Klik sini. Terima Kasih :)

Tuesday, October 30, 2012

Annaila : 7 bulan dah anak aku~

Esok Annaila nak masuk 7 bulan. Tik tok tik tok! Aku rasa sebulan ni macam masa terlalu cepat. Sedar-sedar, "eh Annaila nak masuk 7 bulan la. Kejap giler!" Dalam sebulan ni pulak macam-macam perangai dia buat. 

Bila menangis tu dah start ada "emmmm.....mama". Daddy Naila perasan terus cakap kat aku. Aku pun seksited lebih siket la. Omegod, anak aku panggil nama aku. Omegod. Omegod. Dan daddy Naila termenung sambil memegang kepala dengan membuat mimik muka sadis. Kahkahkah. Bajet Annaila akan panggil daddy dulu, kesiannnnnnn. Kan! Good Annaila! Tak sia-sia mama meneran untuk keluarkan awak. Lalala~

Annaila start 6 bulan baru lah pandai menyusur. Sekarang nak masuk 7 bulan dia dah boleh menyusur dengan cekap tp takde la laju mana pun. Kalau ada benda yang die nak terkam, baru lah ke depan. Kalau mama nye dok tepuk-tepuk tangan suruh bergerak, haram nak bergerak. Seinci pun takdak. 

Lagi, Annaila dah start menonggekkan buntut tanda untuk merangkak. Mungkin! Dan dah start nak memanjat. Mungkin jugak! Sebab kalau dia dapat pegang peha aku, memang sedaya upaya la angkat badan untuk bangun. Aigoooo! Segala perhiasan berunsurkan renda atau kain-kain akan di buang ke dalam stor. Hari tu pun, kemain seronok die tarik alas meja makan. Sipi lagi bekas air nak jatuh. Fuh semangat!

Dah start kenal mama daddy dan orang sekeliling. Bila orang luar ambik, terus "ehekk ehekk ehekkkk." Sambil pandang mama dan daddy mintak ambik. Bila nampak family aku dan family mertua, senyum takyah cakap la. Siap lompat-lompat lagi. Mentang la ramai orang suka layan dia. Nanti dah ada adik atau sepupu, Annaila tak dilayan sangat dah. Hihihi. Dah besar, sape nak main dengan awak. :p

Sekarang bila nampak botol susu, dah pandai ambik sendiri dan cuba masukkan dalam mulut. Comel gila kot! Ada sekali tu, aku tengah masakkan bubur untuk dia. Agaknya Annaila pun tengah tengah lapar sangat, menyusur sedaya upaya ambik botol susu kosong dan masukkan dalam mulut. Dan macam biasa, aku dengar daddy Naila jerit dan datang kat aku cakap, "Kesian Naila, lapar sangat bla bla bla." Cerita pasal Naila la.

Dan yes! Annaila sangat manja dengan aku walaupun kekadang aku macam singa betina yang akan menerkam mangsanya bila-bila masa. Hahahaha. Daddy Naila mesti cakap, "kenapa Annaila taknak daddy. Daddy kan ada." Annaila pun jawab, "Tapi memalam mama yang peluk Naila, Naila tido bawah ketiak mama bukan ketiak daddy." Haaaaa. Tu lah jawapan Naila kat daddy die. Huahuahua!

Hari ni gambar tak banyak, cerita plak panjang. Mama terlebih excited! :p


Annaila : Cik Ted bucuk Naila~

Ini Cik Ted Naila. Kalau kat rumah, nak tido bagi je Cik Ted ni kat Naila. Dia gigit-gigit, tonyoh kat muka pastu terus tertdo. Hehehehe. Senang kerja mama. Tapi kalau dia terlebih manja, takde makna nak Cik Ted, mama jugak yang die nak melekap. Bak kata daddy,Naila kalau nampak mama terus tak keruan. Opkos la, anak I kan. Lalalala~

Sebab Naila suka gigit, hisap Cik Ted, jadi Cik Ted tu dah bertukar kaler hitam. Dah bertukar tu, pepaham la eh. Kene la basuh! Kang tetebe Annaila jerit, "Mama! Banyaknye bakteria!Ewwwww~" Anak sape lah ni yang pandai sangat ni. Hahaha~
 

