Thursday, February 20, 2014

Annaila : Lif-tangga.



Trutt truuutttt.

Pagi tadi Naila macam biasa bangun pagi, dia buat hal dia, aku buat hal aku.
Tapi pagi ni Naila bangun golek-golek atas katil pastu panjat tingkap tengok ada apa kat luar.
Aku pulak macam biasa pepagi kelam kelibut siapkan diri, siapkan barang aku, siapkan barang Naila. Settle semua aku panggil Naila ajak pergi umah ibu (pengasuh).

Sampai lift, ada la drama antara aku dengan Naila. Naila nak turun guna tangga. Aku nak turun guna lift. Rumah kitorang tingkat 4, rumah ibu tingkat 1. Gila kau pepagi nak exercise sampai 3 tingkat. Memey tak ah. Macam biasa, aku akan menang. Jadi kitorang guna lift. Naila muncung siket dalam lift tu walaupun aku senyum-senyum, kenyit-kenyit mata.

Sampai tingkat 1, drama lagi kitorang anak beranak. Aku belok kiri nak pergi rumah ibu. Naila belok kanan nak pergi tempat parking. Rupanya Naila taknak pergi rumah ibu pagi ni. Nak ikut aku. Menangis-nangis taknak pergi rumah ibu sampai aku kena dukung dia. Fuhhhhh! Alahai anak. Sorry ye, mama kena pergi kerja. Malam nanti, kita ajak daddy jalan-jalan cari makan.

Gambar takde kena mengena dengan entry ni. Hehe.








Tuesday, February 18, 2014

Annaila : Patah gigi Paksu!

Hari ni aku mc.

Lepak rumah mak aku. Macam biasa Naila happy datang umah opah die sebab ade paksu dengan makteh yang suke melayan die.

Tengah syok-syok dorang main, tetibe adik aku yang paksu datang kat mak aku cakap "mak, Naila patahkan gigi Acer".

Aku, errkkk?! Naila??? 

Lepas mak aku uruskan adik aku, adik aku datang tengok Naila. Aku tanya camne Naila buat. Adik aku cakap, Naila tendang kena gigi die. Erkkkk!!! Lagi sekali aku tekujat. Mak aiiii! Bile pulak budak ni pandai main kaki ni.

Eh, adik aku baru darjah 2. So gigi susu ade beberape ketul lagi tak jatuh. So yang tercabut tu memang dah goyang dan tunggu masa jatuh je. Jangan ingat Naila patahkan gigi geraham pulak. Hahaha. Kalau gigi geraham, lagi tekujat aku!!

Gambo? Tak dan nak snap.






Monday, February 17, 2014

Entry buang masa buang karen.

Penat!
Taktau apa yang aku penat. Tak cukup tido ke? Cukup je aku rasa.
Banyak buat kerja rumah ke? Banyak je daddy Naila tolong.

Stress!
Pun aku taktau apa yang aku stress.
Gado dengan boss? Begelak ketawa je dari pagi tadi.
Banyak kerja? Tengok je kerja yang melambak-lambak atas meja dan takde inisiatif nak siapkan langsung.

Yang aku tau, aku rasa nak baring sekarang.
Sebab belakang badan sakit sangat.
Nak baring sebab kepala pusing-pusing sangat dari pagi tadi.
Jenuh menyental minyak cap kapak kat kepala dari tadi.

Rasa nak bercuti jugak.
Ewah kau. Baru bulan lepas dah bercuti nak bercuti lagi.

Sambung lagi.

Rasa nak bercuti kat Cameron pulak.
Tetttt!
Tengah panas-panas macam ni, duk kat tempat sejuk.
Bangun-bangun pagi tengok benda hijau je.
Pastu tetiba dapat pulak sejambak bunga dari daddy.
Eh?!
Berangan lelebih pulak kan.

Hmmm bila lah nak pukul 6.
Rasa nak makan Pizza pulak hari ni.

Banyak betul rasa nya.

Kbai!





Monday, February 10, 2014

Annaila : Nak gadget? Heh!

Ini cerita weekend Annaila.
 
Die sekarang tetibe je jadi gila ipad! Dulu takde pun. Pfffttt! Macam bangun pagi tadi, dia ternampak aku pegang henpon. Terus dia bangun dengan sangat cergas turun katil cari ipad bawah katil. Errr aku selalu sorokkan ipad bawah katil. Tak sangka pulak die dah tau tempat persembunyian tu. Hahaha.
 
