Klik sini. Terima Kasih :)

Thursday, January 31, 2013

Apartment - Clamp~!

Benda yang aku tak suka duk apartment ni. Satu kereta, satu parking. Haaaa kalau ada dua kereta, merempat la kereta lagi satu kat luar apartment. Kalau amek parking orang, tak pasal-pasal kena clamp. Duhhhh!

Dah la kawasan rumah aku ni ramai foreigner. Kalau pak arab je aku boleh terima lagi, tapi kalau 'gagak', aku memang seriau siket. Pak arab sejuk siket tengok kan sesambil boleh cuci mata. Ehh?? Lalala~ Kalau 'gagak', nak pandang pun tak lalu lagi-lagi kalau pakai terdedah sana sini. Haaa sama je laki ke pompuan. Kalau parking luar tu agak menakutkan la sebab kena terserempak dengan foreigner 'gagak'.

Semalam, aku kena warning letter kekonon nye sebab aku parking tempat haram jap. Alaaaa nak parking tempat kitorang jauh tu nak naik. Tingkat 4! Berpusing-pusing la kau naik bangunan tu pergi tempat parking yang dorang sediakan. Grrrr! Dah masa tu aku pun nak naik atas kejap je. Bukan nak tinggalkan kereta sehari suntuk. Sebaek aku pasang lampu hazard. Kalau tak pasang, turun-turun mesti dah kena clamp! Dah satu hal kalau taknak bayar, kena la bergado dengan pak guard! Setakat ni kalau daddy Naila bergado dengan pak guard, lepas la. Tapi kalau aku bergado??? Menangis la kot aku. Hahahaha~

Jadi jadi jadi, nak hidup bekeluarga takyah la beli apartment. Leceh! Semua leceh. Parking, nak menapak lagi, kalau beli barang dapur penat giler nak angkut barang ke lift. Dari lift menapak pulak ke rumah. Kalau kitorang sewa, memang dah lama kitorang cabut! 

Annaila : Kolam baru~

Annaila sekarang dah pandai nak main air. Kalau mandi suka nak duduk merangkak dalam toilet. Annaila pulak sejak azalinya memang tak pernah ada tab mandi sendiri. Hoh! Mama taknak beli sebab rasa semak je nanti bilik air tu. Kalau bilik air besar boleh la kan. 

Pastu bila dia dah start nak main-main air, terus terasa nak beli kolam untuk dia. Kolam yang macam bapak aku beli untuk kitorang masa kecik-kecik tu. Weekend lepas, aku pergi menapak kat GIANT Bangi (WARTA) cari kolam. Eh kat Giant, boleh tahan jugak barang-barang mainan dia. Murah pun murah! Nak tahu harga untuk kolam ni berapa? Cer teka, cer teka! Ok meh aku bagitahu, harga adalah RM14.99 sen sahaja. Murah gila! Pastu kan tepi-tepi tu kene isi angin, aku pun beli lah pump cikai yang harga dalam RM6.99 sen. 

Balik rumah, lagi 20 minit dah pukul 7 malam, terus aku memulakan misi isi angin kolam, isi air, pastu last sekali isi Naila dalam kolam. Hahahaha~ Memula dia macam cuak giler masuk dalam kolam tu, pastu start tepuk-tepuk air dan akhirnye senyum sampai ke telinga! <<- dari dulu pikir napa kene senyum sampai telinga??macam hantu je kan. Cukup 15minit, bawak Naila keluar dari kolam, dia punya mengamuk tak puas hati! Nak mandi lagi. 

Kolam tu aku tinggalkan aje kat umah mak aku. Umah aku ni apartment. Celah mana pulak nak letak kolam tu kan. So hujung-hujung minggu boleh la balik umah opah mandi kolam. 

Cepat betul budak kecik ni membesar. Dua bulan lagi nak masuk setahun dah. 





Wednesday, January 30, 2013

Annaila : Cik Ted vs Mr Lion~

Lion tu kawan baru Naila. Tapi yang lama Naila tak lupa. Dua-dua dia sayang. Dua-dua dia peluk bila nak tido. Tapi semalam kena basuh dua-dua sebab terkena muntah Naila. *Naila tak berapa sihat*


Annaila nampak 'kesayangan' dia kena gantung. Bising betul suruh mama nye ambik! Pok pek pok pek!

