Klik sini. Terima Kasih :)

Wednesday, October 30, 2013

Musim Deko Rumah ek?

Weh!
 
Eh salam takde, mukadimah takde terus 'weh'! Hahahaha.
 
Aku cuma nak cakap sekarang mood mendeko rumah gegila kan. Pastu ramai pulak yang dah pindah masuk rumah baru. Pfffttt. Jeles iols tau tengok rumah korang tau. Otak pulak memang jenis kretip. Jadi aku yang tak berapa nak kretip ni mampu tengok je orang mendeko rumah. Cantek-cantek-cantek!
 
Eh sebenarnye nak cakap aku pun dah terseret jugak untuk mendeko rumah kecik kami tu. Wakakaka. Cuma belum pernah up lagi cerita pasal deko rumah. Segan! Tengok orang alahai siap ade style itu ini. Aku pulak haaa takde nak theme-theme-style-style. Asalkan mata aku nampak cantek udah. Tapi aku rasa tak bape cantek jugak, acaner? Tu lah malu-malu alam je nak up gambar dekorasi rumah tu. Kang kalau korang nengok, senyum sumbing je. Hahaha.
 
Sekarang ni kitorang cantekkan rumah tu slow-slow je. Errrr kire hujung bulan dengan awal bulan je lah rancak sebab baru dapat gaji. Yelah bajet untuk rumah ciput je. Tu cat pun tak cukup kena tunggu ujung bulan ni baru boleh beli cat baru untuk cover satu rumah. Mihmihmih.
 
Pastu aku ni pulak jenis lalang. Mula nak siapkan ruang tamu je. Tetiba menggedik pulak nak siapkan ruang makan. Pastu tergedik pulak nak siapkan ruang solat. Nampak tak last-last rumah aku tu separuh siap separuh tak siap. Muahahha. Yang aku rasa dah complete bebetul bilik office. Bilik Naila tinggal 90% je. Tinggal nak beli almari baju dia je. Ruang tamu baru cat je. Ruang-ruang lain tak siap lagi sebab aku pun tak ber'wang'. Hahaha.
 
Gambar? Takpayah. Tunggulah nanti aku amek gambo cantek-cantek guna camera 360 pastu aku up satu entry pasal rumah kecik kami.
 
 
sumpah ni BUKAN rumah kitorang....hahaha...
 

Tuesday, October 29, 2013

Cerita Annaila dan Aku~

Krikkk....krikkk....

......................Pending...........................

Apa nak taip ni.

Annaila?

Budak kecik tu tak berapa sihat. Siang okey, masuk malam pakej batuk selsema demam semua ada.

Eh, Annaila sekarang dah jadi budak baik. Errrr. Sebelum ni bukannya jahat pun. Dulu kalau dia buat salah laju je tangan aku babap dia. Pastu laju jugak mulut aku pok-pek-pok-pek. Kesannya aku tengok Annaila sangat kuat memberontak. Perangai sejibam aku! Bila aku nampak perangai serupa aku, haruslah aku pun slow-slow ubah cara aku jugak. Errrr maksudnya bila dia buat salah aku tak marah macam dulu. Aku cakap elok-elok. Aku tak babap dia. Paling geram pun aku akan cakap dengan dia "TAKNAK KAWAN!!"

Sekarang aku nampak kalau dia buat salah macam tumpahkan makanan, dia akan cakap 'mama tu-pah (tumpah)' pastu die tunduk kutip makanan-makanan yang tumpah tu. Bila dah kutip dia pandang aku pastu SENYUM! Peghhh! Cair aku. Wakakaka. Pastu aku bebel-bebel jugak tapi bebel macam besembang je. Bukan bebel marah. Eh kau paham tak? Tak paham takpe. Bukan masuk exam pun.

