Friday, October 27, 2017

Bila Anak Patah Tangan

2 October 2017 - Patah Tangan

Hari tu hari Isnin. Naila memang dari Sabtu Ahad tu asyik cakap dengan kitorang dah lama tak main dekat taman.Yela sebelum tangan dia retak tu, memang mama rajin bawak dia main kat taman waktu petang. Bila tangan dah bersimen, silalah buat aktiviti dalam rumah je.

Jadi masa hari Isnin, lepas ambil Naila balik dari sekolah, Naila banyak kali cakap, "mama please Naila nak main taman petang ni." Sebab dah 3 hari dia mintak, mama pun setuju untuk bawak main taman petang tu.

pagi sebelum ke sekolah.
Mama janji pukul 5 petang kita gerak ke taman. Masa nak tunggu pukul 5 tu asyik la tanya mama bila nak pukul 5 ni mama. Haha excited sangat tau!

Tepat pukul 5 terus bawak dorang turun main taman. Benda yang Naila nak main sangat "monkey bar". Ye dari kecik mama memang suka bagi dorang main monkey bar ni. Tapi masa kecik-kecik, mama pegang la dorang. Bila dah besar mama cuma pantau dorang main. Bukan pantau dari jauh tau. Tak sampai 2 3 langkah antara anak dengan mama.

Dalam setengah jam seronok bermain. Mama pun ambil Fatih suruh bergayut sekali kat monkey bar tu. Baru je berkalih membelakangkan kak Nai sambil dukung Fatih, tetiba GEDEBUK dengar Naila jatuh. Mama toleh belakang tengok Naila menangis.

Tiba-tiba mama terpandang tangan Naila. OMG tangan dia bentuk U okey. Terus turunkan Fatih dan pegang tangan Naila sambil cakap tangan Naila patah. Lagi kuat Kak Naila menangis. Masa tu serius mama seram gila tapi mama pegang je tangan dia yang bentuk U tu kuat-kuat.

Bila Naila tak berhenti nangis, baru makcik-makcik yang tengah galak bersembang datang tengok sebab nampak muka kita pun nampak kalut jugak kot. Hahaha. *tak sedar diri jugak kita ni pun dah jadi makcik*. Masa Naila jatuh dorang cuma pandang dan sambung sembang. Yelah biasalah budak jatuh dan menangis masa main. Situasi yang selalu kita nampak. Tapi untuk Naila, orang kata malang tak berbau. Haha. Jatuh je patah tangan.

Masa kita tengah kalut taktau nak buat apa tu, tiba-tiba datang sorang cleaner ni. Dia tanya kenapa ni kenapa. Lepas tu kita pulak yang dia marah. "Kenapa kau tak jaga anak kau elok-elok. Kenapa kau biarkan dia jatuh. Kau buat apa sampai anak jatuh." Ya ampun! Mama kena marah macam mama ni bibik dia. Hahahaha.

Terus mama naik angin tertinggi suara sikit dekat dia. Geram kot. Awak takde kat tempat kejadian, datang terus maki kita macam tu. Murung mama 2 hari tau bila ingat kata-kata dia tu. Lepas dia cakap ada lagi lah beberapa orang gak cakap macam kita ni tak reti jaga anak. Sedih gila time tu.

Lepas adegen tu, baru terfikir nak call daddy. Terus call tanya kat mana dan terus cakap jugak Naila patah tangan! Nasib baik daddy dah nak sampai rumah time tu. Tunggu 5 minit kat taman, terus kitorang berkejar ke KPJ Kajang.

Lupa nak cerita, masa mama cakap kena pergi hospital, Naila menangis lagi kuat. Naila cakap "Naila taknak pakai benda tu lagi (simen)" - berulang kali dia cakap benda ni. Dah mama pulak rasa nak tersenyum.

