers pun jadi menan die jugak.

Thursday, February 21, 2013

Annaila : Kenyit Mata~

Bangun-bangun tido mama dan Naila bertentang mata. Pastu mama kenyit mata kat Naila dan Naila kenyit balik kat mama. Hahahaha. Ternyata CINTA mama kat Naila tak bertepuk sebelah tangan! Lebiu lah Naila^^

p/s : Daddy Naila taknak try?? Lalalala~

bestnye bukak mata nampak muka mama senyum2....
eh mama kenyit mata lah...kne balas ni...
bila mama nak benti kenyit mata ni...Naila penat dah....
my JU-ON~

Entry khas untuk Sakin. Selamat pengantin baru!

Hooo hoiiiiii. Akhirnye kau kawen jugak! Setelah macam-macam-macam-macam yang berlaku. Cinta monyet Jalan 3 jugak jodoh kau.

Hari pernikahan, lagi kau nak tunjuk cool kan. Kekonon tak excited, buat muka selenga, buat muka bosan, buat muka mengantuk. Choiiii! Tapi aku layan kan aje lah. Pas akad nikah, tetibe aku nampak kau lap air mata. Apakah?? Ego sudah jatuh? Time tu memang aku gelak la kan. Kau kan hati kering, hati batu! Sekali je kau nangis depan aku sebab kena fitnah dengan minah senget tu. Lain-lain memang kau tahan air mata tu kan! Settle semua bergambar bagai, aku pun duk lepak tanye ape kes nak nanges-nanges. Pastu kau jawab sebab terpaksa menangis. Cehhh! Boleh eyh terpaksa? Padahal dalam hati ade bunga ros tapi taknak ngaku jugak kennnn. Poyo ah kau! Hahahaha~ 

Majlis sanding, baru aku nampak kau senyum ikhlas dan nampak happy! Ehhh dah kena basuh dengan family ke malam tu?? Hahahaha. Padan muka kau! Papepun muka Amir la paling happy dan muka gatal tu yang tak boleh blah! Kakakaka! Oh oh lagi satu, kau nampak cantek giler hokey. Semuanye perfect! Tapi masa nikah tak cantik sebab kulit kau nampak hitam. Hahahaha! Sebaik baju cantik time tu. Fuhhh fuhhh! I is jeles hokey. Rase nak nikah lagi, boleh fefeeling nangis macam kau jugak. Ngaaaa~ :p Lagi satu, silalah produce anak cepat-cepat. Boleh la jadi mak-mak pulak pasni.

Majlis sambut menantu, sorry tak dapat datang. Sebab malas kot. Lagi satu mungkin sebab segan nak tunjuk muka. Nanti family kau, makcik-makcik kau cakap, "Wawa lagi." Hahahaha. Jadi aku pun tengok je lah gambar dalam facebook. Sangat GORGEOUS! Antara nikah, sanding dengan sambut menantu, aku suka SAMBUT MENANTU. Cantik sangat! Dan dan kau nampak super duper HAPPY^^ Okey dah melambung sangat aku puji, silalah bawak ole-ole bila balik honeymoon nanti ye.

BFF selamanya tapi kali ni nak sentap siket sebab kau tak bagitahu honeymoon kat mana. Blah lah.

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU SAKIN SENTAP! Semoga bahagia hingga hujung nyawa. Gado-gado manja dalam perkahwinan, biasalah. Hihihi. Sayang kau ketat-ketat^^

p/s : Nanti nak lepak rumah baru kau! Sai pun dah boleh bawak kereta. Hehehe.

Sah bergelar isteri^^
Hadiah buat isteri terchenta~
Ok ni lawak! Hahahaha. Tersipu-sipu bila kena cium. Takpe, pasni kau cium depan orang, orang kutuk. Hihihi.
BFF Reko. 
Hari persandingan. Gojes mojes^^
inilah kami. gedix bile bergambar^^
Mommies sama anak-anak. Tahun depan tambah lagi sorang anak. :)
mementang kitorang mak-mak, kau suruh kitorang pakai baju kaler dull2 kan. 
Anak-anak. Annaila bongsu. Hihihi.
Si tembam asyraf! Best kalau cubit ni. :p
kenangan sama pengantin.
pengantin lelaki sila ke tepi. hihi.

