Wednesday, December 19, 2012

Langkawi 2012 : Hari ketiga~

Hah! Kali ni aku tak edit apa-apa gambar sebab ada orang komen tak puas tengok gambar kecik sangat. Hehehe. Sorry lah kalau gambar aku banyak mencapap siket. Jangan muntah darah pulak! Huahuahua.

Entry sebelum :
1. Perjalan Pergi
2. Hari pertama
3. Hari ketiga

Hari ke-3 di Langkawi, kitorang gerak terus ke Telaga Tujuh berdekatan dengan cable car. Nak pergi sini tak payah la nak cecantik sangat. Kau pakai mekap, cair habis mekap kau tau tak. Nak pergi telaga tujuh ni gila mencabar bagi aku sebab ada Naila. Oiiiii gila penat kau naik tangga beratus-ratus lapis dengan kendong Naila nye. Time tu plak mood Naila ke langit, asek la okkk ekkkk. Masa naik tangga tu terpaksa aku berdansa terloncat-loncat nak bagi anak gelak. Phewwww. Jasa ibu harus dikenang. Kau tak kenang, siap kau! Berapa kali kitorang berhenti duduk sebab tak larat. Jumpa orang nak turun, mesti tanya, "jauh lagi tak bang??" Setelah setengah jam mendaki tangga, sampai la kitorang ke atas. Eh tapi tak sampai pun telaga tujuh, sampai kat air terjun je. Jadilah. Sebab aku pun dah semput nak naik lagi, kitorang bercanda je lah kat air terjun tu. Tapi tak mandi pun sebab takde mood kot. Penat menguasai diri. Rendam-rendam kaki, pastu gedik-gedik bergambar, settle! Pastu turunlah kitorang dengan riak bila tengok orang termengah-mengah naik tangga. Huahuahua~ Haaaa. Jangan lupa bawak bekalan air nak naik tu. 

Pas telaga tujuh, kitorang gerak ke Jeti Chenang nak pergi Island Hopping. Belum masuk boat, Annaila dah terkebaboo tido. Penat sangat la tu sebab pagi tu tak tido langsung. Naik boat, bunyi enjin kuat tu pun dia taknak bangun. Pffffttttt. Tempat pertama, Pulau Dayang Bunting. Nama camtu sebab pulau tu bentuk orang pregnant. Nama Dayang tu aku taktau mana dorang kutip. Hihihi. Mungkin kalau aku preggy, boleh dinamakan Pulau Wawa Bunting. Huahuahua. Berangan je kau eh!Ok sampai je Dayang Bunting, lagi sekali kitorang terkedu, TANGGA lagi??? Homaiiiiiiii!! Rasa nak patah kaki kitorang dengan angkut Annaila lagi. Budak kecik tu pulak kemain nak memanja dengan mama dia. Phewwww semput mak! Dengan gigihnye, kitorang mendaki tangga dengan muka berkerut seribu mungkin. Sebaek tak banyak tangga. Sampai sana, mat saleh je yang tejun kat tasik tu. Orang melayu mana nak. Hahahaha. Dalam wey, 10 meter. Kau pandai berenang, hokey lah. Macam kitorang mampu tengok je. Eh tapi kalau korang tak mampu nak terjun dalam tasik, korang leh main boat kecik. Sewa RM30 untuk setengah jam. Ok la dari tak buat apa kan. Hihihi. Eh sebenarnye kat sana, ada je info kenapa nama dia Dayang Bunting, cemana ada tasik kat tengah-tengah pulau, kenapa tu, kenapa ni. Tapi aku takde masa nak baca semua tu sebab penat gila babeng! Lagi satu, kat situ banyak gilaaaaaa monyet. Kau jangan berani-berani bawak makanan ataupun plastik. Bawak beg pun, monyet tu buat muka tak bersalah nak selongkar beg.

Cukup sejam, naik boat lagi pergi tengok Helang pulak. Cantik! Helang tu sangat cantik! Rasa macam nak tangkap buat gulai. Hahaha. Ok tipu je. Tapi sumpah tak tipu, helang tu cantik. Terpegun kejap. Kejap je lah pastu sibuk layan anak. Masa tengok helang ni, tengok dari dalam boat tengah-tengah laut je pun.