Sampai hospital, terus pergi emergency dan proses sama macam tangan retak hari tu. Jumpa doktor, x-ray. Dan yes! confirm tulang Naila patah dua. Doktor cakap kena operate dan masukkan dawai dalam tangan dia. Dan malam tu, bermalam la kami sekeluarga di hospital.
baru lepas jumpa doktor

Nampak jelas kan tulang patah tu

muka sedih tapi dalam masa yang sama macam happy. (dah dapat ubat tahan sakit)


3 Ocotober  2017 - Masuk dawai

Esoknya, doktor datang bagitahu Naila akan masuk operation theater (OT) dalam pukul 1-2 petang.
dah bertukar baju pagi tu


Dalam pukul 1.30 petang tu, Naila pun masuk dalam OT. Daddy teman Naila masuk sekejap. Daddy cerita, dalam tu Naila memang cuak gila. Bila doktor cakap nak tidurkan (bius) Naila, Naila terus jawab taknak tidur. Dan doktor pun masukkan gas (ubat tidur kot) kat area mulut Naila dan cakap kalau taknak tidur kena tarik nafas panjang-panjang. Naila tarik nafas je terus tidur. Hihi. Lepas Naila tidur, daddy pun kena keluar.
dalam OT


Naila keluar dari OT dalam pukul 4 petang rasanya. Masa keluar muka dia blur-blur. Lepas tu cakap "Tadi Naila tertidur kejap. Tapi mana daddy? Kenapa daddy tak tunggu Naila bangun?" - haha jenuh nak menjawab soalan dia tu.
baru keluar OT. Muka blur sangat ni

Doktor cakap nak masukkan dawai tu kejap je. Dalam 10-20 minit. Tapi Naila kat dalam tu sampai 2-3 jam jugak. Nurse kat sana cakap sebab bagi dia tidur tu kena tengok badan dia semua stabil, baru boleh mula operate. Mama iyekan aje lah. Dah keluar dah pun budaknya.

Baru je sampai bilik, terus dia turun katil. Menjerit mama tengok dia. Awak tu dah la baru operate, pastu bangun terus tehuyung hayang nak jatuh. Rupanya dia nak ambil makanan sebab dari pukul 7 pagi kena puasa. Masa ni kawan dia Dhea datang melawat. Lagi seronok la dia. Dah macam bukan orang sakit je bila tengok dia masa tu.



dengan Dhea, geng Bangi

tu dawai tau.


4 October 2017 - Discharge

Pagi tu doktor datang check tengok keadaan Naila. Bila semua okey, doktor cakap hari ni boleh discharge. Yeayyy! Rasanya mama la paling seronok dapat keluar. Penat weh duduk hospital.

Bila dah discharge, doktor cuma bagi paracetamol dan antibiotik. Makan bila sakit sahaja.

Next appointment 19 October 2017. Next entry. Dah penat ni. Hahaha.

Info yang mama rasa nak share dengan korang,

  • Orang kata main monkey bar bahaya. Iye memang bahaya. Kalau ikut semua benda bahaya. Sebelum ni Naila main cikgu-cikgu pun tergelincir sikit je. Tu pun dah retak tangan. Jadi anggap je la Naila tak bernasib baik. 
  • Masa ni mama risau kenapa Naila ni asyik patah tangan je. Tulang dia rapuh ke. Bila tanya doktor, doktor senyum je dan jawab, sebenarnya kanak-kanak patah tangan adalah common terutaman bahagian wrist, lengan dan siku. Itu memang tindakan refleks badan untuk tongkat tangan atau gunakan tangan untuk elakkan kecederaan anggota lain. Doktor siap cakap, ada je dia jumpa budak yang dalam 2-3 bulan patah sampai 2-3 kali. Tapi selalunya budak tu 'buas' sedikit. Krikk krikkk.
  • Kalau kanak-kanak masuk dawai sahaja. Kalau orang dewasa patah, masuk la besi. Hehe.
  • Nak cepat sembuh, minum susu banyak-banyak. Yang dewasa boleh ambil supplement Ostematrix untuk percepatkan penyembuhan tulang patah. - boleh contact mama untuk dapatkan Ostematrix. Hehe
Entry sebelum ni, PERGELANGAN TANGAN RETAK



Wednesday, October 25, 2017

Pergelangan Tangan Anak Retak

Assalamualaikum.

Nak tau tak dalam tempoh 2 bulan ni Annaila merasa tangan retak dan patah. Tapi hari ni nak cerita tangan dia yang retak dulu. Next entry kita cerita pasal patah tangan pulak eh. Patah sampai masuk dawai tau. Hehe.

