Klik sini. Terima Kasih :)

Tuesday, September 24, 2013

Melaka 2013 : Zoo-Taman Buaya

Sumpah entry ni banyak gila gambar!

naila-daddy

mama-naila
 
ZOO MELAKA
 
16 September, Hari Malaysia kitorang sefamily pergi Zoo Melaka. Kenapa Zoo Melaka? Apesal tak pergi Zoo Negara je. Eh suke ati kitorang la kan. Muahaha. Sebenar saje nak berjalan kekonon jadi pelancong kan. Berangan nak bawak Naila naik beca jugak.

Kitorang gerak pukul 7.45 pagi. Sampai sana dalam pukul 9.30 pagi. Orang tak ramai, parking pun banyak kosong lagi. Cuaca pun tak berapa nak panas menyengat. Dalam zoo tu banyak pokok. Takde lah rase bejemur sangat. Cuma kawasan dia yang besar GILA buat kitorang laki bini penat! Dengan Annaila taknak naik stroller sebab teruja sangat nak tengok binatang. Bila Naila dah penat, nak berdukung pulak. Pfffttt. Demi mu anak.  3 jam dalam zoo tu. Masuk kereta, Naila terus ke-ok.

Zoo Melaka :
Dewasa RM15/seorang
Kanak-kanak bawah 4 tahun FREE

Dalam Zoo :
Bagi gajah makan RM5
Naik tram RM5/seorang : Kanak-kanak macam Naila FREE


Gambo family harus ada!

Annaila yang jakun... Apa tu daddy!

Ni apa ntah. Besar gila! Naila duk usha je.

Budak kecik mengira binatang. Satu dua tiga!

Ape barang stroller kan. Ngendeng kat mama lg best.

Apa tuuuuuu!!

Naila dah penat. Meragam sebab lapar, haus. Mama pulak tak bawak makanan. Bawak air je. Kena la membeli belah makanan dalam tu. Deng!

Dah kenyang, happy balik! Main kejar-kejar dengan daddy!

Teruja tengok gajah. Bila dekat, menangis. Muahaha. Apeee daaaaa. Mama dlu kekecik pernah naik gajah tau!

Bagi gajah makan.

Penat! Pusing 1 round lagi zoo naik tram plak. Ngeee.

Nak balik, maakkkk aiiii! Ramai gila orang. Beratur panjang!

Budak yg keletihan akhirnye duk dalam stroller gak.

Masuk kereta tak sampai seminit terus tido!

Makan di Bandar Melaka
 
Makanan yang best kat Melaka? Maap la kitorang tak jumpa makanan best kat sana. Hahaha. Dah tengah hari, parking penuh. Nak cari parking je bapa lame dah. Last-last kita makan je lah apa yang ada depan mata. Yang kitorang tertarik kat Papa John's. Sebaek Naila pun suka makan kat sana. Eh Naila apa je yang dia tak suka? Muahahaha. Habis makan tengok kat luar, makkk aiiii! Panas gila kot. Camne nak naik beca. Bukan mengada sebab panas. Dah kau ada anak kecik, ingat Naila akan duduk baik-baik? Memey tak la. Kompem dia mengeletis sebab tak selesa. Pastu kitorang buat keputusan pergi Taman Buaya je. Beca tu nanti-nanti kalau ada rezeki kita naik.
Budak baru bangun tido...3 kali membuang oiii! Kemahen tengah nak berjalan la die nak buat pojek smpai 3 kali...

mmmm...ayemmm...ayemmmm.... hahaha...ntah bila ayam jd ayem....
tengok budak yang sangat happy dpt makan ayemm die...
 