Aku pun dukung bagi dia pegang-pegang je. Masa tu die boleh senyum-senyum lagi.

Pastu dia mengamuk bila tak dapat, aku ganti dengan teddy bear yang besar tu. Naila taknak weyh!

Tak puas hati, usha lagi 'kesayangan-kesayangan' dia yang tergantung tu. Masa ni dah start menangis.

Sebab dia berusaha keras turun ke balkoni, aku pun tutup sliding door dan Naila pun memulakan drama nye. Aku mampu tergelak-gelak tengok perangai dia. Serius comel giler weyh budak kecik tu!

Pastu datang kat aku merayu-rayu lagi suruh dukung ambil 'kesayangan' dia.

Dan Naila menangis kesedihan di tepi jendela macam orang putus cinta daaaa. Hahahaha~

Akhirnya bila aku dah kesian sangat, aku amek je lion dia tu, dia depa tangan nak peluk lion tu. Bila dapat lion, reaksi dia terus senyun-senyum! Amboi budak kecik ni~ Oh ho. Sebaek lion tu cepat kering.  Takde la rasa bersalah sangat nak bagi.

Dan setelah bergomol-gomol dengan lion, akhirnya Naila pun tido jugak. 
*
*
*
*
Maceh aunty Azie sebab bagi Mr Lion ni kat Naila. Suka sangat dia!

Annaila : Photoshoot!

Peghh~ title nak gempak je. Huahuahua. Di suatu petang yang dingin, Annaila telah menjadi salah sorang model kepada laman sawang sawang Wawa'z Donut. Eh?? Macam kenal nama blog ni kan. Lalalala~

Annaila telah mempromote satu produk. Produk apekah?? Nantikan entry seterusnya. Photographer nye mama nye aje. Lokasi pulak bilik Naila yang telah di cat kaler PINK! Oh iloikee! Camera nye, guna je lah ipad. Kite mana ada DSLR, apetah lagi tripod. <<- eh betul ka nama batang camera tu tripod? Tangan mama Naila ni lah jadi tripodnye~ 

Setengah jam gak bermain-main dengan Naila sebab dia sangat lah aktif! Sakit pinggang aku ni haaaa. Ye la, nak jadi tripod lagi, nak jadi cameragirl lagi, <<- GIRL??? *pitam*, nak kejar Naila lagi sebab kita suruh die duk sana, tak sempat nak berlari ke depan, dia pun bergerak jugak. Fuhhh! 

Okey ni gambar gegar yang ala ala ayu sebab nampak la muka lonjong macam model. Gambar lain BOLAT je. Hihihi~

Oh oh, lagi satu baju di sponsor oleh Mommy Anis. Kemain tetiba nak bersponsor bagai. Maceh! Suka sangat baju ni sampai dah lusuh lusuh! Owh? Model pakai baju lusuh? Ok la, baru ada style. Wink~!

Monday, January 28, 2013

Birthday Party Mikha - MommyCha~

Siapa keje hari ni?? Angkat tangan! Eh apesal aku angkat tangan?? Haaaa jangan taktau company aku kerja hari ni ye walaupun duk Selangor. Sobsobs~ Tapi nak halfday, aura opis terasa berhantu je hari ni. Hikhik alasan semata kannnn~ Ok tutup pasal cuti, korang yang cuti takyah nak senyum kambing ke, sumbing ke sebab aku kena kerja ye. 

Semalam kitorang memenuhi undangan Bday Party Mikha anak mommycha. Sampai sana, dari jauh dah nampak khemah pink biru tu. Hohhh! Meriah gilers hokey dengan ada lagunye, belon berkaler kaler, tengok sekali imbas dah macam kenduri kawen pun ada. Hihihi~ Memang cantek! I is jeles okey. 

Dia punya makanan pulak, kalau aku ingat balik memang bergelen gelen aku telan air liur. Hahaha~  Yelah kalau pergi kenduri kawen ke tunang ke, biase lah makanan die kite jupe nasi, bubur, ade buah-buah ciket kan. Tapi bila pergi kat sini, ada gula-gula lah, kek lah, nauget, sosej, haaaa ape lagi. Memang best lah! Eh bday party dgn wedding kan lain, kompem la makanan pun beza ye dak. Ye ar, ni pestime aku pergi bday party setelah 26 tahun hidup di muka bumi ni. Sadis tak?

