Klik sini. Terima Kasih :)

Friday, October 17, 2014

Anak no 2 : Fatin Affina

Ehem. Meh perkenalkan anak dara kita lagi sorang.

Fatin Affina binti Mohamad Hakim
140902-XX-XXXX *kau dah kenapa nak share no anak.*
2 September 2014 ; 5.53 pagi
Hospital Serdang
3.46 kg ; Normal

Assalamualaikum! :)
Hari ke berapa ntah, rambut dah start panjang. Sampai tutup2 telinga. 
Mama dgn daddy potong siket-siket rambut yang panjang2 tu. Kemas siket.
Haaa botakkan terus. Kepala pun penuh dah kerak2. Euuwww. Haha.
Hari 44! Rambut dah ada balik. Yehaaa!




Thursday, October 16, 2014

Hari ni 16 October 2014.

Hi! *lambai-lambai tangan*

Hari ni 16hb October! 2 minggu lagi nak masuk kerja. (T_T) Emmm terima la kenyataan hidup aku akan kembali seperti biasa. Bangun pagi-pergi kerja-kerja-kerja-dan-kerja-balik-masak-tido. Boringnya. Sroooott!

Ok lantak la dengan kerja tu kan. Nak ulang lagi, hari ni 16 October. :D 

Hari di mana aku dah habis pantang! Hip hip horey! Tamat la sudah cabaran 44 hari. Jadi? Sudah kurus kah? Muahahaha. Kau ingat senang nak kurus bila pantang sendiri? Kau ingat senang nak tahan nafsu makan bila encik suami bawak pisang goreng, cempedak goreng, keropok leko. Pfftttt. Kalau ikut bab makan aku takde la pantang sangat. Agak-agak dah selamat bedal, aku bedal. Kalau budak kecik tu tak meragam, jadi aku akan pulun esok-esok dan esok. Kalau budak kecik tu kembung, jadi aku terpaksa la menatap je makanan tu. Gitew.

Habis kalau kau tak pantang sangat kenapa seronok sangat? Gila tak seronok sebab aku dah bebas! Aku nak keluar jalan-jalan pun mesti orang tak kisah sebab ‘dah habis pantang’. Kalau aku dalam pantang, dah keluar tengok wayang, agak-agak mesti ramai gila geleng kepala. Kuikuikui. Jadi duk diam-diam kat rumah je dah la ye. Syok jugak makan tido makan tido.

Mmmm mmmm. Rasanya cukup la entry hari ni. Nak bagitahu aku dah habis pantang je. Lalalala. Eh tak introduce lagi budak kecik tu kan. Nanti nanti la ek. Kbai!

Kita pinjam headband kakak kejap la. :D



Siapa nak order NYX Soft Matte Lip Cream?
Ready stock next week!
Harga : RM26
Postage : RM6 (WM) ; RM10 (EM)

Siapa nak beli barang-barang Autumnz pun di alu-alukan. Tapi pre-order ye.

Kot nak tanya lebih-lebih boleh whatsapp/telegram kat 012-6878687. Okey!



Terima kasih^^






Wednesday, October 8, 2014

Dah dua anak. :')

Assalamualaikum! Hollaaa!! 

Punya lama tak bukak blog sampai password pun boleh lupa. Pffttttt. Eh sekarang dah ingat la, kalau tak ingat takde nye ada entry hari ni.

Sebelum pok-pek, nak bagitahu sesape yang order lipstick NYX tu, ampun ye. NYX sangkut kat farmasi kastam. Sobbsss! Tapi. Aku ade order lagi NYX. InsyaAllah this week sampai, tapi tak banyak la. Nanti ku riki riki yang ade order hari tu tau. 

Aku sekarang? Dah beranak dah. Budak kecik tu dah sebulan lebih dah pun. Lagi seminggu nak habis pantang. Yehaaa! Dalam kepala, wayang apa yang best eh sekarang? Kuikuikui. 

Pengalaman bersalin? Pengalaman berpantang sesorang? Nanti lah kalau aku rajin aku update. Kalau tak rajin takde la entry tu. Lalalala. 

Annaila pulak, masa memula bawak adik dia balik rumah, seminggu jugak la kena hadap perangai manja dia. Masa ni daddy kena banyak layan Naila. Kalau tak, satu hari dia akan moody sampai mogok taknak makan. Tapi seminggu je. Pastu dah okey, macam sekarang dia la kakak paling penyayang paling banyak tolong mama dengan daddy dia ni. Tapi biasa lah budak, datang mood nak mengacau, dia jerit je kuat-kuat sampai adik dia menangis. Lagi dilarang, lagi dia buat. 

Ok dah, tu je cerita untuk hari ni. 

Nah! Belanja gambar adik dengan kakak Annaila sekeping.