Showing posts with label Annaila. Show all posts
Showing posts with label Annaila. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Bila Anak Patah Tangan

2 October 2017 - Patah Tangan

Hari tu hari Isnin. Naila memang dari Sabtu Ahad tu asyik cakap dengan kitorang dah lama tak main dekat taman.Yela sebelum tangan dia retak tu, memang mama rajin bawak dia main kat taman waktu petang. Bila tangan dah bersimen, silalah buat aktiviti dalam rumah je.

Jadi masa hari Isnin, lepas ambil Naila balik dari sekolah, Naila banyak kali cakap, "mama please Naila nak main taman petang ni." Sebab dah 3 hari dia mintak, mama pun setuju untuk bawak main taman petang tu.

pagi sebelum ke sekolah.
Mama janji pukul 5 petang kita gerak ke taman. Masa nak tunggu pukul 5 tu asyik la tanya mama bila nak pukul 5 ni mama. Haha excited sangat tau!

Tepat pukul 5 terus bawak dorang turun main taman. Benda yang Naila nak main sangat "monkey bar". Ye dari kecik mama memang suka bagi dorang main monkey bar ni. Tapi masa kecik-kecik, mama pegang la dorang. Bila dah besar mama cuma pantau dorang main. Bukan pantau dari jauh tau. Tak sampai 2 3 langkah antara anak dengan mama.

Dalam setengah jam seronok bermain. Mama pun ambil Fatih suruh bergayut sekali kat monkey bar tu. Baru je berkalih membelakangkan kak Nai sambil dukung Fatih, tetiba GEDEBUK dengar Naila jatuh. Mama toleh belakang tengok Naila menangis.

Tiba-tiba mama terpandang tangan Naila. OMG tangan dia bentuk U okey. Terus turunkan Fatih dan pegang tangan Naila sambil cakap tangan Naila patah. Lagi kuat Kak Naila menangis. Masa tu serius mama seram gila tapi mama pegang je tangan dia yang bentuk U tu kuat-kuat.

Bila Naila tak berhenti nangis, baru makcik-makcik yang tengah galak bersembang datang tengok sebab nampak muka kita pun nampak kalut jugak kot. Hahaha. *tak sedar diri jugak kita ni pun dah jadi makcik*. Masa Naila jatuh dorang cuma pandang dan sambung sembang. Yelah biasalah budak jatuh dan menangis masa main. Situasi yang selalu kita nampak. Tapi untuk Naila, orang kata malang tak berbau. Haha. Jatuh je patah tangan.

Masa kita tengah kalut taktau nak buat apa tu, tiba-tiba datang sorang cleaner ni. Dia tanya kenapa ni kenapa. Lepas tu kita pulak yang dia marah. "Kenapa kau tak jaga anak kau elok-elok. Kenapa kau biarkan dia jatuh. Kau buat apa sampai anak jatuh." Ya ampun! Mama kena marah macam mama ni bibik dia. Hahahaha.

Terus mama naik angin tertinggi suara sikit dekat dia. Geram kot. Awak takde kat tempat kejadian, datang terus maki kita macam tu. Murung mama 2 hari tau bila ingat kata-kata dia tu. Lepas dia cakap ada lagi lah beberapa orang gak cakap macam kita ni tak reti jaga anak. Sedih gila time tu.

Lepas adegen tu, baru terfikir nak call daddy. Terus call tanya kat mana dan terus cakap jugak Naila patah tangan! Nasib baik daddy dah nak sampai rumah time tu. Tunggu 5 minit kat taman, terus kitorang berkejar ke KPJ Kajang.

Lupa nak cerita, masa mama cakap kena pergi hospital, Naila menangis lagi kuat. Naila cakap "Naila taknak pakai benda tu lagi (simen)" - berulang kali dia cakap benda ni. Dah mama pulak rasa nak tersenyum.

