Meh klik kejap~

Monday, May 19, 2014

Sahabat untuk selamanya.

Pagi tadi dengar HotFm pasal BFF. Kebendanye BFF neh? "Best Friend Forever" la kononnya.
 
Aku? Aku pun nak fefeeling jugak la ada BFF ni. Muahahaha. Walaupun kitorang tak pernah buat perjanjian, 'weh ko kena jadi bff aku tau!' Kohkohkoh!
 
Aku ada kawan yang betul-betul kamceng! Tapi takde la kamceng sampai tahap nak melekat 24 jam. Walaupun dah kawen, tapi still ada masa nak melepak sesame. Cuma masa melepak tu takde la gila macam zaman belom kawen dulu. Zaman bujang dulu, weekend je, ‘jom lepak!’ Sekarang zaman dah kawen, ‘wey jom ponteng kerja, lepak kat tepi pantai!’ wahhh gitew. Muehehehe! Mampos kalau budak opis aku baca entry ni.
 
Kadang-kadang bile kita stress, tak semua boleh meluah kat suami sendiri. Bukan la kata belakangkan suami sendiri, tapi ada seteng benda kita nak becerita dengan kawan. Tak boleh dengan laki sendiri. Kang ngadu ngan laki sendiri, sentap, nangis, gadoh. Haaaaa. Tengok isu jugak la kan. Banyak rahsia memasing kitorang share dan simpan sampai sekarang. Ala bukan simpan masuk dalam kepala otak pun. Banyak benda yang rahsia-rahsia tu bila ditanya balik mesti dapat soalan balik, ‘eh ada ye kau cerita?’ Kau hingat aku hadap sangat nak simpan memori sedih, gembira kau. Baik aku ingat memori dengan laki sendiri.
 
Dengan kawan tu jugak la kau boleh suka ati nak panggil dia apa. Kalau cakap dengan orang lain, kompem sentap sampai putus kawan kot. Kahkahkah! Mulut memasing memang jahat. Aku maki kau, kau maki aku. Kau tengking aku, aku tengking kau. Nak mencarut apa semua takde hal. Takde nak sentap bagai. Itu zaman bujang dulu. Dah kawen dah ada anak, mulut dah baik siket. Tapi still kekadang mulut jahat tu keluar jugak kalau gila.
 
Anak-anak pulak semua panggil kitorang ‘mummy’. Anyonyonyo! Kira aku dah ada 5 anak tau termasuk Naila. Hahaha! ‘Mummy Sai-Mummy Kinah-Mummy Wawa’. Naila pun dah pandai sebut Mummy Kinah! Mummy Sai! kalau jumpa.
 
Nasib la jugak jumpa dorang ni masa zaman sekolah. Dah tentu-tentu la memang orang Bangi jugak. Pastu memasing pun memang taknak bekembang, nak duk kat Bangi jugak walaupun dah kawen, dah kerja. Hahaha. Eh, aku kawen aku duk Kajang dah. Kira bekembang la siket dari dorang. Muahahaha!
 
Okey aku harap persahabatan kitorag ni kekal lah sampai ke hujung nyawa ye. Yang penting, aku taknak jadi biras korang. Kahkahkah! Kbai!
 
p/s: tapi kalau dah jodoh anak-anak, aku redhooooo.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  •  

2 comments:

  1. done follow awak^^
    http://ecahkhalili.blogspot.com/2014/06/persediaan-untuk-bakal-baby-buds-beo.html

    ReplyDelete