Tengah makan-makan tetibe sue umi aqilah datang tegur. "Ni Naila kan?" Haaaa kemain glemer Naila ni kan. Aku yang menaip, Naila yang dikenali. Sentap mak jemah. Hikhik. Abis makan baru aku bawak Naila jumpa dengan Aqilah. Sembang sembang sembang, Anis mommy Airiell pulak sampai. Masa tu tak busy sangat dah, baru mommycha join bersembang. Kalau tak sebelum ni keluar masuk rumah je mommycha amek makanan la, amek itu amek ini. Yang aku perasan memang busy bebenor mak buyung tu. Cam biasa bila dah berkumpul, gambar harus ada! Baru lah ada memori daun pisang kan. 

Dekat dua jam gak aku berkampung kat situ. Nak duk lama-lama segan mak. Kalau ikut memang nak tunggu mommies lain datang, tapi takpe lah. Takde rezeki. Next time boleh jumpa lagi. 

Ok perenggan yang terakhir kepada Mikha, Happy Birthday Mikha! Semoga membesar dengan sihat. Jadi anak yang soleh. Muahhh muahhh dari Naila. Eh??
*
*
*
Daddy Naila cakap, "Budak tu la yang kena pukul dengan pengasuh tu kan? Budak tu la yang tercekik apple tu kan? Hensem budak nye..." Hihihi. 

Happy Besday Mikha~ Tiup tiup lilin. Eh Bday Mikha ke Mommy Cha? Lalala~
Macam-macam Annaila makan kat situ...Hihi...Annaila nanti takde bday party bagai ni tau...Time ni lah Annaila kne melantak bebanyak...Huahuahua~
Heppp Naila. Amboi nampak Mikha yang ensem sampai terteleng2 kepala tu ye. Malu cket anak dara mama ni.
Annaila sebok beramah mesra dgn aunty Sue. Camera pun tak pandang dah.
Kalau tunggu lagi siket boleh penuhkan gambar dengan mommies lain. Sobsobs~
Ganas anak dara ni. Duk sebok nak tarik orang punya headband. Nanti mama beli kan untuk Naila besarrrr punyeeeee! 
Cepat rebut gula-gula. Besar cket kte letak tepung suruh rebut gula-gula dalam tepung! Mst comel memasing muka! 
Tak berkelip Airiell usha anak dara Sue. Hihihi. 
Ape je lah yang disembang sampai cucuk cucuk muka tu.
2 budak kecik bergolek golek atas meja...

Wednesday, January 23, 2013

Annaila : Panjat tangga~

Kupu-kupu mama dan daddy semakin lasak! Kalau lepak rumah parent aku memang penat la sebab Naila asek la nak manjat tangga. Bila turunkan, dia merangkak dengan laju pergi arah tangga. Sampai tangga, senyum-senyum dulu. suruh orang kejar lah tu. Bila tak bagi panjat, mula la melentik-lentik badan tu marah. 

Sekarang kalau panjat tangga bukan merangkak macam dulu. Dah eksyen siket pegang tepi tangga sambil manjat tangga. Pastu bila dah sampai atas, dia tengok orang-orang kat bawah, muka Naila macam cakap, "Haiii. Saya kat atas. Mama, opah, makcik pakcik semua kat bawah." 

Makin penat kan bila budak semakin membesar. Kalau dulu die kecik diam je. Baringkan atas katil pun takde risau-risau dia jatuh. Hihihi. Sekarang nak tinggal kejap pun, siket-siket intai apa dia buat. Takut jatuh la, takut masukkan benda dalam mulut lah, itu lah ini lah.







Tuesday, January 22, 2013

Anak itu Kupu-kupu Syurga~

ANAK ITU KUPU-KUPU SYURGA ♥ ♥ ♥ 

1- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

2- Ciumlah anakmu ... kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

sumber : laman web JAIS


Kupu-kupu baru 7 hari...Rindu nak baby!!

