Meh klik kejap~

Monday, June 24, 2013

Jerebu~

Masa aku ke-kecik dulu, aku sangat suka jerebu! Hahaha. Sewel!

Sebab dulu pergi sekolah naik basikal. Bila jerebu, kan ke redup je. Tak panas tak hujan. Naik beskal gi sekolah pun mood senyum-senyum je. Bila ada bau asap, hirup dalam-dalam. Sedap bau asap ni kau tau. Huahuahua~

Bila jerebu hilang, aku tertunggu-tunggu, bila nak jerebu lagi ni. Masa tu otak kanak-kanak lagi. Manalah tau sumber jerebu ni dari pembakaran yang datang ntah ceruk mana.

Dan setelah bertahun-tahun, sampai aku dah beranak anak sorang, baru lah jerebu yang teruk ada balik. Tapi bila dah besar ni, otak pun takdelah kanak-kanak lagi. Dah pandai siket, 'oh jerebu ni bahaya.' Hahaha!

Semalam bila rumah aku pun dah jadi kelabu asap dengan bau asap lagi, memang cuak la. Annaila dah la demam HFMD. Nak bawak keluar je-jalan, kang berjangkit dengan orang lain. Sebaik la mak aku call ajak teman hantar adik aku kat KLIA. Jadi aku dengan Annaila keluar berjalan la jugak walaupun dalam kereta je. :D

Mana daddy Naila? Emmm daddy outstation kat Penang. Time-time anak sakit dengan jerebu bagai ni la dia nak outstation. Eh ni merungut ke hape? Hahahaha! Kbai!

3 comments:

  1. ala..ciannye daddy naila outstation yeh..heheeh...dulu pun aeen suka bila time jerebu nie...redup je..tp bila dah tua2 mcm nie..barulah rasa jerebu itu adalah sangat teruk...dan menyakitkan..hehe

    ReplyDelete
  2. Naila kena HFMD? musim ke apa ni hfmd macam ramai lak kena hfmd.. huhuhu.. cepat sembuh! dahla jerebu lak tu sekarangg... wuuu tak sukaaaa...

    ReplyDelete
  3. bahahaha motip sedut dalam dalam...

    ReplyDelete