Meh klik kejap~

Thursday, February 20, 2014

Annaila : Lif-tangga.



Trutt truuutttt.

Pagi tadi Naila macam biasa bangun pagi, dia buat hal dia, aku buat hal aku.
Tapi pagi ni Naila bangun golek-golek atas katil pastu panjat tingkap tengok ada apa kat luar.
Aku pulak macam biasa pepagi kelam kelibut siapkan diri, siapkan barang aku, siapkan barang Naila. Settle semua aku panggil Naila ajak pergi umah ibu (pengasuh).

Sampai lift, ada la drama antara aku dengan Naila. Naila nak turun guna tangga. Aku nak turun guna lift. Rumah kitorang tingkat 4, rumah ibu tingkat 1. Gila kau pepagi nak exercise sampai 3 tingkat. Memey tak ah. Macam biasa, aku akan menang. Jadi kitorang guna lift. Naila muncung siket dalam lift tu walaupun aku senyum-senyum, kenyit-kenyit mata.

Sampai tingkat 1, drama lagi kitorang anak beranak. Aku belok kiri nak pergi rumah ibu. Naila belok kanan nak pergi tempat parking. Rupanya Naila taknak pergi rumah ibu pagi ni. Nak ikut aku. Menangis-nangis taknak pergi rumah ibu sampai aku kena dukung dia. Fuhhhhh! Alahai anak. Sorry ye, mama kena pergi kerja. Malam nanti, kita ajak daddy jalan-jalan cari makan.

Gambar takde kena mengena dengan entry ni. Hehe.








5 comments:

  1. eh..gambar tu ada kena mengena ngan dak kecik dalam peyut tu..hihi!

    ReplyDelete
  2. gambar tu macam dah ada hint naila nak adik lagi..hehe :)

    ReplyDelete
  3. bagusnya Naila nak guna tangga..
    senaman pagi hari tu..:)

    ReplyDelete