Klik sini. Terima Kasih :)

Tuesday, April 30, 2013

Birthday Party Aish - Blogger Erin

Bulan 4 ni berderet bday party kanak-kanak 1 tahun. Setiap minggu ada je. Minggu lepas besday party Aish, anak Blogger Erin. Sebab takde pape hal, kami pun kedek-kedek datang.

Berpandukan WAZE yang hebat di KL-Selangor tapi failed kat negeri-negeri lain, kami berjaya sampai ke kondo Aish dengan jayanye! Oooo, mommy Daaliyaa follow kitorang tapi dari tol Bukit Jelutong je lah. ^^

Sampai sana, terbuntang luas pool. Humangai, seronok la kamu Aish hari-hari duk berendam dalam pool! Kompem Annaila jeles! Ngahahaha. :p Tapi, tak nampak batang hidung Erin dengan Aish sangat sebab ade program lain sebelum bday party bermula. Yang nampak daddy Aish je melayan tetamu sambil amek-amek gambar. Kang Erin bising kalau tak amek gambar, katenye. Hahahaha. Ok husband dia memang lawak. :p Tapi adalah dia turun bawah jap tunjuk muka, pastu berlari naik atas balik. Kelam kelibut. Takpe kitorang paham. Dan kitorang akan buat muka tak bersalah makan makanan yang dihidang. Banyak choice dan sedap-sedap semuanye! Tamak! Amek makanan bebanyak pastu tak habis. Membazir betul!

Lepas aku dengan Nurul (Bonda Daaliyaa) makan, Ena pun sampai. Tapi masa Ena sampai, aku takleh nak borak sangat sebab Annaila tak keruan tengok pool. Budak kecik tu kan! Haih! Sebelum Annaila menjerit-jerit, kitorang bawak dia main playground. Baru mood dia okey siket.

Blogger Nadia sampai masa Annaila dan Daaliyaa mandi, tapi maaf, tak cam muka. Blur-blur tanya siapa. Hihihi. Rupenye designer untuk sticker Group Gojes Blogger Supermom & Baby. Waaaa. Dapat jugak jumpa. Kecik molek orangnye. Tambah lagi sorang kawan. :D

Dalam pukul 4.30 petang gitu, baru lah acara memotong kek bermula. Tapi, kitorang laki bini tak boleh nak join sebab Annaila mandi pool, mengamuk-ngamuk taknak naik. Acane tu. Peluh-peluh mak bapak kamu ni Naila pegang awak. Pas pegang Annaila, tolong bonda Daaliya pulak. Haaa budak kecik lago sorang ni lagi akrif. Pitam jap.

Ding dong ding dong, acara potong kek selesai. Tak sempat nak tengok. Sobs! Takpe yang penting, kita dapat makan kek! Weeeheeee^^



Awal2 lg bebudak sume dah usha2 pool...ngehehe...sabo2....
ade playground gak kat ctu, bawak Annaila lari jap sbb die dah jerit2 tgk pool...
sefamily^^
nmpak pool sebelah2 tu...haihh...Annaila jgn jeles eyh...
pinjam topi Aqil jap! Mood : POOLLLL
Daaliyaa bambam! Gigil kepala lutut pegang dia...Hahaha...
Aqil demam....kalau sihat, boleh join da club mandi mandi mandi manda^^

nampak budak kecik ni bile nampak pool...haihhh....
dan akhirnye daddy mengalah...oklah naila, jom le kte mandi....
Daaliyaa pun join sekali...sebab bondanye pregnant, meh la aunty pegang kan.....oiiii terloncat-loncat dalam air....hahaha...:p
Daaliyaa dengan aksi kuak lentang....
Dua budak kecik tak puas mandi. Hihihi.
Nah gambar dengan tuan rumah. Susah nau nak tarik amek gambar sebab sangat busy. Hihihi.
Eh perasan tak, satu gambar Aish pun takde. Hahahaha. Sebab,

- Masa nak tiup-tiup lilin kek tu, mama ngan daddy tengah berpadu tenaga pakaikan Annaila baju sebab dia taknak naik atas!

