Meh klik kejap~

Friday, October 4, 2013

Annaila : Kelas renang 1~

Ye, saja aku masukkan Annaila kelas renang. Biar dia ada aktiviti di hari minggu. Hehehe. Takde lah bosan duk tawaf satu rumah. Kesian tau! Kalau ada adik-beradik, boleh la dia main sama-sama.
Plan dah lama. Sebelum raya hari tu dah mencari kelas renang untuk budak umur macam Naila. Ni details,
Website : ezi2swim.com
PIC : Pn Latifah (017-2960238)
Harga : RM120/month (4 kelas) + RM20 (yuran)
Masa : Sabtu (3ptg – 4ptg)
Tempat : Pct 16, Putrajaya
Tapi cikgu kat sana cakap, budak-budak boleh berenang paling awal umur 3 – 4 tahun. Kira sekarang dorang ajar supaya budak tu tak takut air. Eh budak ada ke yang takut air? Hahahah. Maksudnya, anak kau boleh menyelam. Boleh masukkan kepala dalam air dan pandai ambil nafas. Lepas tu di ajar cara-cara berenang. Walaupun anak kau takkan pandai berenang sekarang, at least die tahu cara-cara nak berenang macam mana.  
Untuk budak macam Naila, at least kena ambil 8 kelas. Selalu kelas ke-5, budak dah berani masukkan muka dalam air. Tu cikgu cakap. Bukan aku cakap. Kikiki. Macam last week, ada sorang budak ni sebaya Naila. Dia dah masuk kelas terakhir, kelas ke-8. Anak dia dah boleh gelak-gelak bila dimasukkan dalam air. Teruja aku! Tapi mak apak budak tu amek lagi 4 kelas. So Sabtu ni aku boleh tengok lagi lah budak kecik tu. Hahahaha. Nanti aku amek gambo dia banyak-banyak. Bukti!
Esok Naila masuk kelas ke-2. Taktau la dia okey ke tak. Masa kelas pertama dia menjerit-jerit anti dengan cikgu tu sebab pegang dia. Hehehe.
Pasni kalau Naila dah pandai swim, mama pulak nak masuk kelas renang. Muahahaha. Dewasa RM80/sebulan. 4 kelas jugak.
on da way ke Pct 16, Putrajaya!
 
maap daddy. mama lupa nak masukkan baju dlm beg. hahaha. haaa tu cikgu Naila... 
 
budak dah besar tengah berlatih berenang.
 
daddy bawak Naila jalan2 dalam kolam.
 
Nampak tak! budak kecik yg sebaya Naila dilepaskan dalam kolam. Cikgu tu masukkan budak tu dalam air sambil tolak budak tu ke arah bapak dia. Fuuuu! Kagum. Hahaha.
 
Haaa ni lagi sorang budak. Budak ni belum tahap masuk kepala dalam air lagi.
 
Annaila sangat anti dengan mende alah ni. Hahaha.
 
Budak kecik yang sebaya Naila tengah apungkan diri...tapi kepala die dipegang sambil di bawak jejalan...
 
Dan lagi...comel kan! budak ni mcm besar qaleef je anak aty...
 
Nai dah berendam...Hari pertama guna gayung jirus kat muka tengok die pandai amek nafas ke tak...
 
Pas swim, ajak main kat Alamanda pulak. Hehehe. Balik terus tido!

16 comments:

  1. kakmi dah ada plan kelas renang tapi start lambat sikit....member nya kelas..dah booking awl

    ReplyDelete
  2. owh..tau2...dekat je dgn rumah...tapi belum terfikir lagi nak ajar airis berenang...heeee

    ReplyDelete
  3. naila nti da pndi berenang ajr yaya eh,nak masuk kelas swim xmpu ag skrg nie..huhu

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok...kita yang besar nie pun x pandai berenang...jealous la tengok naila

    ReplyDelete
  5. waaa...bestnye wawa...mmg tgh cari kelas swim, tp area gombak ni cam xde je utk baby..:)

    ReplyDelete
  6. macam berbaloi je harga class tu... kenapa la kat putrajaya...

    ReplyDelete
  7. Good job...seronok tgk anak2 kecil belajar berenang :)

    ReplyDelete
  8. Bestnyer.. Eh tp knapa kt rumah ros ni murah sgt ea... Gulpppp :(

    ReplyDelete
  9. yuran macam okay-okay tapi jauh pulak..... selalu swiming class mahal kot.. best la belajar renang-renang, ayra takde pun.. tunggu la kang dia mintak nak masuk kelas apa-apa baru kita fikirkan hahaha.. #kedeks

    ReplyDelete
  10. Seronoknya Wa. Rasa nak daftarkan Naurah jugak la kelas swim. Bagi dia berani. Takdelah takut air macam ibu dia. hahaha Eh, betul kat wa, lepas anak pandai berenang, maknya kena lah ikut belajar sama. kiki

    ReplyDelete
  11. wah, this good for her! untung Nai der mommy cm wa... best lak tgk. hihi. comey Nai! cm murah jer yuran.. :)

    ReplyDelete
  12. untungnya naila!!! tp kat kemaman n kuantan jenuh cari yg boleh ajar baby...tak jumpa lagi sampai skrg! hukhuk :(

    ReplyDelete
  13. kalo la Safiyyah masih kat semenyih, boleh sparring ngan Naila g class swimming..

    ReplyDelete
  14. Start umur berapa dia ambik wawa? mcm berminat nak masukkan bella

    ReplyDelete