Tuesday, December 31, 2013

Annaila : Riadah petang.

Hi!
 
Daddy belikan basikal baru. Dah sebulan lebih Naila main basikal dalam rumah je. Rumah atas rumah mana ada laman nak main. Mihmihmih.
 
Petang kelmarin, nak pergi rumah TokMa. Dan Annaila bersungguh-sungguh mengangkut basikal die keluar rumah. Daddy tak bagi tapi aku cam kesian sungguh kat anak dara tu. Takpelah daddy, kita bawak je basikal, nanti boleh main depan rumah TokMa.
 
Sekali TokMa nak keluar petang tu, tukar destinasi pergi taman je. Sampai taman. Annaila? Gila excited! Sampai ajak balik mengamuk-ngamuk. Pfffftt!  
 
Dah plan dengan daddy, malam New Year. Bukan malam ni. Malam ni kompem ramai gila umat. Malam esok. Malam esok nak bawak Naila main basikat kat Putrajaya. Auuwwww! Dulu zaman student duk tengok anak-anak orang je main kat sana. Sekarang, anak aku pulak. Tahun depan, anak-anak pulak. Eh? Kbai! 
 


Thursday, December 19, 2013

Percutian di Tanah Aina

Percutian di Tanah Aina, Pahang. Info tak berapa nak banyak sebab aku banyak moody kat sana. Muahahaha. Percutian ni dari agency Daddy. Jadi ada dalam 50 orang yang join.
Emmm harga ikut kepala tau. Aku tak ingat, tapi sekepala dalam RM2++. Kalau aku dengan Daddy dah jadi dalam RM4++.

Bagi aku percutian ni tak sesuai untuk keluarga yang ada anak kecik. Anak kecik tu maksudnya baby lah. Hihi. Sebab. Percutian ni sesuai untuk golongan yang sukakan aktiviti lasak. Belum masuk kawasan Resort tu pun dah mencabar. Kena naik lori sebab jalan dia memang aku tak dapat gambarkan. Ko hulur kepala kat luar lori, sebelah kiri hutan banat, sebelah kanan gaung. Kau mampu? Silap memandu memang ke gaung la kau. Gitew. Naila? Memang dia cuak gila. Peluk aku sekuat perasaan. Tak nangis tapi muka memang nampak kecuakan la.

Perjalanan naik lori dalam 10-15 minit. Tu pun kalau lori tak sangkut. Macam lori kitorang hari tu sangkut masa nak naik bukit. Tak lepas-lepas. Dekat setengah jam dalam lori tu. Bila lori tu terundur ke belakang dengan laju memang cuak. Menjerit-jerit semua orang dalam tu, tapi menjerit sambil tergelak. Boleh? Hahaha.
Sampai atas, turun je korang akan dihidangkan dengan air sirap + mint. Rasa die mula-mula pelik. Lelama eh macam best la pulak. So bermula-lah men-check in ke dalam bilik. Aku dengan daddy bilik asing-asing. Nak cerita panjang pulak. Nanti aku hangin satu badan lagi. Muahaha.
Petang ada aktiviti jungle tracking. Aku sebenarnye suka gila aktiviti tu. Tapi sebab dah jadi mak orang, maka anak mesti jadi keutamaan. Wuuuu. Aku temankan Naila tido dalam bilik dengan aku sekali tertido. Sedar-sedar dorang dah balik, daddy panggil aku turun untuk minum petang. Balik dari minum petang ajak Naila mandi sungai sebab bila lalu sungai je, Naila dah menjerit-jerit suka. Tapi air tu memang sejuk gila lah!
Malam, aktiviti tengok gambar yang di edit jadi video dari pihak Tanah Aina. Best! Tapi kalau nak video tu kena beli. Sekeping RM18. Amboi mahal kemahen. Pastu barulah memasing masuk bilik tido. Okey bila malam tu memang takut. Dah la kat tengah hutan. Hujan lebat. Mula lah otak aku fikir yang bukan-bukan. Malam tu je bape kali aku terbangun. Naila pun nampak tak lena tido. Nak kena peluk, agaknye dia pun takut.

Bangun pagi barulah mencicit masuk toilet sebab tak berani nak keluar memalam. Haaa! Lupa, toilet kat luar ye. Pastu baru daddy datang ajak sarapan. Lepas sarapan ada aktiviti flying fox. Kena bayar RM30.00 untuk sekali. Kalau nak naik lagi kena tambah RM15. Mahal gilak! Pfffttt!
Ni aku nak bagi tips sikit. Cewah kemahen nak tips-tips bagai kan!
- Tak perlu bawak sport shoes sebab kat sini ada jual rubber shoes harga RM10. Lagi tahan dari sport shoes sebab jungle tracking korang kena masuk dalam sungai. So kasut ni sangat tahan, Ni daddy cakap bukan aku cakap. Dorang cakap kalau nak panjat gunung kinabalu pun boleh je guna rubber shoes tu. Agak berbaloi kalau beli. 
- Siapa yang guna Celcom je yang boleh dapat line. Muahahaha. Tapi tak kuat lah. On Off. Okey lah dari orang yang guna Maxis, Digi dan seumpama dengannya, memang takkan dapat line langsung. Kehkehkeh. So tak perlu nak cas henpon sebab nak bukak facebook, insta memang tak boleh. Jimat battery di situ.
- Sabun mandi, syampu disediakan. Tapi bau macam mint-mint siket sebab nak halang nyamuk gigit katanya.
- Siapa penakut macam aku ni, sila lah pergi toilet awal-awal sebab toilet dekat luar. Kalau memalam tu agak seram sebab kau dalam hutan. Daddy sendiri tak berani nak keluar kot terserempak dengan apa-apa.
Eh last. Lupa nak cerita. Senja tu Naila tetiba takut tengok sorang minah ni. Senang cerita macam dia nampak 'sesuatu' lah.
Berkumpul kat Janda Baik. Awal-awal pagi dah kejutkan Naila.