Monday, January 21, 2013

Weekend sama Fantabulous Skin Care~

Weekend! Selalu weekend, kitorang laki bini angkut Naila berjalan sana sini. Tak duk rumah pun. Tapi semalam, kitorang duk rumah sehari suntuk! Ok takdelah sehari suntuk, pagi tu pergi sarapan pastu cari lauk. Pastu melepek kat rumah.

Haaaa cecuti ni lah baru best nak membelai muka kannnn. Sejak jadi mak mak ni, punya lah tak sempat nak bermasker bagai ni. Nak layan budak kecik tu lagi, budak kecik dah tido, nak layan daddy nye pulak. Eh? Huahuahua~ Bila Annaila tido, ajak daddy Naila sekali sebab kalau aku sorang pakai, mesti time tu lah daddy Naila nak tanya macam-macam. Dua-dua pakai, nak tanya pape guna bahasa isyarat muncung muncung mulut je. Sunyi sepi rumah tu dalam setengah jam tu.

Produk yang aku guna, Fantabulous SkinCare. Best tak? Ok laaaaa. Pakai scrub + masker, muka jadi fresh gittew. Pastu tak abes-abes cakap dengan daddy Naila, "Cantik tak??", "Putih tak??". Hahaha PSIKO!! Daddy Naila pulak jenis melayan, iye kan aje lah apa bini dia cakap. Eh tapi betul, bila pakai rasa sejuk-sejuk je. Bila dah tanggalkan masker tu pun, terasa macam, "Cantiknye bidadara bidadari ni." Kahkahkah. Muntah lelaju!

Kbai~
Putih tak muka kitorang???Huahuaha~
haaaa...beli kat sini je...search la eyh...;)
mama daddy kte gedik-gedik tau tepek bedak banyak2 kat muka. :p





Friday, January 18, 2013

Annaila : Mama buli?


Seriously mama buli????

Hohhhh hemoh hemoh. Budak ni menangis bukan sebab kena buli. Budak ni nangis sebab nak main iphone mama dia. Bila dia mintak, aku bagi tapi aku off kan lah. Bila dapat kat Naila iphone dah gelap gelita, maka dia punya mengamuk cenggitu lah. Dia hempas iphone tu atas tilam. Haaaa sebaik atas tilam kan. Dia hempas, pastu amek balik. Hempas lagi, amek balik. Cenggitu lah beberapa kali sambil nangis tendang tendang kaki. Ada harapan nak hentak kaki ni kalau ngamuk. 

Bila duk hempas cenggitu, aku amek iphone terus simpan. Dia punya mengamuk sampai keluar air mata pulak dah! Drama queen sangat ni. Haihhhh~ Last aku pujuk dukung bawak keluar bagi mainan. Tu pun teresak esak lagi nak kan iphone tu. Pastu bila aku dah terloncat sana terloncat sini baru lah dia nak gelak. Haihhh~

Cerita sama daddy Naila, daddy senyum je pastu boleh ye jawab, 
Daddy : "Ikut perangai siapa lah kan." 
Aku, "Gulpp!"





pagi tadi, Annaila baru pas mandi nak berpeluk dengan mama bila mama nak keje....hihi...manje tau ini budak...

Thursday, January 17, 2013

Kurus vs Gemok~

Kemain tajuk kan. Hehehe. Ok ni bukan nak citer pasal orang lain, ni pasal aku sendiri. Aku dulu masa zaman sekolah kurus. Alaaaa biasalah bebudak remaja gitu kan. Masa tu, makan banyak pun, badan maintain je. Gittew. Habis sekolah, aku dapat masuk PLKN 3 bulan. Dalam masa 3 bulan tu, aku berjaya menaikkan berat badan yang gila kaw kaw punya! Sebab? Makanan kat sana best gila weyh! 6 kali sehari kot makan. Masa tu orang kata aku gemok, aku taknak percaya. Aku perasan aku dah gemok bila aku nak pakai jeans masa last day PLKN. Seluar tu aku tak boleh nak pakai sebab sangkut kat atas lutut siket. Bukan kat pinggul okey. Haaaaa giler gemok aku dulu. Masa aku balik dari PLKN, semua tak kenal aku. Sobsobs! Yelah, dah la gemok, hitam pulak tu, dah hitam, jerawat satu muka naik. Time tu aku tak kesah sangat. Tak pandai nak jaga-jaga muka bagai ni. Lelame kulit tu kembali la ke kulit asal kan. Tapi amek masa lah.

