Klik sini. Terima Kasih :)

Wednesday, July 31, 2013

Persiapan Raya lagi~

Yeay! Semalam kan aku cuti-cuti mensopping. Best giler weyh sopping semalam. Aku rasa dah lama tak sopping macam tu. Bila aku beli barang je aku nyanyi, “kalau aku kaya, hari hari hari raya”. Daddy senyum je. Kebetulan, gaji bulan ni company bagi lebih siket sebab nak raya. Kalau la tiap bulan cenggini memang setiap bulan aku nyanyi ‘kalau aku kaya……’

Tempat yang dituju Jalan TAR dengan SOGO. Paling kesian aku boleh taktau Jalan TAR dengan SOGO tu sebelah-sebelah je. Kakakaka! Haaa aku bukan orang KL ye dan aku anti nak masuk KL sebab jem sana sini. Dulu-dulu kalau time raya aku suka shopping kat Jusco, Parkson, downtown yang dekat-dekat dengan umah aku. Bangi-Kajang-Putrajaya-Balakong. Tu pasal bila masuk KL macam rusa masuk Bandar. Tapi sekarang rusa pun dah cool duduk kat Zoo Bandar KL tu kan.  

Aku gerak dari rumah pukul 11 pagi. Lambat kan! Sebab tunggu daddy balik kerja. Daddy kena masuk opis pepagi tu. Naila pulak kitorang hantar gi umah mak aku sebab aku dah cakap awal-awal aku nak habiskan satu hari cari barang. Tak cukup barang takleh balik. Kemain kan. Last-last aku yang ajak balik sebab tak larat dah. Muahahaha. Dalam kereta je dua jam oiiii. Pffftttt. Tu yang aku tak suka KL ni. Dalam kereta je dah berejam. Kalau balik Perak ni, dah sampai Tapah dah.

Dapat Parking je, terus terkedek-kedek keluar terus kea rah SOGO dulu. Masa tu dah pukul 1. Waktu lunch hour. Ramai gila umat dalam SOGO tu. Aku nak tengok kasut pun tak boleh. Last-last ajak daddy tengok baju Naila. Settle baju Naila, tengok baju daddy pulak. Daddy pilih baju pun kejap je. Nasib baik. Hehehehe.

Pastu baru kitorang turun jalan TAR. Masa kat Jalan TAR ni macam hazab siket. Sebab. Aku suka jejalan dalam aircond je. Hahaha. Gedik! Siket la. Kat luar tu panas kot. Dah la pose. Tapi sebab baju peplum Naila, aku gagahkan la diri berpanas. Phew.  Cari merata. Masa memula mencari baju Naila memang tak jumpa. Baju aku pun langsung tak boleh buat aku senyum meronta-ronta nak kan baju. Takde okey. Bila kaki dah macam nak putus, duduk rehat pun berapa kali, pastu aku cakap dengan daddy, last round. Kalau tak jumpa jugak, kita balik je. Sekali masa nak balik tu lah kemain banyak aku jumpa baju peplum baby. Kemain banyak jugak aku jumpa baju yang berkanan. Tapi berkenan je takde sampai meroyan nak. Harga pulak aku rasa standard je. Takde la murah mana. Jumpa baju melayu daddy pun, daddy taknak beli sebab last year beli baju melayu kat downtown Bangi tu harga RM80 je. Kualiti kain pun tersangatlah puas hati. Yang kat Jalan TAR semua RM100 ke atas. Kalau ada bawah RM100 tu kain dia alahaiii……. So daddy Naila hold dulu baju melayu. Cari tempat lain. Padahal bagi aku kalau cari tempat lain dapat harga murah same je kalau dah masuk duit minyak tol parking bagai. Hahaha. Okey tapi daddy taknak, daku yang menurut perintah. Jom balik!
Sebelum balik amek Naila singgah Alamanda dulu nak beli kasut aku dengan seluar jeans.  Pastu makan kfc. Sebab masa berbuka tu kitoang makan takoyaki dengan yongtaufu je. Beli kat bazar Precinct 2 . Pastu terus pergi surau Petronas dekat presint 16 tu. Senang. Bila sampai Alamanda, orang lengang je sebab memasing tengah berbuka lagi. Baru syioookkk!
Setakat ni barang yang tak beli lagi.