30 August 2017

Petang tu sepupu-sepupu Naila datang rumah. Bila sepupu datang, tau je la dorang punya excited dapat main sama-sama sampai riuh rumah. Macam biasa, kalau jumpa sepupu, Naila suka sangat main cikgu-cikgu. Sepupu dengan adik jadi murid dan Naila jadi cikgu.

Masa tu kita ni adalah lalu depan bilik dia sebab tengah bersiap-siap nak keluar COD barang Shaklee, nampak dia tengah galak mengajar anak-anak murid. Tak sampai beberapa saat melepasi bilik dia, sekali gedebuk dengar dia jatuh. Kita pun intai la dan macam biasa cuma cakap, "Dah dah bangun. Tak sakit pun kan." - haha ingatkan takde apa. Biasalah budak jatuh kan.

Dia bangun nangis terus duduk depan, masa tu nampak tangan dia merah-merah. Kita pun pegang la kejap tangan tu nak tengok dia sakit tak kalau kena tekan-tekan. Bila dia cakap tak sakit masa kena tekan tu ingatkan takde la apa. Mama dia pun sambung la pakai tudung macam biasa sambil tanya macam mana boleh jatuh.

Naila jawab, ada air dalam bilik. Kita intai dari luar je, memang nampak basah sikit. Terus cakap dalam hati mesti kerja si kenit Fatih. Haha dia tu suka tonggeng botol air atas lantai lepas minum. Suka tengok air menitik-nitik keluar lepas tu tepuk-tepuk dengan tangan. Grrrrr!

Mama dah siap semua pakai tudung, daddy pun sampai rumah dan kitorang pun gerak la keluar. Dalam kereta Naila nangis lagi kuat, dia cakap "Mama, sakit sangat ni." Kitorang tengok pergelangan tangan dah bengkak dan dia menggigil-gigil macam sakit sangat. Nasib baik mama punya urusan COD dekat je. Settle COD terus pergi ke klinik yang berdekatan, Klinik Mediviron.


Doktor check dan syak tulang retak dan terus buat x-ray. Sekali betul memang pergelangan tangan Naila retak sikit. Doktor terus masukkan ubat tahan sakit kat bontot. Tak sampai beberapa minit Naila cakap dia tak sakit dah. Doktor pulak buat surat refer ke hospital terus.

Dalam kereta, kitorang dalam perjalanan ke Putrajaya pulak sebab daddy ada urusan kat situ. Dia cakap, "Abang rasa tangan Naila tu takda apa lah. Tengok Naila pun tak sakit dah." Mama pun terus la membebel, dah ambil ubat tahan sakit memang la tak sakit. Huhu.

Masa tu baru daddy setuju pergi Hospital Putrajaya, hospital paling dekat. Nak sedapkan hati jugak sebenarnya. Sampai hospital, lagi sekali kena x-ray dan memang doktor sahkan tangan Naila retak dan WAJIB pakai simen.



Kesian tau. Dah la esok nak Raya Haji. Dah tak boleh pakai baju raya sebab tangan bersimen. Bertabahla kami semua. Hehe.

Bila kak Naila tak boleh pakai baju raya, jadi semua orang pun tak pakai baju raya. 

2 minggu lepas kejadian, follow up kat hospital balik. X-ray tangan dan tukar simen baru. Tulang masih belum elok bersambung.

Muka cuak sebab nak potong simen tu kena pakai gerudi. Huhu

Muka sedih sebab ingat takyah pakai simen lagi rupanya bukak kejap dan pakai simen baru. Kuikui

Sedih tak tengok muka dia. Hehehe. 


19 September

Appointment untuk kali ke-2, x-ray semula tangan tu dan alhamdulillah tulang dah okey. Yeay! Boleh pakai baju princess kata Naila. Hehe.

Hari pertama lepas bukak simen, tangan Naila takleh lurus lagi. Yelah dekat 5 minggu tangan bersimen macam tu. Bila dapat lurus sakit sikit la. Tapi sekejap je. Esoknya tangan dah boleh lurus semula.

Hai aunty. Dah bukak simen. Happy sangat!