Monday, October 29, 2012

Raya Eid Adha Kami~

Raya Eid Adha, raya dengan family aku. Cam biasa, suasana raya tak macam raya sangat. Tapi sebab aku dah lama gila tak melaram dengan adik-adik aku, jadi raya tu kitorang wat theme sikit. Motif nak ambik gambar sama-sama dan menggedik sesama. Muehehe. :p
Annaila sampai umah mak aku, bagi makan, minum susu, kenyang, dia da mengantok balik. Jadi gambar Annaila tak banyak sangat dan mama dan daddy sempat feeling-feeling muda lagi bila bergambar. Hahaha~

Ok time ni Annaila dah bangun dan makcik dia dari jordan call untuk menatap muka Naila yang semakin lama semakin hitam seperti mama dan daddy dia. Kakaka. Tengok Naila muka tak rela sebab......

" Errrr. Siapa ni? Macam ku kenal tapi.........."

" Sorry daddy, Naila tak kenal. Naila nak sambung main balik daddy. Please!" 
 Tu je la cerita raya kitorang. Haaaa dengar-dengar jammed teruk gila semalam kan! Sebaik la kampung aku kat Bangi je. Hahaha. Eh tapi mak bapak aku dalam proses nak duduk kat Perak balik. Kalau dapat duk Perak, sistem giliran balik kampung akan dibetulkan balik. Yeayyy! Dah aku dah ada kampung betul-betul punya~!



Wednesday, October 24, 2012

Annaila : Berenang pulak dah~

Last weekend, kitorang laki bini bawak Naila g berenang kat Pullman Putrajaya. Tapi takde la kat dalam Pullman tu, gila ko nak masuk dalam Pullman tu. musti mahal gilak! Kitorang mandi kat luar Pullman je. Nak masuk kolam tu kena bayar dewasa RM2/seorang dan baby free. Siapa ada anak kecik yang orang panggil kanak-kanak kena bayar gak tp RM1/seorang. Murah kan! Kalau kat Danau UKM tu, RM5/seorang, dah la tak cantik kolam dia. Muehehe. :p 

Ok sambung cerita.  Ko tengok bukan main cantik lagi baju Naila kan. Mama perasan sendiri nampak. Hahaha. Aku beli kat <sini>. Siapa ada baby gegirl tu boleh la beli jugak. Kira ni pestime lah Naila pakai baju ni dan pestime jugak bawak dia berenang-renang cenggini.

Masuk kolam tu, memula daddy cecah-cecah kaki Naila dalam air. Konon taknak bagi terkujat sangat la kan. Pastu tarik lagi ke dalam dan ke dalam dan dalam lagi. Dan hoyeay! Annaila sangat-sangat suka mandi dalam kolam tu. Muka tersenyum-senyum macam memula dapat naik walker dulu. Muka kepuasan! Tapi habaq sat kat aku budak mana yang tak suka jumpa air? Semua budak suka air kan. Bukan budak je, bapak budak, mak budak suka air. Aku ni kalau ikut perangai tak betul aku, mau jugak aku terjun. Tapi sbb otak aku da ok sekarang, jadi aku mampu click click ambik gambar je. Kalau aku terjun gak, entry ni tercipta tanpa gambar. Hiks~! 

Kitorang dah plan dah, tiap hujung minggu nak bawak Naila datang sini. Aku pun nak terjun sekali. Tapi kena bawak adik-adik aku la. Baru leh gilir-gilir pegang Naila. Budak kecik tu bukan boleh rendam lelama. Kang kecut-kecut lak tangan tu. Hihi. 

Jom bawak anak-anak berkelah kat sini. Duit pun tak banyak keluar. 



Thursday, October 18, 2012

Annaila : Menyusur lepas~! Duduk pun lepas~!

Annaila. Budak kecik tu sekarang kemain lagi manja depan mama dan daddy dia. Sebenar dia dah boleh menyusur ke depan dengan laju nye, tapi bila dia nampak mama dan daddy dia, sikit pun taknak bergerak. Duk la jerit-jerit hentak kaki mintak ambik. Jenuh la aku dari jauh jerit nama dia suruh bergerak, tapi haram. Haih! Sebelum dia menjerit lagi kuat, aku pun terpaksa la ambik dia. Kang tak ambik kang, die menjerit sekuat hati sampai dia rasa suara dia best, cemana? Duk menjerit 24 jam je la nanti.  Lagi stress!

