Monday, December 31, 2012

31.12.12 Bebel kosong~

Hari ni 31 Dec 2012. Semua duk cakap babai 2012. Selamat datang 2013! Pastu mesti ramai yang cuti hari ni kan! Untong laaaaaaa. Cuti aku dah habis. Eh malam ni korang celebrate mana?? Takyah nak celebrate sangat lah. Duduk je umah jaga anak tu haaaa. Dari rumah pun dah boleh tengok bunga api kan. Setakat kau nak bersesak dengan umat manusia, pastu tengok bunga api yang hanya seminit dua, pastu balik. Macam pape ntah kan! Eh tapi kan malam ni kitorang gi Putrajaya nengok bunga api. Kahkahkah~ Kemain kau kan! Lalalala~ Esok pulak dating plus shopping sama daddy Naila. Tapi Naila kena tinggal lah sebab susah bawak dia sekarang. Hihihi~

Esok 1 January 2013, genap la si budak kecik tu umur 9 bulan. Alah baru 9 bulan, ingat dah setahun. Huahuahua~ Eh eh perasan tak bila dah ade anak siket-siket citer pasal anak, siket-siket up gambar anak. Macam kau sorang ade anak kan. Tapi tu lah hakikatnye. Nanti 30 tahun akan datang, kalau aku ade lagi, pastu aku ade mood nak ngedate blog, aku up kan pulak gambar cucu. Cucu??!! 

Semalam, dating dengan kawan lama. Gosip sana sini, pastu citer pasal Annaila. Aku rasa macam bosan pulak. Pastu aku lari topik gosip pasal tempat keje lama, pastu tetibe termasuk lagi citer Annaila. Tukar citer pulak pasal tempat kerja baru bla bla bla, pastu citer Annaila lagi. Apakahhhh??? Siket siket Annaila kan. Kesian kawan aku tu. Aku rasa dia paham kot. Hahahaha~ Untongla ada orang paham. Kalau ada yang tak paham, mau cakap "macam kau sorang ada anakkan!". Tapi yang selalu cakap camni aku rasa yang belum ada anak dan belum kawen. Hahaha~

Eh nak citer Annaila lagi ni, budak tu kan tersangatlah manja dengan aku. Korang tau la kan budak kalau dah 7 8 bulan, dia punya berat, fuhhhh! Rasa nak patah pinggang bile berdukung. Kalau ikutkan memang aku surrender la takmo dukung si Naila ni. Tapi dia punya manja, taknak dapat daddy dia. Bila daddy dia dukung, dia punya menjerit serupa nak bergegar bangunan! Haaaa lagi satu, dia dah suka menjerit. Belajar dari sape ntah! Salah siket, jerit. Ade sekali kitorang tengah syiok nak makan Pizza Hut, dia punya la melalak sampai semua orang usha. Ade lah yang aku perasan bebudak remaja usha kerek. Nak kate aku tak pandai jaga anak la tu. Eleh! Dah kau tak kawen lagi, boleh la cakap camtu. Cer kau dah kawen, dah ade anak, kompem kau nak lempang anak kau kat situ gak. Ehhh?? Hahaha takdelah sampai nak lempang. Aku baik tau. Pujuk-pujuk, dukung, sumbat mushroom soup, sumbat pizza cket, makan gelojoh bagi cepat habis dan blah cecepat dari situ. Haaaaa. Punyalah nak suruh anak diam kan. Eh korang, Annaila baru bersunat. Hahaha. Lambatkan. Huhuhu. Takpelah, aku dulu mak aku sunatkan mase umur 3 tahun kot. Lagi lama. :p

Uihhhh. Panjangnye kau bebel Wawaaaaaa. Ok la last, azam aku tahun ni, nak jadi isteri yang baik dan paling penting aku nak jadikan Naila kakak. Hahahaha~ Rasenye dah ready kot untuk tambah lagi sorang. Hihihi~ Basya!!

Kuat munggah barang!
Disunatkan! Cian anak mama. Hehehe.
Kawan lama. Trishna~!

