Klik sini. Terima Kasih :)

Monday, June 24, 2013

Jerebu~

Masa aku ke-kecik dulu, aku sangat suka jerebu! Hahaha. Sewel!

Sebab dulu pergi sekolah naik basikal. Bila jerebu, kan ke redup je. Tak panas tak hujan. Naik beskal gi sekolah pun mood senyum-senyum je. Bila ada bau asap, hirup dalam-dalam. Sedap bau asap ni kau tau. Huahuahua~

Bila jerebu hilang, aku tertunggu-tunggu, bila nak jerebu lagi ni. Masa tu otak kanak-kanak lagi. Manalah tau sumber jerebu ni dari pembakaran yang datang ntah ceruk mana.

Dan setelah bertahun-tahun, sampai aku dah beranak anak sorang, baru lah jerebu yang teruk ada balik. Tapi bila dah besar ni, otak pun takdelah kanak-kanak lagi. Dah pandai siket, 'oh jerebu ni bahaya.' Hahaha!

Semalam bila rumah aku pun dah jadi kelabu asap dengan bau asap lagi, memang cuak la. Annaila dah la demam HFMD. Nak bawak keluar je-jalan, kang berjangkit dengan orang lain. Sebaik la mak aku call ajak teman hantar adik aku kat KLIA. Jadi aku dengan Annaila keluar berjalan la jugak walaupun dalam kereta je. :D

Mana daddy Naila? Emmm daddy outstation kat Penang. Time-time anak sakit dengan jerebu bagai ni la dia nak outstation. Eh ni merungut ke hape? Hahahaha! Kbai!

Monday, June 17, 2013

Annaila : Makan ubat? No hal lah~

Cerita basi. Lama sangat terperap dalam draft.

Hari tu kan, Annaila demam. Tapi bukan demam yang misteri nusantara tu. Yang demam misteri tu nanti aku up entry baru. Bila? No komen. Tengok kerajinan macam mana. Hahahaha.

Okey sambung balik, Annaila demam dan kalau demam mesti amek ubat kan. Dulu kan nak bagi Annaila makan ubat, aku kena bersilat siket dan menggunakan kekerasan ke atas badan budak kecik tu. Hahahaha. Aku akan baringkan dia atas peha aku, satu lagi kaki aku silangkan kat badan die, kepit tangan sekali. Tangan sebelah pegang mulut bagi menganga dan sebelah lagi picit ubat masuk ke dalam mulut. Haaaaa. Dapat imagine? Tak dapat imagine takpe.

Tapi sekarang bila dia dah besar, nak makan ubat? No hal lah! Dia Nampak je aku pegang syringe, dia senyum dan datang kat aku. Pastu aku sua kat mulut dia, dia nganga dan telan ubat tu sambil senyum-senyum. Mula-mula dulu aku cam pelik gak. Siap aku rasa lagi ubat tu kot lah tersilap amek sanquick oren tu masuk dalam picagari tu. Hahaha. Okey tak lawak pun. Tapi nak bagi makan ubat tu kena masukkan siket-siket. Dalam 5 minit baru settle makan ubat tanpa dengar Naila menangis-nangis.
 
Terima kaseh Annaila sebab memudahkan kerja mama awak ni. Nanti dah besar pun jangan macam-macam sangat tau. Sayang dia sampai syurga^^

Friday, June 14, 2013

Annaila : Berus gigi Kidsme~

Ehem ehem. Entry lebih kepada promote. Sekian dimaklongkang. :D
 
Annaila start guna berus gigi sebelum dia ada gigi. Eh camne tu? Kan sebelum tumbuh gigi, gusi budak tu mesti bengkak. Pastu nak geget-geget je kejenye macam gatal kan. Pastu aku beli lah yang sillicon punya tu. Sebab dia gatal aku garu la dengan silicon tu. Hahahaha.
 
Sekarang bila dia dah masuk setahun, dia sebok nak berus gigi mama-daddy nya pulak. Dia tengok mama-daddy tak pakai silicon kot untuk berus gigi.?
 
Kebetulan, mama Naila ni menjual berus gigi budak kecik. Dengan senang hati tanpa perlu start kereta dan drive ke kedai manjaku, aku amek je stok yang ada kat rumah. Mihmihmih. Senang betul ada stok depan mata. Dan berus gigi budak kecik haruslah comel kan. Sebab berus gigi tu siap ada bunyi lagi kalau digerak-gerakkan (ada loceng). Lagi lah Naila teruja nak berus gigi. Sebelum berus gigi, "kcingg-kcing-kcing", pastu senyum, sambung balik berus gigi. ;D
 
Tapi Annaila pandai berus kat gigi bawah je. Gigi kat atas tu tak bape nak pandai, aku kena tolong dia berus gigi atas tu. Eh Naila tak guna ubat gigi tau. Kalau guna ubat gigi, mesti dia telan. Hahahaha. Nantilah dah besar, agak-agak dah pandai nak kumur, baru beli ubat gigi.
 
Okey! Siapa terminat dengan berus gigi ni, boleh la order dengan aku. Tapi kat tangan aku tak banyak stok tau.
 
Harga RM13.90, tapi untuk korang yang baca blog aku ni, aku bagi RM12.00.
Cemana nak order?
 
Like page MumNailaCollection, pastu pm la kan. :D
 
atau
 
emel kat aku, sales@mumnaila.com
 
atau
 
SMS/Whatsapp je kat no aku, 012-6878687
 
Tapii.......
 