- Lepastu, kitorang tak jumpa Aish langsung. Tido kot! Katenye tak beberapa sihat. Takpe gambar mommy nye ade, okey la kan. Hahahaha!

Happy Birthday Aish^^

>>>>>>eh ayat tunggang terbalik sebab buat entry ni kejap ada meeting, baru sambung siket, tetibe kena panggil lagi. makaaaaa cenggini lah jadinye...
 

Monday, April 29, 2013

Annaila : Annaila dan tudung~

Sangat lame tak update blog. Sebab? MacBook incik suami suka nak hang-hang. Sangat technostress okey! Laptop daku? Errrrr lama dah rosak, biaselah laptop pompuan, banyak menternak virus. Kakakaka. :D

Kalau update blog, mesti cerita pasal anak. Takpe, blog ni pun dibuat khas untuk anak-anak DonutDolly. Wahhh gedik gila gitew^^

Tapi kali ni takde cerita panjang-panjang sebab guna IPad je. Terkangkang-kangkang jari ni menaip. Haihhh~ Lagi sekali kena technostress!

Habis membebel.

Gambar-gambar ni di ambil masa hari Isnin lepas. Haaaaa. Ponteng kerja sebab daddy Naila terbawak kunci rumah dan kunci kereta mama. Maka terkurunglah kita di dalam rumah bersama-sama kan!

Annaila pakai tudung. Aku tak paksa dia pakai okey. Annaila yang sibuk sarung-sarungkan tudung tu kat kepala. Pastu menjerit sebab tercekik. Hahahaha. Pastu aku pun pakaikan lah tudung tu kat dia. Respon? Senyum simpul sambil jeling-jeling manja. Awwww! Tergoda mama tau! :p

Dalam beberapa minit camtu baru dia tarik tudung tu keluar sebab nak main benda lain. Takpe Naila, nanti sampai masanye kita pakai tudung be-betul okeh^^
happy bertudung!
model peraga tudung....:p
hahh! mama kat luar, kita pun nak keluar....
mama, pls kita nak keluar bila dah pakai tudung....
kat balkoni pun jadilah......sobss....
oklah mama, main kat dalam pun ok^^


Wednesday, April 17, 2013

Annaila : Annaila dan Airiell~

Ni masa kenduri Aqiqah Annaila.

Mama daddy Airiell datang je, mama Annaila terus culik Airiell masuk. Ooooo si Airiell tu belajar bahasa Jepun okey! 'tooo...toooo...tooooo' 

Kita temukan Airiell dengan Annaila. Annaila berminat tak dengan Airiell? Aah! Minat sangat! Minat kat biskut cekelat Airiell! Hahaha!

Dan dorang sangat SHOMEL^^
Annaila : awak, kita ade permintaan.
Airiell : apa?
Annaila : ...................... *sambil usha biskut*
Annaila : kita nak biskut...
Annaila : pleaseeee......
Airiell : sorry! tak boleh!
Annaila : hehehehe....akhirnye...
Airiell : apa ni, amek2 orang punya!
Airiell : bak balik biskut kita!
Annaila : mama....Airiell takmo kongsi....
Airiell : ada aku kesah?
Annaila : seriously awak......
Airiell : ye.....
Annaila : sampai hati awak! Sobs!




Tuesday, April 16, 2013

Annaila : Majlis Aqiqah dan Sambutan Harijadi~

Kemalasan nak menulis makin berganda. Hoh!

Dan ni ringkasan je lah ye dari majlis hari tu. Oooooo gambar pun tak banyak sebab lupa nak amek. Sekian. 

14hb April hari tu kitorang buat majlis Aqiqah dan sambutan harijadi Naila di rumah in-law. Sebenar fokusnya kat majlis Aqiqah je, harijadi tu sampingan je. Lepas Zuhur, orang-orang surau datang baca doa selamat.