Thursday, December 27, 2012

Annaila : Tolak makanan pulak dah dia~


Tak pernah citer pasal solid food Annaila kan. Okey aku bagi Naila biasa je. Kadang kalau malas tahap dewa, aku bagi je caralec. Kalau macam ada mood, terutama weekend la, aku memang masak bubur untuk Naila. 

Tapi kan, sekarang ni aku perasan Annaila TOLAK bubur yang aku buat, caralec, biskut-biskut yang aku selalu bagi dia. Sobs~! Aku rasa Naila dah bosan kot makanan dia. Aku pulak kalau buat bubur, tak reti pulak nak pelbagaikan. Kihkih. Nasib kamu la Naila dapat mama tak reti masak. 

Hari ni, aku dengan rajinnye usha la kat Group Solid Food for My Baby kat fb. Uihhhhh~ Aku rasa aku bukak group ni masa Annaila baru nak start makan je. Pastu takde maknenye nak tengok lagi. Kekonon pandai sendiri kennnnnn! Bila anak tolak makanan, baru kelam kelibut cari resepi. Muahahaha~ 

Pastu jumpalah satu attachment kat dalam file Group tu. Tengok macam okey semua resepi dia, boss lak takde. Hehehehe. Maka aku pun print lah dengan senang hati~ Weeee!

Ok start petang ni, harapnye boleh la main masak-masak! Pastu tengok Naila okey ke tak dengan masakan aku. Fuhhhhh!


terima kasih kpd yg rajin buat resepi ni...kite amek ye...:)

Annaila : Insurans Prudential~


Ni iklan berbayar. Kahkah! Geli seyh bajet hot nak berbayar-bayar?? Ok la tak bayar guna cash pun, bayar guna kasih sayang. Aci jugak kan?? 

Ok , ni nak citer pasal INSURANS. Daddy Naila amek insurans untuk Naila dan aku. Tapi aku lewat siket la, sebab aku kan macam "takyah la nak berinsurans bagai ni....." Haaaaa. Kemain lagi eksyen kan! Pastu ada satu hari ni daddy Naila tanya :

Daddy : Kalau saya masukkan awak insurans okey tak??
Aku : Takyah la susah-susah. Bla bla bla bla.................
Daddy : Oooooo. Tapi dah masukkan dah. dah bayar dah pun.
Aku : ......................................................

Haaaaa. Situasi camni memang selalu berlaku kat aku. Masa nak amek insurans Naila pun camtu gak. Penat aku bagi cadangan apa semua, sekali rupanya semua daddy Naila dah buat. Hehehe~ 

Pastu baru la aku nampak banyak kelebihan insurans ni. Kau tengok, nama je belajar Business Admin dulu, tapi tak pernah nak terbukak hati amek insurans. Hahaha~ Terima kasih daddy tolong buatkan insurans plus tolong bayarkan setiap bulan. Lalalala~

Panjang nau mukadimahnye, nah korang baca la kat bawah ni, tapi ni untuk Naila la. Aku punya nak tau jugak ke? Nanti lah kalau suruh buat iklan lagi, aku publish la~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bayaran premium setiap bulan: RM150

Manfaat (4+1):

1] Life -> RM30,000.00 (manfaat kematian)

2] Critical Illness -> RM30,000.00 (jumlah dibayar selepas didiagnose dgn salah satu dari 36 critical illness)

3] Hospitalization -> RM60,000.00/yearly; RM1,200,000.00/lifetime, bilik RM150 sehari, allowance RM50 sehari
maksudnya, setiap tahun kalau admitted ke hospital, bil hospital ditanggung sepenuhnya oleh Prudential, maximum bill hospital setiap tahun RM60,000. Sepanjang hidup adalah 20x dari had tahunan. Sepanjang duduk hospital layak duduk bilik yang satu malam RM150, dan duit poket RM50 sehari. Okla sebab naila ni kecik lagi, tak payah ada elaun duduk hospital banyak2..