Wednesday, February 20, 2013

Pigeon Sakura Baby Toiletries best~

Lame giler tak citer pasal budak kecik tu kan. Sekarang dekat mana-mana tengah hot pasal baby 4 bulan kena lambung dengan amah sengal tu. Aku tengok video tu macam aku nak lambung amah tu dari KLCC. Jatuh mesti berkecai kan. Rasanye amah tu mesti dah kena belasah teruk dengan mak bapak budak tu sebelum diheret pergi balai. Kita yang tengok ni pun rasa bengang gila, mesti la mak bapak baby tu lagi bengang! Padan muka kau amah. Orang bagi kau kerja, kau buat palat. Bebal. Doakan baby 4 bulan tu selamat dan sihat. Aminnnn.

Ok dah habis citer amah ba alif ba ya tu. Meh citer si kenit tu. Kita mak-mak ni, semua nak bagi anak yang terbaik kan. Anak demam, berapa klinik kite terjah kan. Ada je orang review kat klinik sekian sekian sekian bagus, sanggup pergi walaupun jauh nun kat KL. Jauh la bagi aku sebab aku tak suka masuk KL. Ada pulak orang review makan Scott tu bagus, pergi beli. Eh tapi sebelum beli dah tanye doktor, doktor kate okey je bagi baby bawah 1 tahun makan tapi 1.5ml ye. Pastu terbaru orang duk review pasal produk Pigeon Sakura, aku pun tergedik gak la nak try. Nama pun Sakura, fefeeling musim gugur bunga sakura kat Jepun sambil berdating same daddy Naila. Eh eh, apa pun maceh mommycha sebab bagi info pasal Pigeon ni. Sayang ketat-ketat!^^

Perasaan nak guna produk Pigeon Sakura ni, teruja! Macam kite la beli krim muka brand baru, mula lah batak nak pakai kan. Mandi laju-laju semata nak pakai krim baru. Hihihi. Maka Annaila pun macam biasa dijadikan bahan eksperimen mama nye. Dapat je Pigeon Sakura ni, benda pertama aku godek bedak dia. Hohhh wangi sangat! Sampai mama daddy guna sekali bedak ni. Hihihi. 

Pastu mula la beroperasi memandikan budak kecik tu. Cam biasa budak bila jumpa air terkinja dia lain macam siket. Lupa yang dia belum boleh berjalan lagi tapi berlagak macam dah boleh berlari. Sebab nak buat review pasal produk ni, daddy yang kena mandikan Naila, mama tukang amek gambar sambil terjerit-jerit dalam toilet. Biase lah mak-mak kan suke bab menjerit-jerit ni. Masa mandikan Naila, daddy tak habis-habis cakap wangilah syampu ni, wangi lah sabun dia. Kannnn. Yelah sebelum ni, dari kita kecik sampai dah ada anak sendiri, bau yang sama je produk-produk yang kita guna. Bila Pigeon keluarkan set toiletries ni, pastu bau pulak bau SAKURA yang kitorang tak pernah bau, haruslah macam batak siket kan. Pastu Naila pun jadi mangsa ciuman beratus kali dalam sehari sebab wangi!

Haaaa. Lagi satu, Pigeon Sakura ni sesuai sangat-sangat untuk kulit bayi yang SENSITIF! Semua baby pun kulit sensitif kan, cuma kuat dengan biasa-biasa je. Annaila kategori biasa-biasa je. Kalau panas sangat baru naik ruam. Kalau duk rumah kitorang yang takde aircond ni, takde la naik ruam. Korang boleh la try jugak produk ni. Mana la tahu sesuai kan dengan baby korang. Tak cuba tak tahu. Tak cuba tak nampak hasil. Tak cuba takkkkkk ape-ape je lah.

Apa pun paling best bila daddy Naila tak habis-habis cakap, "Wangi la. Pasni guna Pigeon Sakura je lah. Sabun dengan syampu pun lembut je." Haaaaa Incik banker dah cakap cenggitu, mama is on je. Hihihi.

Love Pigeon Sakura^^

Annaila yang lasak.
Complete Naila punye toiletries. Bedak tu kongsi dengan mama daddy, cepat je lah habis tu. Hihihi.
Proses memandikan budak. Kite takde tab la aunties.
Boleh nyanyi "tak pedihkan mata."
Dah habis mandi. Uihhh sexy anak mama ni.
Maceh daddy. Kita dah wangi dengan Pigeon Sakura~

Tuesday, February 19, 2013

Backout Buyers????

"No Backout Buyers!"
"Once you blacklisted, we will not entertain any enquiry."
"Order dah confirm tak boleh cancel. Kalau cancel, kita takkan layan lagi lepas ni."

Semua ni POYO!

Cop! Aku adalah customer tapi dalam masa yang sama aku adalah peniaga online. Dalam business Mum Naila Collection, kalau ikutkan banyak kali aku jumpa customer yang order-order cancel. Booking punye lah lama tapi takde payment dan last-last cancel. Lepas tu aku buat camni, follow-up lepas 3 hari dan satu kali je aku tanye, kalau takde jawapan, aku pass kat orang lain. Kalau cancel, jawapan selalu aku terima, "Sorry, suami saya dah belikan." Walaupun aku tahu tu alasan, tapi takpe lah kan. Kita jawab elok-elok, jangan lah dia tak jadi beli, terus nak marah-marah atau merungut. Mungkin dia dapat harga lagi murah atau mungkin dia ubah fikiran takmo beli. Standard la manusia kan. Pernah jugak barang yang sampai kat customer terbukak plastik. Sampai customer tu cakap aku jual barang PRELOVED kat dia. Marah? Tak marah, tapi GABRA! Hihihi. First time kena cenggitu. Aku explain elok-elok kat dia cakap kemungkinan plastik tu rosak bila ada kat Pejabat Pos. Explain punye explain, baru dia okey. Adatlah berniaga kan, ada untung ada rugi. Tapi aku pernah kena macam tu, dapat kat aku barang tak okey, bila aku tanya, aku yang kena marah. Hahhh! Aku pun bengang la. Memang tak beli lagi dah kat situ.

Aku pernah gak la jadi backout buyer ni, tapi aku bengang giler sebab bukan kali pertama aku berurusan dengan dia. Aku pernah beli baju dan sekali tu je aku booking tak sampai 8 hours dan aku cancel kan order aku. Tu pun aku inform dia, bukan senyap je. Pastu terus dia unfriend aku. Aku tau dia unfriend pun bila aku nak recommend dia kat kawan aku, bukak wall UNFRIEND! Memang berangin la. Padahal sebelum aku cancel order tu aku banyak komen kat gambar-gambar yang dia tag kat wall aku yakinkan customer dia baju tu memang cantik. Haaa. Dah la nak promote barang dia tag-tag kat wall kita. Jadi macam tu, aku pangkah dia cari penjual lain yang tak strict sangat. Nampak tak kat situ dia dah hilang sorang customer. Bukan hilang sorang je, tapi dua orang sebab aku nak recommend dia kat kawan aku terus tak jadi.

Ciri-ciri seorang peniaga, salah satunye SANGGUP MENGHADAPI RISIKO! Haaaa ni bukan aku saje-saje buat statement, memang kalau belajar, benda ni memang ada. Pergi bukak buku. Takde buku pergi GOOGLE! Bagi aku nak berbusiness ni kau kena jalinkan hubungan baik dengan customer. Hubungan tu janganlah setakat ber'dear-dear' bagai, bila 'dear' kau tak jadi beli, terus kau pangkah besar-besar. Hellllloooooo kita taktau apa masalah orang tu, mungkin time tu duit dia tak cukup ke, dapat harga lagi murah ke, berubah fikiran ke atau apa-apalah. Positive! Mungkin bukan rezeki kau. Tapi mungkin NEXT TIME. Lagipun barang tu bukan nye tak boleh jual balik kan? Cepat atau lambat je. Kau tak rugi SESEN pun! Nak kata rugi masa, penat melayan? Ehhh bukankah itu pengalaman orang berbisnes jumpa dengan pelbagai ragam customer dan bukankah pengalaman tu mematangkan kita macam mana nak handle customer-customer yang cerewet, yang suke order order cancel ni. Kau nak business, jumpa dengan semua customer yang OKEY je memang susah la camtu. Relex la. Kita jual online yang mana kebanyakan takde kedai sendiri, yang mana keuntungan tak banyak nak tarik bayar sewa kedai, bayar bil, bayar pekerja. Yileekkk okey! Dan kebanyakan peniaga online tak berdaftar pun dengan SSM. Jadi yang nak kecoh sangat apehal?