TAMAN BUAYA
 
Dalam pukul 5.00 petang, kitorang menuju ke Taman Buaya. Last aku pergi masa ikut rombongan sekolah rendah dulu. Yang aku ingat ada rumah hantu, rumah raksasa dengan rumah cermin. Yang lain tak masuk otak. Hahaha. Tapi sekarang rumah cermin dah takde. Baru nak tunjuk kat daddy sebab daddy tak pernah pergi. Kat sana agak BOSAN, dah la tiket mahal! Eh tapi akan jadi berbaloi kalau korang bawak mandi anak-anak kat sana. Ada water park. Tapi. sebelah kolam buaya la. Wakakaka. Dan kalau husband korang teringin nak masuk rumah hantu, rumah raksasa dipersilakan. Sekadar nak mencoba, pastu kalau orang tanya boleh bercerita apa ada dalam taman buaya tu.
Taman Buaya :
Dewasa RM15/seorang
Kanak-kanak RM12/seorang
Kanak-kanak 4 tahun kebawah FREE
Dalam Taman Buaya:
Rumah hantu RM3/seorang – Budak kecik macam Annaila FREE
Rumah raksasa RM3/seorang – Budak kecik macam Annaila FREE
Water park - FREEEEEEEEEE
Depan buaya awet!
Aku pergi sekolah rendah, buaya ni dah wujud dah. Bila nak tukar baru. Muahaha.
Depan KLCC di Melaka.
Kecik je. Tapi bosan kot kalau nak pergi sini.
Naik keretapi dinasor. Naila cuak gilaaaaa! Peluk aku kuat2 pastu aku tutupkan mata dia taknak bagi dia tengok.
Muka pas keluar dari rumah raksasa. Muka cuak. Daddy pulak nak masuk rumah hantu. Haaa masuk la sesorang. Aku takut. Cukup lah masa kekecik dlu masuk. Serik wooo!
Depan umah keretapi raksasa.
Rumah hantu! Daddy masuk sorang-sorang! Daddy cakap meremang juga la masuk dalam ni. Annaila, dari jauh nampak rumah hantu ni dah menangis takut.
Buaya. Pfffttt. Bosan kot tengok buaya. Muahaha.
Water park! Malangnye tak bawak baju. Huuuu kalau tau ku bawak baju siap-siap.
 
Taman Buaya tutup pukul 6 petang ye. Jadi kitorang takde la lama sangat kat dalam tu. Tak sampai setengah jam je kot. Ngeeee. Takpe sebab aku pun dah tak larat dengan badan melengas. Phew. Rasa nak balik cepat-cepat sebab nak jumpa air. Kehkehkeh. Dari pagi duk bermandi peluh je hoii. Rimas! 
Kbai~

Thursday, September 19, 2013

Group Gojes : Gathering Kidzoona

Sabtu (14.09.2013), ada gathering yang ntah ke berapa aku pun tak ingat dah kat Kidzoona. Sekarang tak berani nak berjanji sumpah setia bagai dengan geng ni boleh turun ke tak sebab daddy punya appointment tak tentu masa. So kalau die free, jom lah kita menyebukkan diri. Kalau tak free, duduk diam-diam kat rumah. Agak-agak bosan, jom la kita melepak rumah opah.

Sampai sana dalam pukul 11 kot. Itu pun ada 2 orang je sampai. Leenda dengan Liza. Annaila pulak bila masuk muka excited + blur. Taktahu nak main apa kot. Kehkehkeh. Tapi takpe mama layankan aje Naila sampai satu tahap tetiba aku nampak geng bapak pergi main archery sebelah Kidzoone. Berpinar mata aku tengok. Lama dah teringin nak main mende alah ni tapi takde sape nak bawah. Hahaha mengada sangat!

Dan tetiba, TINGGG! Dapat idea dah. Tinggalkan Naila kat group mak-mak yang tengah menyembang sambil tengok anak. Kahkahkah. Sangat tidak senonoh. Tapi aku tahu Annaila akan behave. Pastu group gojes tu memang dah macam mak-mak Annaila jugak. Wakakaka. Sukati kau je kan nak menaiktarafkan makcik-makcik Annaila kepada mak-mak Annaila. Eh mana tau kan salah sorang dari group tu tetiba jadi mertua Naila. Muahahaha. Berangan lagik!

Sebaik la archery dengan Kidzoona tu sebelah-sebelah je. Jadi aku main lama-lama siket, lari kejap tengok Annaila. Dan Annaila masih okey bermain kuda tak turun-turun. Pastu lari balik main panahan asmara sama daddy. Ewahhhh kau. Aku main laju-laju sebab nak lepaskan keinginan yang dari dulu tak tertunai-tunai. Muahahaha. Habis main, berlari aku masuk cari Naila. Hehehe. Baik je dia main kuda lagi. Tak penat ke nak?  

Ding-dong-ding-dong dengan Annaila, tiba masa acara wajib mak-mak. Amek gambar sesambil bergosip sok-sek-sok-sek. Tapi ku tak gossip lelama sebab busy layan Naila dengan main panah-panah kononnya.

