Wednesday, April 30, 2014

Esok Hari Pekerja!

Yeay! Setelah dua bulan lebih tanpa cuti FREE, akhirnya bulan lima ada jugak cuti. Fuh! Seronok dia macam nak cuti sem! Wakakaka! Padahal sehari je pun. Kecoh. Errr walaupun dalam tempoh dua bulan lebih tu ada je aku amek cuti tahun dengan mc, tapi perasaan cuti free dengan cuti yang sengaja atau terpaksa ambil, lain okey! Mihmihmih.

Nak cuti esok pun dah macam-macam planning dalam kepala hotak ni. Tinggal lagi nak check duit dalam akaun bank je. Agak-agak duit tak cukup sampai hujung bulan ni, mari lah mengemas rumah ajo esok. Sobsobsss! Agak-agak banyak betul angka dalam bank tu mari lah bercuti dan mengambil emergency leave masa hari Jumaat tu. Tettttt! Kehkehkeh.

Apa nak cakap lagi ni. Dah aku blur.

K la korang, selamat bercuti kepada semua dan menghabiskan masa bersama keluarga yang tersayang-yang!

***Tetiba aku rasa esok aku nak buat cookies! Nak raya ni mari lah mengasah skill meng-cookies untuk menambah income siket. Mihmihmih.


Monday, April 14, 2014

3rd Pregnancy : 19 minggu

Sunyi sepi, lama-lama orang malas nak jenguk blog ni. Lama-lama orang pun tak kenal dah empunye blog ni. Hihihi. Kadang ade gak perasaan nak tutup terus je blog, sebab kemalasan berganda nak menaip, nak berblogwalking. Ampun ye kengkawan lama tak menjengah, tak mengkomen. Eh tapi kadang-kadang ade je baca-baca blog korang, tapi malas nak menaip komen. Mihmihmih.

Dah nak update siket pasal kandungan aku. Sekarang dah masuk 19 minggu. Fuh! Perut masih comel lagi. Kadang orang perasan aku mengandung, kadang orang cakap aku dah gemok. Dah nak masuk anak dua ni, bila orang cakap gemok, macam tak heran sangat dah. Lantak la, aku dah jadi mak orang, standard la badan mak-mak. Ekekeke.
Pergerakan baby. Aku dah rasa masa masuk 17 minggu hari tu. Hehehe. Comel sangat! Naila dulu aku start rasa masa 20 minggu ke atas. Itu pun Naila bagi sepakan padu bertalu-talu. Yang kali ni, pergerakan dia lembut je. Bila lembut lemah gemalai mula aku rasa macam geli-geli. Oooo kecik-kecik dah pandai nak main geletek-geletek ye. Selalu dapat rasa die bergerak waktu malam. Time-time aku dah baring atas katil, baru lah adik baby gerak sana gerak sini. Daddy pun dah dapat rasa baby gerak. Terus excited ala-ala first time nak jadi daddy.  
Beza pregnant Naila dengan kali ni, aku cepat penat. Kalau boleh weekend aku nak melepek je kat rumah. Kalau keluar pergi mall, jalan dari tempat parking nak masuk ke pintu mall, penat dia dah macam aku round 10 kali mall. Pffftttt. Pastu mula lah takde mood nak berjalan. Mula lah siket-siket ‘PFFTTTT’ ‘PFFTTT’, mengeluh penat! Tu belum lagi kalau kena kemas rumah. Abes satu badan sakit-sakit. Nak berjalan pun terhencut-hencut macam pergi merentas desa je. Ye okey paham, mungkin umur pun dah makin meningkat.
Dah ada perbezaan, mesti nak ada persamaan pulak kan. Kehkehkeh.
Persamaan prengnant sebelum dengan sekarang ni, kuat makan. Haaa tu tak boleh nak buat ape ah. Keje asek nak melantak je. Dari hari tu duk kata nak puasa, sampai opis menggagau cari makanan. Baru makan nasi setengah jam, terus cari makan lagi. Lapo! Lapo! Kang tak makan mula lah pening-pening la. Muntah-muntah la. Euuww mengada sangat kau kan!
Eh tetiba terpanjang pulak kan entry ni.
Klah, bai! Ada masa aku taip lagi.

Tuesday, April 1, 2014

Annaila : DUA TAHUN!