Korang kena inform la korang dari belog ni. Kang kalau tak cakap aku letak harga RM13.90 tu. Hahahaha.
 
Kbai~

Thursday, June 13, 2013

Annaila : Rambut lurus-ikal-kerinting?

Pasal rambut pun nak cerita. Eh harus. Kalau boleh semua benda pasal Naila aku nak cerita. Macam aku sorang je ada anak, orang lain takde anak. Muahahaha~

Dulu kan masa Annaila lahir, ramai orang cakap muka Naila macam Daddy, rambut je ikut mama, lurus. Bila bawak Naila keluar, kalau ada orang tanya aku, 'anak siapa?'. Mesti aku sentap jap. Sobbss!

Sekarang bila budak tu dah meningkat remaja, eh remaja? Tetiba je rambut Annaila bergulung ikut Daddy. Apakah? Nak kata aku malas sikat rambut Naila, memang tak la kan. Lepas mandi je memang aku sikat rambut Naila siap belah tepi lagi. 

Pastu aku tengok rambut dia taknak panjang-panjang. Tengok anak orang lain dah boleh buat tocang yang comel tu. Annaila? Sebab rambut tak berapa nak cantik, mama nye pakaikan cekak je. Cekak orang besar tu. Sepit-sepit macam gonjeng pulak anak aku tu.

Minggu lepas kot, aku mandikan Naila, tetiba baru perasan rambut dia dah agak panjang. Yela bila rambut kena air baru la rambut tu jadi lurus kan. Cer kalau kering, bergulung lah balik. Errr kenapa ntah sebelum ni tak perasan. Mungkin asek menjerit dengan Naila je sampai takde masa nak telek rambut dia. Hahahaha. 

Rambut Naila nampak lebih bergulung bila dia baru bangun tido. Eh okey la kan. Aku dulu ke-kecik bangun tido rambut pacak. Pacak dengan bergulung, bergulung lagi comel kan. Okey aku rasa Annaila punya rambut bergulung ikal mayang. Tapi taktau la pulak, kot dah besar siket lagi tetiba pulak jadi kerinting. Woahh! Tak dapat bayangkan muka Naila dengan rambut kerinting. Hahahaha!




Wednesday, June 12, 2013

Annaila : Saya dah besar~

Rindu nak tulis pasal Annaila tapi malas!

Kali ni nak share perangai Annaila yang kekononnye "saya dah besar" macam iklan .........Iklan ape ntah, lupa.

Annaila sekarang kalau nak makan, nak minum tak nak bersuap. Jadi sekarang kena sediakan pinggan dan sudu untuk dia. Haaa. Makan la kau nak. Tapi aku tak letak la makanan bebanyak dalam pinggan dia, gila kau penat nak ngemas nanti. Kalau nasi tu aku bagi la dalam separuh sudu. Jadi lah dia nak buat main siket, makan siket. Budak tu setakat pegang sudu tak boleh pun nak kauk apa-apa. Last-last guna jari kecik dia tu amek nasi masuk mulut. Tu pun mampu amek sebutir nasi je. Hahahaha. Air pun macam tu. Nak minum guna cawan. Apa kelas kan minum pakai botol. "Saya dah besar." Air pun tak letak banyak dalam cawan. Cukup untuk die teguk sekali. Kalau dah abes, mama dia ni la duk tambah air dalam cawan.

Makin besar, makin banyak perangai baru. Tak sabar nak tengok pasni apa lagi perangai baru yang dia buat.
 
Rindu budak kecik tu!
 

Monday, June 3, 2013

Annaila : Kaki Shopping?

Lokasi : Downtown Reko
Masa : Malam la
Orang-orang : Mama, Daddy, Annaila
 
***************************
 
Hari tu kitorang pergi downtown.
Mama nak cuci-cuci mata. Kot ada terkenan kat apa-apa barang, boleh la beli kan.
 
Angkut budak kecik tu sekali.
Ehem.
Pastu kita dah jadi mak-mak ni, bila nampak je kedai budak-budak mesti nak masuk.
Tapi aku belek-belek je lah.
 
Dan...............
 
Annaila pun belek-belek sekali baju dengan kasut. **Ohhh Annaila gila kasut okey. Pantang nampak kasut, mesti nak amek.**
Sambil mulut tak abes-abes cakap, "ta-tek", "ta-tek", "ta-tek" (cantik)
Aku dengan daddy Naila layanlah dia sambil gelak-gelak.
Pastu.........
Bila kitorang nak blah je dari kedai tu, Annaila punye mengamuk! Fuhhhh!
Mengamuk sambil jerit, "nak!", "nak!"
Dan setiap kali aku singgah kedai budak, bila nak keluar je dari kedai, mesti Annaila mengamuk sakan tak puas hati!
 
Okey, mama dengan daddy pujuk-pujuk. Dia okey tak nangis dah.
Tapi mata dia, kejap pandang sana, kejap pandang sini. Mulut tak abes-abes cakap "ta-tek", "ta-tek"
Errrr.....
Dah nampak dah nafsu shopping dia. Mihmihmihmih. :p
 
Bila Annaila buat perangai camtu, aku pandang daddy.
Muka daddy, SENYUM KELAT!
Hahahahaha.
Sebab!
Bertambah sorang lagi pompuan yang suka menSOPPING.
Lalalalala~
 
budak kecik suka sopping...;D