Sambungan cerita <sini>
Di suatu malam yang tak berapa nak hening, aku sama daddy Naila lepak-lepak kat rumah mak aku. Pok-pek-pok-pek nyembang sambil perhatikan Naila main kunci kereta. Pastu Naila ke belakang jap, gi mana ntah. Tapi selagi adik-adik aku tak menjerit panggil 'Annaila!!', maknanye keadaan masih selamat lagi lah.
Selang beberapa minit pastu, Annaila bawak sekor lion yang bentuknye macam dah lunyai siket. Dia ngisap lion tu sambil sengih-sengih kat kitorang. Pastu tetiba daddy Naila tegur,
"Eh, tu bukan lion yang lama ke?"
Aku,
Sambil usha lagi satu lion yang tergolek dog kat bawah meja pastu terus menjerit,
"Aaahhh la! Mana Naila jumpa??"
Naila muka tak bersalah sengih-sengih lagi. Pastu ambik lion baru. Angkut la dia ke hulur-hilir itu lion-lion.
Mak aku cakap,
"Haiii, hari-hari mak duk kemas rumah, menyapu, takde pulak jumpa."
Kitorang pun beramai-ramai la ke belakang ke-konon nak tengok mana tempat lion tersebut disembunyikan.
Posisi lion tu hilang kitorang taktau kat mana. Tapi kawasan hilang, kitorang dah tau lah sebab Annaila tinggalkan kunci kereta yang dia duk main sebelum jumpa lion lunyai dia tu.
Cerita kat kawan-kawan aku, dorang kata budak kecik memang suka sorokkan barang dan dorang sendiri yang akan tahu barang tu di sorok kat mana.
Yeke?
Setahu aku, budak-budak (ikut had umur) mudah lupa apa yang dorang buat/main. Tu yang aku belajar masa zaman-zaman u dulu lah. Kelas PSIKOLOGI. Kahkahkah. Konon nak psiko sangat lah tu.:D
Apa-pun sekarang, Annaila dah ada 2 lion. Haaaa! Amek! Kalau hilang dua-dua pasni, taktau nak kata apa dah. :p

















love.love.love.kamo~!!

segale2nye berubah bile nikah...:)