Friday, November 8, 2013

Jumaat Indah.

Aku tak pandai susun ayat elok-elok. Cuma aku nak cakap.

Jangan tuduh orang sesuka hati.

Bila orang ada masalah. Tak perlu nak MESTI sebab dulu dia bla bla bla.

Jangan cepat sangat nak jatuhkan hukum kat orang lain jugak.

Kalau MESTI tu tak betul macam mana? Hukum yang dijatuhkan kat orang tak bersalah jugak macam mana?

Pfffttt. Kbai.





Thursday, November 7, 2013

Sekian lama tak bersenam.

Dulu kan, masa zaman kita kecik-kecik sampai lah usia remaja gitew. Kau perasan tak bila kita bersenam, kita relax je. Sampai ku rasa apa je lah fungsi senaman nak regang-regang ni. Bukan rasa apa pun. Peluh pun tak keluar.

Tapi! Bila dah meningkat dewasa! Kau pernah bersenam? Okey kalau rasa kau memang kaki senam-senam ni bagus lah. Tapi bagi mahkluk yang malas besenam macam aku ni, bila wat regangan vodo-vodo pun rase sakit sangat!

Dulu. Masa zaman sekolah rendah, aku olahragawati sekolah. Lumba lari. Kaki panjang gitu kekdahnya. Paling tinggi pergi peringkat daerah. Masuk peringkat daerah aku takleh lawan dengan kaki orang dah. Masuk sekolah menengah, aku slow. Aku aktif merentas desa je. Dan berjaya jugak dihantar ke perigkat daerah. Masuk pulak PLKN, ada aktiviti-aktiviti lasak yang best gila! Tapi setiap kali nak beraktiviti, mesti kena senaman regang-regang badan yang mana benda tu bagi aku sangat membosankan dan sangat tak penting. Bepuluh orang kata kalau taknak kena cramp kena wat regangan dulu. Dah aku tak pernah kena cramp acaner? Masa ngandung je lah aku duk tercramp-cramp ni.

Sekarang. Setelah errrr hampir 8 tahun, yang mana aku memang dah lama gila tak bersenam. Bila badan dah start sakit-sakit. Siket-siket sapu minyak panas, siket-siket nak urut. Adoi. Orang tua sangat! Bila kena urut lega tapi tak sampai sehari je leganye.

Aku pun duk terpikir mungkin, ye benda pertama mestilah aku tahu aku dah semakin berusia. Srootttt! Yang kedua, aku tak bersenam. Dan aku pun mula lah berjinak-jinak dengan senaman semula. Aku ingat balik macam mana cikgu PLKN dulu ajar. 

Kali pertama buat lepas solat subuh, buat kat leher dulu. Alah yang tolak kepala ke atas, kiri kanan, bawah. Kau tau apa rasa dia? Mak aiiii! Sakit gila weh leher aku! Rase macam tulang kat leher bunyi reput. Hish! Anlene! Anlene! Pastu? Ade la rasa lega siket. Lepas tu buat lah regangan kat tempat lain. Semua rasa macam "adududududu".  Seksa jiwa aku buat regangan di usia-usia sebegini. Kehkeh!

Perasaan senaman di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa sangatlah berbeza hokey! Kalau dulu, relax je. Tak sakit apa-apa walaupun cikgu cakap TOLAK KUAT SIKET! BARU RASA! Sekarang? Tolak slow pun rasa macam "adududududu" . Dia punya sakit, uiiii taktau nak habaq lagu mana.

Pasni weekend memang kena ajak daddy senaman kat luar pulak la. Umur belum masuk 30-an tapi sakit dah macam tua sangat. Kasut sukan dah kena rembat. Pakai sepilar je boleh?




 

Wednesday, November 6, 2013

Deko : Menggubah lalang~

Ececeh. Orang update rumah kau pun nak jugak.

Aku beli bunga! Eh taktau la bunga ke lalang. Hahaha. Sebab sekarang musim lalang agaknya. Aku tengok setiap rumah ada lalang tiruan tu. Tetiba aku pun dah jatuh cinta. Hari tu pergi Kaison, nampak lalang tu tapi tak jatuh cinta lagi. Nak pergi lagi? Memang harapan lah. Aku malas nak hadap jammed.

Masa jejalan kat kat Metro Point, tetibe ternampak kedai Romantika, tetiba termasuk, tetiba ternampak bunga dan lalang. Tetiba pulak aku menggatal nak gubah sendiri. Padehal tak pernah buat ni. Tapi sebab aku tau tangan-tangan perempuan ni magic, aku yakin aku mampu gubah. Alah sendiri je mahu tengok. Bukan nak jual kat orang pun.