Last sekali, kitorang pergi ke Pulau Beras Basah. Kenapa nama dia beras basah padahal aku tak nampak sebutir beras pun kat sana. Pulau dia ok lah. Tapi bagi aku dan daddy Naila, pulau kat Krabi jauh lagi cantik. Kat situ, Naila dengan daddy je yang mandi. Aku tak mandi dengan alasan nak jaga barang. Padahal nak jaga muka. Hahahaha~ Dah itam weyhhhhhh. Haaaa. Lagi satu, sila bawak makanan anak ye. Annaila pas mandi memang lapar, sebaek aku bawak caralec siap-siap masuk dalam bekas. Masa nak makan, tuang je air, kacau-kacau, siap! Tapi siapa yang anak dia tolak caralec, pepandai la korang kenyangkan anak sebelum pergi Island Hopping sebab berjam-jam gak korang berpusing-pusing. Heeee. :)

Dalam pukul 5.30, sampai jeti balik. Daddy Naila nak bertukar seluar. Aku lak tunggu dalam kereta sama Annaila. Dalam perjalanan balik tu, singgah jap padang masiarat, pergi kedai kek nak amek durian crepe yang dah di order masa lunch tadi. Wahhhh sempat kau nak bercrepe gak kat sana kan. Kedai durian crepe tu sebelah dengan kedai makan Jom Ikan Bakar. Masa nak bayar, tiba-tiba muka daddy Naila berubah pucat rupanya wallet tertinggal kat tandas jeti. Weyh setengah jam gak tu nak pergi balik ke jeti. Bawak kereta pun dah macam lipas kudung. Sampai sana, tandas tu dah kena kunci, mintak tolong budak-budak pulau kat sana bukak kan pintu. Rezeki kitorang, wallet daddy Naila selamat tak terusik. Phewww~ Korang nak berjalan, hati-hati lah ye. Kalau boleh duit tu jangan letak segedebuk terus dalam wallet, kalau hilang, nanges weyhhhh!

Ok dah settle, kte check in di Eagle Bay. Weeheeee!! Eh apesal weheeee?? Bukan tak best ke?? Hahaha~

hidung terkembang-kembang naik tangga~
di tengah perjalanan~

sesampai sana, rendam Annaila dulu.

bergedikla kami anak beranak ngambik gambar. 

orang dah baik hati nak amekkan pic, kte gedik-gedik lagi...:p
daddy sama naila je...mama takde mood...panas gilaaaa...
nampak happy kan naila...sebab aku duk agah2 depan die...klu tak agah, nangis jeeeee....
bertangga-tangga lagi nak turun...phewwwww~
kat jeti, budak kecik penat....
sampai dayang bunting, masih tido lagi....haihhhhh~
sampai tasik dayang bunting, baru celik mata...pastu ada hati nak terjun mcm mat saleh~
kami tak pandai swim. jom naik boat....
berpusing di tengah tasik~
mandi manda di pantai beras basah~

annaila memang sangat suka main pasir....jakun mungkin??huahua~

main lagi nak...jangan kamu makan pasir tu sudeh~

ngup ngap ngup ngap....annaila makan~

odw balik...muncung mulutnyeeee....

Annaila : Muka busyuk~

Semalam, tetibe je Annaila buat muka busyuk. Siapa ajar ntah. Eh tapi memang semua budak, sampai masanye memang akan buat muka cenggini kan??Eeeee!! Geram rasa nak cubit pipi tu walaupun dah tak bape nak best. Hahahaha~





Tuesday, December 18, 2012

Annaila : Check-up 8 bulan~

Ehemmmm...Diamlah kau! Hahahaha. Giler tak upadate-update lagi pasal Langkawi. Sorry ek! Biasalah pompuan bekerjaya, tak kesah la suri rumah ke keje opis ke, memanjang je takde masa. Kihkih. Cerita Langkawi nanti! Hari ni nak citer pasal anak dara aku sorang tu. 

Semalam pergi checkup 8 bulan. Patutnye kena pergi 4hb Disember hari tu, tapi sebab mama daddy selalu nak jadi tua, asek la lupa je, maka semalam baru mama Naila terkedek-kedek bawak Naila gi checkup. 

Kena marah?? Tak la. Nurse kat KK Bangi memang best-best. Tak pernah lagi jumpa singa betina kat situ. Cuma dia cakap dengan aku, start tahun depan kena ikut appointment. Siapa yang tak ikut appointment pastu tak call dorang untuk tukar tarikh, maka dengan itu, korang tunggu la turn sampai lewat petang. Sampai dah takde orang. Paham? Tak paham meh aku bagi contoh. Korang terpacak depan KK pukul 7.30 pagi. Tapi sebab korang datang bukan time korang, korang tunggu lah sampai orang takde. Sebab KK akan bagi keutamaan kat orang yang ada appointment. Time tu kau jangan meroyan marah-marah KK lembab la, itu la, ini lah. Hehehehe~ Peringatan untuk diri sendiri. :p

Semalam checkup, yang aku ingat berat Annaila je. 8.8kg. Alahai, tak banyak pun naiknyeeee. Patut la dah mengurus macam mama. Tak berapa nak bambam sangat. Nak cubit pipi tu pun tak best dah. Tapi bila nurse cakap graf cantik, ok la. Aku rasa Annaila ni nampak kurus sebab tinggi kot. Hahaha. Nak buat cemana, dah bangsa belah mama dan daddy tinggi-tinggi, takkan tetibe anak kemetot kan.

Emmm masuk 8 bulan ni, merangkak, duduk, berlari, semua dah expert! Berlari?? Ok tipu jeeee. Huahuahua. Menyusur kat tepi-tepi sofa, katil pun dah laju. Nak jatuh pun dah pandai sekarang, bukan main slow lagi menahan diri dari tergolek. Dah tau apa makna sakit lettew!  Makin mengada pun, iye jugak. Asek la nak berkepit dengan mama daddy nye. Keluar kejap, menangis macam kena pukul. Grrrrr. Owh sekarang dia suka nganga mulut leluas sambil keluarkan suara apa ntah. Tak comel langsung hokey! Geram aku!Tapi yan paling best, sebijik gigi lagi sudah memunculkan diri. Wallaweyhhh. So dah ada 2 batang gigi sekarang ni kat bawah. Eh nak tanya la, budak yang nak tumbuh gigi ni, mulut berbau ek??? 

Next check-up masa umur setahun nanti. Hihihi. Sebab nurse tu tengok perkembangan Annaila ok je takde masalah plus aku datang check-up pun Annaila dah nak masuk 9 bulan. Maka takyah nak susahkan diri pergi checkup 10 bulan. 
dah pandai nak selongkar beg mama....abeslah pasni purse aku jadi mainan dia pulak...

suka nau main pampers...pastu geget2...bila simpan, melentik2 badan tu marah...

paling best....cara pegang botol ada style! macam Mas Idayu...Kahkahkah...

Thursday, December 13, 2012

Langkawi 2012 : Hari kedua~

Mentang boss takde. Taip lelaju~!

Entry sebelum:
1. Perjalan pergi~
2. Hari pertama


TELAGA HARBOR PARK

Pepagi mengagahkan diri pergi ke cable car. Dalam perjalan pergi tetbe Annaila menjerit rupanya die berak. Masuk je simpang Petronas, kitorang WOWW!Apesal petronas die lawa gila! Rupanya tempat berenti kitorang kat Telaga Harbor Park. Dah balik baru tahu. Terima kasih Annaila sebab melepaskan hajat di tengah jalan. Huahuahua~ Sebaek la tempat tu cantik, jadi sempat la amek gambar gedik-gedik kat situ. Cuma kitorang tak pusing la kat situ. Yelah mane tahu kan. Hihi~
cantek! betul tak tipu~

seorang ibu yg sangat baik melayan anak. kahkah! :p
Annaila memang tak habis-habis nak terpinga nyeeee.
makaseh Annaila sebab berak..boleh kite amek gambar kat sini. :p



CABLE CAR
Perjalanan diteruskan ke cable car. Sekali sampai dorang cakap cable car rosak! Boleh cenggitu? Kena la tunggu beberapa jam nak dapatkan tiket. Dorang cakap petang semalam rosak, orang yang naik cable car semalam sangkut kat atas 4 jam. 4 JAM okeyh! Sebaek la daddy Naila pening semalam, kalau tak agaknye kitorang jadi mangsa cable car kot. Hihi! Bila cable car dah ok, ramai la orang beratur balik, sebaek daddy Naila gigih beratur masa orang tak ramai. Bila tengok belakang, peghhhh panjang gila orang beratur! Pastu baru aku ingat orang cakap siapa dah dapat tiket tu, kena tunggu dalam setengah jam ke sejam untuk naik cable car. Tapi dah nama rezeki kitorang bawak baby Annaila, tak sempat pun nak beratur, tetbe kene panggil naik cable car. Terima kasih abang cable car sebab bagi potong q! Sampai atas puncak, amek gambar pepuas, masa nak turun lagi sekali kitorang dapat potong q sebab baby Annaila jugak. Hahaha~ Terima kasih kakak cable car! Harga naik Cable Car RM15.00 untuk pemegang mykad.

Settle cable car nak naik duck tour tapi penuh. Kena tunggu sejam. Mamat jual tiket ajak g bersantai kat dalam restoran ni. Dalam restoran ni korang leh la meminum sambil nengok harimau. Harimau betul okey bukan patung. Besar gilaaaa harimau dia tapi takleh amek gambar. Sadis betul. Harga air minuman die menanges la korang. Dua air je sampai RM33. Sobsobs~
Nak naik cable car, tapi Annaila tdooooo~

cable car, Annaila tdo taknak bangun! penat cubit pipi tp wat bodo je~
muka baru bangun. bila dah bangun terpinga-pinga. pandang sana sini.

yeay! Annaila dah bangun. Dan dia sangat happy~!
ni lah tempat nengok harimau. kau nengok gambar bawah tu kat belakang aku tu. nak amek gambar tak boleh kat sini. sorok-sorok la. kihkih. harimau tak nampak kita sebab cermin dia ala-ala cermin polis tu. kalau tak, harimau tu mampu pecahkan cermin tu. weyyyy besar gila harimau dia!!
Ni Aleesya. Ramah okey dan sangat sukakan Annaila. Anak tokeh restaurant harimau tu kowt!


RESTORAN JOM IKAN BAKAR
Orang kata restoran ni best. Makanan sedap, murah lak tu, dah murah air free lagi. Haaaa kitorang makan total RM11.00. Bagi aku mungkin sebab lauk yang daddy Naila pilih tu bukan peveret aku, jadi aku kureng siket la. Nape daddy Naila pilihkan makanan?? Sebab Naila nyenyak tido di pangkuan mama dia ni. Nak dengan mama je, daddy takmo. Sakit bahu tau!
Lauk kami di Jom Ikan Bakar. Annaila baru bangun, gigit je lah kunci tu. :p


BERAS TERBAKAR
Sempat bertekak dengan daddy Naila sebab daddy Naila cakap beras terbakar ni nama tempat je. Mana ada beras hitam yang terbakar. Yang aku pulak pernah datang Langkawi masa kecik-kecik, haruslah ingat aku pergi tengok beras hitam kena bakar. Ada ke patut tak percaya. Haih~ Kat sini banyak jual kain batik, baju-baju. Aku tak borong dulu sebab dorang cakap beli kat Makam Mahsuri. Jadi aku dengan berlagaknye takmo beli awal-awal. Sampai makam mahsuri tu tak sempat nak beli apa-apa. :p
Beras terbakar yang betul-betul wujud. Hihi~


MAKAM MAHSURI
Ko tengok, kubur orang pun kita nak sibuk-sibuk tengok. Tak takut plak tu, siap bangga dapat amek gambar depan kubur. Hahaha~ Cer suruh amek gambar kat kawasan perkuburan, sumpah kau taknak kan. Apa yang best kat sini, makam mahsuri je lah. Hihi. Tapi okey la at least kau tau jugak sejarah mahsuri ni kenapa die kene bunuh walaupun ade cerita yang buat aku senyum kambing pasal tujuh keturunan lah, malapetaka lah, darah putih la. Hihihi~ Opssss sorry! Pastu ade gak telaga mahsuri kot nama dia. Kebetulan ade sorang pakcik dengan bini muda dia ni bersungguh-sungguh cedok air dalam telaga ni, pastu basuh muka. Eh napa bini muda, sebab aku nengok pempuan tu muda macam anak tapi berkepit macam laki bini. Kahkah. Aku nengok dorang basuh muka tu macam errrrrrrr, kalau ada cicak mati ke, katak mati ke kat bawah tu?? Orang kate, boleh awet muda kalau diminum airnyeeeee. Jadi aku belilah air telaga tu yang telah dirawat untuk kenang-kenangan. Nak minum???Errrrr, tak berani kot. Hahaha. Sesaje batak beli nak tunjuk kat korang. Wahahaha! Kau eksyen eyh! Bayaran masuk RM7.00!
makam mahsuri~

Pintu masuk makam mahsuri dan air telaga yang kekonon mujarab tu. :p
asal nak amek gambar dengan mahsuri, kaburrrrrrrrr......dengki betul!

DE BARON RESORT
Settle makam mahsuri, ke hotel la kita untuk check-in. Weyhhhhh cantek gila hotel ni! Suka sesangat! Nanti review! Petang tu mandi manda la kami anak beranak. Wink-wink! Malam kitorang dinner kat kedai apa ntah. Kitorang sebat je mana-mana kedai sebab time tu hujan lebat gilaaaaa!
dah sampai baron, bagi naila yg tengah kelaparan mamam dulu. nom nom nom!
daddy amek gambar. jadi daddy takde disini. :p

Langkawi 2012 : Hari Pertama~

Hewhew. Semalam tido sampai pukul 1 pagi sebab nak edit gambar punya pasal. Hahaha~ Kang tak edit, aku letak sampai beratus-ratus gambar. Muntah lak korang nanti. Hihihi~ Okeh sambung citer Langkawi!

Entry sebelum:
1 : Perjalanan Pergi

KERETA SEWA
Sesampai Langkawi terus jumpa en Zaini penyewa kereta. Yang paling best, masa bayar deposit dulu dia cakap RM80 sehari, tetbe masa nak bagi balance duit, dia bagi RM70 sehari. Pastu siap bagi diskaun RM10 lagi sebab Annaila. Seronok okey bawak budak kecik ni. Semua nak bagi diskaun. Hahaha~ Total untuk sewa kereta Viva RM200. Aku rasa kan mungkin sebab aku puji-puji dia cakap dalam blog semua orang cakap en Zaini terbaik. Wahahaha~ Pembodek nombor satu kan. Ok ni nombor en Zaini 012-5275019. Kereta dia baru! Seronok melenjan!

Dapat kereta cari sarap dulu kat area Kuah. Jumpa satu restoran Atan ni, sebat je lah. Makanan dia sume berasas nasi. So-so je lah rasa dia. Mungkin sebab pepagi kena makan sambal kan, tanjat siket perut mama Naila ni.
kereta kami~ bau kedai lagi. best!

sarap hari pertama. kedai ni takde roti canan, takde nasi lemak. haih~ layankan aje lah.......
WILDLIFE PARK
Settle makan, gi pusing-pusing sampai masuk hutan, kunun mahu mencari cable car tapi dalam perjalanan terjumpa Wildlife Park. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak tahu. Siapa yang nak datang honeymoon, takpayah la datang sini, setakat nak tengok burung, ular, kancil, tak payah sebab nanti bosan. Tapi siapa yang ada anak-anak kecik yang dah pandai bagi respond sila lah bawak! Seronok okeyh! Annaila memang bagi respon baik punyeeee walaupun dia banyak buat muka blur tak kelip mata nengok burung kakak tua, ayam, macam-macam la. Tapi bila tengok rusa, baru tergelak sambil jerit-jerit. Apekahh???

Rezeki kitorang pulak time tu, dalam pukul 11 pagi, ade persembahan teka teki siap bagi hadiah. Join la kan. Tapi daddy Naila je join, kitorang bagi sokongan moral sambil klik klik gambar je. Hihi. Seronok sesangat! Sampai otot pipi aku dah tak boleh nak gelak. Pastu dapat la bergambar dengan burung dan ular. Oiiii ular dia besar gila weyhhhhh! Sekali dia ngap, memang terus hilang agaknye. Kalau korang datang time takde persembahan, silalah tengok ular dalam kandang dia. Hihihi~ Takde persembahan tu, takde maknenye boleh amek gambar dengan binatang-binatang tu jugak! Kalau nak amek gambar gak kena la bayar kat dorang. Gambar je paling mahal, RM80.00. Elehhhh~ Tak hingin aku nak bayar memahal cenggitu. I dapat free je tau. Lalala~