Pastu aku perasan bila aku jarang marah dia, sekali aku naik hangin Naila kecut jugak. Mau jugak dia dengar cakap aku. Kalau sebelum ni, lagi aku marah, dengan dia sekali naik angin jugak. Lagi dia taknak dengar cakap aku. Lagi dia baling semua barang. Lagi dia buat suara yang dia tengah tahan marah gila-gila. Banyak la lagi-lagi-lagi yang Naila buat. Sekarang dah jarang nampak dia buat depan aku macam tu. Kalau dia buat pun dengan orang lain kalau orang tu kacau dia. Dan aku akui Annaila GARANG macam aku. Bak kata daddy, walaupun muka banyak ikut daddy tapi perangai 100% ikut aku.

Eh korang baca entry ni nampak tak aku ni bukan mak yang baik sangat. Hahaha. Aku tau aku bukan mak yang perfect macam orang lain. Tapi aku cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak aku  walaupun orang nampak aku macam euwwwww!

Satu yang aku harapkan bila Annaila dah besar nanti, janganlah ada orang mengata Annaila buat benda yang dia sendiri tak pernah buat. Sakitnya hati sampai tembus ke belakang. Srooootttt!

Aku?

Eh nak baca pasal aku pulak tak? Meh la baca kejap.

Aku kan mengandung beberapa bulan lepas pastu gugur. Kau tau habis muka aku naik hormon-hormon ngandung macam Naila dulu. Kusam sana sini. Sekarang dalam proses pemulihan kulit semula. Wakakaka. Aku makan GLA Complex Shaklee! Dah nampak la perubahan siket kat muka. Kehkehkeh. Dah tu je pasal aku. Bila nak mengandung balik? Tunggu tahun depan. Ngeeee! :D






Wednesday, October 9, 2013

Annaila : Kelas renang 2~

Kelas renang kali kedua.
Setengah jam pertama, mood Annaila sangat ke laut! Siket-siket nak mengamuk. Padahal sebelum ni relax je bila masuk air. Siap mengamuk bagai bila suruh naik. Tetiba bila masuk kelas renang dia buat perangai. Taknak masuk air. Nak lepak sama-sama dengan mama kat atas. Aku makan  pisang goreng, sebok jugak dia nak berpisang sambil berenang. Grrrrr!
Disebabkan setengah jam takde pape perubahan macam kelas pertama. Aku pun mula jadi queen control! Mula lah aku pegang tangan Naila dari tepi sambil “wooooo” “wooooo” baringkan dia atas air dan Annaila sangat happy! Macam tak takut air langsung. Ye aku tau memang Naila tak takut air, tapi sebab cikgu tu tengok Naila asek menanges, so cikgu tu cakap Naila tak biasa masuk air. Padahal……….. Pastu aku suruh daddy cuba buat macam cikgu ajar untuk kelas hari tu. Daddy risau, tapi aku paksa jugak. Hahahhaa. Hoiiii! RM140 tu! Takkan takde apa-apa perubahan kelas pertama dengan kelas kedua.
 
Bila sekali daddy buat masukkan kepala Naila dalam air, Naila berjaya okey! Siap gelak-gelak lagi!. Eh tapi ada teknik dia tau nak masukkan kepala dalam air. Kalau silap buat, tu yang budak boleh batuk-batuk sebab air masuk hidung. Dari atas, memang clear giler tengok senyuman Naila bila kepala dia dimasukkan dalam air. Dalam gambar tak nampak pulak senyuman dia.
Next kelas, aku kena turun sekali. Sebab Naila sangat anti dengan cikgu dia. Tak boleh pegang! Jadi next kelas mungkin takde gambar. Hihihi.
 
Kulit Naila makin gelap! Pergi Langkawai hari tu pun dah gelap. Tak sempat nak pakaikan fair&lovely. Sekarang masuk kelas renang, bertambah gelap lah budak tu. Kehkehkeh.
## boleh start bawak baby masuk kelas renang seawal 6 bulan…. :D
Mood happy bila tak masuk kolam.....Grrr!
 
ok ready!!
 
gedebushhhhh!!!
lagi gambo muka Naila masuk air....nmpak kejam tak? muahaha...
 
okey ni bile dah bawak naik...Nampak kejam lagi tak? dengan senyumand dia tu...haha
 
sengih Naila...lagi suka bile masukkan kepala dalam air...
 
daddy beposing dgn Naila comel...
 
