Saturday, March 29, 2014

Happy Birthday Daddy Naila!

Hi Daddy Naila!

Happy birthday!

29.03.2014 : Dah 29 tahun dah awak. Dan eh! Nak masuk 30-an dah? Kakakaka. Makin tua dah! Perangai pun sila lah ubah menjadi matang ye. Matang? Tetibe teringat dulu masa awal-awal kawan dengan awak, kita selalu gado sebab awak cakap saya tak matang, macam budak-budak. Tapi bila saya dah kawen dengan awak, saya rasa awak pun bukan matang sangat pun. Heh!

Tau tak masa entry ni dibuat, saya tengah perah otak apa nak buat untuk besday awak. Iye takde preparation pape untuk tahun ni sebab bulan ni tersengkek siket. Kuikuikui. Nasib la besday awak ujung bulan, time-time gaji baru masuk. Boleh la belanja makan sedap siket. Boleh la tengok wayang dua tiga movie. Gulp! Mampu ke dah tua-tua gini.

Lupa nak cakap lagi, sebab besday awak dengan besday anak kesayangan kita tu dekat-dekat, kita sekali kan aje lah eh. So aktiviti weekend akan jadi aktiviti untuk Naila jugak! Weeeweee! Mesti Naila pun happy dan harap-harap pasni dia tak moody dan kuat merajuk dah. Fuhhh!

Errr nak cakap apa lagi eh. Mmmm. Mmmm. Okey la taktau nak cakap apa lagi dah. Nak cakap lelebih, kita cakap masa bertentang mata nanti je la eh. Awwww!

Akhir kata dari isteri yang tak berapa sempurna ni, Jangan nakal-nakal!
 
 
 

 
 

4 comments:

  1. Happy Birthday Daddy Naila.
    Semoga menjadi suami dan ayah yang soleh.
    ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat hr lhir utk suami wawa..huhu..

    ReplyDelete
  3. hepi belated besday untuk daddy naila. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga menjadi ketua keluarga yg terbaik untuk isteri dan anak2.

    ReplyDelete
  4. Tq baby bubu jiji.. and tq juga pada semua yg wish =)

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates