Sebab tahun ni tak berjalan ke luar negara. Kita mengimbau je la percutian kita tahun lepas di Hong Kong.
Sekarang nak berjalan ke luar negara macam senang sangat je kan. Tapi susah kalau kau tak bayar PTPTN la. Kahkahkah. Terima kasih Air Asia suka bagi harga yang wowwwww. Tapi bila harga tengah woww, kita pulak tengah tak cukup duit, mampu ber huhuhuhu je la.
Rezeki kitorang, plan lama dah. Sebelum mengandung yang nombor tiga tu. Suami tanya, awak nak cuti kat mana tahun depan. Dengan penuh semangat aku jawab, DISNEYLAND! Padehal taktau pun Disneyland tu kat mana. Hahaha. Lepas suami dah approve, baru lah google kat mana Disneyland yang dekat sikit dengan Malaysia dan tiket penerbangan yang murah.
Tak sangka tiba-tiba dah termengandung pulak lepas dah plan bagai. Takpe, kita teruskan perjuangan untuk ke Disneyland, Hong Kong. Suami tanya nak pergi berapa hari. Aku jawab dengan yakin, 4 hari 3 malam cukup. Lama-lama takut boring pulak. Bila dah beli tiket, rupanya tak cukup ye 4 hari 3 malam tu nak cover Hong Kong. Kalau setakat nak berjalan dalam Disneyland tu je boleh la. Tapi dah alang-alang sampai sana, mestilah nak pergi semua tempat kan. Konon nak singgah Macau sekali, tapi masa tak mengizinkan.
Saje aku pilih bulan February sebab masih musim sejuk. Faham-faham je la ibu mengandung suka tempat sejuk je. Lagi-lagi dah masuk 3rd Trimester ye. Kena musim panas, mahu moody manjang masa holiday. Kuikuikui. Laki dengan anak-anak kemain sejuk walaupun pakai sweater. Aku ni pakai je la cardigan. Yang tak best bila kaki nak cramp aje. Aigoooo. Jalan pun kedek-kedek.
Ok, nanti cerita detail, bajet semua kita buat next entry pulak.
Bye.