Sampai hospital, terus pergi emergency dan proses sama macam tangan retak hari tu. Jumpa doktor, x-ray. Dan yes! confirm tulang Naila patah dua. Doktor cakap kena operate dan masukkan dawai dalam tangan dia. Dan malam tu, bermalam la kami sekeluarga di hospital.
baru lepas jumpa doktor

Nampak jelas kan tulang patah tu

muka sedih tapi dalam masa yang sama macam happy. (dah dapat ubat tahan sakit)


3 Ocotober  2017 - Masuk dawai

Esoknya, doktor datang bagitahu Naila akan masuk operation theater (OT) dalam pukul 1-2 petang.
dah bertukar baju pagi tu


Dalam pukul 1.30 petang tu, Naila pun masuk dalam OT. Daddy teman Naila masuk sekejap. Daddy cerita, dalam tu Naila memang cuak gila. Bila doktor cakap nak tidurkan (bius) Naila, Naila terus jawab taknak tidur. Dan doktor pun masukkan gas (ubat tidur kot) kat area mulut Naila dan cakap kalau taknak tidur kena tarik nafas panjang-panjang. Naila tarik nafas je terus tidur. Hihi. Lepas Naila tidur, daddy pun kena keluar.
dalam OT


Naila keluar dari OT dalam pukul 4 petang rasanya. Masa keluar muka dia blur-blur. Lepas tu cakap "Tadi Naila tertidur kejap. Tapi mana daddy? Kenapa daddy tak tunggu Naila bangun?" - haha jenuh nak menjawab soalan dia tu.
baru keluar OT. Muka blur sangat ni

Doktor cakap nak masukkan dawai tu kejap je. Dalam 10-20 minit. Tapi Naila kat dalam tu sampai 2-3 jam jugak. Nurse kat sana cakap sebab bagi dia tidur tu kena tengok badan dia semua stabil, baru boleh mula operate. Mama iyekan aje lah. Dah keluar dah pun budaknya.

Baru je sampai bilik, terus dia turun katil. Menjerit mama tengok dia. Awak tu dah la baru operate, pastu bangun terus tehuyung hayang nak jatuh. Rupanya dia nak ambil makanan sebab dari pukul 7 pagi kena puasa. Masa ni kawan dia Dhea datang melawat. Lagi seronok la dia. Dah macam bukan orang sakit je bila tengok dia masa tu.



dengan Dhea, geng Bangi

tu dawai tau.


4 October 2017 - Discharge

Pagi tu doktor datang check tengok keadaan Naila. Bila semua okey, doktor cakap hari ni boleh discharge. Yeayyy! Rasanya mama la paling seronok dapat keluar. Penat weh duduk hospital.

Bila dah discharge, doktor cuma bagi paracetamol dan antibiotik. Makan bila sakit sahaja.

Next appointment 19 October 2017. Next entry. Dah penat ni. Hahaha.

Info yang mama rasa nak share dengan korang,

  • Orang kata main monkey bar bahaya. Iye memang bahaya. Kalau ikut semua benda bahaya. Sebelum ni Naila main cikgu-cikgu pun tergelincir sikit je. Tu pun dah retak tangan. Jadi anggap je la Naila tak bernasib baik. 
  • Masa ni mama risau kenapa Naila ni asyik patah tangan je. Tulang dia rapuh ke. Bila tanya doktor, doktor senyum je dan jawab, sebenarnya kanak-kanak patah tangan adalah common terutaman bahagian wrist, lengan dan siku. Itu memang tindakan refleks badan untuk tongkat tangan atau gunakan tangan untuk elakkan kecederaan anggota lain. Doktor siap cakap, ada je dia jumpa budak yang dalam 2-3 bulan patah sampai 2-3 kali. Tapi selalunya budak tu 'buas' sedikit. Krikk krikkk.
  • Kalau kanak-kanak masuk dawai sahaja. Kalau orang dewasa patah, masuk la besi. Hehe.
  • Nak cepat sembuh, minum susu banyak-banyak. Yang dewasa boleh ambil supplement Ostematrix untuk percepatkan penyembuhan tulang patah. - boleh contact mama untuk dapatkan Ostematrix. Hehe
Entry sebelum ni, PERGELANGAN TANGAN RETAK



Wednesday, October 25, 2017

Pergelangan Tangan Anak Retak

Assalamualaikum.

Nak tau tak dalam tempoh 2 bulan ni Annaila merasa tangan retak dan patah. Tapi hari ni nak cerita tangan dia yang retak dulu. Next entry kita cerita pasal patah tangan pulak eh. Patah sampai masuk dawai tau. Hehe.

30 August 2017

Petang tu sepupu-sepupu Naila datang rumah. Bila sepupu datang, tau je la dorang punya excited dapat main sama-sama sampai riuh rumah. Macam biasa, kalau jumpa sepupu, Naila suka sangat main cikgu-cikgu. Sepupu dengan adik jadi murid dan Naila jadi cikgu.