Kalau kau taknak juga tanggung kerugian MASA EMAS kau melayan customer tu, letak deposit ataupun masa nak confirm order bagi tempoh 24 hours untuk booking. Kalau takde pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, pass kat orang lain. Tak payah nak pumpang-pumpang up status, "Habis masa aku nak layan kau, last-last tak beli. Kalau rasa ragu-ragu nak beli, takyah la bertanya macam nak beli sangat." Kalau aku nampak je statement ni, aku terus cakap POYO! Kau pergi kedai, nak survey harga, kau tanye pekedai tu macam-macam, pastu last-last kau cakap "okeylah, tanye je". Kalau pekerja tu senyum, okeylah. Cer pekerja tu tarik muka, kau pun mesti menyampah gila terus hasut semua kaum kerabat, kawan-kawan jangan pergi kedai tu. Nampak tak situasinye sama je kalau kita up status cenggitu. Bezanye kalau kedai kau nampak sendiri mimik muka orang, kalau online kau nampak status-status merapu.

Kepada peniaga-peniaga online, tolonglah jangan buat cenggitu kat customer korang. Customer-customer tu la rezeki korang. Takde customer, takde income. Kita buat baik, insyaAllah dorang akan recommend kat orang lain. Kita buat busuk, dorang akan jaja busuk tu kat orang lain walaupun barang korang la paling tiptop! Aku tahu korang sakit hati kalau ada customer suruh peram lama-lama barang tapi last-last cancel. Bagi aku, baguslah dia cancel dari orang yang menipu kata dah bayar siap hantar "SLIP PEMBAYARAN" yang dah di EDIT, dan korang pun pergi post barang tu, LAGI SAKIT HATI! Kan. Kan. Kalau pun kau tak heran sorang customer lari, tapi reputasi kau tetap dah buruk sebab ada orang yang doakan benda tak baik kat kau. Aku customer, aku tahu lah. Hahahaha!

Sekian. Peace^^

***************************************
Last, baju-baju yang aku dah beli dekat minah tu sebelum aku di UNFRIEND kan. Baju ni belambak jual online. Kau blacklisted aku, aku pergi kat orang lain.


Tuesday, February 5, 2013

Kami : Bagan Lalang~

Minggu ni macam busy gilers! Dengan Annaila demam nye sok sek sok sek nye. Hari ni nak half day bawak Naila gi klinik yang CikAnis dengan Kak Mimy suggest tu. Haaa hari tu ade jugak mommy suruh beli Appeton atau Scott. Dah belikan jugak untuk Naila Scott tu tapi beliau sangatlah tak suka. Hahaha~ Tapi aku sumbat kan jugak. Nak bagi sihat punya pasal.

Ok tutup cerita Naila. Ni cerita pasal weekend kitorang di Bagan Lalang. Dalam masa yang sama sedih tak dapat nak pergi besday party Fayel. Tak dapat Naila nak cuci mata. Eh?? Hahahaha. Kitorang pergi Bagan Lalang sebab daddy Naila ada gathering jugak kat sana. Gathering kawan-kawan opis lama dia. Tido kat hotel sana. Taktau pulak aku ada hotel kat Bagan Lalang tu. Ye ar kalau nak tido sana macam tak berbaloi je kan, dah la laut die yekkek-yekkek siket nak mandi. Tapi sebab dorang nak barbeque, aku layan kan aje lah. Haaaa hotel dia okey. Cantik! Baru naik kan. Masa tu aku tengok dorang tengah nak buat kolam. So kalau sesiapa nak datang tahun depan boleh la mandi kolam. Nama hotel? Aaaaaa, ntah la aku pun tak ingat. Hahaha~ Voley?

Okey tu je entry minggu ni. Takleh nak bebel panjang, sebab I is busy busy busy! 












Follow Us @soratemplates