Meh klik kejap~

Tuesday, October 29, 2013

Cerita Annaila dan Aku~

Krikkk....krikkk....

......................Pending...........................

Apa nak taip ni.

Annaila?

Budak kecik tu tak berapa sihat. Siang okey, masuk malam pakej batuk selsema demam semua ada.

Eh, Annaila sekarang dah jadi budak baik. Errrr. Sebelum ni bukannya jahat pun. Dulu kalau dia buat salah laju je tangan aku babap dia. Pastu laju jugak mulut aku pok-pek-pok-pek. Kesannya aku tengok Annaila sangat kuat memberontak. Perangai sejibam aku! Bila aku nampak perangai serupa aku, haruslah aku pun slow-slow ubah cara aku jugak. Errrr maksudnya bila dia buat salah aku tak marah macam dulu. Aku cakap elok-elok. Aku tak babap dia. Paling geram pun aku akan cakap dengan dia "TAKNAK KAWAN!!"

Sekarang aku nampak kalau dia buat salah macam tumpahkan makanan, dia akan cakap 'mama tu-pah (tumpah)' pastu die tunduk kutip makanan-makanan yang tumpah tu. Bila dah kutip dia pandang aku pastu SENYUM! Peghhh! Cair aku. Wakakaka. Pastu aku bebel-bebel jugak tapi bebel macam besembang je. Bukan bebel marah. Eh kau paham tak? Tak paham takpe. Bukan masuk exam pun.

Pastu aku perasan bila aku jarang marah dia, sekali aku naik hangin Naila kecut jugak. Mau jugak dia dengar cakap aku. Kalau sebelum ni, lagi aku marah, dengan dia sekali naik angin jugak. Lagi dia taknak dengar cakap aku. Lagi dia baling semua barang. Lagi dia buat suara yang dia tengah tahan marah gila-gila. Banyak la lagi-lagi-lagi yang Naila buat. Sekarang dah jarang nampak dia buat depan aku macam tu. Kalau dia buat pun dengan orang lain kalau orang tu kacau dia. Dan aku akui Annaila GARANG macam aku. Bak kata daddy, walaupun muka banyak ikut daddy tapi perangai 100% ikut aku.

Eh korang baca entry ni nampak tak aku ni bukan mak yang baik sangat. Hahaha. Aku tau aku bukan mak yang perfect macam orang lain. Tapi aku cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak aku  walaupun orang nampak aku macam euwwwww!

Satu yang aku harapkan bila Annaila dah besar nanti, janganlah ada orang mengata Annaila buat benda yang dia sendiri tak pernah buat. Sakitnya hati sampai tembus ke belakang. Srooootttt!

Aku?

Eh nak baca pasal aku pulak tak? Meh la baca kejap.

Aku kan mengandung beberapa bulan lepas pastu gugur. Kau tau habis muka aku naik hormon-hormon ngandung macam Naila dulu. Kusam sana sini. Sekarang dalam proses pemulihan kulit semula. Wakakaka. Aku makan GLA Complex Shaklee! Dah nampak la perubahan siket kat muka. Kehkehkeh. Dah tu je pasal aku. Bila nak mengandung balik? Tunggu tahun depan. Ngeeee! :D






6 comments:

  1. bagus naila yek.. klu hafidh... wat dekk je...

    ReplyDelete
  2. Kite mak yg garang. Garang sangat. Tapi bila babap arissa dia babap kite balik. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. heheh...garang eh..tapi kalau dah jumpe wawa 2-3 kali..memang nampak gaye garang tuh..kalau fes time jumpe..macam..alaaaa..lemah lembut nyer lah wawa ni...hahaha..tetipu rupernye....

    ReplyDelete
  4. lama tak dengar cite wawa...get well soon annaila...

    ReplyDelete
  5. pandai naila senyum nak elak kena marah..hehe

    ReplyDelete