Meh klik kejap~

Wednesday, August 6, 2014

Raya 2014.

Tengok orang lain up entry pasal raya, aku pun nak jugak walaupun raya tak meriah tahun ni. Raya kat Bangi biasa-biasa je. Pagi pakai baju raya, ambil gambar, pastu dah boleh tukar baju melepek atas katil. Muahaha. 

Tapi sebab kesian kat daddy yang memang dari kecik rayanya meriah, aku pun tanya la kawan-kawan yang ada area KL-Selangor. Takde la rasa boring sangat raya. Eh malam raya tu aku demam sampai la esoknya. Hari raya telan panadol sebijik sebab kekonon nak kekal bertenaga raya rumah orang. Mihmihmih. Nasib la petang tu dah kebah demam.
Naila-Atok-Mak Su
adik beradik. 2 orang takde dalam ni. Eh opah takde pulak dalam gambo. 
Daddy-Mama-Naila
Raya kedua pulak, berjalan lagi ke rumah orang yang raya kat KL-Selangor. Tak banyak rumah yang dapat pergi tapi sebab jauh kat Klang sana, hari raya tu pun jadi panjang la jugak. Lepas settle pergi raya rumah orang, lepak lagi rumah mak aku. Naila? Happy! Giler tak happy, sepanjang cuti raya, hari-hari pergi rumah atok. Bila ajak balik, taknak. Hemoh-hemoh!

motip letak gambar smpai 2 kali...krikkk...krrikkk....
Petang raya. Tak kose lah nak pakai baju raya lagi. Peluh-peluh makyong! Naila tengah sedap mentido.

Raya ke-3. Kembali ke alam pekerjaan. Sobbbsss! Sadis je pergi office time orang tengah seronok beraya lagi. Takpe lah, kerja pun banyak time tu. Takde la terasa sangat masa bekerja.


Baju raya kitorang? Daddy je beli baju dah siap. Baju aku dengan Naila jahit sendiri. Sebab aku ni pregnant. Nak cari baju confirm susah! Kalau dah jumpa harga tak padan dengan kecantikan baju tu. Cewah! Haha. Aku belum pernah jumpa baju ibu mengandung yang comel-comel dan muat dengan aku. Kalau ada pun mesti ada masalah baju senteng! Pfftttt. Jadi dengan gigihnya tahun ni merempit lah menjahit baju raya anak beranak. Gitew. Walaupun tak cantek tapi jimatnya banyak. Yang penting labuh baju tu meleret-leret. Nasib kat Bangi takde taik ayam. Kalau tak abes aku sapu semua. Kuikuikui.

Baju raya pertama Naila...Gambo depan, hok hek lupa plak nak upload... :p
anak beranak sedondon-don.





5 comments:

  1. comey sgt mummy dgn nai.. pic dr blakang nai law..mcm elsa pulak..

    ReplyDelete
  2. gambor kerja pun nak tempek jugak ye mek!hihi

    ReplyDelete
  3. jelitanya anak beranak ni.. meh datang umah aunty beraya

    ReplyDelete
  4. cantiknye... gigih wawa menjahit ... boleh bukak order hee

    ReplyDelete