1 April 2014!
 
Faida Annaila genap 2 tahun! Weeweeetttt! Besar dah anak dara tu. Perangai pun boleh tahan sejak baik dari demam hari tu. Asek nak sentap je. Ouh lagi satu, taktau apesal budak tu anti siket dengan daddy die sekarang. Pantang salah siket, memang dia mengamuk betul dengan daddy dia. Dengan aku boleh betoleransi lagi. Kalau aku marah, dia marah, tapi last-last dia datang balik kat aku gedik-gedik. Kalau dengan daddy? Haaaa beparut pipi daddy dia cekau! Orang cakap sebab adik perempuan jugak kot. Jeng-jeng-jeng!
 
Kali ni gambo banyak siket la sebab masa dia umur setahun dulu aku tak dan nak susun gambar. Jadi kali ni aku masuk gambo dia sejak umur sebulan sampai la dua tahun. Alaaa tengok gambar budak kecik mesti lah best je. Lain la aku up gambar aku dari atas sampai ke bawah, mau muntah darah korang. Muahahaha!
 
Eh pehal panjang nau mukadimah nye. Okey dah-dah. Ini kisah Annaila.
 
Annaila ni patut lahir bulan March. Tapi sebab mungkin rezeki dia masih belum ada lagi time tu, maka budak kecik tu pun keluar la masa aku 41 minggu. Overdue seminggu. Jenuh aku pusing mall dari awal mengandung sampai la nak bersalin dengan harapan keluar la cepat-cepat, tapi takde la maknanya. Lewat jugak. Hehe.
 
Bila dah keluar, excited pulak nak tengok progress budak kecik tu. Annaila meniarap masa umur errrrr 4 bulan kot? Aku pun tak ingat. Yang aku ingat Annaila meniarap tapi tak ke-depan tak ke-belakang. Tengok anak orang lain dah laju je menyusur, Annaila lak static macam tu jugak. Umur dia 6 bulan lebih, baru la dia start menyusur. Hehehe. Agak lambat, tapi takpe lah. Sebab dia tetiba menyusur? Nak tengok Upin Ipin kat Ipad! Kalau aku tak tunjuk katun tu, takde maknenye kot die nak menyusur.
 
Merangkak pulak aku memang tak ingat bila. Hahaha. 
 
Start berjalan masa umur 11 bulan. Masa baru pandai berjalan aku rasa paling best! Sebab tengok dia terkengkang-kengkang jalan nak stabilkan badan. Pastu belaja nak corner ke kiri kanan ke belakang. Comel okey budak baru belaja bertatih. Masa tu rasa cepat la Naila belajar berlari pulak. Sekarang bila dah pandai lari, jenuh nak ngejar pulak!
 
Bercakap. Ayat pertama dia sebut. Mmmmm. Ntah la. Tak ingat pulak amende. Takpe la yang pasti sekarang kitorang dah boleh berkomunikasi. Dia faham kitorang. Kitorang faham dia. Walaupun pelat-pelat lagi.
 
Perangai dia pulak. Mmmmm sejak baik demam last week, dia berhangen siket. Taktau la apesal. Kang kalau salah siket, mula lah dia nak sentap. Macam pagi-pagi, bangun pagi senyum-senyum dah dengan aku. Bila daddy pulak tegur, "Good morning Naila!!", terus dia moody macam daddy ada buat salah besar dengan dia. Hahahaha. Kesian daddy. Tapi kalau umpan "Naila nak naik motor?" terus senyum leret dekat daddy sampai dengan mama pun dia boleh cakap, "Mama tinggal ye." Hemoh-hemoh.
 
Apa pun, aku selalu doa Naila jadi anak yang baik, dengar kata, rajin, eh semua yang baik-baik la. 
 
Nanti weekend kita makan-makan dengan Atok, Opah, TokMa, TokPa, Pakcik-pakcik, Makcik-makcik ye. Hehehe. :D 
 
SAYANG SANGAT KAT AWAK FAIDA ANNAILA!
 
Gambo petama mst gambo mama-daddy. Takde kitorang takde la Naila. Masa ni aku dah 8-9 bulan.


1 bulan


2 bulan


3 bulan


4 bulan


5 bulan


6 bulan


8 bulan


9 bulan


10 bulan


12 bulan


13 bulan


14 bulan


16 bulan


17 bulan


19 bulan


20 bulan


21 bulan


22 bulan
 
23 bulan (2 hari nak masuk 2 tahun!)