Sebab dia kemain laju menyusur sekarang, dua kali gedebuk jatuh katil. Memang tak boleh tinggal kejap pun. Pestime jatuh dari katil rumah aku. Tapi daddy nye yang jerit dulu dari Naila. Aku ingat amende, dah masuk bilik baru dengar suara Naila. Hihi. Kali kedua jatuh kat umah mak aku. Adik aku jaga, tinggal kejap nak buat susu. Dengar-dengar Naila dah menangis. Sebaik la jatuh atas karpet. Huhu. 

Sekarang, dua tiga hari ni pulak, dah boleh duduk dengan stabil. Yeay! Dulu kalau duduk tahan beberapa saat je pastu senget-senget dah badan nak jatuh. Sekarang stabil tapi goyang sana sini. Bila nak jatuh pandai dia tahan dengan tangan. Comel gila kan budak kecik tengah belaja mende-mende cenggitu. :D

sikit pun taknak bergerak. 
bile dah ambik, otomatik senyap dan tersenyum-senyum.
mama. naila dah boleh duduk. weheeee~
nom nom nom. :D
menahan badan dari jatuh. good girl ank mama ni.
entry nak buat mlm semalam sbnrnye, tp dah budak kecik ni nak  menaip jugak. layan kan aje. :p

Wednesday, October 17, 2012

Gathering Gojes blogger supermom & baby~!

Toink! Toink! Sebelum memulakan kerja curik masa sikit untuk update.

Ahad lepas........apa aku nak tulis ni. Dah kelam kabut cenggini mula lah taktau nak karang ayat. Haha. Cincai la eh.

Kitorang sampai tasik titiwangsa tu lewat setengah jam. Annaila la sedap sangat tidur kat rumah. Tak sampai hati nak kejut. *salahkan anak pulak, padahal.........* Sampai tasik titiwangsa duk pusing-pusing cari Restoran Nelayan tapi tak jumpa-jumpa. Rupanya restoran nelayan tu dah tutup, patutlah. Kau pusing beribu kali pun takkan jumpa. Pastu tetbe dapat mesej dari, *errrrr lupe pulak nak tanya siapa* tukar lokasi ke Festival Mall sebab awan mendung yang berarak dengan gelap, tunggu masa je nak hujan. Tapi dusta je semata sebab tak hujan pun. Hihi. Tapi aku kompius betul mana dorang dapat no phone aku. Rasa macam tak letak bersepah-sepah. Haha. Tp kalau dorang tak mesej alamat memang tak jumpa lah sebab daddy Naila nak lepak kat tasik titiwangsa tu je. Sebaek la mama ni buat muncung itik, baru lah daddy bawak. Hihi. :D 

Puas pusing kat tasik titiwangsa, kita pusing pulak kat dalam Festival Mall cari parking. Kemain susah lagi cari parking kat sinun. Berkat doa Annaila, dapat gak la parking kat situ. Dah dapat parking, mesej dorang tanya nak jumpa kat mana. Punya lama aku tunggu dorang reply, aku rasa kes susah dapat parking gak kot. Pastu baru la dapat mesej 'jumpa kat ayam penyet.'

Sampai Ayam Penyet tengok dah penuh parking stroller memasing. Dan ketemuan la dengan mommy leenda dan asyraf, mommy anis sama airiell, mommy ciknaa sama razin dan last sekali baru la kak mimi muncul bersama si Fayel ni. Dulu mase Annaila tak lahir lagi suka tengok muka Fayel sbb muka Fayel tak macam baby baru lahir. Muka mat salleh sangat. Hiks!

Dah kalau mak-mak jumpa, cerita pasal anak dan pengalaman sendiri je la kan. Bosan? Korang bosan tak baca blog-blog orang cerita pasal anak ni. *haip! siapa yang bosan pi dok jauh-jauh.* Seronok kan baca cerita dorang. Tapi lagi best dengar dari mulut tuan punya blog! Macam-macam kita boleh kongsi dan yang paling penting en suami join dengar juga. Barulah paham isi hati limpa kita cemana. 

