Friday, October 27, 2017

Bila Anak Patah Tangan

2 October 2017 - Patah Tangan

Hari tu hari Isnin. Naila memang dari Sabtu Ahad tu asyik cakap dengan kitorang dah lama tak main dekat taman.Yela sebelum tangan dia retak tu, memang mama rajin bawak dia main kat taman waktu petang. Bila tangan dah bersimen, silalah buat aktiviti dalam rumah je.

Jadi masa hari Isnin, lepas ambil Naila balik dari sekolah, Naila banyak kali cakap, "mama please Naila nak main taman petang ni." Sebab dah 3 hari dia mintak, mama pun setuju untuk bawak main taman petang tu.

pagi sebelum ke sekolah.
Mama janji pukul 5 petang kita gerak ke taman. Masa nak tunggu pukul 5 tu asyik la tanya mama bila nak pukul 5 ni mama. Haha excited sangat tau!

Tepat pukul 5 terus bawak dorang turun main taman. Benda yang Naila nak main sangat "monkey bar". Ye dari kecik mama memang suka bagi dorang main monkey bar ni. Tapi masa kecik-kecik, mama pegang la dorang. Bila dah besar mama cuma pantau dorang main. Bukan pantau dari jauh tau. Tak sampai 2 3 langkah antara anak dengan mama.

Dalam setengah jam seronok bermain. Mama pun ambil Fatih suruh bergayut sekali kat monkey bar tu. Baru je berkalih membelakangkan kak Nai sambil dukung Fatih, tetiba GEDEBUK dengar Naila jatuh. Mama toleh belakang tengok Naila menangis.

Tiba-tiba mama terpandang tangan Naila. OMG tangan dia bentuk U okey. Terus turunkan Fatih dan pegang tangan Naila sambil cakap tangan Naila patah. Lagi kuat Kak Naila menangis. Masa tu serius mama seram gila tapi mama pegang je tangan dia yang bentuk U tu kuat-kuat.

Bila Naila tak berhenti nangis, baru makcik-makcik yang tengah galak bersembang datang tengok sebab nampak muka kita pun nampak kalut jugak kot. Hahaha. *tak sedar diri jugak kita ni pun dah jadi makcik*. Masa Naila jatuh dorang cuma pandang dan sambung sembang. Yelah biasalah budak jatuh dan menangis masa main. Situasi yang selalu kita nampak. Tapi untuk Naila, orang kata malang tak berbau. Haha. Jatuh je patah tangan.

Masa kita tengah kalut taktau nak buat apa tu, tiba-tiba datang sorang cleaner ni. Dia tanya kenapa ni kenapa. Lepas tu kita pulak yang dia marah. "Kenapa kau tak jaga anak kau elok-elok. Kenapa kau biarkan dia jatuh. Kau buat apa sampai anak jatuh." Ya ampun! Mama kena marah macam mama ni bibik dia. Hahahaha.

Terus mama naik angin tertinggi suara sikit dekat dia. Geram kot. Awak takde kat tempat kejadian, datang terus maki kita macam tu. Murung mama 2 hari tau bila ingat kata-kata dia tu. Lepas dia cakap ada lagi lah beberapa orang gak cakap macam kita ni tak reti jaga anak. Sedih gila time tu.

Lepas adegen tu, baru terfikir nak call daddy. Terus call tanya kat mana dan terus cakap jugak Naila patah tangan! Nasib baik daddy dah nak sampai rumah time tu. Tunggu 5 minit kat taman, terus kitorang berkejar ke KPJ Kajang.

Lupa nak cerita, masa mama cakap kena pergi hospital, Naila menangis lagi kuat. Naila cakap "Naila taknak pakai benda tu lagi (simen)" - berulang kali dia cakap benda ni. Dah mama pulak rasa nak tersenyum.