Pastu berpusing la kitorang kat Langkawi tu cari cable car. Sampai sana daddy Naila pulak pening. Boleh? Kitorang minum dulu kat cafe sana sebelum beli tiket. Pastu baru la cari tiket tapi pukul 3.30 petang baru dapat naik. Time tu lak baru pukul 2 petang. Daddy Naila ajak check-in hotel dulu. Aku lak memberontak dalam hati je lah kan, baru pergi satu tempat nak duk bilik dah. Sampai bilik dua beranak tu bergelimpangan tido, aku sibok nengok peta. Sobsobs~
tengok muka Naila. Blur je kan tengok binatang tu. Best tengok Naila sbb mata die tak kelip sambil mulut ternganga tengok binatang tu semua. hahaha~
bila tengok rusa, baru Annaila senyum gelak-gelak. Naila tengah berinteraksi dengan rusa kah????
soalan yg dapat dijawab, dapat le hadiah. last tu daddy Naila kene tarik kedepan dan ditutup mata. Sekali ular besar datang. Woweeee~ aku punye keji amek video dengan harapan daddy Naila jerit ke, terlompat ke. Hahaha sekali daddy Naila cool pulak time tu. Haih!
saguhati yang kitorang dapat. sekali 3 tau. cer beli kat luar. agak2 bape ek agaknye??lalala~
muka sinchan mama. sbb imaginasi terlalu tinggi takut kene patuk dengan itu burung. huahuahua~
Annaila macam mama kan. Bila burung je terus senget-senget muka. Huahuahua~
letak ular, cool gila muka Annaila...macam takde perasaan.
main rabbit plak. boleh bagi makan kat sini, tapi korang kene beli. kitorang tak beli pun, masuk je kandang, semua arnab meluru kat kitorang. dengan harapan ade makanan. hahaha~
nak bercable car, tp timing tak cantik. berpusing la kite kat oriental village je..Annaila dapat topi sebab panas gila kat sana. 
lobi Hotel Azio. Cantikkan! Nanti aku review hotel-hotel  kitorang. :)
PANTAI CENANG
Petang siket dalam kul 5.30 petang, pening daddy Naila pun dah kurang, bersantai la kitorang kat pantai Cenang sambil cari pakej Hoping Island. Beromantik di waktu senja depan laut nengok sunset sesambil Annaila bermain pasir yang halus tulus tu. Pastu dia NGAP itu pasir. Haih! Itu budak ar bikin mama daddy cuak saja. 
bersantai di Pantang Cenang ditemani anak. 2 tahun lagi tengok anak mandi lak, sorang lg kat pangkuan. kahkah! ko berangan je lbeh kan!
Annaila bermain pasir. lembut sangat pasir tu sampai nak masuk mulut!grrrrr!

DINNER & NIGHT MARKET
Malam kitorang makan depan hotel Azio je. Restoran Jai. Makanan okey la. Kalau aku duk sana, restoran tu akan jadi peveret aku. Tapi harga agak mahal la. Eh takde mahal, tapi standard harga kat Bangi. Settle makan, singgah pasar malam jap. Weyyyy dia punya tudung manik-manik tu murah gila RM18.00 jek! Aku beli kat Bangi, tengok kat website semua dalam RM70-RM90. Haruslah aku rembat kan. Huahuahua. Sebenar macam nak beli bebanyak, tapi aku tak pegang cash yang banyak. Jadi mampu telan air liur bergelen-gelen je lah. Nak mintak duit kat daddy Naila, kompem berkerut seribu itu dahi. Errrrr. Pasar malam dia macam pasar malam kat sini lah. Takde apa yang spesel. Yang spesel mungkin harga tudung yang MURAH tu! Hihihi~

Annaila? Memang dah genyeh mata dari kitorang makan, balik tu sumbat susu, terus tido dengan nyenyak sampai ke pagi tak ingat mama dan daddy nye.
pic atas : menu die besar gila! aku ingat kene perli. hahaha.
pic bawah : Annaila keletihan di malam hari. nak tdoooo~


Sambung next entry hari kedua di Langkawi~

Follow Us @soratemplates