Acara tiup-tiup lilin takde. Hehehe. Mak apak aku tak ajar tiup-tiup lilin atas kek ni. Jadi aku pun tak buat untuk Annaila. Sebab? Ye, ada sebab kenapa bapak aku tak ajar. Hehehe. Jadi kita amek gambar dan potong kek kat dapur je. Pastu terus hidang kat orang. Gitew.

Thanks kat Gojes Blogger Supermom yang datang. Erin, Sue, Anis dan Aty. **ok tahap kemalasan nak share link melampau...ampun...**

Dan yang paling banyakkkkkk tolong kitorang untuk majlis Annaila dah tentu-tentulah family in-law. Terima kasih^^

rainbow cake Annaila. untuk tetamu-tetamu. :D
Annaila yg excited lebih nampak kek...ye dia hantu kek same macam mamanye..
dgn makcik Annaila...Annaila tak heran..yg heran kek!
yeahhh! apesal susah sangat nak amek gambar bertiga sekarang...sobs...
yeahh...Erin dan Sue dah sampai...tgk Aqilah kemain lg ketawa bila nak amek pic...
Aish kne tinggal....mama dgn daddynye bujang jap...hemoh2....
model la sangat kan kanak2 dua org ni...kemain posing lagi...
sexy lah tu....:D
hidung Annaila yg merah sebab jatuh tersadung kat jalan tar....
Anis & Aty pulak sampai....errrr...yg ni je gmbar ade...maap ye...tp gmbar kat korg byk kann...kan....:D




Monday, April 8, 2013

Annaila : Earing baru untuk kanak-kanak 1 tahun~

Annaila dah ada earing! Hadiah birthday dari daddy^^ 

Kitorang tembak telinga Naila kat kedai emas Golden World Mines. Dulu beli cincin merisik kat situ jugak. Siap ukir-ukir nama lagi kat cincin tu. :'D

Harga tembak termasuk earing (bukan emas) pulak ada yang RM18, ada yang RM80. Beza dia, yang RM18 tu sakit siket, yang RM80 tu tak sakit. Tapi akak tu cakap, baby nangis jugak kalau amek yang RM80 tu. Baik amek yang RM18 je. Pastu ikut pengalaman aku masa kecik-kecik dulu, tembak yang murah tu tak sakit, cuma TERKEJUT. Ngeeeee! Sebaik lah aku pernah gak bertindik, boleh lah nak explain kat daddy Naila kan. Kalau tak mesti aku terpengaruh nak amek yang RM80 tu jugak.

Annaila menangis? Haaaa! Menangis gila-gila, padahal tak tembak pun lagi! Alaaaa, kanak-kanak tu menangis sebab kena pegang ketat-ketat je. Pastu aku tak berjaya pegang Annaila sebab dia meronta kuat sangat. Next, akak yang kerja kat kedai emas tu pulak pegang. Lagilah dia menangis sebab orang asing pegang. Tak berjaya jugak tembak. Last ada sorang abang tu suruh daddy Naila pegang, aku pulak pegang kepala Naila jangan bagi bergerak. Dan...............

"KTTIKKKK"

Yeayyyy! Earing berjaya di pasang. Ooooo lupa nak cakap, nak tembak tu sampai dua orang hokey sebab tembak serentak. Kalau buat sebelah-sebelah lagi susahhhh! Lepas tembak, aku terus dukung Naila keluar dari kedai tu sambil umpan lolipop.  Terus diam. Haaaa! Nampak tak sebenarnye tak sakit dan Annaila pun tak perasan langsung ada 'benda' kat telinga dia. Huahuahua~

Pastu masuk balik kedai tu cari earing be-betul punya. Eh harga emas tengah turun sekarang tau! Untong daddy Naila dapat harga murah hari tu. Aku ingat nak terus pasang yang emas punya kat telinga Naila tapi akak tu cakap tak boleh. At least kena tunggu 2 - 3 minggu baru boleh tukar. 

