Friday, August 16, 2013

Urusan Tabung Haji melalui Maybank2u~

Errr....errrr...entry semalam macam beberapa orang komen tanya pasal Maybank2u dengan Tabung Haji ni. Aku taktau la benda ni baru ke apa, sebab masa aku buat dorang tampal sticker kat buku TH tu "PERMUDAHKAN URUSAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN WANG TABUNG HAJI DI MESIN ATM/CDM MELALUI BANK ISLAM, BANK RAKYAT, MAYBANK" Jadi aku pun terus, hoh! pasni jangan harap aku nak jejak kat tabung haji yang bapak ramai giler orang. Tapi aku rasa kena jugak jejak beberapa kali sebab nak buat akaun adik-adik Naila nanti. Hihi.
 
 
Macam mana nak aktifkan? Senang. Kau pergi mana-mana mesin atm. Masukkan kad kau, klik apa-apa yang patut pastu cari button tabung haji dan klik. Benda yang kau kena tahu atau bawak masa nak aktifkan, NO AKAUN, NO SIRI BUKU, dan kalau nak aktifkan untuk TH anak, NO KAD PENGENALAN ANAK. Sebelum aktifkan anak punya, kau kena aktifkan diri sendiri punya. Gittew. Pastu keluarlah resit bagitahu "Urusniaga anda telah berjaya" Hoyeay!
 
 
 
 
Balik umah, sila lah bukak Maybank2u atau apa-apa bank yang terlibat kan. Ni contoh M2U punya.
 
Accounts & Banking ---> Transfer ---> Tabung Haji
 
Nak tengok balance kat TH pun boleh. Kot-kot dividen dah masuk nanti. Hahaha. Baru masukkan duit dah berangan nak dividen. Gedik!
Nak transfer dari M2U ke TH? Dari TH ke M2U? Dari M2U ke akaun TH mak bapak kita. Pun boleh. Senang kan!
 
Paling best, nak daftar haji pun takde hal. Klik sana klik sini. Settle! Weeee~
Apa pun setiap kelebihan mesti ada kekurangan kan. Yep bagi aku kekurangan kat diri sendiri. Kalau kau berdisiplin tinggi macam incik-incik askar, insyaAllah duit tu semakin beranak dan beranak macam tuan dia ni haaa. Hahaha. Kalau tetiba mata kelabu asap tengok duit bertingkek-tingkek, tetiba terbayang holiday lah, sopping lah, itu lah ini lah, maka.....lu pikirlah sendiri. :D
 
Esok cuti! Selamat bercuti korang dan selamat menyambung sambutan hari raya. Busy weyh minggu ni nak pergi rumah orang sana orang sini. Hihihi. Babai~
 

Thursday, August 15, 2013

Entry emosi kau~

Suami - pelindung isteri.
Suami - tempat untuk isteri menggedik, bermanja. Dah? Kalau bukan dengan suami dengan sape lagi?
Tapi kalau kau dah sampai sepak terajang isteri, depan anak-anak pulak tu, kau memang tak sesuai digelar suami. Lagi-lagi kau biarkan isteri kau digantung tak bertali. Tamak? Kejam? Dan otak kau mungkin senget!

Dulu sebelum kau dapat dia, mesti sungguh-sungguh kau ngorat die. Sungguh-sungguh kau jaga hati dia. Kalau die merajuk, tak tenang hati kau beb. Alah kalau dah suka gila, takkan awek merajuk kau wat dono kan? Kalau wat dono, kau tak serius dengan die. Takdelah sampai amek die jadi bini kau.

Tapi nape bila dah kawen, isteri kau dah beranak pulak, anak kau pulak tu, bukan anak orang lain, kau mula pasang lain? Dah kenapa? Isteri dah tak cantek macam dulu ke? Penyelesaian, tambah bini nombor dua? Dah tu kalau bini nombor dua beranak, body pun dah berlemak sana sini, kau pasang nombor tiga pulak? Bila nak abes? Bila nak puas? Kau bangang tahap berapa? Infiniti mungkin-

Ish! Tengok video isteri dipukul suami dalam lif tu, sakit pulak hati kita ni.

.......................................................

Mood malam ni: emosi mengada terlebih, lapar menggila, nak beger. 
Babai




Annaila & Pregnancy : Buku Pink-Ak Tabung Haji

Hari Isnin tu patutnye aku dah start masuk keje. Tapi sebab tetiba aku terplan nak pergi Klinik kesihatan dan bukak akaun Tabung Haji untuk Naila, maka aku amek la EL. Sebab aku HR lagi lah senang aku nak cuti. Kakakaka. Sebaik boss aku India, siap disuruhnye aku amek cuti lama siket. Eh menghalau? Tak la, boss aku boss paling baik aku pernah dapat sepanjang 4 tahun aku kerja. :D