Masa tu kita ni adalah lalu depan bilik dia sebab tengah bersiap-siap nak keluar COD barang Shaklee, nampak dia tengah galak mengajar anak-anak murid. Tak sampai beberapa saat melepasi bilik dia, sekali gedebuk dengar dia jatuh. Kita pun intai la dan macam biasa cuma cakap, "Dah dah bangun. Tak sakit pun kan." - haha ingatkan takde apa. Biasalah budak jatuh kan.

Dia bangun nangis terus duduk depan, masa tu nampak tangan dia merah-merah. Kita pun pegang la kejap tangan tu nak tengok dia sakit tak kalau kena tekan-tekan. Bila dia cakap tak sakit masa kena tekan tu ingatkan takde la apa. Mama dia pun sambung la pakai tudung macam biasa sambil tanya macam mana boleh jatuh.

Naila jawab, ada air dalam bilik. Kita intai dari luar je, memang nampak basah sikit. Terus cakap dalam hati mesti kerja si kenit Fatih. Haha dia tu suka tonggeng botol air atas lantai lepas minum. Suka tengok air menitik-nitik keluar lepas tu tepuk-tepuk dengan tangan. Grrrrr!

Mama dah siap semua pakai tudung, daddy pun sampai rumah dan kitorang pun gerak la keluar. Dalam kereta Naila nangis lagi kuat, dia cakap "Mama, sakit sangat ni." Kitorang tengok pergelangan tangan dah bengkak dan dia menggigil-gigil macam sakit sangat. Nasib baik mama punya urusan COD dekat je. Settle COD terus pergi ke klinik yang berdekatan, Klinik Mediviron.


Doktor check dan syak tulang retak dan terus buat x-ray. Sekali betul memang pergelangan tangan Naila retak sikit. Doktor terus masukkan ubat tahan sakit kat bontot. Tak sampai beberapa minit Naila cakap dia tak sakit dah. Doktor pulak buat surat refer ke hospital terus.

Dalam kereta, kitorang dalam perjalanan ke Putrajaya pulak sebab daddy ada urusan kat situ. Dia cakap, "Abang rasa tangan Naila tu takda apa lah. Tengok Naila pun tak sakit dah." Mama pun terus la membebel, dah ambil ubat tahan sakit memang la tak sakit. Huhu.

Masa tu baru daddy setuju pergi Hospital Putrajaya, hospital paling dekat. Nak sedapkan hati jugak sebenarnya. Sampai hospital, lagi sekali kena x-ray dan memang doktor sahkan tangan Naila retak dan WAJIB pakai simen.



Kesian tau. Dah la esok nak Raya Haji. Dah tak boleh pakai baju raya sebab tangan bersimen. Bertabahla kami semua. Hehe.

Bila kak Naila tak boleh pakai baju raya, jadi semua orang pun tak pakai baju raya. 

2 minggu lepas kejadian, follow up kat hospital balik. X-ray tangan dan tukar simen baru. Tulang masih belum elok bersambung.

Muka cuak sebab nak potong simen tu kena pakai gerudi. Huhu

Muka sedih sebab ingat takyah pakai simen lagi rupanya bukak kejap dan pakai simen baru. Kuikui

Sedih tak tengok muka dia. Hehehe. 


19 September

Appointment untuk kali ke-2, x-ray semula tangan tu dan alhamdulillah tulang dah okey. Yeay! Boleh pakai baju princess kata Naila. Hehe.

Hari pertama lepas bukak simen, tangan Naila takleh lurus lagi. Yelah dekat 5 minggu tangan bersimen macam tu. Bila dapat lurus sakit sikit la. Tapi sekejap je. Esoknya tangan dah boleh lurus semula.

Hai aunty. Dah bukak simen. Happy sangat!

