Meh klik kejap~

Sunday, March 23, 2014

ZALORA - Shawl yang comel!

Hi korang!

Hari ni saje nak share pasal satu website online shopping yang agak dikenali dalam Malaysia ni, ZALORA. Lagi-lagi orang macam aku ni yang semenjak dua menjak ni kemahen malas nak jejak shopping mall. Jadi shopping online je la. Klik sana klik sini, eh barang dah sampai depan pintu. Nasib aku tak menjerit je macam dalam iklan ZALORA tu. Kuikuikui.

Banyak produk yang ada dalam website ZALORA. Tak percaya pergi jenguk website dia. <SHAWL> Dan antara produk yang menarik tertarik memey da bomb, SHAWL. Perempuan dengan shawl memang tak dapat dipisahkan. Lagi zaman sekarang ni, macam-macam fesyen kau boleh gayakan dengan sehelai kain bernama shawl. Dari fesyen yang sangat-sangat kemas, ber-brooch sampai la fesyen yang messy tapi comel. Yang penting menutup aurat. Gitew.

Kalau korang masuk dalam website ZALORA tu, banyak sangat koleksi yang boleh buat kau rasa nak borong semua. Muahaha. Cantek-cantek! Harga pun berpatutan! Kalau ikut aku la, aku jenis suka shawl dari tudung awning. Sebab. Shawl ni boleh buat muka aku jadi remaja. Kahkahkah. Ni syok sendiri ni. Eh tapi betul, tu sebab kalau time-time raya ke, event ke, aku lagi suka pakai shawl. Bila nak tambah aksesori macam cekak ke, pin bunga-bunga ke, nampak comel je, nampak cantek je. Nak kenakan dengan apa-apa baju pun memang takde hal. Tapi kalau hari-hari biasa aku rembat bawal je. Mihmihmih.

Okey penat dah bebel, korang tengok la sendiri koleksi-koleksi shawl yang ada kat ZALORA. Risau nak shopping kat sini? Jangan risau. Aku ada pengalaman beli barang dengan ZALORA ni. Tapi bukan tudung la, time tu shopping kasut. Barang sampai dalam tempoh 3 hari seperti yang dijanjikan. Paling best, penghantaran percuma! Weeweeee! Aku meniaga pun tak bagi penghantaran percuma tau. Hehehe.

Okey korang, selamat bershopping!

Nah. aku bagi jamu mata siket tengok shawl-shawl dorang.








2 comments:

  1. x penah lg try beli kat zalora, nak jenguk situ gak la.. anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

    ReplyDelete