So weekend hari tu, tengah aku caj ipad tetibe dia cabut dan main. Aku macam biasa ah mana nak bagi sangat dia main gadget-gadget bagai ni, becekau ah dengan Naila sebab aku akan sorokkan ipad tu dari Naila. Tapi aku tahu sampai masa Naila akan mintak jugak benda tu kat kitorang sebab zaman sekarang macam semua orang wajib ada gadget bagai tu. Tak kire la dah tua atau pun baby. Pffftttt. Tunggu lah dah besar nanti ye. Besar mana aku taktau tapi sampai mulut aku cakap, 'Daddy belikan lah Naila gadget' 
 
Weekend tu jugak, henpon aku tetiba hilang. Jenuh aku cari. Rasa letak atas meja tapi tak jumpa. Last-last aku tanya Naila, 'Naila mana phone mama?'. Naila cakap jap-jap sambil lari ke depan bukak beg dia, keluarkan henpon. Gulp! Siap dah masukkan dalam beg! Patut lah duk salam-salam aku pastu babai-babai aku. Nasib pendek lagi. Tak sampai nak bukak pintu. Kalau dah reti bukak pintu, ntah ke mana die bejalan sorang-sorang dengan henpon mama dia. :p
 
Berebut ipad dengan mama. Naila kalah.
 
Okey kite pujuk dia amek gambo. Dah berenti nangis.

Dah start senyum-senyum.

Mood dah kembali okey!
 
Okey Naila main Naila punya mainan. Ipad belum boleh lagi.






 

Friday, February 7, 2014

Prudential : Wanita & PRUlady~

Iklan-iklan!

*******************************

Bagaimana kami menghargai anda sebgai seorg WANITA dgn PRUlady.

Sharifah berusia 25 tahun telah memiliki polisi perlindungan PRULady Plan 2 pada sum assured RM50,000 yang berkuatkuasa pada 1 JAN 2014.

Pada usia 27 tahun @2016, dia telah pun berkahwin dengan suaminya yg tercinta. Ketika ini dia akan menerima sejumlah RM1,500 kerana ia sebahagian daripada Life Change Benefit dalam plan ini.

Selepas itu, pasa usianya 28 tahun, kandungan Sharifah telah mengalami late miscarriage. Dan ketika ini, polisinya telah mengeluarkan sejumlah RM5,000 kerana late miscarriage terkandung sbg perlindungan Pregnancy Care benefit.

Hanya pada usia 29 tahun, Sharifah berjaya melahirkan seorg bayi perempuan yang comel. Dan ketika ini, polisinya telah mengeluarkan RM1,500 lagi sebagai tanda penghargaan. RM1,500 ini sebenarnya termasuk dalam Life Change Benefit.

Kehidupan Sharifah semakin baik. Pada usia 30 tahun, Sharifah telah naik pangkat dan akhirnya Sharifah berjaya memiliki rumah pertamanya. Atas pencapaiannya itu, sekali lagi polisinya menghadiahkan RM1,500 lagi kerana ia termasuk dalam Life Change benefit.

Langit tidak selalunya cerah. Begitulah lumrah kehidupan.

Pada usia 33 tahun, Sharifah telah disahkan mengidap carcinoma in situ (early stage of cancer) pada bahagian breast. Pada ketika ini, polisinya memberikan RM25,000 kerana keadaannya ini sebenarnya dalam kategori Female Related Illnesses.

Keadaan Sharifah bertambah buruk. Pd usia 34 tahun, doctor telah mengesahkan yang Sharifah diuji dengan female breast cancer. Polisinya sekali lagi memberikan RM50,000 kerana ia sebahagian dari plan perlindungan PRULady.

Bestkan plan ini?

Duit bukan segalanya. Tp segalanya perlukan duit. Bila ada duit, kita boleh improve kualiti kehidupan kita.

Kalau tak, serah sahajalah pada takdir utk menentukannya.

Jom jumpa sy. Free sharing. 15min bersama sy mungkin mengubah keseluruhan perjalanan hidup anda.

Hakiem Zakaria
0122903143

Thursday, February 6, 2014

Arjuna Beta?

Hi!

Korang pernah dengar lagu Arjuna Beta?
Lagu yang dah lama tapi aku baru 1st time dengar pagi tadi kat HotFm. Kesian ketinggalan.

Errr motip sampai nak buat entry bagai?
Haha. Ntah aku cuma nak share yang first time aku dengar lagu tu aku rase eh lagu apa ni? Apesal rase macam comel je, macam best je. Tapi apesal lagu die macam klasik sangat, ala-ala lagu bawang putih bawang merah. Kehkehkeh.

Puas aku menghayati lagu tadi dalam kereta sampai tak perasan traffic light dah tukar kaler merah. Nasib sempat break. Fuuuuhh!
Bila dah habis lagu, DJ pun cakap la lagu dari FynnJamal. Ooooo. Bukan lagu 80-an rupanya. Sebab aku tak puas dengar lagi, terus aku pasang kat YouTube. Anyonyonyo comelnye lagu ni! Sumpah kalau lagu ni boleh cubit memang aku dah cubit-cubit sebab comel sangat!
Kbai!







Wednesday, February 5, 2014

Cuti-cuti di Hotel Desaru Beach Resort~

Okey sebelum aku membebel, entry ni punyalah susah nak buat sebab 2 kali tedelete. Adoiiii! Untuk yang ketiga, aku terus pakai laptop. Sakit hati aku guna ipad. Salah tekan, hilang semua. Ayam!


********************************************

Dua minggu lepas, kitorang bercuti ke Johor.

Plan asal, nak pergi kenduri kawen kawan daddy kat Johor. Alang-alang tu daddy ajak bercuti sebab dah lama sangat kitorang tak cuti-cuti Malaysia. Yehaaa! Dan macam biasa, daddy serahkan bulat-bulat kat aku nak pergi mana. Tak pikir panjang terus aku sebut LOTUS DESARU BEACH RESORT! Haaaa, amek. Baru ngidam nak gi sini, tetibe dapat offer bercuti harus lah sebut laju-laju. :D

Seminggu sebelum tu, tetibe aku terfikir nak bawak family aku bercuti sekali. Mak ayah aku pun dah lama sangat tak bercuti. Dulu masa kecik-kecik, bapak aku rajin bawak kitorang berjalan. Ni aku dah besar, dah bekerja, apa salahnya keluarkan duit siket untuk bawak dorang berjalan pulak kan.

Bila bawak family sekali, kitorang amek hotel yang ada dua bilik. Details hotel semua nanti aku share kat ujung-ujung entry nanti. Ngeeee.

Sampai je Desaru yang mak aiii punya lah jauh, kitorang lepak-lepak jap melepaskan lelah. Penat oiiii. Keluar kat Tol Skudai pastu nak ke Desaru pulak, pfffttt, dekat sejam. Kematu montot gue. Dah la dari Bangi ke Skudai pun 3 jam lebih. Penat tido-tido ayam. Bangun bukak mata, atas highway lagi. Nasib la adik-adik aku ada melayan Naila.

Pukul 4.30 petang baru tekedek-kedek ke water park. Jenuh ngajak mak bapak aku turun sekali. Asalnye dorang nak rehat je. Sampai bawah paling excited, mak aku. Bapak aku pulak siap tegur mak aku, "Haaa nak main benda-benda ni turunkan umur dulu." Boleh mak aku jawab, "Kalau gitu jadi 15 tahun la." Deng! Hahahaha. Dan mak aku nampak je gelongsor air terus cakap, "Eh mak nak main jugak la." Lama tak nampak mak aku happy cenggitu. :'D

Aku sebenar taknak main sebab takut bahayakan adik baby. Dah la pernah gugur sebelum ni. Jadi kekonon aku nak jadi tukang amek gambo je. Tapi bila tengok adik-adik aku, mak aku punya lah happy, aku pun. Hoiiii, takleh jadi ni. "Adik baby kuat tau! Dulu masa mama ngandung Kakak Naila relax je naik boat, naik gajah, naik semua benda-benda lasak. Jadi adik baby kena kuat macam Kakak Naila." Fuhhh! Dan aku pun join la dorang jugak main. Kuikuikui.








6.15 petang, naik atas siap-siap untuk dinner! Untuk dinner, hotel tak sediakan ye. Kalau nak jugak makan kat hotel boleh la tapi aku cakap dengan family nak makan kat Restoran Terapung. 15 minit jugak perjalanan dari hotel. Untuk dinner, adik aku belanja pulak. Muahahaha. Jadi mari lah kita ketuk dia kaw-kaw. Hehehe. Tapi sebelum tu aku dah cakap dengan adik, makan malam dalam RM1++. Jadi dia pun dah standby mental awal-awal jugak. Kehkehkeh.
naik shuttle sebab parking jauh sgt....ngehehe....