Naila kat lobby. Errr gambo full takde. Kan aku cakap aku moody. Kehkeh.

Katil mama. Cantek dan selesa sangat!

Katil Naila. Tapi tido malam bawak ketiak mama jugekkkkk!

Dari bilik kitorang. Bunyi air sungai memang kuat sangat. Macam bunyi hujan lebat.

Dorm mama dengan Naila.

Daddy berjungle tracking, mama layan Naila dulu sebelum tido.

Dah tdio atas katil gebu mama.

Nak balik. Naila tengok ikan.

Gambo mama yang mood dah okey siket. Daddy, pasni nak bercuti mana-mana sila diskus dengan mama dulu. Kalau tak mama akan moody sepanjang percutian. Sekian. :D


Tuesday, December 17, 2013

Gojes : Geng Batak Kufi.

Ting Ting!
 
Hari ni wasap laju sebab geng gojes batak buat kufi guna Excel. Muahaha.
 
Cara nak buat. Bukak excel, pastu pepandai la ko main kotak-kotak tu jadi huruf, jadi nama. Itu kalau nak jimat la. Kot kau banyak duit nak bayar ceti kufi, okey je. Kehkeh. Tapi sebab aku ni antara mak-mak yang suka benda murah, benda FREE, dah tau cara buat, takkan nak order jugakkan. Gitew.
 
Tapi aku tak buat lagi lah. Tengok mak-mak gojes upload gambor setiap 5 minit je dalam group wasap. Pastu order kat dorang. Muahahaha. Sekali dorang pun nak jadi ceti jugak mintak upah sampai RM80 - RM100. Srroootttt! Ampun ye Etty dengan Nana, aku tak mampu nak bayar. Muahahaha.
 
Kbai!
 
Kufi Excel

Nana designkan.

Etty designkan. Kehkehkeh.







 

Friday, December 13, 2013

Gojes : Birthday Party Afkar.

Hari tu. 30 Nov 2013, birthday party kanak-kanak riang si Afkar, anak Rinz. 
 
Macam biasa geng gojes dijemput datang meraikan. Kebetulan buat dekat Bangi. Jiran tu! Melampau la kalau tak pergi kan. Huahuahua. Bila dekat, aku pun lex-lex ar. 5 minit dah boleh sampai. Ye ar gojes lain semua nun jauh di kat KL, Shah Alam, kat nun-nun belah atas tu. Sobsss! Ok dah.
 
Sampai party Afkar, jumpa Anis, masuk makan-makan-minum-minum-sembang-sembang. Dah kenyang apa lagi layan anak, amek gambo. Benda wajib.
 
Naila bila jumpa dengan Airiell okey. Boleh senyum-senyum. Si Airiell pulak buat taktau. Ooooo mentang mommy kau dah kenen kan dengan Yaya kemahen sombong dengan Naila ye. Sentap aunty tau!
 
Bila Airiell tak layan, Naila main belon sorang-sorang. Datang hero Afkar sergah Naila terus rebut belon. Okey ni lawak. Naila punya menjerit sebab belon dia kene tarik dengan Afkar. Aku dengan Rinz bersorak kat tepi. "Tarik Naila! Tarik!!" dah macam main tarik tali pulak. Ending dia? Naila menang. Pastu bila Naila nampak Afkar, terus jeling-jeling geram. Hahaha. Comel la bebudak ni! Nanti dah besar panjang, memalu. Auuwwww!
 
Terima kasih Rinz jemput kami sekeluarga. Jemput geng-geng gojes. Kepada Hero Afkar, semoga jadi anak yang soleh! Nanti jumpa Naila kawan elok-elok tau! :D
 





 


Friday, December 6, 2013

Annaila : Baju Kurung Peplum.

Weh, nak share aku berjaya buat peplum Naila! Errr aku ni reti menjahit vodo-vodo je. Maksudnya? Aku reti la letak kain atas mesin jahit, reti cucuk jarum kat kain yang nak dijahit, reti tekan pedal mesin jahit macam nak drive tu. Muahaha. Dan aku berani buat baju Naila sendiri sebab kos yang tak banyak. Cer suruh buat baju sendiri. Baik cakap dengan daddy, takyah susah-susah nak jahit. Baju mama yang dah siap tu lagi murah bebanding nak beli kain pastu nak pening-pening kepala jahit lagi. Kehkehkeh. Beribu alasan ye kau!
 