4] Personal Accident -> RM20,000.00

5] Saving sehingga umor naila 20 tahun dlm RM28,000.00. Boleh guna utk masuk U, downpayment kereta, or kawen =)

** Manfaat diatas bukan lah menggambarkan polisi secara keseluruhan. Setiap angka bukan mewakili angka rasmi dari Prudential sebab setiap org mempunyai keperluan dan bajet berbeza2.

Apa2 pertanyaan boleh contact kat 01116272203 atau email mhzmohdh@yahoo.com

Boleh jugak like page ni Medicalcardprudential4u




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Haaaaa! Kot korang tercari-cari insurans apa yang sesuai, ni aku bagi review untuk Annaila. Kalau minat contact la nombor kat atas tu~ Ensem tau orangnya. Huahuahua~

Kbai~







Wednesday, December 26, 2012

Annaila : Mama~!

Happy! Bila anak yang kite bawak dalam perut ke hulur hilir, dah beranak pulak tunggu dekat 9 bulan, sekarang dah pandai panggil "MAMA", "DEDE" (daddy). Comel gilak! Sebenar Naila dah start panggil mama masa 8 bulan kot. Ntah tak ingat tapi dia panggil macam 'mamamamama'. So wat taktau sangat la time tu cuma cakap, 'pandai anak mama'. Tapi sekarang macam dah obviously panggil "MAMA", "MAMA" sambil sengih tunjuk gusi. Aghhhhh comelnye budak kecik ni! Dia panggil aku siutttt! Panggil aku MAMA! Ooooomaiiiiii! Kalau panggil daddy lagi comel! "DEDE". Tapi jarang nak sebut sebab dia lagi suka panggil "MAMA". Hihihi *gelak keji*

Yeeppppp! Annaila sangat manja dengan aku. Walaupun orang kata kalau muka ikut ayah, akan manja dengan ayah. Tapi Naila lagi manja dengan aku. Kakakaka~

Errrrr. Annaila belum 9 bulan ye. 1hb January nanti baru masuk 9 bulan. Lagi bape hari nak masuk 9 bulan. Kot la orang kompius sebab aku duk keluarkan angka 9 je. Sebenar tak sabar nak tunggu umur dia setahun. Hihihi~ Agak-agak time tu dah pandai berjalan tak budak kecik ni??

Lagi satu, kalau korang tengok Naila ni macam menggebu je, sebenarnye tak pun. Annaila makin mengurus. Sebab nak cubit pipi dengan tangan dia tak best dah. Ada lembik-lembik gitu. Tak keras cam dulu lagi dah. Sobsobs!

sangat suka durian! durian crepe pun suka! ngehehehe....bagi rase siket je...takde la banyak sangat....

Monday, December 24, 2012

Langkawi 2012 : Review 3 Hotel~!

HOTEL AZIO
Tengok dari luar macam sadis giler hotel ni sebab die dari deretan kedai. Tapi sedapkan hati sebab malam kedua tempat lain dah kan. Bila masuk tengok bertangga pulak, hewhew. Aku pandang daddy Naila, daddy Naila pandang aku. Pastu senyum. Apa maksud dia?? Haaaa korang jangan pikir kotor! Kitorang cuma, "Haaaa??Tangga??Sebaek tak banyak beg." Masuk lobi, bulat siket mata aku, 'Cantiknyeeee. Kemasnyeeeee.' Dapat kunci, masuk bilik je, WOWWW!!Ok cantik gilerrrr! Dengan harga RM100, Hotel Azio berdouble triple lagi cantik dari hotel Seri Malaysia Jitra Kedah yang harga dia RM190!