Sedikit tips dan info dari pengalaman jaga Naila,

  • Tulang kanak-kanak lebih cepat sembuh dari tulang dewasa. Tempoh penyembuhan dalam 3-6 minggu. 
  • Rasa sakit (mungkin berdenyut) dalam tempoh 1-3 hari je. Selalunya doktor bekalkan ubat paracetamol je untuk kurangkan rasa sakit.
  • Lepas tempoh tu kalau dia galak sangat main dengan adik-adik dia, kemungkinan tempat sakit tu akan berdenyut balik. Tapi sekejap je.
  • Bila Naila gatal kat tangan yang bersimen apa yang mama boleh tolong, tarik-tarik sikit kulit yang berdekatan dengan tempat gatal tu bagi lega sikit. Kalau dia cakap tak lega, sialalah cuba alihkan perhatian dia. Hehe.
  • Cara mandi, letak je tangan dia atas sinki masa kita mandikan. Tak apa kena air kat simen tu sebab simen kan. Hahaha lap je la lepas tu. Tapi jangan alirkan air dalam simen tu. Lagi gatal nanti. Huhu
  • Banyakkan minum susu untuk percepatkan proses penyembuhan. Kalau yang dewasa tu, boleh topup dengan Ostematrix Shaklee. 
  • Banyakkan aktiviti kat rumah supaya dia tak boring sangat.
Okey setakat ni je lah cerita pasal tangan retak. 

Next entry, kisah Naila PATAH TANGAN pulak. Hehe.

Macam lasak sangat pulak anak dara tu kan. 



Friday, August 11, 2017

ASID FOLIK UNTUK YANG INGIN HAMIL


Asid folik

Asid folik sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan asid folik ini selepas disahkan hamil. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa asid folik ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. Suplemen asid folik ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.

kesan kekurangan asid folik, kepentingan asid folik, folic acid


Apa itu Asid Folik

Asid folik merupakan salah satu ahli keluarga dalam vitamin B iaitu vitamin B9. Ia membantu badan untuk membuat sel-sel baru yang sihat. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya asid folik kurang di dalam badan, tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas.

Kenapa perlu ambil asid folik sebelum hamil?

Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.

Asid folik dapat membantu masalah kualiti sperma dikalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik diantara 700 - 1000 mcg sehari. Apabila sperma mengalami kecacatan kromosom dan disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Jadi, disebabkan masalah ini, ia menjadi salah satu punca kepada keguguran.

Asid folik juga penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.

Keperluan Asid Folik semasa hamil

Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa dengan pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko melahirkan anak yang cacat seperti kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida).

kecacatan akibat kekurangan asid folik, kepentingan acid folik

Anenchephaly adalah keadaan dimana bayi yang dilahirkan tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Jadi, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain itu, dengan pengambilan asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi yang dilahirkan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 - 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk mengambil asid folik sebagai makanan tambahan sebelum hamil dan sepanjang kehamilan.

Bila waktu yang sesuai untuk mengambil asid folik?

Supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Berapa banyak Asid Folik yang diperlukan oleh wanita?

Dos yang perlu diambil oleh wanita biasa adalah sebanyak 400 mcg (0.4mg) sehari. Manakala bagi wanita yang hamil pula perlu mengambil sebanyak 400 - 800 mcg sehari.

Namun dos yang diberikan perlu ditingkatkan, bergantung kepada penilaian doktor yang merawat terutamanya bagi wanita hamil yang mempunyai risiko yang tinggi seperti berikut:
  1. Mempunyai anak yang cacat pada kelahiran yang lepas
  2. Suami atau wanita itu sendiri yang mengalami masalah NTD
  3. Wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
  4. Wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle cell anemia, atau thalessaemia

Asid Folik semulajadi

Asid folik boleh didapati secara semulajadi dalam sesetengah makanan seperti sayur sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning antaranya oren, pisang, jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.

Anda juga boleh semak label pada bungkusan itu untuk melihat jika makanan ini mempunyai asid folik. Label akan memberitahu anda berapa banyak asid folik adalah dalam setiap hidangan. Kadang-kadang, label akan tertulis sebagai "folat".
asid folik untuk ibu hamil, folate

Bolehkah saya mendapatkan asid folik yang mencukupi melalui makanan semata-mata?