Bila dah lapar, mintak diri dulu. Dah elok-elok mintak diri, bersalam apa semua, tetiba je daddy cakap jom join dorang makan kat Food Court. Baek boss. Saya yang menurut perintah.

Sekian cerita weekend lepas. Eh hutang baraan Raya dengan berurut tak keluar lagi ni. Pfffftttt. Banyaknye kena buat. Taknak buat boleh? Bhahaha. Kbai!

Antare mak-mak yang dah sampai....Yg belom sampai pun ramai lagi...

Annaila bersame kudanye....

Naila nak men mainan boy je....mst ganas macam mama nanti....kakaka...

pandangan dr dlm kidzoona....dah terkebil2 dah ni...

zoom bagi besar siket....

Naila same menantu orang...muahaha...pinjam jap ye yaya...

Rase mcm gambar ni terbalil...takpela ye korang...kehkehkhe...

hi yumie! puas hati tak ade gambo...hahaha...

haaa...Nampak! ni aku dah start tinggalkan Naila....
mama-daddy!
 
sesi bergambar mak yg gojes...

Naila dan Ammar...dah setahun dorg bekawan...hihi..

seminit je....pastu sambung main...

mcm biasa...mami asrap mst ade...ni asrap tengah jerit2 marah kat fayel...muahaha...

Naila dengan adik kakak Alisha...adik kpd Annaila...kakak kpd adik dlm peot...wuttt...wuttt...

iman yg tolong Annaila jatuh...comel!

sesi makan2...

antare gojes2 yg tertua...kahkahkah....
 

Friday, September 13, 2013

Baraan Gojes Minggu ke-2 Raya~




:D

Syawal dah habis, kau baru nak update raya? Muahahaha. 

Entry ni pun penuh gambar je. Tak reti aku nak nyusun ayat. Weh! Aku dah start kerja Selasa hari tu setelah dua minggu MC! Kerja bertimbun. Sobs!

Sabtu (17.08.2013)  <--- takde lah lama mana, baru 3 minggu berlalu. Mihmihmih.

3.00 petang

Birthday Party Alisha! Terboyot-boyot mak buyung yang tak berapa nak boyot datang. Oooo time ni masih pregnant. Perut pun memang agak buncit ke depan.
Tengok kemain happy Alisha! Sporting! Kalau Annaila? Kelaut kot! Bhahaha.
Lepas makan : acara wajib bila berjumpa, amek gambar...muahaha. ...ada yg dah balik time ni? ke ade yg tertinggal muka? maap ye...

hah! candid...memula tengok pic ni, ape laki erin buat kat dd? kemahen aish salam tunduk baek punya....

Nana berlari-lari sambil ngendong Farish! 
Lagak mak-mak. Paling comel Ctmah. Deng!
Sebelom balik sempat lagi....Wewuuuu!
Skang aku pergi mana2, tanamkan azam, KENA amek dengan tuan rumah...Eh...Kalau ada yang aku lupa nak amek gambar, maap la ye...:D

5.00 petang

Rumah Erina. Ada majlis tahlil untuk si wildad Aqil Hamzah.
Gambar?
Haaa sekeping ni je lah yang ku mampu bersama kad YES!
 
Nampak si buncit itu?

7.30 malam

Rumah Mommycha.

Memula macam tak dapat nak pergi sebab Annaila muntah-muntah nak start demam. Habis baju Naila dengan daddy lencun. Tapi perjalanan dari Shah Alam ke Putrajaya tu, sempat jugak baju daddy kering. Selambe je lah pergi rumah mommycha ni. Kang tak pergi sentap. Bangi-Putrajaya je kot!

Dalam banyak-banyak gambar kat rumah mommycha ni aku paling suka tengok gambar Mami Asrap. Busy kemahen.

Mami Asrap mandikan anak.

Mami Asrap kejar anak mungkin?

Mami Asrap lagi.
Mami asrap menyinga.
 
Zara. Giler comel amoi ni. Dah la kecik molek je. Kedek-kedek jalan.
 
Ehem. Mikha senyap-senyap kan. Mentang mama tengah busy.

Budak-budak yang duk diam-diam bila ada makanan depan mata.
Hi daddy Naila!
 
Persatuan mak-mak gojes.
 
Persatuan bapak-bapak kacak.
Anak-anak gojes dan kacak.
 
Pestime jumpa Aciek Anis. :D
 
Tuan rumah. Jemah sangat aku tengok gambar ni. Pang!