Restoran Terapung bagi aku dan family best. Tapi kalau ada budak kecik tu hati-hati la ye. Kang sedar-sedar dah berenang anak-anak korang. Sebaek la masa tu Naila tengah moody sebab mengantuk. Jadi dia duk diam je atas kerusi sambil makan udang. Untuk makanan ni dorang ada pakej. Kitorang amek pakej untuk 5 orang makan. Lauk tomyam, ikan siakap masak apa ntah, udang butter, sayur kailan, sotong goreng, jus apple. Pakej tu cukup-cukup untuk 7 orang makan. Tekak aku dengan family kata BEST! Service pun pantas! Takde lama sangat nak tunggu. Haaaa lagi satu, kalau dorang serve otak-otak, korang amek sekeping je pun, akan di caj satu bekas. Kalau pergi ramai-ramai macam kitorang hari tu okey la boleh habiskan otak-otak tu. Cer pergi bertiga je, mampos nak habiskan sebekas tu. Hehehe.
depan Restoran Terapung....

Naila-Daddy. Naila baru bangun tido.... blur2 lagi...

budak yang kena ketuk...muahahah...

aku nak tunjuk kapal yg lalu tu...kapal tu akan bawak kite untuk tgk firefly....tp kitorang tak naik la...kne bayar kot...aku nmpk gemok kan...7kg naik dah....hehehe....ade harapan naik 25kg mcm peknen Naila dulu...:p

sebahagian makanan yg dah sampai...

Naila yg behave nak makan udang je....

LICIN! kecuali nasi...hehe...

Dah kenyang kitorang gerak balik ke hotel. Naila memang dah penat sangat sebab sehari suntuk tak tido. Tapi-tapi-tapi! Mak bapak aku je naik bilik. Aku dengan adik-adik aku semua nak lepak bawah dulu. Kawasan tu besar weh. Memalam meriah. Ada game yang hotel tu sediakan kalau nak main. Tapi kitorang tak main, tengok aje. Kiranye kalau nak lepak memalam takde la boring kat sana. Tapi-tapi-tapi! Sila lah bawak sweater sebab kat bawah angin malam sejuk sangat! Aku kat bawah pun tak lama sebab Naila duk merengek sejuk-sejuk.






Esok pagi. Kitorang breakfast berlima je. Aku, Daddy, Naila, Mak, Abah. Yang lain semua nak melingkar lagi atas katil. Haaa okey gak tu kalau dorang turun kena tambah duit untuk breakfast. Makanan kat situ? Errrr. Boleh la nak masuk tekak. Lepas breakfast, aku dengan Daddy jalan-jalan tepi pantai ala-ala pasangan couple yang romantik gitew. Tapi sebab matahari tengah naik, aku pun takde la nak melepak lama sangat kat tepi pantai. Terus cari bapak aku. Naila lepas sarap nak mengendeng dengan atok dia. Dapat la pow cekelat. Sebelum balik, bapak aku ajak daddy Naila main ping pong dulu nak panas-panaskan badan. Lama tak bersenam kononnya. Hihihi. Balik je bilik, adik-adik aku dah menunggu untuk mandi water park!! Wehuuuu!

lepas sarap, bergolek-golek...tp kejap je sebab panas nau!
Ping-pong....Kehkehkeh...:p
Menunggu shuttle! besaar woooo hotel ni...kena naik shuttle baru sampai...shuttle FREE...:D

Dekat-dekat pukul 12 tengah hari, kitorang pun siap-siap untuk check-out.  Sebelum check-out, kitorang amek gambo banyak-banyak sebagai kenangan. Hoiiii berjam-jam atas jalan nak sampai ke sini, takkan la nak blah gitu je. 







Perjalanan dari Desaru ke JB amek masa dekat sejam jugak. Tol dalam errrr tak ingat. Bawah RM10, dekat-dekat RM10. Sebelum cari makan kitorang singgah ke Danga Bay. Orang Bangi datang Danga Bay jadi ada perasaan batak disitu sebab tak pernah sampai. Wakakaka. Nama macam gempak ala-ala tempat korea kan. Sekali sampai, eh cenggini je Danga Bay nye? Muahaha. Daddy cakap memalam baru tempat tu meriah. Ooooo! Puas begambar kat Danga Bay, perut pun dah bekeroncong, marilah mencari makan. Tempat yang dituju Taman-U, makanan yang dicari errrrr semua pakat-pakat nak makan nasi beriani. Dan lagi sekali adik aku yang belanja. 