Masuk matrik, time tu jumpa kawan-kawan baru, So dorang semua nampak aku yang chubby ni. Bukan wawa yang kurus melidi time zaman-zaman sekolah dulu. Tapi time tu, bila jumpa bebudak sekolah, semua terkejut lah tengok badan aku cenggitu kan. Dalam masa setahun kat matrik tu, memang aku diet lah. Time tu mana ada fellina inchloss, acai berry lah, aku diet sendiri je. Makan nasi siket dengan sup je. Kekadang tak sentuh nasi dalam seminggu. Memang aku jaga makan time tu. Masuk UKM, aku dah berjaya pakai baju size S balik. Time tu bebudak PLKN dengan Matrik pulak pelik tengok aku dah kurus. Huahuahua~

Bila pregnant, badan aku naik giler babeng punya! 25k weyh. Time pregnant aku selalu kira camni,
Baby - 3kg
Uri - 1kg
Air ketuban - 5kg
Air dalam badan - 5kg
Lemak yang kena buang - Balance lepas tolak tolak yang kat atas tu.
Haaaa. Kemain lagi mengira kan. Hahahaha~

Sekali bila dah bersalin, rupanye badan aku lagi mengecik dari dulu. Dah mana aku tau lemak-lemak tu ilang kat mana. Yang dorang duk perli-perli aku tak bahagia la, itu la ini la kenapa kan. Adoiiii. Manusia. Aku lestik mulut tu baru tau.

Aku dah merasa jadi gemok dan kurus. Kau tau bila gemok, orang tak puas hati. Bila kurus pun orang tak puas hati. Ada je mulut dok pok pek pok pek ngata aku. Sakit hati gak kekadang kan. Tapi tengok jugak siapa yang ngate, kalau setakat member kamcing, takde makne nak sentap-sentap. Tapi kalau orang tu baru aku kenal, woahhhh! Rasa darah naik kat muka macam nak tampar lelaju mulut itu orang. Tapi yang best tu, orang yang ngate aku tu badannye bukan cantik macam model pun. Hohhh!!

Bila kurus, 
"Wey kau ni kerempeng sangatlah. Cuba naikkan siket berat badan tu.",
"Kurus lah kau ni. Macam tak bahagia je. Macam ada masalah je." 
"Laki bukan suka pompuan kurus sangat, tulang je. Tak sedap nak peluk."


Bila gemok,
Lalu dekat tempat parking kereta, "Haaaaa, Wawa kau lepas tak jalan tu??" 
Jalan kat mall, orang pandang atas bawah macam nak mintak kaki.
Jumpa kawan, "Banyaknye spare tire kau..."

Haaaa. Ni antaranya. Banyak lagi sebenarnye. Sedih tau. Aku tau korang mesti cakap, 'Laaaa best la kurus, kitorang ni berusaha nak kurus tau.' Tapi percayalah bila korang dah kurus, orang ngate jugak dah korang akan rasa down. Haaaa. aku tulis ni sebab aku dah sentap plus makan ulam jantung pisang dah ni. Kalau aku hati batu, takde makne aku nak citer kurus gemok ni.

Tapi apa-apa pun, aku try jugak usaha naikkan dua tiga kilo dalam sebulan dua ni. Tapi bila timbang, macam tu jugak. Sobs! 

Wednesday, January 16, 2013

Annaila : 9 bulan~

Eh eh. Bulan ni tak update pun pasal budak kecik tu kan. Budak kecik tu dah 9 bulan. Dia punya perangai memang banyak betul follow perangai aku. Hohhhh. Sangat tak bagus! Baru nak fefeeling dapat anak yang lemah lembut macam daddy nye. Sekali kasar rupanya anak dara ni. Takpe, 'melentur buluh dari rebungnye???'. Tapi kena daddy yang ajar, aku ajar kang lain pulak jadinye. Huahuahua~