Ni dgn die punye cikgu...nmpak tak muka tak suka dia tu...haha
 
okey Nai, pasni mama turun sekali...kompem Nai tak melalak lagi...
 


Friday, October 4, 2013

Sahabat.

SAHABAT akan selalu ada untukmu, walau ketika anda ada masalah.

Malah kadang-kadang akan buat benda yang BODOH hanya untuk melihat kamu KETAWA.

Thanks korang bawak aku jelalan kat PD. Sanggup ponteng kerja untuk aku. Hahaha. Sahabat untuk selamanya.




Annaila : Kelas renang 1~

Ye, saja aku masukkan Annaila kelas renang. Biar dia ada aktiviti di hari minggu. Hehehe. Takde lah bosan duk tawaf satu rumah. Kesian tau! Kalau ada adik-beradik, boleh la dia main sama-sama.
Plan dah lama. Sebelum raya hari tu dah mencari kelas renang untuk budak umur macam Naila. Ni details,
Website : ezi2swim.com
PIC : Pn Latifah (017-2960238)
Harga : RM120/month (4 kelas) + RM20 (yuran)
Masa : Sabtu (3ptg – 4ptg)
Tempat : Pct 16, Putrajaya
Tapi cikgu kat sana cakap, budak-budak boleh berenang paling awal umur 3 – 4 tahun. Kira sekarang dorang ajar supaya budak tu tak takut air. Eh budak ada ke yang takut air? Hahahah. Maksudnya, anak kau boleh menyelam. Boleh masukkan kepala dalam air dan pandai ambil nafas. Lepas tu di ajar cara-cara berenang. Walaupun anak kau takkan pandai berenang sekarang, at least die tahu cara-cara nak berenang macam mana.  
Untuk budak macam Naila, at least kena ambil 8 kelas. Selalu kelas ke-5, budak dah berani masukkan muka dalam air. Tu cikgu cakap. Bukan aku cakap. Kikiki. Macam last week, ada sorang budak ni sebaya Naila. Dia dah masuk kelas terakhir, kelas ke-8. Anak dia dah boleh gelak-gelak bila dimasukkan dalam air. Teruja aku! Tapi mak apak budak tu amek lagi 4 kelas. So Sabtu ni aku boleh tengok lagi lah budak kecik tu. Hahahaha. Nanti aku amek gambo dia banyak-banyak. Bukti!
Esok Naila masuk kelas ke-2. Taktau la dia okey ke tak. Masa kelas pertama dia menjerit-jerit anti dengan cikgu tu sebab pegang dia. Hehehe.
Pasni kalau Naila dah pandai swim, mama pulak nak masuk kelas renang. Muahahaha. Dewasa RM80/sebulan. 4 kelas jugak.
on da way ke Pct 16, Putrajaya!
 
maap daddy. mama lupa nak masukkan baju dlm beg. hahaha. haaa tu cikgu Naila... 
 
budak dah besar tengah berlatih berenang.
 
daddy bawak Naila jalan2 dalam kolam.
 
Nampak tak! budak kecik yg sebaya Naila dilepaskan dalam kolam. Cikgu tu masukkan budak tu dalam air sambil tolak budak tu ke arah bapak dia. Fuuuu! Kagum. Hahaha.
 
Haaa ni lagi sorang budak. Budak ni belum tahap masuk kepala dalam air lagi.
 
Annaila sangat anti dengan mende alah ni. Hahaha.
 
Budak kecik yang sebaya Naila tengah apungkan diri...tapi kepala die dipegang sambil di bawak jejalan...
 
Dan lagi...comel kan! budak ni mcm besar qaleef je anak aty...
 
Nai dah berendam...Hari pertama guna gayung jirus kat muka tengok die pandai amek nafas ke tak...
 
Pas swim, ajak main kat Alamanda pulak. Hehehe. Balik terus tido!

Annaila : 18 bulan~

18 bulan!
 
Makin besar, makin cerdik, makin beremosi.
 
Semoga Faida Annaila jadi anak yang solehah, rajin solat, yang mendengar kata mama-daddy, yang pandai. eh semua yang elok lah. Hahahaha. 
 
motip gambar, muka seposen bila buat salah.