Sedikit tips dan info dari pengalaman jaga Naila,

  • Tulang kanak-kanak lebih cepat sembuh dari tulang dewasa. Tempoh penyembuhan dalam 3-6 minggu. 
  • Rasa sakit (mungkin berdenyut) dalam tempoh 1-3 hari je. Selalunya doktor bekalkan ubat paracetamol je untuk kurangkan rasa sakit.
  • Lepas tempoh tu kalau dia galak sangat main dengan adik-adik dia, kemungkinan tempat sakit tu akan berdenyut balik. Tapi sekejap je.
  • Bila Naila gatal kat tangan yang bersimen apa yang mama boleh tolong, tarik-tarik sikit kulit yang berdekatan dengan tempat gatal tu bagi lega sikit. Kalau dia cakap tak lega, sialalah cuba alihkan perhatian dia. Hehe.
  • Cara mandi, letak je tangan dia atas sinki masa kita mandikan. Tak apa kena air kat simen tu sebab simen kan. Hahaha lap je la lepas tu. Tapi jangan alirkan air dalam simen tu. Lagi gatal nanti. Huhu
  • Banyakkan minum susu untuk percepatkan proses penyembuhan. Kalau yang dewasa tu, boleh topup dengan Ostematrix Shaklee. 
  • Banyakkan aktiviti kat rumah supaya dia tak boring sangat.
Okey setakat ni je lah cerita pasal tangan retak. 

Next entry, kisah Naila PATAH TANGAN pulak. Hehe.

Macam lasak sangat pulak anak dara tu kan. 



Tuesday, December 31, 2013

Annaila : Riadah petang.

Hi!
 
Daddy belikan basikal baru. Dah sebulan lebih Naila main basikal dalam rumah je. Rumah atas rumah mana ada laman nak main. Mihmihmih.
 
Petang kelmarin, nak pergi rumah TokMa. Dan Annaila bersungguh-sungguh mengangkut basikal die keluar rumah. Daddy tak bagi tapi aku cam kesian sungguh kat anak dara tu. Takpelah daddy, kita bawak je basikal, nanti boleh main depan rumah TokMa.
 
Sekali TokMa nak keluar petang tu, tukar destinasi pergi taman je. Sampai taman. Annaila? Gila excited! Sampai ajak balik mengamuk-ngamuk. Pfffftt!  
 
Dah plan dengan daddy, malam New Year. Bukan malam ni. Malam ni kompem ramai gila umat. Malam esok. Malam esok nak bawak Naila main basikat kat Putrajaya. Auuwwww! Dulu zaman student duk tengok anak-anak orang je main kat sana. Sekarang, anak aku pulak. Tahun depan, anak-anak pulak. Eh? Kbai! 
 


Tuesday, December 3, 2013

Annaila : Dengan kawan.

Psssttt!
 
Entry pendek je.
 
Birthday party Afkar. Sebab kat Bangi. Tak ramai geng gojes datang. Tempat ceruk gitu lah. Hahaha. Jadi orang-orang Bangi je lah datang meraikan Afkar.
 
Errrr. Entry bebetul nanti ku buat sebab sekarang busy kemahen. Kononnya. Tengok je la gambar keletah Naila dengan kengkawan.
 
Jumpa si Airiell. Okey boleh kawan. Boleh ngam jugak. Tapi bila Airiell duk riba aku, dia punya meraung! Pffftttt.
 
Pastu jumpa Afkar. Afkar awal-awal lagi dah berebut belon dengan Naila. Awal-awal lagi dah becekau. Hahaha. Tak boleh jadi geng dah. Naila Nampak Afkar je terus jeling-jeling. Hemoh-hemoh. Orang cakap jangan benci sangat. Eh?
 
K tu je cerita tak berfaedah petang ni.

 
 
 

Tuesday, November 19, 2013

Annaila : Update siket.

Satu malam.
 
Naila : Mama, nak pop pop! (lollipop)
Mama : Lollipop dah habis. Esok makan lagi ek.
Naila : Pop pop dah abis?
*Tetiba terus menangis menggila sambil turun katil berjalan masuk dapur cari tempat simpan lollipop*
 
Aku? Kejar Naila. Hahaha. Kesian! Tapi dah gosok gigi, pastu siang tu dah makan lollipop! Kang belum masuk 3 tahun, gigi dah rongak. Muahaha.
 
Bila budak tu dah besar siket seronok layan dia sebab mulut dia pok-pek-pok-pek je. Kadang kalau dia cakap panjang sangat aku dengar 'hfaksjdkasjdhedonsjandjsdsaj'. Aku pandang daddy. Daddy senyum. Pastu aku cium Naila cakap, 'Mama tak paham la apa Naila cakap.' Hahahha.
 


