Meh klik kejap~

Tuesday, March 11, 2014

Annaila :1 tahun 11 bulan!

Ehem..ehem.. Assalamualaikum... :D :D :D

Kisah Annaila. Banyak sebenar nak cerita. Tapi bila aku mula menaip, tetiba kan aku terpikir "perlu ke nak cerita pasal ni. Perlu ke itu perlu ke ini. " Last-last masuk draft. Kikikiki. Tapi kali ni aku cerita siket la ye pasal Naila.

Untuk budak yang nak masuk dua tahun, perkembangan Naila sama je macam orang lain. Tapi yang paling aku suka, dia dah behave. Maksudnya kalau makan kat restoran, dia akan duduk atas kerusi dan join kitorang makan sekali. Kalau dulu, memang aku elakkan makan kat restoran sebab Naila takkan duduk diam. Nak berlari lah, kacau orang lah. Nak makan tak tenang langsung. Eh Naila dah pandai baca doa makan! Tetiba. Haha. :p

Sekarang Naila dah boleh dengar cakap. Kalau aku cakap jangan, dia jarang bantah. Ye lah budak dah makin besar kan. Dah boleh faham apa kita cakap. Macam sekarang ni aku jarang marah Naila sebab dia sangat-sangat mendengar kata. Kalau aku ajak makan, dia cakap 'okey!'. Kalau aku suruh kemas mainan dia, dia akan kemas walaupun siket. Kalau aku suruh tido, dia akan ajak daddy dia tido sekali dan pejam mata. Tapi kalau tetiba aku tertinggi suara kat dia, dia punya nangis sebab sedih sampai meleleh-leleh air mata, pfffttt. Kena pujuk balik.

Errrr dan Naila mungkin seorang yang pemalu kalau tak biasa dengan orang tu. Sebab. Hehehe. Korang kena jumpa Naila baru korang tahu kenapa aku cakap gitu. :p

K dah tu je update tak seberapa hari ni. 

Tengah tepek bedak
 




7 comments:

  1. makin cantik, makin cerdik naila ni :)

    ReplyDelete
  2. Naila dah besar nampak lagi sweet....comey sangat...:)

    ReplyDelete
  3. alahai fayel tak gitu pun...bila mama kata fayel meh makan...tak nak !!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. ada la geng mmy dia nak berborak...

    ReplyDelete
  5. naila cantik :)

    Faiq tak dengar kata. lagi org cakap takleh lagi dia buat! saja je buat mak dia berapii! haha

    ReplyDelete
  6. hei budak comel!jum dating ngn aunty weekend ni..kekekeke

    ReplyDelete
  7. kemain anak dara ni tepek2 muke...

    ReplyDelete