Cara nak jaga telinga tu pun dorang ada cakap. Lepas mandi tu, lap-lap siket bagi kering pastu sapu dengan minyak gamat. Dalam 2 - 3 minggu ni jugak, Annaila kena pantang makan telur, ayam dan seafood! Hehehehe. Kecik-kecik dah ada pantang. ;p

Haaaa. Tu je kot pasal tindik telinga ni. Harap-harap Annaila tak gatal atau naik kudis kat telinga dia. Fuhhhhh!
Proses sebelum ditembak!
Dapat lolipop terus diam! Ngeeee~
Dan Annaila pun di umpan dengan macam-macam lepas ditindik. Hihihi.
Earing Annaila^^


Tuesday, April 2, 2013

Annaila : Update siket budak 1 tahun~

Semalam kanak-kanak kecik tu kena cucuk 1 tahun. Daddy dengan adik ipar yang pergi anta ke klinik sebab mama ada tuntutan kerja. Hahahaha. Poyo!

Daddy Naila cerita masa kena cucuk tu, Naila menjerit giler-giler. Ala kanak-kanak tu protes la tu. Dia kan suka menjerit sekarang. Bila keluar dari bilik tu, Annaila diam tapi terus pandang ke arah bilik sambil tuding jari. Pastu bebel-bebel. Macam mengadu la yang nurse tu cucuk dia. Bila daddy cerita tu aku rasa macam comelnye Naila. Hahaha. Tak habis-habis nak puji anak sendiri. Diamlah!

Eh budak kecik tu dah bertukar jadi kanak-kanak kan! Kejap betul! Pejam celik pejam celik, dah remaja anak aku tu. Eh sekejap je jugak aku dah jadi mak orang kan. Dah tua dah aku. Ngaaaa^^


Monday, April 1, 2013

Annaila : Happy Birthday Kesayangan Mama~

1 APRIL 2013

Annaila dah setahun! Yeayyy!

Detik-detik kelahiran dia terasa lagi kot. 

Flashback!

11 am - #turun tanda #contraction ngengada
1 pm - #alamanda #makan pizza
7pm - #hosp serdang 
8pm - #4cm
10.30pm - #6cm
11.44pm - #Faida Annaila binti Mohammad Hakim

Eh apesal budak kecik ni cepat sangat besar? Hahahaha!

.........tak sempat nak edit gambar perkembangan die dari newborn sampai 12 bulan....esok!..............







Gold Coast Morib Birthday Package 2013~

Sebelum tu, thanks Wawa Yusof sebab share pasal Gold Coast Morib ni!

Ni hadiah percutian untuk daddy Naila dan Annaila sempena birthday dorang.
Kat sini dorang ada sediakan pakej Birthday. Empunya birthday akan dapat hadiah, kek dan sijil. Aah SIJIL. Memang cam lawak siket sebab birthday pun ada sijil. Hahahaha.
Harga untuk BIRTHDAY PACKAGE ni RM268.08. Aku book dua minggu sebelum tarikh tu sebab dengar-dengar susah kalau walk-in terus. Better buat ONLINE BOOKING.

Dan daddy Naila taktahu aku dah plan semua ni. Aku cakap nak bawak dorang jalan-jalan kat Pantai Morib. 

Pagi-pagi tu aku packing barang tapi daddy Naila tak perasan sebab nampak macam aku tengah kemas rumah kan. Padahal dalam bilik, tengah sumbat baju-baju yang nak dibawak. Ngaaaaaa^^  Settle sumbat semua baju, mintak daddy mandikan Naila. Time tu lah aku cakap nak keluar amek barang dalam kereta, padahal berlari angkut bag-bag tu semua masuk dalam bonet. Hoi kau bayangkan rumah kitorang ni apartment, kebetulan kereta letak kat luar. PANCIT jugak la aku terkedek-kedek berlari. Kata nak buat SURPRISE kan!