Pepagi lagi dah keluar sebab nak pegi Klinik Kesihatan Sg Chua nak bukak buku pink. Takde dah pergi KK Bangi. Rasa macam jauh pulak bila dah ade yang lagi dekat. Nurse kat sana memula aku rasa kerek nak mamp! Sampai aku dah tahap membengang, takde dah nak cakap sopan-sopan. Kau menengking aku, aku tengking kau balik. Benci! Kat KK Bangi semua nurse bebaik! Bila aku dah start buat muka dan cakap kasar-kasar, baru dorang tahu apa itu budi bahasa. Eh boleh pulak cakap lelemah lembut dengan aku. Aku pulak jenis orang cakap bersopan, aku pun bersopan la balik. Tak baik gado-gado di Hari Raya ni. Pastu aku syak dorang semua kerek-kerek sebab ramai Indon, Myanmar yang checkup kat sana. Dan aku terpikir, muka aku ni muka Indon sangat ke? Sobssss!

Settle mendaftar, baru aku rasa nurse-nurse kat sana okey. Pergi lab, amek darah, jumpa nurse, jumpa doctor semua baik-baik. Yang tak okeynye masa memula mendaftar tu je. Nurse yang cakap kerek-kerek dengan aku memula tu pun dah okey. Boleh bersembang-sembang dah dengan aku. Tak kenal maka tak cinta. Muahaha.

Buku pink dah dapat, kita berlari ke tabung haji pulak. Punyelah ramai manusia! Kebanyakan sebab nak masuk duit raya sebab aku tengok kemain kat kaunter memasing bawak duit singgit-singgit tetebal. Dan sebaik lah jugak masa nak tnggu result darah keluar kat KK tu kitorang keluar jap pergi sarap dan singgah Tabung Haji amek nombor. Masa datang balik tabung haji tu tepat-tepat je nombor kitorang kena panggil. Weheeee! Takyah nak tunggu lelama. Maaf makcik pakcik yang usha kitorang macam tak puas hati tu. Kitorang bukan potong queue sesuka hati, kitorang ade nombor yang sah tau. Hehehe.

Duit raya yang pasni-pasni tu, nanti mama transfer guna maybank2u je. Kata dah boleh link TH dgn M2U kan. Takyah susah-susah nak beratur bagai susahkan diri. Dah la aku ni anti menunggu. Time kaseh kawan-kawan gojes yang bagi cadangan bukak tabung haji ni. Baru ingat nak bukak asb, sekali ramai cakap tabung haji lagi bagus.

Eh, aku selalu rase nak buat entry pendek-pendek, tapi bila tengok atas, mak aiiii. Panjang gila. Mesti aku rindu nak buat karangan 360 patah perkataan tu. Hahahaha.

Okey samat membaca!


Wednesday, August 14, 2013

Meriahnye Syawal 2013~

Raya pertama 2013:

Pestime sambut raya pertama kat Bangi sejak dah jadi bini orang ni. Dua tahun lepas raya kat Johor. Hehe. Perasaan seronok la weyh walaupun kat Bangi ni tak rasa raya sangat, tapi ade lemang! Itu penting. Ingat lagi masa raya kat Johor, aku cari lemang. Pergi rumah orang, tengok penuh ketupat je. Sedih. Tanye daddy Naila, rupanye orang Johor lemang-lemang memang tak main kat sana. Sobs!

Raya pertama tu kitorang melawat Ulu Klang, rumah makcik aku pastu pergi rumah terbuka negeri selangor. Tapi mase datang tu dah lewat dalam pukul 2.30 ptg, majlis pulak habis pukul 3. Makanan pun banyak abes. Acane? Takpe ade rezeki lagi, kita datang awal-awal punya^^

Petang raya tu, sampai je Bangi, kitorang terus gerak balik Johor. Jalan tak jammed. Best! Tapi Annaila dari pagi sampai ke malam moody je. Sebab tak cukup tidur, gitu lah. Dalam kerete bukan nak tido, terlompat sana sini, salah siket merengek macam ke hape. Kadang angin singa betina mulalah datang kat aku. Grrrrr! Sampai rumah embah pun bukan dia nak tido, dia main je. Tapi main-main-menangis. Penat aku dengar. Ajak tido taknak. Aku tau die banyak menangis sebab mengantok tapi di tahannye mata tu. Pastu tido kat tempat orang, mulalah dia tak selesa. Biaselah budak. Pukul 12.30 baru tido, tu pun asek terjaga je. Panas kot sebab peluh-peluh. Tapi mama-daddy punye lah sejuk. Hahaha. Pelik aku.

Raya kedua 2013:

Pagi tu beraya rumah-rumah sedara daddy Naila. Errr tapi rasenye tahun ni macam tak penat sangat. Maybe tahun-tahun lepas rumah yang dikunjung lagi banyak. Sampai aku asek ulang, 'bila nak abes...bila nak abes...' Hahaha. Senget. Alah aku manusia yang tak pernah merasa raya dari pagi sampai malam, jadi memey le gitu. Masuk raya tahun ke-2, ke-3 baru boleh cool-cool.