 

Friday, November 15, 2013

Annaila : Dulu dan sekarang

Hi!

Tetibe terasa nak tengok muka Naila masa umur 7 bulan dengan 1 tahun 7 bulan. 

Eh terasa macam minggu ni FREE sangat kan hari-hari boleh update blog. Muahahaha. Boss takde macam tu lah.

Okey jumpa gambar muka busuk ni je. 

7 bulan : Tak pandai jalan lagi. Merangkak je keje dia. Kalau bawak bejalan, baik je duduk dalam stroller. Mama dengan daddy nak makan pun senang hati.

1 tahun 7 bulan : Berlari ke sana ke mari dengan laju. Penat nak kejar. Memang kalau nak keluar gi mall tinggalkan dia sebab takut hilang. Dah la pendek. Kalau berjalan-jalan kat mall jenuh nak mencari.  Nak makan dengan tenang? Lagi la tak boleh. Nak makan lagi, nak kejar anak lagi. Muahahaha.

Ish! Rindu pulak budak kecik tu. Malam semalam Naila tido bilik dia, pagi tadi sedar-sedar dia dah tido sebelah aku. Bejalan tengah malam kot budak ni. Hihi.






Thursday, November 14, 2013

Annaila : Cerita dia?

Rindu Naila?

Nah.
 
 
Budak semakin membesar.
Semakin banyak mulut. Pok-pek-pok-pek.
Semakin manja.
Semakin lincah.
Semakin.
Semakin.
Semakin.
Kebabom.
 
Dah besar camni aku taktau nak cerita apa.
Sebab?
Aku pun taktau.
Mungkin takde idea.
Hahaha.
 

Wednesday, April 17, 2013

Annaila : Annaila dan Airiell~

Ni masa kenduri Aqiqah Annaila.

Mama daddy Airiell datang je, mama Annaila terus culik Airiell masuk. Ooooo si Airiell tu belajar bahasa Jepun okey! 'tooo...toooo...tooooo' 

Kita temukan Airiell dengan Annaila. Annaila berminat tak dengan Airiell? Aah! Minat sangat! Minat kat biskut cekelat Airiell! Hahaha!

Dan dorang sangat SHOMEL^^
Annaila : awak, kita ade permintaan.
Airiell : apa?
Annaila : ...................... *sambil usha biskut*
Annaila : kita nak biskut...
Annaila : pleaseeee......
Airiell : sorry! tak boleh!
Annaila : hehehehe....akhirnye...
Airiell : apa ni, amek2 orang punya!
Airiell : bak balik biskut kita!
Annaila : mama....Airiell takmo kongsi....
Airiell : ada aku kesah?
Annaila : seriously awak......
Airiell : ye.....
Annaila : sampai hati awak! Sobs!




Tuesday, April 16, 2013

Annaila : Majlis Aqiqah dan Sambutan Harijadi~

Kemalasan nak menulis makin berganda. Hoh!

Dan ni ringkasan je lah ye dari majlis hari tu. Oooooo gambar pun tak banyak sebab lupa nak amek. Sekian. 

14hb April hari tu kitorang buat majlis Aqiqah dan sambutan harijadi Naila di rumah in-law. Sebenar fokusnya kat majlis Aqiqah je, harijadi tu sampingan je. Lepas Zuhur, orang-orang surau datang baca doa selamat.

Acara tiup-tiup lilin takde. Hehehe. Mak apak aku tak ajar tiup-tiup lilin atas kek ni. Jadi aku pun tak buat untuk Annaila. Sebab? Ye, ada sebab kenapa bapak aku tak ajar. Hehehe. Jadi kita amek gambar dan potong kek kat dapur je. Pastu terus hidang kat orang. Gitew.