·         Kasut gedik Naila – 1 pasang je cukup. Takyah nak berpasang-pasang. :p
·         Dress Naila kaler hijau. Mampu ke nak pakai peplum sampai tengah malam. Memang tak la kan.
·         Sepit-sepit atau cekak Naila. Weheeee^^ Sebab rambut tu dah makin kerinting, kena ada sepit-sepit supaya tu rambut tu tak bergulung sangat yaw.
·         Baju melayu daddy – raya pertama
·         Baju peplum mama – raya pertama
·         Baju gedik mama – raya kedua. Baju je, kain dah beli. :p
·         Tudung lilit-lilit. Ke nak pakai tudung kangaroo je?
Daddy cakap Khamis ni ada berbuka puasa dengan kawan-kawan MRSM kat KL. Mihmihmih. Nanti nak singgah jap Jalan TAR. Beli tudung je! Sebab tudung dia murah. Tu aku boleh terima. Yang lain, biaseeeee je.

Eh eh lagi satu, kan aku beli baju peplum Naila. Balik amek Naila dalam pukul 11.30 malam. Malam tu jugak aku tunjukkan baju tu kat die dan Naila over excited! ‘Ca-tek’ ‘ca-tek’ sambil bersungguh-sungguh nak pakai baju tu. Padahal tangan dah menggosok mata. Settle pakaikan semua baju Naila, baru aku ajak tido. Kejap je lelap. Mantok sangat la tu!



Monday, July 29, 2013

Persiapan raya 2013~

Pfffttt….

Eh ni macam tak happy je kan bunyiknye. Hahaha. Siket la.

Sebab.

Aku ada order sepasang baju mak dengan anak kat online sebelum puasa hari tu. Baju peplum lagi. Comel kan! Terbayang Naila pakai peplum. Alololo. Tapi aku cam agak risau sebab dia janji nak pos baju dua minggu sebelum raya. Sekarang? Fuh! Bukan aku nak kata kedai online tu tipu. Sebab yang like page tu bepuluh riban kot. Pastu ramai yang bagi feedback baju tu tersangatlah comel. Lagi-lagi bila dorg share kan gambar dorang. Pastu ada je orang komen-komen cakap ‘baju dah sampai.’ ‘baju tak sampai-sampai.’ So aku agak penjual tu tengah tak cukup masa nak buat baju tu. Fuh! Tu lah, masa orang dah close order untuk baju raya, yang page ni aku tengok masih galak amek order lagi. Huhuhu. Okey tak kesah la kan kau nak tamak haloba ke hapa. Tapi kalau baju aku dengan Naila tak siap-siap lagi sampai sekarang, sedih kot! Kuciwa kot! Sentap kot! Haih!

Okey baju raya Naila pulak ade siket-siket yang aku dah beli sebelum ni. Beli online je. Kau tau je lah kalau beli online ni kene kamikaze siket.  Kalau dapat yang betul-betul lawa memang puas hati. Tapi kalau dapat yang macam bila tengok dalam gambar, peghhhh! Bila dapat, rasa nak nangis. Sobss! Gitew la. Muka manusia yang penuh jerawat pun boleh cover jadi cantekkkk sekarang, apetah lagi kain baju kennnn. Nape tak beli kat mall? Haaa tu kena tanya daddy Naila. Anti betul nak jejak mall lagi-lagi bila aku ajak tengok baju. Tengok baju anak pun takleh lelama. Stress aku! Last-last aku mensopping online je la. Nak pergi mall, rasa macam lemau nak ajak daddy dah. Hahahaha! Cepat lah Naila besar, nanti boleh sopping sesame.

Esok aku cuti. Hehehe. Saje amek cuti time gaji dan waktu bekerja. Baru syiok nak mensopping! Taknak aku mensopping time weekend. Kompem ramai giles orang. Ai is benci bersesak-sesak dengan orang. Bukan dapat tengok barang pun, tengok orang je. Pffttt. Buang masa! Nak pergi mana lagi pun aku tak sure. SOGO best ke? Mana lagi best. Esok aku nak cari baju Naila. Settle baju Naila baru cari baju daddy-mama. Selagi tak settle baju Naila aku taknak balik. Lantak la esok daddy tarik-tarik aku suruh balik. Aku taknak. Bukan selalu. Bukan selalu jugak dia bawak aku gi mall cari baju anak.

Ok setakat ni untuk membebel petang. Lemau! Kbai!


Wednesday, July 24, 2013

2nd Pregnancy : Masam-masam~

Mengandung kali ni kan aku macam suka benda masam-masam. Tapi takde la gila sangat. Setakat nak je sebab kekadang terasa mulut cam kelat-kelat atau rasa mual, telan asam. Lega siket.

