Showing posts with label FA 9 bulan. Show all posts
Showing posts with label FA 9 bulan. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Annaila : Kolam baru~

Annaila sekarang dah pandai nak main air. Kalau mandi suka nak duduk merangkak dalam toilet. Annaila pulak sejak azalinya memang tak pernah ada tab mandi sendiri. Hoh! Mama taknak beli sebab rasa semak je nanti bilik air tu. Kalau bilik air besar boleh la kan. 

Pastu bila dia dah start nak main-main air, terus terasa nak beli kolam untuk dia. Kolam yang macam bapak aku beli untuk kitorang masa kecik-kecik tu. Weekend lepas, aku pergi menapak kat GIANT Bangi (WARTA) cari kolam. Eh kat Giant, boleh tahan jugak barang-barang mainan dia. Murah pun murah! Nak tahu harga untuk kolam ni berapa? Cer teka, cer teka! Ok meh aku bagitahu, harga adalah RM14.99 sen sahaja. Murah gila! Pastu kan tepi-tepi tu kene isi angin, aku pun beli lah pump cikai yang harga dalam RM6.99 sen. 

Balik rumah, lagi 20 minit dah pukul 7 malam, terus aku memulakan misi isi angin kolam, isi air, pastu last sekali isi Naila dalam kolam. Hahahaha~ Memula dia macam cuak giler masuk dalam kolam tu, pastu start tepuk-tepuk air dan akhirnye senyum sampai ke telinga! <<- dari dulu pikir napa kene senyum sampai telinga??macam hantu je kan. Cukup 15minit, bawak Naila keluar dari kolam, dia punya mengamuk tak puas hati! Nak mandi lagi. 

Kolam tu aku tinggalkan aje kat umah mak aku. Umah aku ni apartment. Celah mana pulak nak letak kolam tu kan. So hujung-hujung minggu boleh la balik umah opah mandi kolam. 

Cepat betul budak kecik ni membesar. Dua bulan lagi nak masuk setahun dah. 





Follow Us @soratemplates