Meh klik kejap~

Wednesday, October 9, 2013

Annaila : Kelas renang 2~

Kelas renang kali kedua.
Setengah jam pertama, mood Annaila sangat ke laut! Siket-siket nak mengamuk. Padahal sebelum ni relax je bila masuk air. Siap mengamuk bagai bila suruh naik. Tetiba bila masuk kelas renang dia buat perangai. Taknak masuk air. Nak lepak sama-sama dengan mama kat atas. Aku makan  pisang goreng, sebok jugak dia nak berpisang sambil berenang. Grrrrr!
Disebabkan setengah jam takde pape perubahan macam kelas pertama. Aku pun mula jadi queen control! Mula lah aku pegang tangan Naila dari tepi sambil “wooooo” “wooooo” baringkan dia atas air dan Annaila sangat happy! Macam tak takut air langsung. Ye aku tau memang Naila tak takut air, tapi sebab cikgu tu tengok Naila asek menanges, so cikgu tu cakap Naila tak biasa masuk air. Padahal……….. Pastu aku suruh daddy cuba buat macam cikgu ajar untuk kelas hari tu. Daddy risau, tapi aku paksa jugak. Hahahhaa. Hoiiii! RM140 tu! Takkan takde apa-apa perubahan kelas pertama dengan kelas kedua.
 
Bila sekali daddy buat masukkan kepala Naila dalam air, Naila berjaya okey! Siap gelak-gelak lagi!. Eh tapi ada teknik dia tau nak masukkan kepala dalam air. Kalau silap buat, tu yang budak boleh batuk-batuk sebab air masuk hidung. Dari atas, memang clear giler tengok senyuman Naila bila kepala dia dimasukkan dalam air. Dalam gambar tak nampak pulak senyuman dia.
Next kelas, aku kena turun sekali. Sebab Naila sangat anti dengan cikgu dia. Tak boleh pegang! Jadi next kelas mungkin takde gambar. Hihihi.
 
Kulit Naila makin gelap! Pergi Langkawai hari tu pun dah gelap. Tak sempat nak pakaikan fair&lovely. Sekarang masuk kelas renang, bertambah gelap lah budak tu. Kehkehkeh.
## boleh start bawak baby masuk kelas renang seawal 6 bulan…. :D
Mood happy bila tak masuk kolam.....Grrr!
 
ok ready!!
 
gedebushhhhh!!!
lagi gambo muka Naila masuk air....nmpak kejam tak? muahaha...
 
okey ni bile dah bawak naik...Nampak kejam lagi tak? dengan senyumand dia tu...haha
 
sengih Naila...lagi suka bile masukkan kepala dalam air...
 
daddy beposing dgn Naila comel...
 
Ni dgn die punye cikgu...nmpak tak muka tak suka dia tu...haha
 
okey Nai, pasni mama turun sekali...kompem Nai tak melalak lagi...
 


8 comments:

  1. huaarhhhhhh,nak bg nia masuk kelas swimming jugak..tapi nak g putrajaya tu....kene cari tempat dekat2......

    ReplyDelete
  2. bagus naila..nanti boleh ajar asyraf berenang pulak kan..kelas percuma kannnn...hihihihi..

    ReplyDelete
  3. wawa, ingat nak hantar lisa gi class swimming kat putrajaya gakla..biarla jauh skit pon ayahlisa cakap..hehe..ada no contact orang berkenaan tak?

    ReplyDelete
  4. wahhhh...naila masuk kelas renang yer.....kemain lagi menyelam tu...hehehe..kalah aunty..aunty xpandai berenang tau =)

    ReplyDelete
  5. Bagus ajar anak berenang sejak kecil lagi...anak2 akak dah besra pun tak reti berenang. Nak kena hantar kelas jugak kot.

    Cikgu tu org asing jadi mungkin dia tak selesa.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa...kat teluk intan takde kelas tuk budak setahun..nanti nak try tengok kat ipoh plak..

    ReplyDelete
  7. tengah berkira kira berpikir si fayel ni adakah akan macam naila...fayel penakut air

    ReplyDelete
  8. eiskk tak sabar nak antar bella jugak papa dia dah approve tp tunggu early next year masa tu bella dah setahun stgh :) best tgk naila

    ReplyDelete