Ni nak cerita hari ni pulak, pepagi sebelum pergi kerja tetibe terbayang buah jambu yang cicah dengan serbuk asam tu. Pegh! Terliur weyh! Terus call daddy. Hahaha. Daddy cakap mana nak cari pepagi ni. Lah? Macam la aku nak makan pagi-pagi. Dah tentu lah masa berbuka nanti. Yummy! Kalau la daddy dapat bawak balik jambu tu, seronoknyeeeeee!

Pastu sampai-sampai opis baru nak melepak kat surau sebelum masuk opis, tetiba ada sorang akak ni tegur, ‘Wawa makan mangga tak?’ Eh aku ni mangga memang makan! Cuma malas nak kopek. Kalau kat rumah tu mak aku kopek, aku tau makan je. Hahaha. Sekali akak tu bagi mangga muda weyh. Dah siap-siap bungkus dalam plastic. Fuh! Kecur air liur. Terbayang makan dengan kicap + gula. Nyumm! Kalau tak puasa hari ni, memang waktu lunch nanti aku dah ngap! Sabar…sabar….

Pukul 10.30 pagi tadi pulak, sorang lagi budak opis saja ngacau call aku semata-mata nak tanya, ‘akak makan kedondong tak? Rumah Fila banyak kedondong. Kalau akak nak, esok Fila bawak.’ Nampak rezeki adik baby kali ni. Hahahha. Masa Naila dulu takde sape offer. Errr lagipun masa Naila dulu aku tak makan benda masam-masam ni. Tak teringin langsung. Yang aku nak makan dulu, MCD, KFC, PIZZA. Choiiii western la sangat kan. Tapi masa 1st trimester je aku nak benda-benda tu. Masuk 4 bulan mengandung, hari-hari aku nak nasi + kuah kari + ikan keli. :D  Itu time Naila. Sekarang? Kita tunggu dan tengok………..Hehehe.

Annaila : 16 bulan~

Annaila nak masuk 16 bulan dah. Kalau tengok perangai dia sekarang mesti kitorang laki bini akan cakap, “dia dah besar kan.”

Ramai tanya, Naila mengada tak bila pregnant kali ni. Oooo baru lah aku tau, kalau kita pregnant, anak yang lain akan mengada lebih. Dulu masa awal-awal dulu Naila okey. Tapi bila aku dah masuk 8 minggu aku perasan dia cepat memberontak siket. Kadang taknak aku sentuh die langsung! Geram pulak kita. Macam ada satu malam tu, ntah kenapa dia anti gila dengan aku sampai nampak muka aku pun jerit-jerit taknak. Last-last aku amek dia peluk dari belakang, cakap lembut-lembut dengan dia, tak sampai seminit terus diam. Eh? Berkesan pulak taktik ni. Taktik pujuk tak tunjuk muka? Hahaha. Bila dia dah diam, baru dia senyum nampak muka aku. Mood dah okey, terus buat susu ajak tido. Fuh! Settle. Tapi taktau la lepas ni ape lagi perangai yang dia buat. Pengsan mama awak ni Naila.

Dah faham maksud adik? Agaknye la. Memula aku ajar, “Naila, ni adik Naila”. Sambil tunjuk dan usap-usap perut. Dia pun ikut usap jugak sambil senyum-senyum. Pastu bila aku cakap, “Naila sayang adik.” Terus di cium perut aku. Woah! Comelnye Kak Yong Naila ni! Hihihi. Bila die mengganas melompat atas badan, aku cakap camtu je lah, nanti dia takde la lompat bintang atas badan aku. Terus dia cakap, ‘Adik. Adik.’ Sambil tepuk-tepuk perut aku *happy!*

Kuat makan. Errrr rasanye memang dari dulu kuat makan. Tapi kali ni macam bila nak berbuka puasa tu, dia nampak je aku hidang makanan atas meja, berlari-lari datang. Pastu cakap ‘duduk’ sambil depa tangan mintak dukung letakkan dia atas kerusi. Nak makan sekali katanye. Bila orang berbuka mulalah nak mengacau. Nak duduk atas riba lah, nak minum air daddy la sampai tumpah-tumpah. Nak makan makanan kita la. Bila letak kat depan TV meraung! Haih~ Takpe taun depan adik baby dah ada. Kalau dah ada kawan, takde la kot die kacau mama daddy dia ni makan. Kot?

Banyak perkataan yang dia boleh sebut. Errrr. Nak list kan satu-satu macam tak ingat pulak. Hihi. Tapi yang ada dalam kepala aku, Naila sebut ‘Adoiii’. Tiru daddy sebut. Daddy sebut ADUH sebab Naila ni suka melompat atas badan daddy dan hentak kepala kat muka daddy. Kesian daddy. Hahaha. Sampai ber-ulcer mulut daddy. Pastu baru nak elok ulcer, Naila hentak lagi. Tambah ulcer kat tempat lain pulak. Sebaik kat mama takde hentak-hentak. Kalau hentak mama takde aduhnye, terus jegil je bijik mata dan membebel. Mak-mak sangat! Haaaa, lagi satu die suka cakap, “ayokkkk….tatayo….”.

Suka berkawan. Pantang nampak kawan sebaya mulalah datang senyum-senyum. Pastu kiss. Hahaha. Comel! Tapi kalau dengan budak laki, kalau laki tu mengganas pukul die, die pukul balik budak tu. Fuh! Daddy cakap Naila sangat garang. Kalau kat rumah ibu (pengasuh), ada sorang budak lelaki 2 tahun, ibu cakap Naila denganbudak lelaki tu suka bergado, menyakat. Naila akan pukul budak tu dengan tangan. Bila tangan dah pedih, dia amek lion, die pukul dengan lion pulak. Hiyak! Eh budak laki tu pun bukan diam je. Pukul Naila jugak. Kira dorang gado-gado manja la. Bila Naila senyap, budak laki tu datang menyakat. Kalau budak laki tu diam, Naila datang menyakat. Gitew. Ala budak nak membesar macam tu lah. Gado-gado pastu kawan balik. :D

Dah boleh duduk kat belakang bila naik kereta. Kalau dlu letak belakang, meronta-ronta takut! Sekarang, kejap ke depan kejap ke belakang. Kat belakang luas tu yang best kot. Harap taun depan die dah boleh duduk belakang terus. Taun depan kan dah ade baby. Giles kau nak pegang baby lagi, nak die duk atas riba lagi. Fuh! Penyek aku. Hahaha.

Hurm harap-harap dia boleh jadi kakak yang baik dan tolong-tolong mama nye ni.

*Terbayang Naila tolong amekkan pampers adik dia, amek botol susu adik dia.*





 
 
 
 
 
 

Tuesday, July 23, 2013

2nd Pregnancy : 8 minggu~


Ding! Sedar tak sedar aku dah masuk 8 minggu dah pregnant. Kejap je rasa. Malam semalam ntah urat mana putus sampai aku boleh mimpi aku nak beranak dah. Kahkahkah! Over nau! Baru 2 bulan kot. Kalau dah 9 bulan nanti, ntah mimpi apa pulak kan. :D

Perut dah besar tak? Errrr belum nampak lagi. Hehehe. Masih slim lagi kononnya. Boleh berlagak pakai seluar. Tapi dalam minggu ni dah mula start senak kalau aku lasak sangat. Kira sekarang kena jadi lemah lembut la. Duduk pun kena slow-mlow je. Jalan pun kemain ayu lagi. *tangan dibahu mata ke atas*

Sebenarnye teringin gak nak amek gambar perkembangan perut dari 2 bulan sampai 9 bulan. Tengok kebesaran perut masa mengandung Naila dulu sama tak dengan sekarang. Orang cakap kalau anak kedua ni perut mesti lagi besar!Sebab. Errrr anak pertama dulu perut kita memang perut anak dara. Kalau dah masuk anak kedua, perut pun dah jadi perut mak dara, maka pepaham lah lemak berkumpul sana sini. Walaupun orang kata aku kurus, tapi hakikat? Hanya aku dan daddy Naila je yang tahu. :’D

Berat pulak, okeylah. Dulu masa aku baru masuk 5 minggu, berat naik sampai 5 kilo kot! Tanjat titew. Seminggu lepas tu timbang, kembali kepada asal, 50kg. Weeee! Dan hari ahad lepas, aku timbang, berat turun lagi jadi 49kg. Okey turun lagi aku tak berkenan sebab aku ni kalau dah bawah 50kg adelah UNDERWEIGHT! Tapi takpelah. Sebab pregnant kan. Memang kompem senang nak naik balik. Skang tengah tunggu adik baby mintak macam-macam macam Kak Yong Naila dulu. Sampai 25kg mama awak ni naik sebab nak bagi Kak Yong Naila makan. Hahaha. Alasan?

Errr dan lagi satu pregnant kali ni, tetiba je menggedik nak makan benda masam-masam. Semalam daddy Naila tanya nak burger al-Lazat tak? Dan aku boleh jawab taknak. Nak asam. Terkejut daddy. Ye la, tak pernah aku tolak makan BURGER! Segala jenis burger adalah favourite aku. Kecuali beger pelik-pelik aku tak makan.  Muahahaha. Eh tapi hari ni dari pagi tadi verangan nak makan beger McD. Sangat mengada!
 
Eh kesian takde cerita Annaila hari ni. Takpe nanti kalau mama menggigih nak menaip, mama tulis pasal Kak Yong Naila pulak ye. :D
 
 

Saturday, July 20, 2013

Fenomena Facebook yang menggila!

Hari tu sebok org bercerita pasal "couple seminggu". Ramai la nak up status "kita janji......." Pasal cerita couple ni aku tak amek kesah sangat. Mungkin sebab budak-budak kan. Ala macam la kau tak gedik jugak dulu masa kapel-kapel dengan laki kau dulu kan. Daddy pun ada jugak anta mesej nyanyi-nyanyi kat aku dulu. Tapi sebab dulu henpon tak berapa nak canggih, takdelah video bagai kan. Cer ada video, memang aku kongsi sekarang jugak. Eh! Hahaha. Pastu cer korang baca balik mesej-mesej masa bercinta dulu. Geli seyh! Jiwang berkarat-karat! Dah kawen memang lah dah takde nak sumpah-sumpah, berjanji setia macam zaman kegelapan dulu. Wakakaka. 

Seminggu pastu, up pulak cerita si Asrap kawin lain kat Thailand! Fuhhh! Hoiii ni betul-betul buat perempuan-perempuan rasa macam nak pijak si Asrap tu. Ala biasalah, perempuan mana yang suka berkongsi kasih sayang ni. Laki kau pandang pompuan lain pun, dah muncung sedepa. Apetah lagi nak kawen lain, memang angin ribut taufan lah datang. Kahkahkah. Bagi aku, nak berpoligami okey. Tapi cer la buat macam Ustaz Azhar Idrus tu. Makan beradap pun siap diapit lagi oleh bini pertama dan kedua. Ini bini pertama tak bagi kawen, kau pergi kawen kat Thailand. Alahai. Tanya daddy Naila, sebaik daddy Naila backup Dayana tu. Bak kata daddy, "kalau daddy nak kawen lain, daddy mesti nak perkahwinam ke-2 lagi gah dari yang pertama." Kahkahkah. Kau nampak tu dia bagi perumpamaan diri dia sendiri? Takpe sebab perumpamaan je, aku pun angguk je lah. Takde lah nak mengamuk ke hapa. Tapi jangan buat pasal naaaaaaa. Hahaha. *mintak dijauhkan*

Baru beberapa hari, tetiba cerita pasal kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kereta. Ok cerita yang melibatkan baby atau kanak-kanak ni aku tak berapa gemar nak baca sangat. Kekadang aku skip je, tapi sebab terlalu ramai yang share. Aku terbaca walaupun tak tengok gambar. Terus terbayang-bayang Naila. Ya Allah kau jauhkan lah aku dari perangai cuai. Sebabnye aku tau aku mama yang agak cuai kadang-kadang. Ye kekadang je bukan selalu pun. Hihi. Ehem, dan korang jangan lah salahkan mak budak tu. Mak mana tak sayang anak hoiiiii. Bukan dia sengaja-sengaja tinggalkan anak tu. Terlupa! Errr ada orang kondem "anak pun boleh lupa???" Bagi aku, ye kalau itu yang Allah mahukan. Ditutupnye penglihatan dan pemikiran ibu itu sementara. Cukuplah Allah tarik anak itu dari ibunya, ibu tu dah cukup tersiksa. Dan yang kita ni janganlah menghukum ibu itu macam kita ni ibu yang paling bagus menjaga anak. Kita taktahu perjalanan hidup kita ni macam mana kan. Sekali Tuhan nak uji kau, KE-OK terus baru tahu.

Eh, panjang pulak aku bebel. Dan eh! Dah macam belog hiburan dan belog nasihat-nasihat pulak. Mihmihmih. Kbai!

Apa pun, mama akan cuba jadi mama yang terbaik untuk Naila walaupun mama ni tak sehebat macam mama-mama lain. Sayang kakyong Naila^^

Thursday, July 18, 2013

Annaila : 15 bulan naik walker lagi?

Hi, sebab puasa kepala pun tingtong. Jadi mukadimah pepanjang takde la yek. Nak cerita pun lagi lah takde. Tengok je lah gambar.

Semalam, kitorang keluarkan walker Naila sebab Mommy Dhea nak pinjam. Masa keluarkan tu, Naila punya excited, pfffftttt. Macam tak pernah naik! Jakun semacam. Muka pulak senyum je memanjang. Tetiba dia nak naik walker tu. Kitorang tak bagi, dan dia? PANJAT! Laju pulak tu. Tepuk dahi mama dengan daddy tengok Naila punya perangai. Fuh!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ooooo ada satu benda yang Naila buat aku rasa COMEL gila! Ada satu hari tu aku buat-buat tido sebab nak suruh dia tido sekali. Bila dia tengok aku tak layan, dia main sendiri dan tetiba je dia panggil nama dia. Dia panggil nama dia. "NAI", "NAI", "NAI". Tergelak aku. Hahaha. Errr kitorang rajin panggil dia "Nai" je kat rumah. Kalau dia buat-buat tak dengar panggil "Naila". Kalau dia buat dek jugak baru panggil "Annaila" ataupun "Faida Annaila" Gitew.

Ok dah, sakit pinggang dah ni. Biasalah mak-mak.
 
Bai.......

Friday, July 5, 2013

Burger Bakar Abg Burn~

Salam Jumaat semua^^
 
Tetibe ade entry hari ni sebab aku excited tak habis lagi. Mihmihmih.
 
Semalam aku pergi perasmian pembukaan cawangan Burger Bakar Abg Burn kat Cheras. Terima kasih kat Yana sama suaminya sebab susah-susah je jemput kami pergi ke Beger bakar abg burn tu. Tanpa anda tiadalah kami di sana. Eh? Sampai sana, kena register nama dulu. Bila tengah cari nama aku, tetiba je nampak nama-nama Blogger yang popular. Oooomaiiii. Terus aku duduk belakang-belakang. Segan la konon? Padahal rambut sama hitam. Hahaha. Motip?
 
Pastu baru lag gojes blogger supermom & baby sampai sorang-sorang. Tapi semalam tak ramai sangat datang. Yana, Anis, Ekin dengan Kak Mimy. Masuk aku lima orang je.
 
Start majlis tak ingat pukul berapa, tapi agak lewat la. Memula tu adalah kata-kata aluan bagai daripada pihak beger bakar tu. Pastu ada pemberian hadiah kepada siapa-siapa yang bertuah. Taktau bila dorang buat contest. Hadiah dia IPAD okey! Kalau aku tau, aku masuk contest tu. Dapat tak dapat belakang cerita yang penting cuba. Hahahaha.
 
Sebelum aku pergi tu ramai la cakap beger bakar abg burn ni tak sedap! Tapi sebab aku ni memang sejak azalinye giler beger, maka aku macam, 'lantak lah orang nak kata tak sedap ke hape ke, yang penting aku dapat makan beger bakar. FREE pulak tu!' Hohoiiiii. Beger bakar mahal okey! Aku kalau nak beli beger bakar tu pikir berjuta kali jugak. Last-last, beger RM2.50 tu jugak yang jadi santapan. Kedek tak kedek nye aku ni.
 
Tapi kan! Bila makan beger semalam terasa macam sedap gilerrrrr! Taktau nak cerita camne. Errrr rasanye Annaila pun suka beger tu sebab die kongsi dengan aku memula. Bila aku lambat bagi, die jerit, "a-gi" (lagi). Sampai aku dah habis makan sebijik beger, tetibe terasa macam nak amek lagi. Boleh? Muahahaha. Tapi nak amek kat depan macam segan. Kononnye. Sekali bila tengok kak Mimy relax je amek lagi satu, di tambah pulak si Anis pun nak ke depan amek beger lagi. Jadi aku follow Anis dan buat muka tak bersalah ke depan memilih beger yang besar-besar. Hahahaha. Tamak haloba ye kau! Eh rasanye si Ekin pun tambah lagi satu. Kihkihkih.
 
Aku amek dua ketul beger sekaligus, bila daddy Naila nampak daddy terus cakap "Ya Allah, siapa nak makan banyak-banyak ni?" sambil geleng-geleng kepala. Aku hanya mampu sengih-sengih cakap, "Ala boleh buat bekpes esok pagi." Pastu terus daddy simpan beger-beger tu dalam kereta. Heeee.
 
Bila perut dah kenyang, mula lah meroyan nak balik. Tak kenang budi langsung! Eh bukan tak kenang, cuma si Annaila yang comot tu dah meragam nak tido. Pastu baru tarik Yana-Ujang amek gambar. Sebab masa memula sampai segan nak tegur sebab ramai sangat blogger popular. Jadi duduk pun belakang-belakang je. Tak sempat nak hi-hi-bye-bye. Hahahaha. Akhirnye jumpa jugak si Yana ni walaupun kami satu kawasan Bangi. Maap Yana tak sempat nak tunggu lama sebab Naila memang dah start merengek semalam. Kalau tak boleh amek dengan blogger-blogger popular tu. Aaaauuww! Boleh tumpang populariti kejap. Hahaha. Verangan!
 
Korang yang kata tak sedap-tak sedap tu cuba lah try lagi. Kot la dulu memang tak sedap, tapi sekarang dah sedap. Yummy!
 
**Hari ni sarapan bawak beger bakar kat opis. Bagi bebudak opis rasa, dorang pun kata SEDAP!**
 
budak yg gile beger jugak.
 
sorg tunjukkan ulcer. sorang tunjukkan 3 ketul jerawat. hormone ngandung ke hape?

terus jd muka kekanak si anis ni bila berbawal. marilah mengumpul bawal...murah pun murah. hahaha

dah jd geng...eh nape muka daddy nmpak ramping siket?

mak2 tgh berbisik2...adelah tu bende nak cerita tu...:p

same ekin...rasenye ramai budak suka kat ekin ni...haha

ni lah org-org kuat beger bakar abg burn...tp yg pasti dorg bukan abg burn...abg burn menyembunyikan identity...

duta tak berapa nak rasmi....

memasing makan tak ingat dah...sedap nau!

muka sememeh memasing...:p

Nampak yg macam tinggi giler tu...rase macam nak bawak lari...hahaha

edisi coba membawak lari beger...

same Yana dan Anis.

sorry Anis, bukan nak buat keji,,,tp suka tgk gambar ni...sgtlah berbeza tinggi kite...hahaha...

Wednesday, July 3, 2013

2nd Pregnancy : 5 weeks~

Ehem. Meowwww~

Sebab entry sebelum ni kebanyakan komen tertanya-tanya gambar 2 line. Okey hari ni kite tepek siket gambar double tu yang buat aku senyum berdouble-double jugak.

Kesah, beberapa hari sebelum period menjelma, aku dah start rasa macam sakit-sakit perut. Tapi tak teruk sangat macam mengandung Annaila dulu. Masa ni dah rasa macam, 'eh aku ni ada apa-apa ke?' Jeng jeng jeng. Check aaplication 'my days' kat henpon. Tengok oh, 'time' tu memang kena dengan waktu subur! Excited dah! Tapi cool lagi. Sebab bila fikir dulu masa Annaila kerap nau gi toilet. Tapi kali ni takde pulak.

Dalam beberapa hari pastu, first day sepatutnye peod tapi 'dia' tak muncul-muncul. Aku dah senyum-senyum sambil cakap dalam hati, 'janganlah keluar. Jangan lah keluar.' Hari kedua takde jugak, petang tu jugak aku pergi cari pregnancy test! Dan petang tu jugak aku test! Pedulik apa aku orang kata waktu yang sesuai test waktu pagi. Annaila dulu pun aku check hari kedua lewat peod dan waktu petang. Ngeeee!

Masa check tu kan kena tunggu 5 minit baru keluar result. Tapi aku tak ingat, aku terus tengok dan-dan tu jugak. Bila tengok ade 1 line je, aku dah mencebik. Sedih! Pastu dung-dang-dung-dang dengan Naila kat luar jap. Masuk toilet nampak 2 line! Wehuuuu!! Terus aku peluk cium Naila. Terus hantar gambar kat daddy Naila jugak^^ Dan petang tu jugak aku download application yang berkaitan dengan pregnancy. Kahkahkah! Ai is over tau.

Dan hari ini, aku dah 5 minggu.
Morning sickness bagai takde lagi.
Makan dah start menggila. 5kg naik dalam masa seminggu.
Kerap pergi toilet dah sekarang ni.
Badan dah start lemau. Rasa malassssss je!
Moody!
 
Doakan aku dan baby sihat! Dan doakan aku dimurahkan rezeki sentiasa. ^^
 
tadaaa^^

application yg telah di donlod


Monday, July 1, 2013

Bday Party Nia & Baby baru Nurul~

Holaaaaa~

Tak baca belog aku pun takpe, sebab hari-hari kite nyembang kat dalam group gojes kan. Muahahaha. Motip?

Ok dah, nak cerita hari Sabtu hari tu kemain berjalan sakan kitorang satu family. Errrr tapi pepagi tu kitorang duk rumah je caj tenaga kononnye. Pukul 2.00 petang gerak dari rumah dan tempat pertama kitorang gi beday party Nia^^

Sampai sana dalam pukul 3.30 petang. Masa tu orang tak ramai lagi sebab kan hari Sabtu tu ada bola sepak bagai tu. Jem sana sini. Ramai yang terkandas. Ngeeeee. First time jumpa Mommy Ayu dengan Nia. Bertambah lagi sorang kawan baru. *Luaskan kuasamu. Luaskan! * Nia sangat aktif ye! Merangkak kehulur hilir macam rumah tu dia yang punya. Eh hakikat memang rumah dia pun. Muahahhaa. Tapi Annaila??? Annaila selalu berdikari kekononnye tapi hari tu moody semacam. Nak berkepit dengan mama je. Penat mama.

Lepas kitorang makan, Mommy Ikin dengan Zara pulak sampai. Pestime jugak jumpa! Eh Zara tu comel gila! Geram pulak aku tengok budak tu. Tapi sebab nama dia agak susah untuk aku sebut, aku diam je lah. Tolonglah jangan letak nama anak huruf 'r'. Ai is terkejang lidah nak sebut. Sobssss! Eh panggil Izza okey jugak kan? Hihihi.

Settle acara majlis potong kek bagai dan aku pun dah melantak dua ketul kek, Mommy Ika dan Ammar pulak sampai. Ni second time jumpa. Pestime jumpa masa gathering kat Shah Alam dulu. Dulu jumpa memasing anak kecik-kecik, tembam-tembam, bergolek-golek, merangkak-rangkak je. Sekarang. Heh! Berlari sana sini. Kejar belon. Letupkan belon. Makan pun takde dah puree bagai, terus spaghetti. Hahaha. Besar dah!

Eh eh, lupa nak cerita. Kek dia sedap giles weyh! Rasa macam nak tapau bawak balik rumah. Kakakaka. Tamak haloba ye kau!

 Setelah beberapa jam tercongok rumah orang, kitorang balik singgah hospital Serdang tengok blogger Nurul. Nak balik rumah memang akan lalu hospital Serdang, tak singgah memang kejam lah kau kan. Baby baru dia kene kuning pulak. Tapi semalam dengar dah boleh keluar hospital. Masa jumpa Nurul tu aku musykil jap. Tak macam orang pantang. Berjalan pun coollll je! Duduk pun relax je tak kepit-kepit. Hahaha. *Eh Fasha Sanda pun masa pantang siap bersila, ape ada hal kan!* Mungkin sebab dah anak kedua, tu yang macam relax je. Tapi bila dengar pengalaman dia bersalin lagi, tetiba rasa macam, 'alamak! terlajak perahu boleh diundur, terlajak baby tunggu lah sampai 9 bulan'. Muahahaha. Eh tapi time tu je ada perasaan macam tu. Sekarang, berbunga-bunga balik. Blink-blink!

Eh dah la. Panjang sangat dah ni. Perut dah lapar ni. Bertahan lah perut. Jangan lah menebalkan kulit perut tu lagi.

Kbai~
comel gile kan kek die! rase die pun sedap!!!! 
comel jugak! tp sebab buakn fav aku, aku hanye pandang je. :D
Happy beday Nia^^ 

tengok mama naila teruja makan kek...2 kali tambah ok....
annaila dan ammar...weweet!

tetibe nampak zara kene cubit dengan aku...maap ikin..hihi...zara terlalu comel!! tak sedar tangan tu laju je nak wat camtu kat anak orang...
Annaila dan Zara~
mood Annaila baru okey...baru nak beramah mesra dengan org...
Gambar yg mesti ada^^
odw balik. Naila yang dah penat giles.
Singgah jap tengok baby. Tengok dari cermin je. Takleh masuk.
Kak Yong. Eh?


dan gambar terakhir..............
*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*




*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*

*
*














Muaaahhhhh dari Annaila^^

Taktau bila boleh hupdate lagi sebab kemalasan sangatlah menggila sekarang.

Babaiiiii~