Saturday, March 16, 2013

Annaila : Bila mangkuk atas kepala~

Hari ni Annaila sarapan 'honeystar' + fresh milk! Dia sangat suka sampai licin dimakan. Pastu kan aku ajar la hirup susu dari mangkuk tu. Taktau la elok ke tak ajar camtu. Tapi mak aku ajar aku dulu masa ke-kecik, elok la kot! Hehehe.

Pastu bila dah licin, Naila nak hirup lagi. Nah sampai naik kat kepala mangkuk tu! Hahahaha~ Pastu rambut dah bau susu je. Bweeekkk! Muntah mama. Ce-cepat lap rambut tu. 



Friday, March 15, 2013

Annaila : Bola~

.........BOLA........


Comelkan bola ni. Mama Naila memang suka fairytale bagai ni. Dah jadi mak orang pun layan lagi katun Barbie. Ngahahaha~ 

TAPI!

Naila sangat takut bola princess ni. Sobsss! Sampai hatimu nak. Mama beli guna duit tau. Walaupun tak sampai RM10 hengget tapi duit jugak. Punyelah somel bola peritale tu, ade ke patut nampak bola tu MENANGIS. Haihhh~ 

Bila tengok bola sepak Pak Uda atau Pak Su tak takut pulak. Boleh lak kejar-kejar bola sepak tu dengan seronok dan gumbira. Grrrrr!

Takpelah kecik-kecik kasar dan garang siket. Nanti dah besar remaja, sila terapkan nilai-nilai keperempuanan ye. Mama dulu pun betul-betul jadi GEGEL bila masuk UKM. Hihihi~
budak kecik nangis takutkan bola....
budak kecik yg suka makan biskut cekelat^^


Thursday, March 14, 2013

Annaila : Dah berjalan~!

Semalam citer budak kecik tu dah menapak LIMA LANGKAH kan. Woooo rupanye petang tu dia menapak lebih SEPULUH LANGKAH! Dan malam tu dia tawaf satu rumah. 

KEDEK-KEDEK-KEDEK! 

Yeeppp! Sangat HAPPY bila Naila dah boleh berjalan^^
11 bulan 12 hari! (12hb Mac 2013) **Save da date!! Walaupun kelihatan agak poyos!Kahkahkah!**

Lebiu banyak-banyak kat ANNAILA!

Harap ampun! Gambar terlalu banyak gegar. Maklum kita guna camera cikai je. Pasni kalau dorang keluarkan camera setanding AES, boleh la beli. Ngahahaha! Annaila berlari 80km/jam pun takde hal lah gegar sana sini. Kehkehkeh~
Mommy...mommy...mommy....eh tetbe jadi mommy plak..
Siket siket atok...Naila ajak atok jalan...
Kemain budak kecik ni nak ikut tok dia....Tapi...........
Ini kali lah....Annaila tak boleh ikut...Atok banyak keje...Nanti Naila ikut, hari2 mau pow mainan...
Tak dapat ikut, jom kita punggah buku...Pastu kene marah dengan opah...Hahahaha...Itu sebab Naila tak suke opah...Same macam mama asek nak jerit2 je...Hihihi...

Tuesday, March 12, 2013

Annaila : Demam-Berjalan-Bercakap~

Annaila demam. Mama nye pun tak sihat. Okey nak cerita pasal mama nye dulu. Kahkahkah hover! Hari tu ternampak mommycha tunjuk gambar asam, pastu tetibe kecur-kecur air liur ni haaaa. Kebetulan last week, terserempak pulak dengan asam tu. Aku ni pulak memang terlebih pandai, jadi makan la asam tu bebanyak tanpa rasa bersalah dengan perut kosong. Banyak mana? Adalah separuh botol aku bedal. Kakakaka. Esoknye, hamekkaw! Berguling-guling atas katil tahan sakit. Dah macam sakit nak beranak pun ada. Hahahaha. Ku sangkakan senggugut rupanya GASTRIK. Pheewwww! Sakit gak gastrik ni kan. Sobs!

Annaila pulak tetiba je nak demam. Ngade tau budak kecik ni. Baru rase syok-syok badan dia dah tembam siket, tetibe nak demam balik. Kurus la balik. Haih! Kitorang laki bini syak budak ni nak tumbuh gigi sebab mulut dia bau. Ngeeee. Dari hari Sabtu demam sampai la hari Isnin. Hari ni dah okey siket tapi ngade terlebih sebab tiga hari dia dilayan bagaikan puteri. 