Camne aku boleh terpandai jahit peplum? Aku google. Aku tengok utube. Pastu aku cuba. Rupenye, alah kacang goreng je. Wakakaka! Takde lah. Ada part yang memey senang nak mampppp. Ada part yang sampai tahap aku meraung-raung dalam bilik sebab stress! Kahkah! Yang penting kena sabar. Tak boleh sekali hadap. Agak-agak ko stress, kau keluar makan cekelat. Baring-baring sambil fikir, "kenapa baju tu jadi buruk ye." "camne nak sorokkan basi-basi yang hodoh-hodoh tu" "kenapa itu" 'kenapa ini". Nanti idea pun tetiba datang. Bila datang je, terus bangun terus hadap kain tu balik. Agak-agak salah lagi, tetas balik benang. Wakakaka. Dan percayalah kalau kau belajar sendiri, cuba sendiri, fikir sendiri, next time buat kompem laju je. Cewah aku cakap macam hebat sangat je. Padahal kalau diberi peluang buat lagi baju peplum Naila mau aku menangis terloncat-loncat lagi kot? TAPI tahap kestressan tu takda lah macam mula-mula nak buat. Mihmihmih.
 
Nape tetiba rajin nak buat peplum? Sebab ada kenduri kawen bulan Dec ni pastu nak bertema-tema bagai pulak. Aku dengan daddy dah usha baju siap, harga RM65. Kalau raya boleh consider lagi la nak beli. Ni kenduri kawen je kot. Pakai sejam dua je kot. Pastu nak pakai balik baju tu? Memang tak la. Sebab aku lagi suka Naila pakai dress je. Simple! Tapi sebab kali ni daddy cakap, "Taknak dress! Nak baju kurung ke, peplum ke." Jadi aku pun google-google lah cara nak buat baju budak. Ngeee!
 
Errrr nak bagitahu.
 
Part paling senang : Jahit lurus je. Tekan pedal tanpa rasa bersalah. Ada corner kita corner. Kalau lurus, kita lurus.
 
Part paling susah : Zip sorok! Sebenar senang je buat zip sorok ni. Tapi nak masukkan zip kat dalam tapak tu la buat aku menjerit-jerit sebab kalau tak masuk betul-betul, takleh nak jahit, takleh nak gerak.. Statik kat situ je! Geram pulak bila aku ingat balik part tu. Tapi bila dah start boleh begerak kain tu, terus aku senyum happy. Gedek-gedek-gedek-gedek. *bunyi mesin jahit*
 
Pasni nak cari renda kaler kuning tampal-tampal kat baju Naila pulak. Weeweeeettt! Herot berot tu tutup mata je lah. Muahahaha.
 
Baju dah siap. Tinggal nak jahit kat bawah ngn ujung tangan je. Yang mana aku kena google cara nak jahit sembat. *eh betul ke nama dia sembat?* muahahaha. Kain? Kain dah siap jugak. Buat kain kembang. Tapi lupa nak amek gambar.
 
Zip sorok! Part ni yg aku menjerit-jerit dalam bilik. Takde skill lg nak masukkan zip dlm tapak. Hahaha.

Thursday, December 5, 2013

Moody?

Mood sangat ke laut hari ni.
 
Hormon yang tak berapa bagus atau fikiran yang terlalu beserabut atau setan-setan meniupkan api kemarahan. Pffffttt.
 
Sebab.
 
Biarlah aku ngadu kat daddy Naila je. Muahahaha.
 
Mesti bosan kan bukak WawazDonut sekarang sebab asek takde cerita je. Hahaha. Kang ade aku tutup gak belog ni macam aku tutup pesbuk. Wagghhhh! Mood silalah datang dengan warna-warni pelangi.
 
Gambar takde motip.
 
Kbai.
 

 
 
 
 

Tuesday, December 3, 2013

Annaila : Dengan kawan.

Psssttt!
 
Entry pendek je.
 
Birthday party Afkar. Sebab kat Bangi. Tak ramai geng gojes datang. Tempat ceruk gitu lah. Hahaha. Jadi orang-orang Bangi je lah datang meraikan Afkar.
 
Errrr. Entry bebetul nanti ku buat sebab sekarang busy kemahen. Kononnya. Tengok je la gambar keletah Naila dengan kengkawan.
 
Jumpa si Airiell. Okey boleh kawan. Boleh ngam jugak. Tapi bila Airiell duk riba aku, dia punya meraung! Pffftttt.
 
Pastu jumpa Afkar. Afkar awal-awal lagi dah berebut belon dengan Naila. Awal-awal lagi dah becekau. Hahaha. Tak boleh jadi geng dah. Naila Nampak Afkar je terus jeling-jeling. Hemoh-hemoh. Orang cakap jangan benci sangat. Eh?
 
K tu je cerita tak berfaedah petang ni.

 
 
 

Follow Us @soratemplates