Badan tidak menggunakan bentuk semula jadi asid folik (folat) semudah bentuk buatan manusia. Kita tidak boleh pastikan bahawa makan makanan yang mengandungi folat akan mempunyai manfaat yang sama seperti mengambil asid folik. Juga, walaupun anda mengambil diet yang sihat yang seimbang, anda mungkin tidak mendapat semua nutrien yang anda perlukan setiap hari dari makanan semata-mata. Di Malaysia, kebanyakan wanita yang makan makanan diperkaya dengan asid folik masih tidak mendapat apa yang mereka perlukan. Itulah mengapa ia adalah penting untuk mengambil vitamin yang mengandungi asid folik setiap hari.

Bahayakah sekiranya mengambil asid folik dengan dos yang tinggi?

Kemungkinan untuk berlakunya keracunan disebabkan pengambilan dos acid folik yang banyak adalah sangat rendah. Ini kerana asid folik bersifat larut air. Sekiranya pengambilan asid folik dalam dos yang tinggi, ia tidak akan tersimpan di dalam hati, tetapi akan dibuang melalui air kencing.

Oleh itu, pengambilan maksima yang boleh diambil oleh lelaki dan wanita dewasa adalah sebanyak 1000 mcg (1.0 mg). Manakala bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi adalah sebanyak 800 mcg (0.8 mg).

Bagaimanakah untuk memilih asid folik yang terbaik?

Oleh kerana asid folik merupakan salah satu vitamin B, maka lebih elok sekiranya kita mencari vitamin yang mengandungi kesemua vitamin B.
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)
B-complex, asid folik, folic acid, kesan kekurangan asid folik

Semua ciri-ciri diatas terdapat dalam produk B-Complex Shaklee. Di dalam B-Complex ini terdapat asid folik yang diperlukan oleh wanita yang ingin hamil mahupun wanita yang sudah hamil. Dapatkan B-Complex sekarang sekiranya anda mahu hamil atau sudah hamil.



Najwa Jamil Shaklee  ID 1269103
012.687.8687
Page : Kedai Vitamin


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

* COD - Sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi serta pos laju ke SELURUH MALAYSIA.





  • Thursday, July 6, 2017

    Collagen Powder Shaklee Terbaik

    Kebaikan collagen pada diri manusia terutamanya wanita

    1. GEBUKAN KULIT
    2. RAPATKAN ASET WANITA SELEPAS BERSALIN
    3. KENCANGKAN PAYUDARA
    COLLAGEN SHAKLEE POWDER dalam setiap satu sachet mempunyai 4000mg Red snapper scale RSS

    Kalau kita tengok content collagen ni sangat tinggi dos dia. Dos yang mencukupi untuk repair kulit anda dan kekenyalan tisu anda.



    Macam kulit bayi baru lahir. Begitu halus, gebu dan anjal. Sebab kaya dengan collagen.

    Tapi bila makin berusia, kita akan kekurangan collagen. Makin hilang.

    Maka,
    • Kulit jadi nipis
    • Kedut mula kelihatan
    • Kulit makin gelap dan kusam
    • Ada lingkaran bawah mata

    Collagen yang terbaik mestilah dari sumber haiwan dan bukan tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan.

    Collagen Powder Shaklee menggunakan sisik ikan merah (Ikan merah adalah ikan laut dalam). Maknanya collagen Shaklee sangat tough. Tak mudah rosak dengan pencernaan. Sangat hakus sehingga dapat diserap ke dalam usus dan dibina semula dalam struktur kulit.


    Selain itu, terdapat Vitamin C, B-Complex, Probiotics untuk perlindungan kulit dari kuman.



    Saya yakin dengan collagen Shaklee sebab setiap produk Shaklee diuji oleh pihak ketiga. Contohnya Harvard University. 

    Mereka ini bukan saintis Shaklee tapi saintis pihak ketiga supaya tiada unsur bias. Produk Shaklee dicipta oleh saintis. Bukan orang biasa atau owner produk. Maka ia SELAMAT digunakan.

    Collagen selain repairkan kulit, cerahkan kulit dan tegangkan semula, ia juga membantu menegangkan ligaments. 

    Maksudnya, orang melayu suka panggil urat. Urat peranakan la. Urat segala urat.

    Contohnya otot wanita selepas bersalin akan menjadi longgar sedikit. Lantai pelvis yang support peranakan/rahim juga akan kendur sedikit. Tapi bila mengamalkan collagen, ia akan menegang semula.

    Payudara pula bila semakin kita berusia semakin hilang collagen. Collagen hilang disebabkan aktiviti kehidupan. Senang nak tengok, contoh orang yang kerja lasak seperti wanita cleaner. Kulit lebih kusam berbanding wanita yang bekerja di pejabat.
    Pekebun akan lebih nampak tua dari pekerja pejabat.
    Pekerja pejabat yang selalu stress akan nampak tua dari pekerja yang kurang stress.
    Sebabnya kehilangan collagen bergantung pada cara kehidupan seseorang.

    Dalam collagen tiada gluthione dan tiada agen pemutihan. Yang memutihkan kita secara semulajadi adalah collagen dan Vitamin C.

    Collagen juga tiada kena mengena dengan cyst atau fibroid. Apa kena mengena makan protien dan buang? Semua makanan diserap dan akan beri kesan pada kulit. Contohnya awak makan anggur ada banyak antioksida. Kulit akan cantik. Ke anggur tu jadi bahan buangan sehingga awak tak dapat vitamin dalam buah tu.

    Jadi selagi kita semakin berusia, collagen semakin hilang. Nak awet muda memang kena topup collagen.


    Percaya atau tidak kalau saya katakan Collagen Powder Shaklee adalah yang terlaris di pasaran.

    *****************************************

    Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee


    Wawa
    SMS/Whatsapp 012-6878687
    Shaklee ID : 1269103
    Pengedar Sah Shaklee Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya

    atau

    Kami juga mengalu-alukan anda untuk terus order produk Collagen Powder Shaklee secara online menggunakan credit card/debit card melalui link dibawah ini.

     Order Shaklee Sekarang!




    **Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    Thursday, February 23, 2017

    Hong Kong : Persediaan bercuti di Hong Kong

    Cuaca
    Kitorang pergi bulan hujung bulan February, masih musim sejuk. Tapi kalau tengok cuaca kat sana, bulan March dah masuk musim panas. Jadi aku beranggapan tak payah nak pakai tebal sangat la baju. Bila check cuaca pun, paling rendah dalam 16°C. Alah sejuk macam dalam aircond je ni kan. Kihkihkih. Sekali sampai sana, aku je yang okey. Laki dengan anak-anak sejuk kemain. Okey ibu mengandung memang la panas manjang kan. Dapat cuaca sejuk kat sana rasa best je. Takyah pakai sweater, cardigan je dah ok. 

    Tiket
    Macam biasa flight kitorang akan pilih awal pagi. Jimat masa dan jimat harga tiket jugak. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam 50 minit. Jadi dalam tempoh tu sila lah tido ye. Sampai nanti macam-macam nak buat. Tiket yang kitorang dapat agak murah la setelah usha berbulan-bulan la kat Air Asia. Lepas kitorang dah beli tiket, sebulan lepas tu nampak tiket ke Hong Kong lagi murah RM179. Hahahaha. Sabar je lah! Tapi tarikh die anjak lagi ke depan la. Jadi takde la rasa nak meroyan sangat.

    .
    Hotel
    Setelah berbulan-bulan aku baca blog orang pasal Hong Kong ni, hotel kat sini sangat mahal dan bilik sangat kecil. Jadinya berbulan-bulan jugak la aku cari hotel yang size bilik tak terlalu kecil untuk keluarga kitorang dan harga tak terlalu mahal.

    Kalau pergi ramai-ramai, boleh la sewa apartment kat sana. Harga apartment, sila google sendiri. Muahaha.

    Pilih punya pilih, akhirnya kitorang pilih CASA HOTEL, kawasan Kowloon. Size Deluxe Twin 15sq.m (okey la dari tempat lain kebanyakan 9sq.m - 11sq.m). Kitorang book guna Agoda. Harga yang kitorang dapat dalam RM895 untuk 3 malam. Nak book bila? Kitorang booked 3 bulan sebelum tu. Tapi kalau kau berani mati, nak booked sehari sebelum gerak pun takde hal sebab harga aku tengok lebih kurang je. Cuma bilik yang kau nak tu ada atau dah habis je lah. Hehehe.