Tapi sebab masa booking 2 minggu lepas, semua katil queen dah habis, kitorang amek je lah yang katil single 2 ketul ni. Siapa nak save bajet, boleh la menginap kat hotel ni. Puas hati sesangat dengan harga die! Tapi untuk berfamily atau datang berkawan aku macam tak suggest kan sangat amek hotel ni sebab bilik air die transparent plus tak berkunci. Tibe-tibe korang ada lak kawan yang buat pedajal masa korang mandi. Haaaa....... Tapi taktau la bilik lain okey kan. Kalau nak tahu ok tak ok, gi tepon Azio Hotel sendiri. Aku bagi 10/10 hotel ni sebab harga dengan keadaan bilik sangat memuaskan hati!









DE BARON RESORT
Ok ni hotel yang kitorang duduk paling mahal la kan kekononnye. Dengan harga RM159.99, korang akan sesangat puas hati! Sampaikan macam nak bermalam-malam tido kat sana. Bilik aku pulak mengadap laut, tengok sunset sunrise, best weyhhhh. Eh kalau dah ade sunset sunrise tu dah kompem bilik aku ngadap laut. Fefeeling romantik gitu duk depan bilik sambil menghayati panaroma itu. Kihkih. Hotel ni ada kolam. Kan setengah hotel tak bagi mandi kolam kalau tak pakai swimming suit, hotel ni relex je. Maka dengan itu, aku pun terjun la sekali. Weheee~! Owhh bilik ni lagi luas dari hotel Azio. Pastu berkarpet pulak. Lagi senang aku lepaskan Annaila merangkak tergolek kat bawah. Eh tapi kat sini banyak betul hotel yang nama BARON. So korang kalau nak nginap sini, cari DE BARON RESORT tau! Puas hati 10/10! Haha hamekaw!





EAGLE BAY
Emmmm aaaaaa. Masuk je lobby, mulut aku terus sesenget, mata aku mula la pandang sana sini. Masuk lift pulak, rasa macam dalam drama cerita hantu. Sampai bilik, giler oldschool! Macam biasa masuk hotel, tengok toilet dulu. Peghhhhh! Ada bau tak best! Pastu pintu pun macam nak roboh! Grrrrr~! Tak best gila-gila! Swimming pool die pulak aku rasa macam kolam ikan je. Geli seyh! Parking lagi hampeh! Pastu mula la nak compare dengan de baron dan azio. Sampaikan daddy Naila cakap, nak tukar hotel ke? Aiyakkkk dah bayar kot, takyah la membazir. Tido je la situ ala-ala macam cerita hantu kan. So kalau korang nak ade ura-ura nak nginap sini, hentikan lah weyh. Nyesal tak sudah! 

Ooooo lagi satu, dah la bagi kitorang salah bilik! Dapat 2 katil Queen. Ok la sebab bukan bagi katil single tu kan. lagi aku nyumpah kot kalau camtu. Hihihi~


Satu je la, kalau korang nak nginap loncat-loncat macam kitorang, better cari satu kat Chenang, satu kat Kuah, satu kat mana-mana la yang korang suka. Sebab sebenarnye kalau korang dari Kuah nak ke Cenang agak jauh la, nak ke cable car jauh jugak. Sempat la bergado dengan Annaila dalam kereta. Huahuahua~

Errrr. Satu je lagi aku hutang korang kan! Bajet 4 hari 3 malam kat sana. Tengokla kalau miggu ni aku sempat, aku buat entry tu. Hehehehe~

Okbai~!

Annaila : Budak nak masuk 9 bulan~

Ini budak kecik nak masuk 9 bulan dah. 9 bulan dah banyak perangai. Keje asek nak memanjat je. Tapi kan, satu je yang lawak, pandai panjat pastu tak reti nak turun sendiri. Kakakaka~ Agak-agak bila dah letih, menangis suruh amek. Tapi semalam dah nampak usaha untuk turun sendiri kalau dah manjat. Cuma takut-takut. Bila nampak kita usha dia, terus menangis! Kesimpulan, jangan usha dia time tengah usaha. Biar dia wat sendiri. Hahaha~

Pastu korang tau lah budak cenggini nak pakai kan pampers, fuhhh! Mencabar hokey! Aku tau anak korang pun sama je. Hihihi. Meh aku nak ajar cara pakai pampers terbaru. Masa die asek la nak meniarap, korang pakaikan aje macam biasa.Tapi terbalik lah. Aku tengok tak bocor langsung, okey la kan?? Daripada kau stress nak pakaikan pampers, pastu anak korang pun stress sampai terjerit-jerit, kau buat je lah camtu. Hihihi~

keje nak manjat jeeeeeeeeeee...suruh turun tak reti!

cara pakai pampers skang~

Friday, December 21, 2012

Langkawi 2012 : Last Day! Weeeee~!!

