Tuesday, October 31, 2017

Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk


Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab.

Selain dari menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka seringkali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain.

Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung.

Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia daapt memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.


Meningkatkan Seri Kulit

Untuk kulit yang yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu.

Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda .

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.



Menguatkan Rambut dan Kuku

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein.

Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak menghasilkan keratin yang mencukupi.

Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.



Melegakan Ketidakselesaan Perut

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih ulu hati, perut kembung atau gastrik sekiranya dibiarkan berlarutan.

Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua.

Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.



Menyokong Kehamilan yang Sihat

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung.

Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi janin yang sedang membesar.

Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.



Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi.

Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk ibu yang baru lahir.

Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan.

Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seorang ibu yang menyusu serta membantu menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.



Najwa Jamil 
Shaklee  ID 1269103
012.687.8687
Page : Kedai Vitamin


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

* COD - Sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi serta pos laju ke SELURUH MALAYSIA.



Untuk pembelian online secara debit/kredit boleh klik link di bawah



No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates