Monday, September 9, 2013

Annaila : 17 bulan~

Dia bukan lagi bayi yang comel dan bambam. Dia dah jadi seorang kanak-kanak yang makin hari makin panjang akalnye.

Semoga jadi anak yang solehah kanak-kanak kecik sesuai dengan nama awak, "pemberian bermanfaat".

Mama-daddy sayang Faida Annaila.





Thursday, September 5, 2013

Buku-komik-novel.

Pagi yang gelap kini sudah terang.

Bahan bacaan di kala boring kalau bukak facebook dengan belog pun rasa nak muntah hijau dah tengok benda yang sama je. Muahahaha.

Daddy : Suka baca komik. Setiap bulan mesti beli! Pastu kalau dah beli tak nyempat-nyempat nak baca kat rumah. Tapi okey la, dari die laburkan duit ke rokok, baik beli komik. Sebulan baru RM4.90 je. Kohkohkoh. :D. Ada jugak daddy baca-baca buku yang errrrrr kalau aku baca tak sampai sehelai boleh tertido. Hewhewhew.
Komik daddy. Tak best sebab takde kaler-kaler. Hahahaha.
Buku daddy + mama. Yang jahit-jahit tu aku punya lah. Yang lain semua daddy punya.

Aku : Haaaa aku tak suka beli komik-komik ni. Aku suka pinjam je komik dari adik aku. Muahahahaha. Abes baca, pulang balik, amek yang baru. Peghhhh! Kau nampak penjimatan kat situ? Dah la komik yang aku suka baca harga dalam RM7.90. Mahal! Eh tapi masa zaman belajar dulu aku suka gila komik karya Ben. Lukisan die comel sangat!!! Aku kumpul jugak la komik tu. Bhahahaha. Pastu bila dah habis belajar, aku simpan segala komik dan majalah bawah katil. Sedar-sedar komik tu dah lesap taktahu hilang mana. Ni mesti mak bapak aku dah buang. Bapak aku bukan suka. Lara' kau tau. Lara'! Hahaha. Tapi yang lara' tu la kau suka kan. Deng!
Dah habis baca. Nak pulangkan dah.
Semalam baru rembat buku ni kat rumah mak. Mihmihmih.

Daddy & Mama : Satu novel yang kitorang boleh sekepala. Ramlee Awang Murshid. Tu je kitorang sharing maring bersama-sama. Tapi masa mula-mula beli selalu berebut la nak baca dulu dan selalu daddy lah menang. Sentap! Tau lah aku baca slow. Aku menghayati okey. Lagi-lagi kalau watak Laksaman Sunan tu. Jatuh hati beb! Ingat lagi masa tak kawen lagi dengan daddy Naila, aku baca Novel Sang Ratu. Pastu aku pergi mesej daddy cakap,

Aku : Awak, saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seseorang.
Daddy : Hmmmm. Siapa?
Aku : Laksamana Sunan.
Daddy : Ohhhh. Kalau dia okey.

Kahkahkah. Mentang watak tu watak novel. Boleh la berangan nak bercinta dengan orang lain.

 Eh motip cerita ni? Weh Erin comel. Aku tiru ayat "hidup ini penuh perisa bla bla bla" tu dari komik Ice-Cream tau.... Sentap jemah tau. Sobssobs. Muahahaha. Sampai abes buat entry bagai. Biasalah mak-mak rebina, harus perangai pun ala-ala rebina. Entry pun entry tak berilmiah. Eh nak berilmi-ilmi pergi sana. Syuh! :p









Hari ni hari Khamis.

11/09/2013 baru masuk kerja balik.

Padahal dah rasa sihat dah ni. Penat duk umah. Rasa macam nak pergi kerja, tapi orang dah bagi MC, dah kau kenapa baik sangat nak masuk opis. Jadi duduk rumah diam-diam. Kepala otak ligat nak cantekkan rumah. Muahahaha. Orang dah habis raya, kau baru nak hias rumah. 

Semalam Naila duk dengan aku. Boring konon duk umah sorang-sorang. Tapi Naila kalau kat rumah asek nak mentido je! Jaga 2 jam pastu "bu-ai...bu-ai..." Tido lak 3 - 4 jam. Pfftttttt. Pastu tengah malam mengacau mama-daddy. Grrrrrr!

Hari ni sebab aku tak cukup tido kononnya. Pepagi bangun mandi siap-siap bawak Naila keluar breakfast sebelum di hantar ke rumah 'ibu' (pengasuh). Pegh kemain bekpes. Padahal beli bekpes, makan dalam kerete je pun. 

Okey, mata dah rasa di gam-gam. Samat bekerja korang. Muahahahaha. Zzzzzzzzzz...........

Wednesday, September 4, 2013

Header Comel!

Hi........

Ye, aku tau header aku sangat COMEL. Sampai daddy pun, 'eh cantiknye!!'

Muahahaha!

Sape-sape duk berkenan nak tukar header tapi tak reti mengedit macam aku ni haaa, sila lah mentempah kat Umie Sue.

Harga dalam RM5-RM10-RM15.

Sekian update hari ni.

*
*
*
*

Next entry:

~ Baraan Raya Gojes Mojes
~ Pantang dan Urut-murut

Kbai.




Sunday, September 1, 2013

Rapuh.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi
Berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara
Lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu




Follow Us @soratemplates