Meh klik kejap~

Thursday, October 16, 2014

Hari ni 16 October 2014.

Hi! *lambai-lambai tangan*

Hari ni 16hb October! 2 minggu lagi nak masuk kerja. (T_T) Emmm terima la kenyataan hidup aku akan kembali seperti biasa. Bangun pagi-pergi kerja-kerja-kerja-dan-kerja-balik-masak-tido. Boringnya. Sroooott!

Ok lantak la dengan kerja tu kan. Nak ulang lagi, hari ni 16 October. :D 

Hari di mana aku dah habis pantang! Hip hip horey! Tamat la sudah cabaran 44 hari. Jadi? Sudah kurus kah? Muahahaha. Kau ingat senang nak kurus bila pantang sendiri? Kau ingat senang nak tahan nafsu makan bila encik suami bawak pisang goreng, cempedak goreng, keropok leko. Pfftttt. Kalau ikut bab makan aku takde la pantang sangat. Agak-agak dah selamat bedal, aku bedal. Kalau budak kecik tu tak meragam, jadi aku akan pulun esok-esok dan esok. Kalau budak kecik tu kembung, jadi aku terpaksa la menatap je makanan tu. Gitew.

Habis kalau kau tak pantang sangat kenapa seronok sangat? Gila tak seronok sebab aku dah bebas! Aku nak keluar jalan-jalan pun mesti orang tak kisah sebab ‘dah habis pantang’. Kalau aku dalam pantang, dah keluar tengok wayang, agak-agak mesti ramai gila geleng kepala. Kuikuikui. Jadi duk diam-diam kat rumah je dah la ye. Syok jugak makan tido makan tido.

Mmmm mmmm. Rasanya cukup la entry hari ni. Nak bagitahu aku dah habis pantang je. Lalalala. Eh tak introduce lagi budak kecik tu kan. Nanti nanti la ek. Kbai!

Kita pinjam headband kakak kejap la. :D



Siapa nak order NYX Soft Matte Lip Cream?
Ready stock next week!
Harga : RM26
Postage : RM6 (WM) ; RM10 (EM)

Siapa nak beli barang-barang Autumnz pun di alu-alukan. Tapi pre-order ye.

Kot nak tanya lebih-lebih boleh whatsapp/telegram kat 012-6878687. Okey!



Terima kasih^^






3 comments:

  1. comey kalau tgk bby girl pki headband..al maklumlah ank dua2 lelaki..

    salam perkenalan dan jemput singgah blog saya..;-)

    ReplyDelete
  2. hari ni 16 oct. ok saja nk bagitau, aku baca blog ko weh!haha!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wawa, bestnya dah habis pantangggg. ehhh pantang makan juga tau. kot yang jenis berangin nanti boleh buat baby wawa kembung hihiii. cutenya baby. introduce cepat ~~~

    ReplyDelete