Okeh okeh budak kecik sekarang dah boleh berdiri lepas tangan. Tapi beberapa saat je lah. Woahhh! Tak sabar nak tunggu dia berdiri pandang aku pastu pok amai-amai. Mesti comelllll je! Tapi kalau dah berlari, mesti tak comel dah. Hahaha. Penat aku nak kejar dia nanti. Lagi satu bila dia berdiri, aku suka lepas tangan Naila kekonon nak suruh dia berdiri. Tapi nanti Naila mesti nangis. Hihihi! Pastu dari berdiri dah pandai duduk slow-slow kekadang mencangkung. Duduk pun dah pandai duduk katak. Kalau dulu nak duduk kaki mesti menjulur ke depan. Bab memanjat, memang tak boleh buat ape dah. Tangga kat umah mak aku tu memang sampai ke atas dia manjat. 

Kalau berdukung dah pandai lentik badan nak turun. Kalau dah lentik badan tu, memang tak boleh buat apa. Kena jugak lepaskan dia. Haaaa. Kalau pergi mall, lagi dia buat perangai. Taknak berdukung, nak turun. Bila dah turun tu taknak kita pegang, die nak merangkak satu mall tu. Grrrrr!! Kau bayangkan kalau dia dah pandai berlari nanti, agak-agak cemana eyh?? Memang aku tinggalkan dia kat umah parent atau mertua aku. Bahaya dah kalau bawak jugak.

Suka campak barang ke bawah. Bagi botol susu, campak. bagi mainan, campak. Bagi tu, campak. Bagi ni, campak. Apa pun tak boleh. Bila dia campak tu nampak macam kepuasan bagi dia. Boleh??? Last-last aku simpan barang semua, taktau nak buat apa, Naila pun tepuk tangan tetiba. Aku pun kena la layan dia nyanyi pok amai amai pulak.

Pandai tiru apa kita buat. Kalau aku cakap, "Annaila! Takmo!!" sambil geleng kepala. Dia pun sibok geleng kepala. Bukan kepala je die geleng, dengan badan-badan die gelek. Bikin aku gelak je tengok perangai dia. Dah pandai jugak guna jari telunjuk untuk menunjuk. Sangat suka tengok gambar family aku. Ada sekali tu, dia tunjuk gambar adik aku, pastu pandang adik aku sambil nunjuk. Pastu tunjuk gambar opah dia pulak dan pandang opah dia sambil nunjuk. Bila tok nye tanye, "tok mana? tok mana??" dengan selamba Naila tak layan dah. Hahahaha. Ngade tau Naila ni!

Wohoooo. Annaila dah ada 3 batang gigi! Nampak kelakau bile ade 3 batang je. Hahaha. Ok la tiga pun tiga lah. Suka buat gigitan mesra kat aku. Sakit hokey. Mommy yang pernah kena gigit mesti tau apa rasa die. Tapi dengan daddy, Naila tak pernah gigit tau. Geram! Sebab bila aku menjerit kena gigit, daddy Naila mesti tanya 'sakit ke??'. Time tu suruh Naila gigit daddy, takmo pulak. Grrrrr!

Makanan Naila pulak, tak main dah bubur-bubur, caralec, biskut. Dia tolak mentah-mentah. Geli kononnye. Choiii! Sekarang masak nasi biase pastu buat lauk atau sup untuk dia. Baru berselera je dia makan. Haih~ Anak....Anak....Jadi pepagi tu, memang aku tak memasak la untuk die hantar ke pengasuh sebab pengasuh sendiri cakap dia akan masakkan makanan untuk Naila. 

Hahhhh. Apa lagi nak update pasal budak kecik tu. Itu je kot. Hihihi. Eh eh pasal nak ada baby tu, nanti dulu sebab nak cari kerja lain. Hahaha. Kang dah pregnant, susah lak cari kerja baru. :p

Annaila dah pandai minum pakai straw... Eh eh oren nyeeeee air tu.... hahaha...bagi siket je sebenarnye....Nak testing...lalalala~
Makin manjaaaaaa! hohhhh...penat mama awak ni tau!
ni dalam masjid....gilir semayang dengan daddy sebab Naila ni dah pandai merayap....

Tuesday, January 15, 2013

Mood ke langit~

Mood : Bosan. Mengantuk. Lemau. Nak balik tdo.