Phewwww. Dekat 2 minggu kan entry Langkawi tak settle lagi. Tampo kang!Ok bila dekat 2 minggu, ingatan pun semakin pudar hokey~ Jadi gambar je banyak, korang hayati je lah. Huahuahua. :p

Entry sebelum:

Annaila dah pening sebab mama asek berposing...Owhhh mama sangat jatuh cinta kat de baron resort hokey....klu g Langkawi, de baron resort jadi pilihan hati...;)

kawasan de baron lagi...cantikkan...RM159.99/night...bilik besar punyeeeee....

ok tau mama naila mencapap terhover...apa aku kisah...kakaka~

dataran lang...nampak tak 2 org yang ada kat tengah2 tu....adik ni tak pandai amek gambar...hahaha...dah mintak tolong orang, kemain ko ngate orang kan...

4 hari Annaila kat sana, letih betul die...asek la nak tido je...nak tdo mesti kat aku...ye aku paham...aku ade bantal, daddy takde...hikhik...:p

sebenarnye aku pun tak paham motip gambar ni ditepek kat cni...mungkin sebab nak tunjuk, 'hey aku ibu yg sangat penyayang...huahua/..."


ayer hangat??ayer panas???tak ingat...yg penting, maksud die same je...cantek weyhhhhhh...tp persekitaran die agak buhsannnn....
menuju tempat untuk merendam kaki.....
tengok Annaila...pantang dapat air, senyum meleret.....
zoom dekat cket..kemain lg dapat air kan....

mama daddy pulak...Naila jangan kacau....

kte lunch dulu...

dan Naila cam biasa, takleh letak kat kerusi ni...mula la terpusing sana sini memanjat...grrrrrr!

best jugak kat sini...murah pun murah...;)
singgah kat Pemandangan Indah...tempat ni membosankan...takde lah indah mana pun bagi aku...hihi...kitorang lepak sini sambil makan goreng pisang...
duduk dengan mama kat depan asek la terloncat sana, terloncat sini, melentik-lentik badan, geram betul...letak kat belakang, bagi biskut, diam....muka blur je.....bagus...pasni takmo dok diam, letak je belakang...tapi jangan bawak macam tempirit lak...bawak dengan lemah gemalai hokey....

tak sampai 15 minit, pandang belakang, dah terkebabo tido...fuhhh! lagi lah lega...mama dengan daddy kat depan fefeeling bercinta bertepuk bertampar...hihihi...

singgah makan tepi jalan dekat dengan airport sambil tunggu 7.30ptg...nak balik dah weyh...muka Naila blur bila bangun tido...

sikit-sikit gambar Naila....meh tuan punya blog mau mencapap jugak...hi korang! hihihi...:p

tahap kegeraman dekat Naila....Naila REDHA....

haaaaa suka sangat nak lentik-lentik badan, duduk dalam troli diam-diam...terpinga-pinga duk dalam tu...

bila dorang wat announcement flight delay, Annaila terus meraung kemarahan...sabar ye Naila...mama pun geram jugak...sebaik sejam je delay nye...



kita nak balik malaysia dah...eh...??okey pembetulan, kte nak balik selangor dah....

ni fesyen muka apa ntah...tapi nak tepek gak sbb.....aku pun taktau apa sebab..hahaha...
suka sangat gambar ni sebab nampak kemesraan mak ngan anak...bukan bapak dengan anak....huahuahua...gambar pun kau nak keji kan! :p

Follow Us @soratemplates