Meh klik kejap~

Tuesday, April 1, 2014

Annaila : DUA TAHUN!

1 April 2014!
 
Faida Annaila genap 2 tahun! Weeweeetttt! Besar dah anak dara tu. Perangai pun boleh tahan sejak baik dari demam hari tu. Asek nak sentap je. Ouh lagi satu, taktau apesal budak tu anti siket dengan daddy die sekarang. Pantang salah siket, memang dia mengamuk betul dengan daddy dia. Dengan aku boleh betoleransi lagi. Kalau aku marah, dia marah, tapi last-last dia datang balik kat aku gedik-gedik. Kalau dengan daddy? Haaaa beparut pipi daddy dia cekau! Orang cakap sebab adik perempuan jugak kot. Jeng-jeng-jeng!
 
Kali ni gambo banyak siket la sebab masa dia umur setahun dulu aku tak dan nak susun gambar. Jadi kali ni aku masuk gambo dia sejak umur sebulan sampai la dua tahun. Alaaa tengok gambar budak kecik mesti lah best je. Lain la aku up gambar aku dari atas sampai ke bawah, mau muntah darah korang. Muahahaha!
 
Eh pehal panjang nau mukadimah nye. Okey dah-dah. Ini kisah Annaila.
 
Annaila ni patut lahir bulan March. Tapi sebab mungkin rezeki dia masih belum ada lagi time tu, maka budak kecik tu pun keluar la masa aku 41 minggu. Overdue seminggu. Jenuh aku pusing mall dari awal mengandung sampai la nak bersalin dengan harapan keluar la cepat-cepat, tapi takde la maknanya. Lewat jugak. Hehe.
 
Bila dah keluar, excited pulak nak tengok progress budak kecik tu. Annaila meniarap masa umur errrrr 4 bulan kot? Aku pun tak ingat. Yang aku ingat Annaila meniarap tapi tak ke-depan tak ke-belakang. Tengok anak orang lain dah laju je menyusur, Annaila lak static macam tu jugak. Umur dia 6 bulan lebih, baru la dia start menyusur. Hehehe. Agak lambat, tapi takpe lah. Sebab dia tetiba menyusur? Nak tengok Upin Ipin kat Ipad! Kalau aku tak tunjuk katun tu, takde maknenye kot die nak menyusur.
 
Merangkak pulak aku memang tak ingat bila. Hahaha. 
 
Start berjalan masa umur 11 bulan. Masa baru pandai berjalan aku rasa paling best! Sebab tengok dia terkengkang-kengkang jalan nak stabilkan badan. Pastu belaja nak corner ke kiri kanan ke belakang. Comel okey budak baru belaja bertatih. Masa tu rasa cepat la Naila belajar berlari pulak. Sekarang bila dah pandai lari, jenuh nak ngejar pulak!
 
Bercakap. Ayat pertama dia sebut. Mmmmm. Ntah la. Tak ingat pulak amende. Takpe la yang pasti sekarang kitorang dah boleh berkomunikasi. Dia faham kitorang. Kitorang faham dia. Walaupun pelat-pelat lagi.
 
Perangai dia pulak. Mmmmm sejak baik demam last week, dia berhangen siket. Taktau la apesal. Kang kalau salah siket, mula lah dia nak sentap. Macam pagi-pagi, bangun pagi senyum-senyum dah dengan aku. Bila daddy pulak tegur, "Good morning Naila!!", terus dia moody macam daddy ada buat salah besar dengan dia. Hahahaha. Kesian daddy. Tapi kalau umpan "Naila nak naik motor?" terus senyum leret dekat daddy sampai dengan mama pun dia boleh cakap, "Mama tinggal ye." Hemoh-hemoh.
 
Apa pun, aku selalu doa Naila jadi anak yang baik, dengar kata, rajin, eh semua yang baik-baik la. 
 
Nanti weekend kita makan-makan dengan Atok, Opah, TokMa, TokPa, Pakcik-pakcik, Makcik-makcik ye. Hehehe. :D 
 
SAYANG SANGAT KAT AWAK FAIDA ANNAILA!
 
Gambo petama mst gambo mama-daddy. Takde kitorang takde la Naila. Masa ni aku dah 8-9 bulan.


1 bulan


2 bulan


3 bulan


4 bulan


5 bulan


6 bulan


8 bulan


9 bulan


10 bulan


12 bulan


13 bulan


14 bulan


16 bulan


17 bulan


19 bulan


20 bulan


21 bulan


22 bulan
 
23 bulan (2 hari nak masuk 2 tahun!)


19 comments:

  1. Happy birthday Annaila.. jangan hemo hemo yek!

    ReplyDelete
  2. happy birthday annaila yang cantik! rindu awak dan mama awak jugak...mmuaahhh!!

    ReplyDelete
  3. happy birthday si cantik...muahh rindu citer dia ngan mama dia...take care kakak....april fool naila hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Ya allah.... dah anak dara sangat ni... cantik nye awak :)

    ReplyDelete
  5. gojes as always. eh gojes?? hahahahahahahahah

    ReplyDelete
  6. happy birthday naila yang sweet....auuuwww...aunty suka tgk naila...sweet sangat....semoga menjadi anak yang solehah..n kakak yang terbaik buat adik nanti yeh....:)

    ReplyDelete
  7. happy birthday naila!!! makin jelita haa aunty nengok..wewitt!! semoga jadi anak solehah yg sentiasa mendoakan mummy daddy ye...amin~

    ReplyDelete
  8. semakin besar semakin cantiklah Naila

    ReplyDelete
  9. si comel!happy birthday!stress aunty tgk gambo awak ni..comel sgt tau!!!

    ReplyDelete
  10. happy birthday naila comey...
    semoga menjadi anak solehah...jangan nakal2

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday naila..tgk gambar awak dari kecik sampai besar makin hari makin comel la

    ReplyDelete
  12. heeee... hepi besday naila... cantek sgt tau naila..... cun melecun... esok besar cmfirm rmi pkwe nak kat naila.... pening lah mama nnt...

    ReplyDelete
  13. besar dah naila..pic last tu nampak kakak2 sgt!sory lmbt wish..hepy besday naila..

    ReplyDelete
  14. comey sgt naila..pic last tu nampak kakak2 sgt dah..wory lambat wish..hepy besday naila..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...2 tahun dah Annaila...

    ReplyDelete
  16. Happy belated birthday Wa...ko 8hb 6 kan.. CT 9hb 6...ingat tak cerita kek tgh malam kita?

    ReplyDelete