Okey sekian untuk percutian ke Desaru Johor. Ni kat bawah semua detail perbelanjaan kat sana. Errr takde la detail mana pun.

***************************************

Hotel Desaru 2 bilik (2hari 1 malam) - RM450 (Deposit RM100 masa check-in eh. Pastu jangan hilangkan segala mak nenek kad-kad yang dorang bagi kalau nak dapat balik RM100 tu). Pakej termasuk sarapan untuk 4 orang, tiket masuk water park 4 orang, budak umur 4 tahun ke bawah FREE. Kalau nak tambah tiket water park, sekepala RM5.

Banyak aktiviti lain boleh buat kat sini kalau korang cuti lama siket. Tapi semua aktiviti tu kena bayar. Kitorang memang tak sempat langsung la nak buat aktiviti tu semua. 2 hari 1 malam je kan.


Makan pulak kat Restoran Terapung. Kitorang amek pakej 5 untuk 7 orang makan. Harga RM161. Untuk otak-otak sebekas RM15.

Sekian^^







Tuesday, February 4, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

Hi semalam join GA Erin, hari ni nak join GA Ctmah pulak. Sakan ko ek!
 
Doa-doa la esok ada entry lagi. Penat aku ngarang cerita dari minggu lepas. Tak siap-siap. Pffttt!
 
Ok dah sambung pasal GA dari Timah. Sila lah tengok kat bawah ye.
 
 
1st Giveaway Ctmah Rahim


Ingat lagi tak aritu aku ada cakap nak buat GA kan.. ingat dok ingat dok??? hehe
oklah..hari ni adik baby dah genap 6 bulan (Alhamdulillah) dan aku rasa berbesar hati nak buat 1st GA.. hadiah semua sponsored by aku yek.tapi jgnla mengharapkan yang gah-gah yek..hihi! apa yang aku jual, aku jadikan as hadiah GA. boleh dok?

meh nak list syarat-syarat yang aku kenakan k:

  1. korang kena follow blog aku imaginasictmah 
  2. korang kena follow jugak blog business ikan bilis aku ctmahcorner 
  3. tajuk entry korang ialah 1st Giveaway Ctmah Rahim
  4. korang just copy gambar tema, gambar hadiah dan tarikh tutup dan pastu paste dalam entry GA korang tu (tak yah rajin sangat copy seluruh entry aku k)
  5. lepas tu baru korang letak gambar aksi anak-anak korang dalam kereta. INGAT, gambar anak je aku terima k. anak jiran ke anak buah ke aku tak terima tau! =)
  6. bawah gambar anak, korang boleh cerita sikit pasal gambar tu. tak kisah la anak tu tengah nangis ke, tengah ketawa terbahak-bahak ke, tengah mengelamun ke. just a few words, tak mau panjang sangat na
  7. last sekali, sila paste link entry GA korang ni kat ruang komen entry aku ni  tau. senang sikit aku trace 1-1
## 4 orang pemenang akan dipilih berdasarkan pada gambar yang aku rasa comel kelakar or buat juri aku tersenyum

untuk design beg dan thermos bia aku pilih yek, based on yang menang tu anak lelaki or anak perempuan

## 1st Giveaway aku bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)
*********************************************
 
Aku ingat takde gambar Naila dalam kereta, dah sedih dah. Rupanye belambak je. Muahaha. Aku pilih gambar ni sebab Naila boleh geng dengan Alisha buat muka busyuk! Yang lain semua muka nak ayu je. Ceh kekecik dah pandai selfie ye Nai.
 
 
 
 
 
 

Monday, February 3, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway


Hi! Bulan Januari sunyi sepi ye kau. Masuk-masuk blog sebok nak masuk GA. Mihmihmih.
 
GA yang pertama untuk bulan Feb ni dari Erin. GA kedua, esok pulak. Fuhhh!
 
 
TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini


 
 
___________________________________________________________
 
Gambar yang aku pilih ni aku pun taktau kat mana yang coolnye. Sebab takde gambo lain, belasah aje la eh ye Rin. Kehkehkeh! 
 
Tajuk gambar : Apa-apa.
 
Okey dah. Aku takde idea. Bye!
 
 
 
 

Follow Us @soratemplates