Thanks kat Gojes Blogger Supermom yang datang. Erin, Sue, Anis dan Aty. **ok tahap kemalasan nak share link melampau...ampun...**

Dan yang paling banyakkkkkk tolong kitorang untuk majlis Annaila dah tentu-tentulah family in-law. Terima kasih^^

rainbow cake Annaila. untuk tetamu-tetamu. :D
Annaila yg excited lebih nampak kek...ye dia hantu kek same macam mamanye..
dgn makcik Annaila...Annaila tak heran..yg heran kek!
yeahhh! apesal susah sangat nak amek gambar bertiga sekarang...sobs...
yeahh...Erin dan Sue dah sampai...tgk Aqilah kemain lg ketawa bila nak amek pic...
Aish kne tinggal....mama dgn daddynye bujang jap...hemoh2....
model la sangat kan kanak2 dua org ni...kemain posing lagi...
sexy lah tu....:D
hidung Annaila yg merah sebab jatuh tersadung kat jalan tar....
Anis & Aty pulak sampai....errrr...yg ni je gmbar ade...maap ye...tp gmbar kat korg byk kann...kan....:D




Monday, April 8, 2013

Annaila : Earing baru untuk kanak-kanak 1 tahun~

Annaila dah ada earing! Hadiah birthday dari daddy^^ 

Kitorang tembak telinga Naila kat kedai emas Golden World Mines. Dulu beli cincin merisik kat situ jugak. Siap ukir-ukir nama lagi kat cincin tu. :'D

Harga tembak termasuk earing (bukan emas) pulak ada yang RM18, ada yang RM80. Beza dia, yang RM18 tu sakit siket, yang RM80 tu tak sakit. Tapi akak tu cakap, baby nangis jugak kalau amek yang RM80 tu. Baik amek yang RM18 je. Pastu ikut pengalaman aku masa kecik-kecik dulu, tembak yang murah tu tak sakit, cuma TERKEJUT. Ngeeeee! Sebaik lah aku pernah gak bertindik, boleh lah nak explain kat daddy Naila kan. Kalau tak mesti aku terpengaruh nak amek yang RM80 tu jugak.

Annaila menangis? Haaaa! Menangis gila-gila, padahal tak tembak pun lagi! Alaaaa, kanak-kanak tu menangis sebab kena pegang ketat-ketat je. Pastu aku tak berjaya pegang Annaila sebab dia meronta kuat sangat. Next, akak yang kerja kat kedai emas tu pulak pegang. Lagilah dia menangis sebab orang asing pegang. Tak berjaya jugak tembak. Last ada sorang abang tu suruh daddy Naila pegang, aku pulak pegang kepala Naila jangan bagi bergerak. Dan...............

"KTTIKKKK"

Yeayyyy! Earing berjaya di pasang. Ooooo lupa nak cakap, nak tembak tu sampai dua orang hokey sebab tembak serentak. Kalau buat sebelah-sebelah lagi susahhhh! Lepas tembak, aku terus dukung Naila keluar dari kedai tu sambil umpan lolipop.  Terus diam. Haaaa! Nampak tak sebenarnye tak sakit dan Annaila pun tak perasan langsung ada 'benda' kat telinga dia. Huahuahua~

Pastu masuk balik kedai tu cari earing be-betul punya. Eh harga emas tengah turun sekarang tau! Untong daddy Naila dapat harga murah hari tu. Aku ingat nak terus pasang yang emas punya kat telinga Naila tapi akak tu cakap tak boleh. At least kena tunggu 2 - 3 minggu baru boleh tukar. 

Cara nak jaga telinga tu pun dorang ada cakap. Lepas mandi tu, lap-lap siket bagi kering pastu sapu dengan minyak gamat. Dalam 2 - 3 minggu ni jugak, Annaila kena pantang makan telur, ayam dan seafood! Hehehehe. Kecik-kecik dah ada pantang. ;p

Haaaa. Tu je kot pasal tindik telinga ni. Harap-harap Annaila tak gatal atau naik kudis kat telinga dia. Fuhhhhh!
Proses sebelum ditembak!
Dapat lolipop terus diam! Ngeeee~
Dan Annaila pun di umpan dengan macam-macam lepas ditindik. Hihihi.
Earing Annaila^^


Monday, April 1, 2013

Annaila : Happy Birthday Kesayangan Mama~

1 APRIL 2013

Annaila dah setahun! Yeayyy!

Detik-detik kelahiran dia terasa lagi kot. 

Flashback!

11 am - #turun tanda #contraction ngengada
1 pm - #alamanda #makan pizza
7pm - #hosp serdang 
8pm - #4cm
10.30pm - #6cm
11.44pm - #Faida Annaila binti Mohammad Hakim

Eh apesal budak kecik ni cepat sangat besar? Hahahaha!

.........tak sempat nak edit gambar perkembangan die dari newborn sampai 12 bulan....esok!..............







Follow Us @soratemplates