Meh klik kejap~

Monday, June 17, 2013

Annaila : Makan ubat? No hal lah~

Cerita basi. Lama sangat terperap dalam draft.

Hari tu kan, Annaila demam. Tapi bukan demam yang misteri nusantara tu. Yang demam misteri tu nanti aku up entry baru. Bila? No komen. Tengok kerajinan macam mana. Hahahaha.

Okey sambung balik, Annaila demam dan kalau demam mesti amek ubat kan. Dulu kan nak bagi Annaila makan ubat, aku kena bersilat siket dan menggunakan kekerasan ke atas badan budak kecik tu. Hahahaha. Aku akan baringkan dia atas peha aku, satu lagi kaki aku silangkan kat badan die, kepit tangan sekali. Tangan sebelah pegang mulut bagi menganga dan sebelah lagi picit ubat masuk ke dalam mulut. Haaaaa. Dapat imagine? Tak dapat imagine takpe.

Tapi sekarang bila dia dah besar, nak makan ubat? No hal lah! Dia Nampak je aku pegang syringe, dia senyum dan datang kat aku. Pastu aku sua kat mulut dia, dia nganga dan telan ubat tu sambil senyum-senyum. Mula-mula dulu aku cam pelik gak. Siap aku rasa lagi ubat tu kot lah tersilap amek sanquick oren tu masuk dalam picagari tu. Hahaha. Okey tak lawak pun. Tapi nak bagi makan ubat tu kena masukkan siket-siket. Dalam 5 minit baru settle makan ubat tanpa dengar Naila menangis-nangis.
 
Terima kaseh Annaila sebab memudahkan kerja mama awak ni. Nanti dah besar pun jangan macam-macam sangat tau. Sayang dia sampai syurga^^

11 comments:

  1. senang giler...cool tul la naila ni...

    ReplyDelete
  2. wahhhh..bgsnya naila, dh tak susah nak makan ubat..hopefully sgt kawan naila, si bunga Daaliyaa tu dh tak susah nk makan ubat jgk sekarang..hohoho.... Kalu tak nanti macam orang dera dia time mkan ubat...

    ReplyDelete
  3. wahhhh...senang nya naila makan ubat...muhaiminxnak la..siap ketap mulut pastu luah balik bijak naila ni..


    ReplyDelete
  4. Pandai lah annaila mamam ubat...senang koje mama hahahha...umi QI masih bersilat bagai nk bg mkn ubat....hahhaha

    ReplyDelete
  5. Sama lah macam Ayra ni, boleh lak dia yang poyo-poyo 'nak ubak nak ubak'.. hahaha.. bila dah dapat muka sengih.

    ReplyDelete
  6. hehe..haah..hannani pun..kalau dulu susah benor nak mkn ubat..skang elokkk jer..tapi syarat dia..ubat tu sejuk...dia ingat air oren sejuk kott..

    ReplyDelete
  7. senangnye naila.... dhia ni kne tahan gune kaki haaa.. bru okey mkn ubat... tu pun meronta2...huhu.. (same la ngn ibu die dlu kecik2 ssh nk mkn ubat)..hahaha

    ReplyDelete
  8. wahhh bagus2! senang takyah nak paksa2 kn?

    ReplyDelete
  9. Ala bestnyer... Ubat sedap yer... Anak ros...fulamak..kna buh dlm susu.. Mungkin keturunan..hahahah

    ReplyDelete
  10. eh bagus kak yong..hannah susahnye nk mkn ubat..kena bersilat jugak..emm..harap dah besar sikit pandai makan ubat macam kak yong naila ye..

    ReplyDelete