Saturday, March 29, 2014

Happy Birthday Daddy Naila!

Hi Daddy Naila!

Happy birthday!

29.03.2014 : Dah 29 tahun dah awak. Dan eh! Nak masuk 30-an dah? Kakakaka. Makin tua dah! Perangai pun sila lah ubah menjadi matang ye. Matang? Tetibe teringat dulu masa awal-awal kawan dengan awak, kita selalu gado sebab awak cakap saya tak matang, macam budak-budak. Tapi bila saya dah kawen dengan awak, saya rasa awak pun bukan matang sangat pun. Heh!

Tau tak masa entry ni dibuat, saya tengah perah otak apa nak buat untuk besday awak. Iye takde preparation pape untuk tahun ni sebab bulan ni tersengkek siket. Kuikuikui. Nasib la besday awak ujung bulan, time-time gaji baru masuk. Boleh la belanja makan sedap siket. Boleh la tengok wayang dua tiga movie. Gulp! Mampu ke dah tua-tua gini.

Lupa nak cakap lagi, sebab besday awak dengan besday anak kesayangan kita tu dekat-dekat, kita sekali kan aje lah eh. So aktiviti weekend akan jadi aktiviti untuk Naila jugak! Weeeweee! Mesti Naila pun happy dan harap-harap pasni dia tak moody dan kuat merajuk dah. Fuhhh!

Errr nak cakap apa lagi eh. Mmmm. Mmmm. Okey la taktau nak cakap apa lagi dah. Nak cakap lelebih, kita cakap masa bertentang mata nanti je la eh. Awwww!

Akhir kata dari isteri yang tak berapa sempurna ni, Jangan nakal-nakal!
 
 
 

 
 

Sunday, March 23, 2014

ZALORA - Shawl yang comel!

Hi korang!

Hari ni saje nak share pasal satu website online shopping yang agak dikenali dalam Malaysia ni, ZALORA. Lagi-lagi orang macam aku ni yang semenjak dua menjak ni kemahen malas nak jejak shopping mall. Jadi shopping online je la. Klik sana klik sini, eh barang dah sampai depan pintu. Nasib aku tak menjerit je macam dalam iklan ZALORA tu. Kuikuikui.

Banyak produk yang ada dalam website ZALORA. Tak percaya pergi jenguk website dia. <SHAWL> Dan antara produk yang menarik tertarik memey da bomb, SHAWL. Perempuan dengan shawl memang tak dapat dipisahkan. Lagi zaman sekarang ni, macam-macam fesyen kau boleh gayakan dengan sehelai kain bernama shawl. Dari fesyen yang sangat-sangat kemas, ber-brooch sampai la fesyen yang messy tapi comel. Yang penting menutup aurat. Gitew.

Kalau korang masuk dalam website ZALORA tu, banyak sangat koleksi yang boleh buat kau rasa nak borong semua. Muahaha. Cantek-cantek! Harga pun berpatutan! Kalau ikut aku la, aku jenis suka shawl dari tudung awning. Sebab. Shawl ni boleh buat muka aku jadi remaja. Kahkahkah. Ni syok sendiri ni. Eh tapi betul, tu sebab kalau time-time raya ke, event ke, aku lagi suka pakai shawl. Bila nak tambah aksesori macam cekak ke, pin bunga-bunga ke, nampak comel je, nampak cantek je. Nak kenakan dengan apa-apa baju pun memang takde hal. Tapi kalau hari-hari biasa aku rembat bawal je. Mihmihmih.

Okey penat dah bebel, korang tengok la sendiri koleksi-koleksi shawl yang ada kat ZALORA. Risau nak shopping kat sini? Jangan risau. Aku ada pengalaman beli barang dengan ZALORA ni. Tapi bukan tudung la, time tu shopping kasut. Barang sampai dalam tempoh 3 hari seperti yang dijanjikan. Paling best, penghantaran percuma! Weeweeee! Aku meniaga pun tak bagi penghantaran percuma tau. Hehehe.

Okey korang, selamat bershopping!

Nah. aku bagi jamu mata siket tengok shawl-shawl dorang.








Follow Us @soratemplates