Eh pagi tu kitorang tengok wayang dulu cerita G.I.Joe dan makan SUSHI! G.I.Joe best giler wey! Pergi serbu cepat. Dan Annaila macam biasa kena tinggal kat rumah mak aku. Hahaha. Baru syok dating berdua^^ Lalalala~ 

Dalam pukul 3.30 petang gitu, baru bertolak dari Bangi ke Morib. Perjalanan dalam sejam gitu. Sampai sana, mata aku duk meliar cari signboard 'GOLD COAST MORIB'. Nampak je, terus aku suruh daddy Naila masuk simpang. Daddy lak blur-blur. Apesal masuk kawasan hotel. Kata tadi nak jalan tepi pantai je. Ngehehehe. Cari parking semua, turun dan daddy Naila tanya nak buat apa kat situ. Lorrrr bercutilah kan. Ngahahaha. Pastu daddy Naila dengan blur-blur tanya tidur ke? Time tu lah aku bukak bonet kereta. Tadaaaaa beg dua ketul^^

Hehehehe. Syok tengok orang muka blur-blur ni. Pastu aku check-in, dapat kunci terus masuk bilik. Weeeee! Time tu daddy Naila tanya macam-macam, harga la, itu lah, ini lah. Sempat lagi dia check kat website Gold Coast Morib. Cessss! Punya tak puas hati. Eh sebelum tu, masa check-in tu sila bawak kad pengenalan empunya birthday ye. Kalau tak, kena tambah RM50. Pastu tarikhnye pulak kena awal sehari atau sehari selepas birthday. Macam besday daddy Naila 29hb Mac, jadi masa book hotel tu tarikh kena 28hb atau 29hb atau 30hb. Gitew.

Petang tu kitorang terjun water park kat situ. Best giler! Tempat luas. Tapi banyak tempat kanak-kanak la. Sebaik dah ada anak, seronok siket. Kalau baru kawin pergi sini, tak syok kot sebab takleh main over sangat. Ada anak apa adehal. Hihihihi. Annaila pulak berapa kali tertenggelam dalam air. Ngaaaaaa. Sebab main gelongsor-gelongsor tu kitorang kekadang terlepas peluk Annaila. Hihihi. Ini kalau mak aku atau mertua ada, kompem kena bebel. Takpe depan dorang, kitorang sopan. Lembut je membelai Annaila. Cer belakang-belakang, macam dinasour kitorang kerjakan Naila. Miahahaha~ Annaila macam biasa happy je walaupun termasuk dalam air. Bila angkat dia, tersengih je. Fuhhhh! Semangat. Kena ajar dia berenang ni. Persoalannya mak bapanye pun tak reti berenang, ada hati nak ajar anak. Phuiii. Ok la kita pergi kelas berenang ye nak. 

Malam tu kitorang dinner kat situ. Sebelum tu tunjukkan lah kad pengenalan empunya birthday pastu dapat lah sijil dan hadiah. Daddy Naila terpinga-pinga sambil senyum, 'eh ada hadiah ye!' Kemain happy lagi kan. Makanan dia pulak, ermmm biasa-biasa je. Boleh la telan dan kenyang la jugak kitorang malam tu. Pastu kek pun sampai pas kitorang dah habis makan. Lagi sekali mata daddy terbeliak, 'waaaaa...kek pun ada...' Yep daddy Naila tersangat happy^^ Balik bilik terus keluarkan kek, nyanyi-nyanyi dan makan kek! Yeayyy!! Pastu memasing tergolek tidur. Penat!