Kebetulan raya ke-2 tu pulak jatuh hari Jumaat, yang pompuan-pompuan melepak la kat dataran apa ntah namanye sementara tunggu jejaka-jejaka kacak pergi solat. Ada pulak playground kat sana. Dah tau dah kompem Naila tergedik-gedik menjerit nak main. Suke nak menggelapkan kulit tu. Grrrr!

Raya ke-2 gambar tak banyak sebab daddy lupa bawak Ipad. Jadi kita curik gambar adik ipar je. Ngahaha.



Raya ketiga 2013:
 
Pakaian lebih sempoi, walaupun aku banyak kali tanya daddy, 'boleh ke pakai jeans?' Kakaka. Dah la raya ke-3 tu ada majlis tunang. Takpelah gamble je lah kan sebab baju extra pun tak bawak. Sebaik baju Naila pun sopan siket hari tu. Raya ke-3 tu, kitorang laki bini banyak melepak sebelum sampai umah orang bertunang tu. Naila pun tengah sedap tido. Hohoiii. Budak kecik tu tak cukup tido raya pertama dengan kedua. Raya ketiga memang dia bantai tido je bila masuk kerete. Kitorang hangkut masuk kedai makan pun, dia tak sedar apa. Kitorang lepak kat dataran apa ntah sambil makan mee siput pun die tak sedar jugak. Dah sampai umah orang tunang pun masih tido. Tapi bila aku duduk je, terus celik bijik mata. Mood pun okey la siket. Ngeeee.
 


Raya keempat kelima 2013:

Lepak rumah, jalan-jalan kat Mines. Baju raya pun dah takde. Sila berpakaian seperti biasa. Muahahaha.

Semalam dah start keje. Lemau nau. Tapi half day je sebab petang tu nak pergi menziarah blogger Yong merangkap client encik daddy kita. :D  Gambar-gambar perjumpaan blogger-blogger kita buat hujung-hujung Syawal nanti okeyh!

Selamat bekerja! Dadaaaaa.



Tuesday, August 6, 2013

Bebel Selamat Hari Raya~

Start semalam tengok orang publish gambar raya tahun lepas dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA! Weyh jeles aku. Sebab aku tahu esok aku takkan tulis belog, maka hari ni nak wish jugak lah kat kamo-kamo-kamo yang terbukak dan terbaca belog WawazDonut neh.

Eh sebelum nak wish, aku nak cerita siket, tahun ni raya pertama aku kat family belah aku. Weheeee! Tak sabar nak makan rendang ayam mak aku, pulut kuning mak aku, lemang pakcik kat seksyen 4, ketupat palas kat warta. Auumm! Terbayang-bayang makanan tu dari semalam.

Walaupun setengah hari je raya kat rumah belah aku, tapi okey la. At least dapat makan semua-semua tu pastu ai is tak kesah daddy nak hangkut pergi balik Johor hari pertama raya tu jugak. Sebab kalau kitorang raya kat Bangi, memang waktu raya kitorang dari pagi sampai tengah hari je. Pastu memasing melepek tido atau tengok TV. Raya kat Bangi macam tu lah.

Raya kat Johor pulak walaupun agak penat gila, tapi merasa lah aku suasana hari Raya. Merasa jugak lah aku tolong collectkan duit raya Naila sebab dulu aku tak pernah dapat duit raya sebanyak Naila dapat. Hahaha nampak nau aku tak pernah rasa apa itu hari raya zaman single mingle dulu. Kalau dulu raya kedua ketiga kitorang dah boleh jalan-jalan kat mall, tengok wayang. Nak ziarah rumah orang? Siapa yang ada kat Bangi tu? Semua orang balik kampong. Kena tunggu seminggu raya baru boleh berjalan-jalan ziarah rumah orang.

Eh jangan ingat aku takde kampong pulak. Kampong aku nun kat Perak sana. Tapi sebab opah-opah dengan atok-atok dah takde, jadi kitorang dah jarang balik kampong. Yang ada sedara-mara je. Tu pun kalau kitorang raya kat Perak, sedara-sedara pun takde sebab dorang pun beraya tempat lain dulu. Kalau nak ziarah sedara kat Perak selalu raya ketiga keempat baru ada orang kat rumah. Kalau pergi awal-awal alamat kau macam beraya dalam kereta je. Pusing sana sini, tengok rumah takde orang. Muahahaha.

Okey raya-raya ni takyah nak bebel panjang sangat walaupun aku rasa dah agak panjang. Kahkahkah. Jadi dua hari sebelum raya ni nak ucap kat korang, "SELAMAT HARI RAYA!"Jemput datang rumah mak aku. Rumah aku tak digalakkan sebab rumah apartment susah parking campor banyak anjing. Kang elok-elok nak beraya terpeleok lak kaki tu sebab anjing kejar. Hihihi. Maap kalau ada terkasar bahasa siket dalam belog ni. ^^

::pssssst! baju raya mama dengan daddy takde lagi ni. hahaha. malam ni kene pusing downtown!


Follow Us @soratemplates