Sampai hospital, terus pergi emergency dan proses sama macam tangan retak hari tu. Jumpa doktor, x-ray. Dan yes! confirm tulang Naila patah dua. Doktor cakap kena operate dan masukkan dawai dalam tangan dia. Dan malam tu, bermalam la kami sekeluarga di hospital.
baru lepas jumpa doktor

Nampak jelas kan tulang patah tu

muka sedih tapi dalam masa yang sama macam happy. (dah dapat ubat tahan sakit)


3 Ocotober  2017 - Masuk dawai

Esoknya, doktor datang bagitahu Naila akan masuk operation theater (OT) dalam pukul 1-2 petang.
dah bertukar baju pagi tu


Dalam pukul 1.30 petang tu, Naila pun masuk dalam OT. Daddy teman Naila masuk sekejap. Daddy cerita, dalam tu Naila memang cuak gila. Bila doktor cakap nak tidurkan (bius) Naila, Naila terus jawab taknak tidur. Dan doktor pun masukkan gas (ubat tidur kot) kat area mulut Naila dan cakap kalau taknak tidur kena tarik nafas panjang-panjang. Naila tarik nafas je terus tidur. Hihi. Lepas Naila tidur, daddy pun kena keluar.
dalam OT


Naila keluar dari OT dalam pukul 4 petang rasanya. Masa keluar muka dia blur-blur. Lepas tu cakap "Tadi Naila tertidur kejap. Tapi mana daddy? Kenapa daddy tak tunggu Naila bangun?" - haha jenuh nak menjawab soalan dia tu.
baru keluar OT. Muka blur sangat ni

Doktor cakap nak masukkan dawai tu kejap je. Dalam 10-20 minit. Tapi Naila kat dalam tu sampai 2-3 jam jugak. Nurse kat sana cakap sebab bagi dia tidur tu kena tengok badan dia semua stabil, baru boleh mula operate. Mama iyekan aje lah. Dah keluar dah pun budaknya.

Baru je sampai bilik, terus dia turun katil. Menjerit mama tengok dia. Awak tu dah la baru operate, pastu bangun terus tehuyung hayang nak jatuh. Rupanya dia nak ambil makanan sebab dari pukul 7 pagi kena puasa. Masa ni kawan dia Dhea datang melawat. Lagi seronok la dia. Dah macam bukan orang sakit je bila tengok dia masa tu.



dengan Dhea, geng Bangi

tu dawai tau.


4 October 2017 - Discharge

Pagi tu doktor datang check tengok keadaan Naila. Bila semua okey, doktor cakap hari ni boleh discharge. Yeayyy! Rasanya mama la paling seronok dapat keluar. Penat weh duduk hospital.

Bila dah discharge, doktor cuma bagi paracetamol dan antibiotik. Makan bila sakit sahaja.

Next appointment 19 October 2017. Next entry. Dah penat ni. Hahaha.

Info yang mama rasa nak share dengan korang,

  • Orang kata main monkey bar bahaya. Iye memang bahaya. Kalau ikut semua benda bahaya. Sebelum ni Naila main cikgu-cikgu pun tergelincir sikit je. Tu pun dah retak tangan. Jadi anggap je la Naila tak bernasib baik. 
  • Masa ni mama risau kenapa Naila ni asyik patah tangan je. Tulang dia rapuh ke. Bila tanya doktor, doktor senyum je dan jawab, sebenarnya kanak-kanak patah tangan adalah common terutaman bahagian wrist, lengan dan siku. Itu memang tindakan refleks badan untuk tongkat tangan atau gunakan tangan untuk elakkan kecederaan anggota lain. Doktor siap cakap, ada je dia jumpa budak yang dalam 2-3 bulan patah sampai 2-3 kali. Tapi selalunya budak tu 'buas' sedikit. Krikk krikkk.
  • Kalau kanak-kanak masuk dawai sahaja. Kalau orang dewasa patah, masuk la besi. Hehe.
  • Nak cepat sembuh, minum susu banyak-banyak. Yang dewasa boleh ambil supplement Ostematrix untuk percepatkan penyembuhan tulang patah. - boleh contact mama untuk dapatkan Ostematrix. Hehe
Entry sebelum ni, PERGELANGAN TANGAN RETAK



1 comment:

Follow Us @soratemplates