Tapi demam-demam, kitorang happy sebab semalam dia dah start melangkah TIGA TAPAK! Yehaaaaa! Pastu hari ni up lagi. Lebih LIMA LANGKAH^^ Cayaaaa lah Naila. Pasni takde la senget-senget lagi badan mama angkat Naila! Fuhhhh^^ Banyak kelegaan aku bila Naila dah mula nampak ciri-ciri nak berjalan. Lega sebab takyah DUKUNG lagi. Hahahaha!

Dan.....Dan Annaila sejak semalam macam dah boleh sebut 'TOK' (Atok) bila tunjuk kat atok dan 'NANAK' (Taknak) bila aku nak bagi makan ke, nak amek dia ke. Tapi geram sebab sambil cakap 'nanak' tu die tepis tangan aku hokey. Kalau aku nak bagi makan, habis makanan jatuh atas lantai. Hohhhhh! SABARRRRR!

Ermmmm tapi demam kali ni macam risau siket sebab Naila kena lelah. Dua kali amek neb. Sekali kat Klinik Nadir Wangsa Maju tu. Tu sedut kahak sekali la. Malam tu amek neb lagi kat klinik Bangi. Cian Annaila. Sekarang nak bagi dia main lasak-lasak pun takut. Hohoho. **tak dapat mama nak ajar Naila main air hujan nanti....sobsss!**

Annaila suka naik motor dengan atok. Annaila sangat manja dengan atok dia. Kalau dengan opah dia jual mahal siket mungkin sebab dah kena jentik kat tangan hari tu. Hahahaha. Anti sungguh! Kalau ada atok, memang opah tak pandang dah.

Dah tu je kot perkembangan Annaila sekarang. Bai!

terpengaruh asam mommycha!
Ubat mama dan ubat Naila...Ubat Naila 4 botol...
budak demammmmm asek muntahhh je...
comellllll^^ Annaila tido dipangkuan daddy...Selalu daddy tdo, Naila dah merayap...ni demam, tak larat nak merayap...hahaha...:p

Friday, March 8, 2013

Mini Opis Mama Daddy~

Tak cerita lagi perkembangan budak kecik 11 bulan tu kan. Hohhh! Ingatkan FREE bila duk rumah, rupanye super busy gilessss sampai nak online pun tak nyempat. Serius banyak hutang-hutang entry! Fuhhhh!

Ok dah ni selingan sebab ada gambar Annaila, maka adalah entry baru. Ngeh ngeh!

Mini opis yang dinamakan 'DonutDolly'z Opis' ditubuhkan pada bulan February, 2013. Pegh siap ada sejarah keennnn. Sebab barang business makin bertambah dan kotak makin menimbun kat rumah dan mata aku mula berpinar-pinar tengok, maka idea nak buat mini opis pun muncul dalam kepala hotak aku ni haaaa.

Tapi....Tapi sampai sekarang mini opis nye tak berapa nak siap sebab tunggu daddy Naila menggerudi dinding nak gantung gambar-gambar. "En suami, silalah percepatkan kerja anda. Dah masuk bulan March dah ni haaaaa."Dan sebab opis tak siap sepenuhnye, I is segan nak letak gambar penuh mini opis tu. Jadi untuk teaser *peghh tetibe nak berteaser la pulak*, maka nah tengoklah gambar Annaila yang suka kacau mama dia dalam opis. Suka buat mama menjerit-jerit jugak. Kalau dulu suara ku halussssss, suara pun malu-malu nak keluar, tapi sekarang makin lama makin nyaring pulak aku rasa. Bak kata daddy Naila, "Ciri-ciri seorang ibu makin ada dalam diri aku terutama bab menjerit dan membebel tu."

Iklan jap : Siapa yang tak LIKE lagi page, mohon like dan sopping ye. Hehehe. Mum Naila Collection


Hohhhh PINKnyeeeeee! Haaa dah aku suka PINK, maka kene la ada kaler PINK! Daddy Naila suka kaler PURPLE, tu haaaa langsir kaler PURPLE! Kahkahkah! Okey la kan. Sebaik aku tak letak BARBIE. Mau fengsan kot daddy Naila. Lalalala~ 

Babaiiii. Ada masa aku jengah blog korang dan comment bebanyak hokey^^


Follow Us @soratemplates