Dengan keyakinan yang tinggi, aku pun beli dua jambak. Eh betul ke jambak. Macam kepelikan pulak. Total dua jambak berharga RM6.00. Okey la kut. Pastu cari span kaler hijau tu. Aku taktau mende alah tu apa nama. Dan ku bayar dengan senyuman penuh keseronokan dan daddy senyum dengan penuh kesangsian. Nampak nau tak yakin dengan bini dia ni.

Balik rumah, ku terus memulakan projek. Menggunakan bekas pen sebab taktau mana nak cari pasu tin kaler putih tu, aku pun mula memotong lalang-lalang itu menggunakan gunting comelku. Sekali nak potong tak lepas-lepas. Oh ku perlukan cutter dari daddy. Dapat cutter terus sambung potong memotong. 

Dengan keyakinan yang dah kurang sedikit, ku mencucuk-cucuk lalang itu ke dalam bekas pen dengan penuh tata-tertib. Gila kau, tercucuk-cucuk tangan aku kena dawai. Sroootttt. Dan barisan pertama siap dalam masa 10 minit. Yeayyyy! Pastu ku teruskan cucukan di baris kedua dengan lalang yang lebih tinggi tak sampai 3 minit. Nampak tak kehebatan aku? Wakakaka. 

Dah siap, terus aku cakap dalam hati, 'bapak tak cantek gila!'. Okey-okey tukar idea, aku tarik balik lalang-lalang tinggi tu jadikan dia pendek-pendek. Mmmmm okey la. Tapi masih tak mampu buat aku senyum kepuasan. Takpelah nak buat macam mana, kalau dah tangan tu keras kejung, nak berkonsep elegent untuk rumah terus jadi konsep cartoon. Cartoon pun cartoon lah. Asalkan ada tempat berteduh hujan dan panas. Kehkehkeh. 








Lalang ni akan diletakkan di ruang solat kami. Penyeri kononnya. Tapi kalau rupa macam ni, kat mana penyerinye ntah. Haha.


Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah~

Masuk tahun baru, azam pun jadi baru. Padehal azam tahun lepas pun tak lepas-lepas. Api dendam kesumat tahun lepas pun akan ku cuba padamkan dan memberi kemaafan kepada mereka-mereka yang telah menyalakan api dalam diri aku. Ewah, ayat engkau dah kenapa. Walaupun aku rasa macam nak tikam-tikam mereka-mereka itu, dush-dush-dush! Eh aku nak maafkan orang ke tak ni? Okey-okey full stop.

Semepena bulan Muharam ini, marilah sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kalau kau rasa kau jahat, jom lah ubah jadi baik. Kalau kau rasa kau dah baik, jom lah ubah jadi lebih baik. Kalau kau rasa kau dah cukup baik, memang kau masuk bakul angkat sendiri.

Doakan aku ke arah kebaikan ye. 

Aminnn!


Demam.

Musim demam!

Kalau Annaila demam lebih 3 hari, aku dah cuak dah. Ni kalau mama nya demam lebih 3 hari, kau cuak la sorang-sorang. Haha.

Hari Jumaat dah start demam, tapi ku gagahkan pergi ke office. Pekerja berdedikasi kononnya? Bila boss macam-macam, aku pun jadi macam-macam jugak. Dan-dan aku pergi klinik amek MC. Pastu terus balik rumah. Haaaa macam-macam lagi dengan aku. Padan muka.

Sampai rumah ingat nak rehat, tido! Tapi tetiba pulak aku jadi insomnia. Tetiba je kan. Dah telan ubat, mata dah pedih sebab nak tido tapi tak boleh tido. Stress aku! Tu lah, durhaka lagi dengan boss.

Weekend pulak, dengan demamnye, dengan kena jaga Naila lagi. Naila pulak sekarang tak dilayan dah pandai merajuk. Sebaek la merajuk budak kecik, umpan siket dia pun kembali tersenyum.

Hari ni, bangun pagi rasa segar bugar. Masuk kereta terus sakit kepala balik. Eh? Kau mengada sebenarnye ni. Hahaha. Masuk opis lagi bedenyut-denyut kepala. Sebab tak tahan ku telan 2 bijik panadol. Hamek! Skang dah mamai toink toink. Tapi malas nak MC. Nampak tak berdedikasinye aku. Muahahaha. Tak ar, kalau aku balik umah pun ade apa je. Nak tido aku kan tengah insomnia sekarang. Insomnia la sangat. Haha.
 
Sekian cerita hari ni.
 
muka belakon focus padehal tengah naip belog...hehe...
 
nah gambo Naila...aku tau org bace belog aku sbb nak tau cerita Naila buka cerite aku...hahaha...eh aku ade bukak lg satu belog tentang aku je....tp biarlah belog tu jadi rahsia hidupku...kahkah...gedik sangat!
 
 
 
 
 

Follow Us @soratemplates