    Casa Hotel ni yang best aku rasa sebab dekat dengan MTR dan station bas. Jalan ke depan siket dah jumpa MTR. Jalan ke belakang pulak, jumpa station bus. Gittew.

    Makanan
    Ada orang jenis kalau berjalan nak rasa semua makanan kat tempat orang, Kitorang pun kalau bajet lebih teringin gak nak makan macam-macam kat sana. Tapi sebab bajet ketat, sila lah bawak makanan penuh satu luggage. Kuikuikui. Pastu psiko diri sendiri susah nak cari makanan halal kat sana. Hahahaha. Sebenarnye banyak jugak makanan halal kat sana. Cuma bila dah sampai sana, kau nak mencari tu menangis la jugak. Contohnya macam makanan yang aku nak sangat makan kat sana DimSum Masjid Ammar tu. Punya la mencari tapi tak jumpa dan balik dengan hampa. Haih.

    List makanan yang aku bawak kat Hong Kong,
    Nasi beriani dari AirAsia (order seminggu sebelum pergi - makan kat hotel sebelum berjalan pada hari pertama) ;
    Nasi impit (beli yg kecik2 tu je. kat sana masak dalam kettle) ;
    Serunding (makan dengan nasi impit) ;
    Roti gardenia (dalam 10 bungkus - tapi tak cukup utk kitorang berempat) ;
    Maggi cup (10 cup - terlebih pulak sebab kitorang kurang makan. Tak sempat nak masak sebab kebanyakan masa kat luar) ;
    Maggi goreng (5 bungkus - licin sebab kitorang bawak bekalan ke Disneyland dan Ocean Park) ;
    Air kotak milo (untuk anak2) ; Air kotak teh/laici (Bawak dalam 16kotak je tapi tak cukup) ;
    Biskut/Kudap2 (Bawak la banyak sikit sebab nak berjalan tu anak asek lapo je).

    Makanan yang kitorang nak makan kat sana sebab kekonon sedap sangat dan rugi tak rasa.
    - Ebeneezer's Kebab : tak sempat nak rasa. Masa terlalu padat.
    - Tahitian Terrace (Disneyland) : Orang ramai kata sedap, tapi rezeki kitorang kot hari tu tak sedap langsung. Tak boleh masuk dengan tekak kitorang. Tawar. Hahaha.
    - Restoran Masjid Ammar : Dimsum - tak dapat nak rasa sebab kitorang sesat (tak beli simkad sana untuk internet; jadi tak bukak waze/google map)
    - Restoran Popeye (HK Airport) : Ok ni sumpah sedap. Tapi masa ni kitorang memang tengah lapar gila. Bila dapat makan popeye ni ya ampun sedap sangat rasa.

    Ubat
    Sila bawak ubat-ubatan macam panadol, minyak panas (banyak berjalan okey), minyak cap kapak.(kot pening baca tulisan dorang. kuikuikui) Untuk ibu mengandung macam aku, wajib bawak minyak panas ok! Berapa kali kaki aku cramp kat sana. Sedih la jugak sebab tak boleh nak aktif sangat. Perut pun dah teboyot ke depan.

    Sim Kad
    Sila beli! Aku menyesal tak beli sebab banyak sesat kat sana. Rugi masa tau! Walaupun kau dah ada map yang cantik, siap print nak naik bus no berapa, nak naik mrt macam mana, tapi bila dah sampai sana, blurrrrr! Bila anak-anak pulak cranky, otak kitorang terus jammed. Nak tanya orang sana? Hahahahahaha. Macam ayam dengan itik. Dorang cuba nak tolong kita, Tapi kau mampu ternganga je dengar direction dari dorang. Hahaha.

    Tiket-tiket
    Octopus Card : Beli kat Airport. Cari kaunter Airport Express, di Arrival Hall, Level 5


    Pastu cari kaunter China Travel Services untuk beli tiket Disneyland, Ocean Park, Peak Tram, Madame Taasauds, Sky Terrace. Beli kat sini tau. Sebab sini dapat harga lagi murah.

    Iye. Paling happy Naila dan Mama lah! 





    Follow Us @soratemplates