Thursday, February 23, 2017

Hong Kong : Persediaan bercuti di Hong Kong

Cuaca
Kitorang pergi bulan hujung bulan February, masih musim sejuk. Tapi kalau tengok cuaca kat sana, bulan March dah masuk musim panas. Jadi aku beranggapan tak payah nak pakai tebal sangat la baju. Bila check cuaca pun, paling rendah dalam 16°C. Alah sejuk macam dalam aircond je ni kan. Kihkihkih. Sekali sampai sana, aku je yang okey. Laki dengan anak-anak sejuk kemain. Okey ibu mengandung memang la panas manjang kan. Dapat cuaca sejuk kat sana rasa best je. Takyah pakai sweater, cardigan je dah ok. 

Tiket
Macam biasa flight kitorang akan pilih awal pagi. Jimat masa dan jimat harga tiket jugak. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam 50 minit. Jadi dalam tempoh tu sila lah tido ye. Sampai nanti macam-macam nak buat. Tiket yang kitorang dapat agak murah la setelah usha berbulan-bulan la kat Air Asia. Lepas kitorang dah beli tiket, sebulan lepas tu nampak tiket ke Hong Kong lagi murah RM179. Hahahaha. Sabar je lah! Tapi tarikh die anjak lagi ke depan la. Jadi takde la rasa nak meroyan sangat.

.
Hotel
Setelah berbulan-bulan aku baca blog orang pasal Hong Kong ni, hotel kat sini sangat mahal dan bilik sangat kecil. Jadinya berbulan-bulan jugak la aku cari hotel yang size bilik tak terlalu kecil untuk keluarga kitorang dan harga tak terlalu mahal.

Kalau pergi ramai-ramai, boleh la sewa apartment kat sana. Harga apartment, sila google sendiri. Muahaha.

Pilih punya pilih, akhirnya kitorang pilih CASA HOTEL, kawasan Kowloon. Size Deluxe Twin 15sq.m (okey la dari tempat lain kebanyakan 9sq.m - 11sq.m). Kitorang book guna Agoda. Harga yang kitorang dapat dalam RM895 untuk 3 malam. Nak book bila? Kitorang booked 3 bulan sebelum tu. Tapi kalau kau berani mati, nak booked sehari sebelum gerak pun takde hal sebab harga aku tengok lebih kurang je. Cuma bilik yang kau nak tu ada atau dah habis je lah. Hehehe.

Casa Hotel ni yang best aku rasa sebab dekat dengan MTR dan station bas. Jalan ke depan siket dah jumpa MTR. Jalan ke belakang pulak, jumpa station bus. Gittew.

Makanan
Ada orang jenis kalau berjalan nak rasa semua makanan kat tempat orang, Kitorang pun kalau bajet lebih teringin gak nak makan macam-macam kat sana. Tapi sebab bajet ketat, sila lah bawak makanan penuh satu luggage. Kuikuikui. Pastu psiko diri sendiri susah nak cari makanan halal kat sana. Hahahaha. Sebenarnye banyak jugak makanan halal kat sana. Cuma bila dah sampai sana, kau nak mencari tu menangis la jugak. Contohnya macam makanan yang aku nak sangat makan kat sana DimSum Masjid Ammar tu. Punya la mencari tapi tak jumpa dan balik dengan hampa. Haih.

List makanan yang aku bawak kat Hong Kong,
Nasi beriani dari AirAsia (order seminggu sebelum pergi - makan kat hotel sebelum berjalan pada hari pertama) ;
Nasi impit (beli yg kecik2 tu je. kat sana masak dalam kettle) ;
Serunding (makan dengan nasi impit) ;
Roti gardenia (dalam 10 bungkus - tapi tak cukup utk kitorang berempat) ;
Maggi cup (10 cup - terlebih pulak sebab kitorang kurang makan. Tak sempat nak masak sebab kebanyakan masa kat luar) ;
Maggi goreng (5 bungkus - licin sebab kitorang bawak bekalan ke Disneyland dan Ocean Park) ;
Air kotak milo (untuk anak2) ; Air kotak teh/laici (Bawak dalam 16kotak je tapi tak cukup) ;
Biskut/Kudap2 (Bawak la banyak sikit sebab nak berjalan tu anak asek lapo je).

Makanan yang kitorang nak makan kat sana sebab kekonon sedap sangat dan rugi tak rasa.
- Ebeneezer's Kebab : tak sempat nak rasa. Masa terlalu padat.
- Tahitian Terrace (Disneyland) : Orang ramai kata sedap, tapi rezeki kitorang kot hari tu tak sedap langsung. Tak boleh masuk dengan tekak kitorang. Tawar. Hahaha.
- Restoran Masjid Ammar : Dimsum - tak dapat nak rasa sebab kitorang sesat (tak beli simkad sana untuk internet; jadi tak bukak waze/google map)
- Restoran Popeye (HK Airport) : Ok ni sumpah sedap. Tapi masa ni kitorang memang tengah lapar gila. Bila dapat makan popeye ni ya ampun sedap sangat rasa.

Ubat
Sila bawak ubat-ubatan macam panadol, minyak panas (banyak berjalan okey), minyak cap kapak.(kot pening baca tulisan dorang. kuikuikui) Untuk ibu mengandung macam aku, wajib bawak minyak panas ok! Berapa kali kaki aku cramp kat sana. Sedih la jugak sebab tak boleh nak aktif sangat. Perut pun dah teboyot ke depan.

Sim Kad
Sila beli! Aku menyesal tak beli sebab banyak sesat kat sana. Rugi masa tau! Walaupun kau dah ada map yang cantik, siap print nak naik bus no berapa, nak naik mrt macam mana, tapi bila dah sampai sana, blurrrrr! Bila anak-anak pulak cranky, otak kitorang terus jammed. Nak tanya orang sana? Hahahahahaha. Macam ayam dengan itik. Dorang cuba nak tolong kita, Tapi kau mampu ternganga je dengar direction dari dorang. Hahaha.

Tiket-tiket
Octopus Card : Beli kat Airport. Cari kaunter Airport Express, di Arrival Hall, Level 5


Pastu cari kaunter China Travel Services untuk beli tiket Disneyland, Ocean Park, Peak Tram, Madame Taasauds, Sky Terrace. Beli kat sini tau. Sebab sini dapat harga lagi murah.

Iye. Paling happy Naila dan Mama lah! 





Follow Us @soratemplates