Meh klik kejap~

Thursday, March 6, 2014

Bila budak mintak kerja.

Budak fresh grad sekarang, kalau nak mintak kerja macam nak mintak penampar. Okey bukan semua budak, tapi kebanyakan.
 
Ni salah satu cerita yang baru semalam aku kena. Kau nak mintak kerja, pakai elok-elok la siket. Ni pakai jeans pakai t-shirt. Aku boleh pejam mata lagi kalau budak tu cakap lembut-lembut, elok-elok. Macam semalam, datang mintak kerja. Tapi!
 
Aku : Adik nak mintak position apa ye?
Budak : Apa-apa je yang ada kosong kat sini. Semua saya boleh buat. (Dengan tangan mendepa sambil cakap dengan riak.)
Aku : (Dah start kecik mata.) Dulu belajar bidang apa ye? Experience kerja?
Budak : Ijazah dalam bidang bla bla bla. Takde experience.
 
Peghhh masa cakap ijazah tu, betul-betul dia tekan kan. Hello? Zaman sekarang ijazah ni besepah-sepah. Tak payah nak belagak sangat boleh? Geram aku. Suruh isi borang permohonan kerja. Dia ambil sambil pandang form tu dan tadah tangan, "pen mana pen?" Amboi? Ni university mana ni?
 
Settle isi form semua. Panggil jap untuk interview siket. Bidang yang dia amek memang takde kena mengena dengan company kitorang. Tanya lagi, experience kot-kot boleh buat benda lain. Yilekkkk! Tadi kemahen bega cakap apa-apa pun boleh buat. Bila tanya 'boleh buat akaun?' tak boleh. 'Boleh buat purchasing?', tak boleh. 'Boleh buat QC?', tak boleh. Okey berambus kau. Wakakaka.
 
Eh korang yang fresh grad ni, tolong eh nak mintak kerja tu sopan siket. Ini kalau yang ada degree tu dia punya eksyennnn macam kau sorang je belajar sampai masuk U. Pfffttttt! Degree je kot? Bukan Master bukan PhD. Pointer pun cukup-cukup makan. Jadi takyah nak berlagak sangat. Lestik kang baru tu.
 
Kbai!
 
 
 
 

8 comments:

  1. aku kalau interview bdk2 yg comel2 rasa nk bg jer kerja biar x layak pun..
    tp tnya bos..bos kata x qualified,
    x jumpa lg yg kure ajar

    ReplyDelete
  2. hahaha..memang elok pun tak dapat keja mcm tu..humble la,kan budak bru belajar..xyah lah bangga diri sangat..degree je kot..hehehehe

    ReplyDelete
  3. dia ja cm tuhhh...
    sya wlaupun da dgree x cm tuhhh..hehehe
    -org sombong sllu rugi-

    ReplyDelete
  4. budak skrg kan...no manner! tu laki ke gegirl tu...? klu boboy hoi mtk simpang jadi adik ipar..eh! *tetibe* tetttt~ bye! :p

    ReplyDelete
  5. adoi..ada gak minta keje mcm tu kan? memang nak kena lesing ajer org mcm tu

    ReplyDelete
  6. Nasib tempat tu wawa yg duduk...kalo Umi Qi jawab hape...."Hakak pun degree dik oiiii, jgn ar berlagakkkk sangat caranya....cuba belajar sopan sikit nak mintak keje...puiiiii".....haaaaaaaa bila sang Umi QI sound...bahaya bahaya kalo ku kerja bhg sumber manusia...mmg anti org berlagak nak mampus nih...piiirahhhh

    ReplyDelete
  7. ko lestik je wawa kalau perangainye gitu..
    haih

    ReplyDelete
  8. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete