Klik sini. Terima Kasih :)

Saturday, March 29, 2014

Happy Birthday Daddy Naila!

Hi Daddy Naila!

Happy birthday!

29.03.2014 : Dah 29 tahun dah awak. Dan eh! Nak masuk 30-an dah? Kakakaka. Makin tua dah! Perangai pun sila lah ubah menjadi matang ye. Matang? Tetibe teringat dulu masa awal-awal kawan dengan awak, kita selalu gado sebab awak cakap saya tak matang, macam budak-budak. Tapi bila saya dah kawen dengan awak, saya rasa awak pun bukan matang sangat pun. Heh!

Tau tak masa entry ni dibuat, saya tengah perah otak apa nak buat untuk besday awak. Iye takde preparation pape untuk tahun ni sebab bulan ni tersengkek siket. Kuikuikui. Nasib la besday awak ujung bulan, time-time gaji baru masuk. Boleh la belanja makan sedap siket. Boleh la tengok wayang dua tiga movie. Gulp! Mampu ke dah tua-tua gini.

Lupa nak cakap lagi, sebab besday awak dengan besday anak kesayangan kita tu dekat-dekat, kita sekali kan aje lah eh. So aktiviti weekend akan jadi aktiviti untuk Naila jugak! Weeeweee! Mesti Naila pun happy dan harap-harap pasni dia tak moody dan kuat merajuk dah. Fuhhh!

Errr nak cakap apa lagi eh. Mmmm. Mmmm. Okey la taktau nak cakap apa lagi dah. Nak cakap lelebih, kita cakap masa bertentang mata nanti je la eh. Awwww!

Akhir kata dari isteri yang tak berapa sempurna ni, Jangan nakal-nakal!
 
 
 

 
 

Sunday, March 23, 2014

ZALORA - Shawl yang comel!

Hi korang!

Hari ni saje nak share pasal satu website online shopping yang agak dikenali dalam Malaysia ni, ZALORA. Lagi-lagi orang macam aku ni yang semenjak dua menjak ni kemahen malas nak jejak shopping mall. Jadi shopping online je la. Klik sana klik sini, eh barang dah sampai depan pintu. Nasib aku tak menjerit je macam dalam iklan ZALORA tu. Kuikuikui.

Banyak produk yang ada dalam website ZALORA. Tak percaya pergi jenguk website dia. <SHAWL> Dan antara produk yang menarik tertarik memey da bomb, SHAWL. Perempuan dengan shawl memang tak dapat dipisahkan. Lagi zaman sekarang ni, macam-macam fesyen kau boleh gayakan dengan sehelai kain bernama shawl. Dari fesyen yang sangat-sangat kemas, ber-brooch sampai la fesyen yang messy tapi comel. Yang penting menutup aurat. Gitew.

Kalau korang masuk dalam website ZALORA tu, banyak sangat koleksi yang boleh buat kau rasa nak borong semua. Muahaha. Cantek-cantek! Harga pun berpatutan! Kalau ikut aku la, aku jenis suka shawl dari tudung awning. Sebab. Shawl ni boleh buat muka aku jadi remaja. Kahkahkah. Ni syok sendiri ni. Eh tapi betul, tu sebab kalau time-time raya ke, event ke, aku lagi suka pakai shawl. Bila nak tambah aksesori macam cekak ke, pin bunga-bunga ke, nampak comel je, nampak cantek je. Nak kenakan dengan apa-apa baju pun memang takde hal. Tapi kalau hari-hari biasa aku rembat bawal je. Mihmihmih.

Okey penat dah bebel, korang tengok la sendiri koleksi-koleksi shawl yang ada kat ZALORA. Risau nak shopping kat sini? Jangan risau. Aku ada pengalaman beli barang dengan ZALORA ni. Tapi bukan tudung la, time tu shopping kasut. Barang sampai dalam tempoh 3 hari seperti yang dijanjikan. Paling best, penghantaran percuma! Weeweeee! Aku meniaga pun tak bagi penghantaran percuma tau. Hehehe.

Okey korang, selamat bershopping!

Nah. aku bagi jamu mata siket tengok shawl-shawl dorang.








Friday, March 21, 2014

Annaila : Minat baru.

Dulu Naila usha-usha je orang main bende alah ni.

Sekarang dah berani nak try-try main. Fuhhh! Cuak aku. Bukan tak bagi, tapi sebab die pendek lagi. Kang kalau jatuh terhempap kat bawah, sakit wooo. Kalau sakit je takpe, kang patah riuk aku jugak yang nangis. 

Tunggu la Naila tinggi siket, baru aku berani bagi dia main.
 
Gambo ni masa waktu pagi lepas beli sarapan. Tu yang berbaju tido je lagi. Kahkahkah. Pakai kain pun jadi la nak panjat-panjat ye.







Wednesday, March 19, 2014

Video Matluthfi - Buat Kepala

Video ni mesti dah ramai gila tengok kat facebook semalam.
 
Sebab aku tak aktif facebook, meh la aku share kat blog sebab blog aku ni pun dah macam kejap ada kejap takde. Muahahaha.
 
Video ni pasal isu semasa sekarang. Tak rugi pun tengok dari korang baca pastu percaya spekulasi-spekulasi yang makin lama makin merepek makin merapu.
 
Doakan mereka semua selamat.
 
Sekian.
 

Tuesday, March 11, 2014

Annaila :1 tahun 11 bulan!

Ehem..ehem.. Assalamualaikum... :D :D :D

Kisah Annaila. Banyak sebenar nak cerita. Tapi bila aku mula menaip, tetiba kan aku terpikir "perlu ke nak cerita pasal ni. Perlu ke itu perlu ke ini. " Last-last masuk draft. Kikikiki. Tapi kali ni aku cerita siket la ye pasal Naila.

Untuk budak yang nak masuk dua tahun, perkembangan Naila sama je macam orang lain. Tapi yang paling aku suka, dia dah behave. Maksudnya kalau makan kat restoran, dia akan duduk atas kerusi dan join kitorang makan sekali. Kalau dulu, memang aku elakkan makan kat restoran sebab Naila takkan duduk diam. Nak berlari lah, kacau orang lah. Nak makan tak tenang langsung. Eh Naila dah pandai baca doa makan! Tetiba. Haha. :p

Sekarang Naila dah boleh dengar cakap. Kalau aku cakap jangan, dia jarang bantah. Ye lah budak dah makin besar kan. Dah boleh faham apa kita cakap. Macam sekarang ni aku jarang marah Naila sebab dia sangat-sangat mendengar kata. Kalau aku ajak makan, dia cakap 'okey!'. Kalau aku suruh kemas mainan dia, dia akan kemas walaupun siket. Kalau aku suruh tido, dia akan ajak daddy dia tido sekali dan pejam mata. Tapi kalau tetiba aku tertinggi suara kat dia, dia punya nangis sebab sedih sampai meleleh-leleh air mata, pfffttt. Kena pujuk balik.

Errrr dan Naila mungkin seorang yang pemalu kalau tak biasa dengan orang tu. Sebab. Hehehe. Korang kena jumpa Naila baru korang tahu kenapa aku cakap gitu. :p

K dah tu je update tak seberapa hari ni. 

Tengah tepek bedak
 




Thursday, March 6, 2014

Bila budak mintak kerja.

Budak fresh grad sekarang, kalau nak mintak kerja macam nak mintak penampar. Okey bukan semua budak, tapi kebanyakan.
 
Ni salah satu cerita yang baru semalam aku kena. Kau nak mintak kerja, pakai elok-elok la siket. Ni pakai jeans pakai t-shirt. Aku boleh pejam mata lagi kalau budak tu cakap lembut-lembut, elok-elok. Macam semalam, datang mintak kerja. Tapi!
 
Aku : Adik nak mintak position apa ye?
Budak : Apa-apa je yang ada kosong kat sini. Semua saya boleh buat. (Dengan tangan mendepa sambil cakap dengan riak.)
Aku : (Dah start kecik mata.) Dulu belajar bidang apa ye? Experience kerja?
Budak : Ijazah dalam bidang bla bla bla. Takde experience.
 
Peghhh masa cakap ijazah tu, betul-betul dia tekan kan. Hello? Zaman sekarang ijazah ni besepah-sepah. Tak payah nak belagak sangat boleh? Geram aku. Suruh isi borang permohonan kerja. Dia ambil sambil pandang form tu dan tadah tangan, "pen mana pen?" Amboi? Ni university mana ni?
 
Settle isi form semua. Panggil jap untuk interview siket. Bidang yang dia amek memang takde kena mengena dengan company kitorang. Tanya lagi, experience kot-kot boleh buat benda lain. Yilekkkk! Tadi kemahen bega cakap apa-apa pun boleh buat. Bila tanya 'boleh buat akaun?' tak boleh. 'Boleh buat purchasing?', tak boleh. 'Boleh buat QC?', tak boleh. Okey berambus kau. Wakakaka.
 
Eh korang yang fresh grad ni, tolong eh nak mintak kerja tu sopan siket. Ini kalau yang ada degree tu dia punya eksyennnn macam kau sorang je belajar sampai masuk U. Pfffttttt! Degree je kot? Bukan Master bukan PhD. Pointer pun cukup-cukup makan. Jadi takyah nak berlagak sangat. Lestik kang baru tu.
 
Kbai!