Errr ada orang kata memalam ada BAU BUSUK kat kawasan tu. Kitorang pun ada gak terbau. Alaaaa macam bau kandang lembu pun ada, kandang kambing pun ada, kandang ayam pun ada. Eh ayam ada kandang ke? Okey tak kisah la kan, yang penting memalam bila dah masuk bilik, tutup pintu, tak bukak sliding door, bau hilanglah^^ Tapi kalau korang sesaje nak keluar hirup angin segar kononnye, tu korang punye pasal lah. :D

Esoknye pepagi kitorang dah turun sarapan. Mungkin turun awal kot sebab tak ramai orang dan makanan dia, woooooo! Setiap kali lalu kat booth makanan aku telan air liur. Ngaaaa! Nampak nau tamak! Ahhh, aku bayar, jadi sekati la aku nak makan banyak mana. Sarapan dia memang super duper sedap! 10 bintang aku bagi. Boleh? Hahahaha. Puas giler makan^^

Lepas makan, naik atas tukar baju semua dan masa untuk terjun balik! Weeeee! Seronok tengok Annaila happy. Tersenyum je. Menjerit bila kitorang angkat keluar dari air. Haaaaa. Kemain lagi kan dah pandai protes. Ooooo bukan protes je, Annaila sangat kuat merajuk. Bila merajuk, paling muka, tunduk bawah dalam beberapa saat.

Dua jam berendam. Yeeee! DUA JAM! Sampai kecut-kecut Naila. Tu pun menjerit taknak naik. Tapi bila dah naik, ajak berjakuzi merengek. Haaaa tau dah budak kecik tu mesti lapar dan mengantok! Biaselah lepas mandi kan. Letak atas katil, bagi susu, tepuk-tepuk siket terus tido. 

Bila Naila dah tido, apa lagi! Masa untuk mama dan daddy berehat lah! Yeaayyyyy! Dan kitorang pun berjakuzi dengan aman dan tenteram tanpa diganggu oleh suara-suara halus Annaila. Bhahaha! Terasa macam orang kaya sangat pulak bila berjakuzi sambil meniup-niup buih. Eh orang kaya cenggitu ke? :p

Sekian percutian untuk Daddy & Annaila.

HAPPY BIRTHDAY DADDY & ANNAILA! MAMA SAYANG KAMO-KAMO! MUAAAHHHH^^
Dating berdua dulu kat mid sebelum ke Gold Coast Morib!
Bilik kitorang. Weeeee!
Annaila berjakuzi sama daddy dan Naila sangat suka masukkan buih dalam mulut. Sekian!
haaaa...ni lah hadiah yg dapat dr hotel ni....siap ada sijil lg....pergi interview sila lah bawak sijil ni...
Dah habis makan. Nak balik bilik^^
Lepas dinner, masuk bilk mama nyanyi happy bday utk daddy & Naila....kembang kempis idung daddy Naila...terharu lettewww...Kakakaka....
yeee...aku hantu cake...lagi2 cake span....memang laju aku telan....bagi aku cake die best glerrrr!
Makanan waktu sarapan sangat SEDAP! Popia adelah 10 ketul aku telan. Best gler! Semua best lah!
Budak kecik taknak duk diam pas sarap. Berjalan mencari jalan keluar.
Lepas sarap, kita pusing pantai dlu. Tapi sempat amek gambar kat sini je sebab Annaila poo-poo. 

banyak lagi tempat mainan, tapi ni je sempat snap sebab aku pun tak sabar nak terjun weyyyhhh! hahaha...
Annaila yg sangat happy dapat mandi! Sampai taknak balik bilik. Sampai bilik terus ke-okkk!
budak kecik yg happy gilerrr dapat mandi....mama daddy pun same^^
Annaila tdo pas mandi...mama daddy boleh berjakuzi dan berehat! Yehhaaaa^^
Jakuzi.....asalnye penuh buih, ni dah ilang buih2 yg banyak tu....fefeeling omputih sambil main tiup2 belon jap...:p
Haaaa....kata bercuti kan....Naila tido je, mama daddy fefeeling berscrub masker bagai dalam jakuzi....Eh scrub muka ye! Kata bercuti dan berehat. Haruslah bawak kelengkapan bagai. :p
kami nak balik dahhhh....ada masa, ada wang, mau pergi lagi....weeee^^