Meh klik kejap~

Sunday, August 3, 2014

Annaila: Bila anak hilang 5 minit!

Selamat Hari Raya! Hehe walaupun dah masuk Syawal yang keberapa ntah ni.

Raya tahun ni? Kitorang tak balik Johor. Balik Bangi je. Pastu raya ke-3 aku dah start kerja. Dikala orang busy lagi mengupload gambar-gambar raya dorang, aku pulak krikk krikkk kat opis. Rasa macam pffttt sangat! Okey dah, nak citer pengalaman anak hilang 5 minit.

Sabtu, raya ke-6 kitorang merayap cuci mata. Persinggahan terakhir sebelum lepak rumah mak, Tesco Kajang. Lunch kat sana, pusing-pusing dalam Tesco kot ade yang terbekenan. 

Sampai kat tempat baju budak, aku pun belek-belek la baju sambil tengok Daddy dengan Naila main cak-cak. Suara Naila masa tu memang kuat gila sebab tengah seronok sangat main sembunyi-sembunyi dengan daddy. Dalam beberapa minit pastu, suara Naila hilang. Aku stop usha baju, cari daddy dengan Naila. Pusing punya pusing tetiba nampak daddy berlari-lari dengan muka cuak. Time tu dah dapat tangkap la confirm Naila hilang. Aku pun cari Naila kat tempat baju-baju. Sampailah aku dengan daddy terserempak. Daddy terus cakap "Naila hilang!" Aku terus cakap dengan daddy pergi customer service mintak tolong dorang carikan sekali. Masa tu otak aku memang nak suruh Tesco tutup semua pintu keluar. Wakakaka. Suka hati kau je kan. Daddy berlari pergi ke customer service dan tak sampai seminit daddy datang balik dengan bawak Naila. Jantung yang rasa nak gugur tadi, tak jadi gugur. Fuh! Lega giler!

Bila memasing dah cool, aku tanya daddy camne boleh jumpa Naila. Daddy cakap masa berlari tu dia nampak Naila sorang-sorang. Daddy terus peluk Naila dari belakang sambil tanya "Naila pergi mana?" Naila pulak dari muka terpinga-pinga jumpa daddy terus happy balik dan cakap "Jom main lagi daddy!" Daddy cium dukung Naila jumpa mama. Masa tu aku punya lega taktau nak cakap camne. Tapi sebab aku geram, aku cubit Naila. Naila kena cubit tak nangis, dia diam sambil wat muka seposen. Tau kot dia buat salah. Pastu Naila pegang je tangan aku tak lepas-lepas. Fuh! Senang pulak nak pegang tangan kan. Kalau sebelum ni, kemain nak lepas, lari sana sini. 

Daddy ajak balik terus sebab penat berlari. Rupanya daddy lari setiap lorong-lorong untuk cari Naila. Daddy cakap tempat yang dia jumpa Naila tu sebenarnye dia dah lalu, tapi tak terserempak pulak. 

Pengalaman yang cuak gila untuk kitorang laki bini sebagai mama-daddy di musim perayaan. Fuuuuu~~~~


::::Sampai sekarang aku terfikir takde ke alat yang boleh mengesan anak-anak kalau terhilang dari pandangan jap. Hahaha. Iye lah kalau iphone hilang boleh cari lagi kat mana kan. Kuikuikui. ::::


6 comments:

  1. Mak Arissa baca pun cuak! Huuuu. Apa pun syukur Alhmdulillah.

    ReplyDelete
  2. yg bace pon rase cuak ni..naila! awak tu dah la comey, kang ade yg trbekenan bawak balik rumah.nauzubillah!

    ReplyDelete
  3. hana yg baca ni pun cuaknya wa. Nasib baik kejap jekan.

    ReplyDelete
  4. Fuhh..akk yg rasa nak gugur jantung tau..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. aku bc pn cuak...pfftt moral of the story jgn gatal men cak cak dlm tesco..eh?! haha

    serius ni...kut tetibe laki aku nk men cak cak dlm mall mmg aku akan larang sekeras²nya...pastu viralkan kisah ko ni...ffuhhh :)

    ReplyDelete