Sebab : Takde mood nak kerja. Kawan dah berenti keje. Sobsobs! Takde kawan nak gelak ketawa lagi dah.

Annaila. Mama rindu kamo!!

Aghhhh. Stress.

Friday, January 11, 2013

Annaila : Demam Campak~

Semalam kan Annaila masih demam. Balik keje tu aku amek dia. Selalu kalau nampak aku mesti terkinja-kinja happy. Tapi semalam amek dia tengah tido, pastu dah bangun masih mamai-mamai lagi. Sampai rumah aku tidokan dia balik. Kesian budak kecik tu.

Bila Naila bangun tido tu nampak muka dia pucat gilaaaaa. Badan dia dari atas sampai ke kaki sejukkkk je! Aku cuak dah, daddy Naila sampai rumah je terus aku bagitahu pasal Naila. Malam tu jugak ajak g klinik dan mintak penawar siket dari bapak aku. Tapi masa on da way g klinik tetbe suhu Annaila macam normal. So terus la ke rumah mak aku kan. Jumpa pak aku, bapak aku belek-belek Naila pastu bapak aku cakap kena campak kot. Sebab, demam lebih 3 hari. Mulut macam ada bau siket. Dan sila lah check badan tengok ade bintat-bintat merah (macam ruam) tak. Haaaaaa. Bapak aku cakap kalau ikut pengalaman orang-orang tua memang kena campak. Tapi apa-apa hal kena jugak pergi klinik dapatkan kepastian doktor.

Balik tu baru singgah klinik jumpa doktor dan doktor pun sahkan campak. Dapat ubat sapu je sebab ubat demam banyak lagi. Doktor cakap semua baby akan kena demam campak. Lepas kena campak, pasni mungkin chicken pox plak. Woooo! Mesti lagi kesian. Huhuhu~

Tak sabar nak tunggu Naila sihat!
kesian dia macam letih sangat. Nak bangun tido susah sangat sekarang. Kalau tak pepai dah dengar die bebel...

Ni mama nak g kerja terpakse kejutkan dia nak peluk cium dia suruh byebye mama...Pastu nak anta pengasuh...Bangun2 nangis..tak senyum pun...sobsobs!

Thursday, January 10, 2013

Annaila : Demam 2013~

Eh eh. First entry dalam tahun 2013. Orang lain dah berentry-entry, kau baru buat entry pertama.

Ok dah, nak citer Annaila demam. Hari ni dah masuk hari ke-4. Doktor cakap kalau lebih 3 hari demam kena pergi klinik balik nak amek darah. Hohhhh! Amek darah ni yang aku tak berkenan. Cukuplah masa Annaila kene kuning dulu dorang dok cucuk-cucuk tangan Annaila sampai berbekas. 

Aku agak Annaila demam sebab nak tumbuh gigi. Masa hari pertama demam tu, aku amek kat pengasuh, Annaila buat mulut itik tu. Time tu dah terfikir budak ni nak tumbuh gigi kot. Pastu sampai rumah tetibe dengar Annaila laga gigi. LAGA GIGI! Maknenye mestilah dah ada gigi atas jugakkan tu sebab boleh berbunyi. Terus aku check! Yepppiiiii! Memang sebatang gigi kat atas dah muncul. So sekarang Annaila ada 3 batang gigi. Fuhhhh!

Ingat nak tumbuh gigi sehari je demam sebab masa gigi bawah naik tu demam macam memain je. Takde lah lame sangat sampai 4 hari. Huhuhu. Ni suhu dia kejap naik kejap turun dah macam bursa saham pulak kan. Tapi demam-demam pun ada hati nak bergelak ketawa, main-main. Cuma tak melasak sangat lah. Tak larat kot. Haih rasa nak terbang lelaju nengok apa Annaila buat sekarang. Huhuhu~

gigi atas dah muncul seketul!\
2 malam tdo berkepit dengan mama. Cian dia~
lena benor tdo. selalu kitorang banun, dia pun bangun. Demam ni, kene panggil pun susah nak bukak mata...
Celik mata, nampak mama terus senyummm! Muaaaahhh la Naila~
Hye! Ni la rupe rambut kte baru pas bangun tdo. Kihkih~
Hari ke3 demam, mama bawak  klinik. Diam je dalam kereta. :p