Wednesday, August 21, 2013

Oh PTPTN ku~


 
Haaa amek! Apa rasa? Gulp! Telan ayaq liuq bebanyak. Kakakaka. Eh apesal aku suka?
Dalam kepala hotak sekarang:
è Keluarkan duit KWSP dari akaun 2 untuk bayar sikit. Nak bayar penuh tak dapek la. Tapi kena discuss dengan daddy Naila dulu. Kekadang idea daddy ni bagus walaupun aku selalu tak sekepala dengan idea daddy. Hahaha. Apa-apa discuss. Tak suka belakang cerita.
 
è Balance tu baru aku bayar tiap bulan. Tempoh 3 tahun! Fuhhh! Kemain nak 3 tahun. Takpelah sengkek sekarang dari sengkek bertahun-tahun. Ini pun discuss dengan daddy jugak. Kot dia nak hulur siket. Blink!
Terima kasih kerajaan dan terima kasih jugak kepada 47% pengundi yang memilih kerajaan sekarang.
Kbai.
*kira-kira duit*
 
 
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Annaila : Ajuk apa orang cakap!

Mama : Abang...... (Panggil incik suami)
Naila : Abanggggg *sambil main toys*
Mama : *pandang Naila, Naila wat dek je* Daddy........ 
Naila : Daddyyyyyyyy *wat muka taktau lagi*

Eh budak kecik ni dah start ajuk apa mama-daddy cakap nampak.

Pasni susah la nak berabang-abang, berbubu-bubu, berdolly-dolly, bersayang-sayang dengan daddy lagi. Kena tukar panggilan, DADDY-MAMA!


Annaila : Demam~

Cerita raya takde lagi. Hahaha. Nanti lah kita kumpul gambar semua dulu. Err tak pun kalau terlebih rajin minggu ni aku up dulu gambar raya dengan geng gojes. Mihmihmih. Jadilah marilah kita bercerita pasal anak je.
 
Masuk umur 1 tahun ni, 3 kali Annaila demam. Errrr rasa banyak kali, tapi yang aku rase bebetul serius 3 kali lah.
Demam kena tegur:
Masa ni aku bawak Naila keluar malam pergi downtown Reko tu. Kebetulan daddy parking kat tepi longkang dan bawah pokok (tepi jalan belakang sekolah Reko). Masa tu dalam hati aku dah terdetik, kenapa nak kena parking sini. Selalu kalau parking tempat-tempat cenggitu mula lah aku membebel sampai daddy akan cari parking lain. Tapi time tu, mungkin aku macam malas nak gado, diam dan layankan aje. Dalam hati cakap,’insyaAllah takde apa.’
Esoknya Naila demam panas. Masa hantar kat rumah ibu (pengasuh), ibu cakap Naila nampak takut sangat. Nak berkepit je. Mata pulak melilau ke atas dan tangan tu asek tunjuk-tunjuk. Woah cuak aku dengar! Pastu ibu ni macam dah dapat agak yang Naila ni kena tegur, terus dia baca-baca selawat siket dan Annaila okey sekejap. Masa nak amek Naila tu, ibu cakap bawaklah jumpa ustaz-uztaz berubat.
Malam tu jugak aku bawak Naila jumpa bapak aku mintak air penawar siket. Esoknya pergi rumah mertua pulak. Ceritalah Naila kena tegur apa semua kan. Sekali fil cakap tempat kitorang lalu tu bekas kubur kristian. Erk! Hahaha. Seriau! Padehal dulu aku sekolah Reko sana, apesal aku boleh taktau ade bekas kubur kat belakang sekolah. :p
Demam HFMD
Demam yang paling tak best. Sebab Naila takleh bergaul dengan kawan-kawan lain. Seminggu aku hantar Naila rumah mertua. Pastu Naila pergi jangkitkan penyakit dia kat paksu dia. Paksu umur 10 tahun kot. Tak ingat. Tu kat rumah mertua, kat rumah aku pulak adik aku yang paling gagah perkasa kena jangkit. Umur 23 tahun. Masa kena kat adik aku tu memang kitorang gelak kan dia sebab dia la adik yang paling menjaga kesihatan. Vitamin semua dia telan. Petang-petang pergi gym, sekali dia yang kena jangkitan HFMD tu. Kesian. Hahaha.
Apa demam HFMD tu? Errrr sila mengoogle. Sekian.
 
Demam tumbuh gigi geraham
Demam ni aku rasa macam comel siket. Seminggu Naila demam. Memula cuak gila kot sebab dekat seminggu. Dah la seminggu lagi nak raya. Bila demam dah kebah, sekali tengok Annaila dah ada seketul gigi geraham kat atas. Hahaha. Comel! Sebab aku ingat gigi geraham ni naik bila gigi-gigi depan dah complete. Rupenye tak!
Puas aku suruh Naila nganga sebab nak tengok gigi dia. Bila aku tanya mana gigi, Naila sengih tunjuk gigi depan je. Patutnye dlu aku ajar, lepas sengih, nganga pulak. Hahaha. Baru senang nak check gigi geraham dia dah naik ke belum. Ni kena tunggu die manangis pulak. :p
Sabtu Ahad lepas dia demam lagi sekali. Mintak-mintak demam sebab geraham lain pulak. :D
 

Monday, August 19, 2013

Annaila : Manja lah sangat~

Perbualan mama dengan anak memalam sebelum tido,

Mama : Nai, nai nak susu tak?
Naila : Nak *muka excited*
Mama : Okey mama buat susu, Naila tunggu kejap ye.
Naila : *muka seposen sambil depa tangan* Ta-tot (takut)
Mama : Okey jom ikut.
Naila : Jom *senyum manja sebab kena dukung*

Sangat manja kanak-kanak tu sekarang. Nanti dah ada adik susah nak manja-manja cenggini. Hihi^^



Annaila : Rindu pulak budak kecik tu~

Pukul 3 pagi semalam, tengah best-best kitorang tido tetiba Naila tepuk-tepuk kejut daddy bangun. Daddy bangun, Naila gelak-gelak sambil bersembang. Aku? Diamkan diri biar daddy yang layan. Kahkahkah. Pastu daddy bangun buatkan susu ajak Naila tido. Tapi Naila tak tido, daddy yang lelap.
Naila tengok daddy dia tido balik, pergi kat mama pulak tarik-tarik tangan sambil panggil, ‘mama…mama…’ Yelah dah dengar suara comel dia tu, paksa jugaklah diri bangun senyum-senyum kat Naila. Pastu aku tukar lampin Naila sebab dah kembung sangat macam masuk kolam renang je rasenye. Masa tukar lampin tu die gelak-gelak sambil sembang-sembang. Bersungguh dia nak sembang! Tapi aku ajak tido, idokla aku nak melayan dia main. Aku tarik dia, peluk dia, senyum-senyum sambil cakap, ‘Naila tido ye.’ Pastu macam biasa aku tido dulu dan Naila kalau dah dalam gelap, tengok mama-daddy dia tido, dia pepandai la sambung tido balik.
Bila teringat pasal semalam, tetiba rindu pulak kat dia. Hihihi. Rindu sebab kalau dia panggil ‘mama’ dengan ‘daddy’ sangat comel dan manja. Rindu dia cuba bersembang dengan kitorang malam semalam tapi kitorang tak larat sangat nak layan. Rindu jugak senyuman manja dia kalau aku marah dia. Hewhewhew.
Kita rindu anak, agak-agak anak rindu kita jugak tak?

Follow Us @soratemplates