Bila dah pok pek sana sini, nak order makan pun sampai setengah jam. Hahaha. Sebab aku lapar, aku duk usha kertas order tu berpass-pass. Dorang bersembang pun aku tak dengar sangat. Kahkah! Keji tau mommy Naila sorang ni. Sampai makanan pulak, kitorang laki bini tak mampu nengok makanan terhidang cenggitu je. Setelah mendapat keizinan dari yang dipertua bla bla bla, kitorang pun makan la dengan rakus. Tapi memang terbaik la budak-budak kecik ni, time mak bapak dorang nak makan la dorang dengan senang hati tido dengan lena. Tapi abang-abang *Fayel & Asyraf* nak tunjuk perangai memasing. Hihi. Comel gilak budak dua orang tu. Muka dah la sejibik sejibam masing-masing. Kot kalau tukar mak bapak, agak-agak memasing boleh terima ke? *suka suki kau je nak tukar anak orang kan!*

Dah penat gila, sesi ambil gambar pulak. Penat tapi seronok. Sumpah tak tipu. So siapa-siapa yang free 4hb 11 ni, jom la join kat Shah Alam pulak! Leh kita merapatkan silaturrahim. Tak kisah la yang belum ada baby, baby dalam perut, yang anak dah berderet siap lari sana lari sini. Jom kite ramai-ramai yuk! *kemain ajak, kot last-last aku tak dapat pergi. kihkih.*

Tetbe terase cam panjangnya entry ni. Tadi cam takde idea sangat. Hahaha. Sorry la kengkawan. Baca lah sampai muntah ye. Bye! ;D

Sesi gojes blogger supermom & baby bergambar sakan~
Boleh masuk nasyid dah ni.
Daddy-daddy pulak nak bergaya sakan. Daddy razin next gathering, InsyaAllah~

Tuesday, October 16, 2012

Annaila : Update 6 bulan 15 hari~

Semalam genap Annaila 6 bulan 15 hari. Akhirnya Annaila berjaya gak menyusur ke depan. Laju lak tu! Bangga kejap. Hahaha. 6 bulan setengah baru nak nyusur kau dah bangga sangat. Biar ar. Kalau Naila tak nyusur terus berlari lagi aku bangga. Miahahaha~ Asalnya semalam nengok Upin Ipin kat ipad. Tetbe Naila cam teruja telebih cket sampai nak menyapai ipad. Laju je die menyusur, aku memula tengok cam blur pastu baru la jerit-jerit panggil daddy Naila. Haha. Batak siket la tengok anak pandai nyusur. Tu baru nyusur belum berlari lagi. Dah lari nanti, lompat-lompat kot aku? 

Perkembangan lain pulak, bila dia berjaya masukkan ibu jari kaki dalam mulut. Ok jangan dengar cerita orang tua, biasalah perkembangan budak cenggitu kan. Tapi mamanye ni nak berpeluh-peluh gak sebab daddy Annaila asek la sebut pasal nak 'adik' lagi. Macam dah tak boleh nak berkompromi lagi dah ni! Grrrrr~! 

Annaila, sila pujuk daddy dengan buat muka paling comel ok! Baru lah daddy lupa pasal 'adik'. Lalala~

Thursday, October 11, 2012

Buat sedap! Teran taknak!

Bila dah jadi mak-mak ni, nampak cerita macam adik adam tu cepat betul tersentuh. Lagi-lagi bila terbace blog incik ben, duk tepek twitter wardina 'buat sedap, teran taknak! nah anak kau takkan hidup!' - kata2 nurse kat mak adam. 

Oiii. Sedapnya bahasa jiwa dan raga tu. Kau ingat beranak ni senang? Kalau pun kau dah beranak sepuloh, Allah permudahkan plak kau bersalin, tak beerti orang lain semua macam kau. Ngerti! Dah ko keje kat situ, hari-hari lak ngadap orang beranak, takkan la mende tu ko takleh nak handle. Adoi! Cakap ikut suka kau je eh. Dah kena saman nanti baru la, "trrrrr..errrr..aaaaa..." GAGAP!

Aku syukur sangat masa beranak kan Annaila, nurse-nurse kat Hosp Serdang semua tip top! Siap zikir Nabi Yusuf sama-sama aku. Panggil aku pun lembut walaupun memula cam garang, ajar aku cara-cara untuk menyusu. Semua terbaik! Harap anak seterusnya aku dapat nurse-nurse yang cenggitu. Bukan nurse yang sombong macam duk lombong! Mintak dijauhkan. Aminn~


Annaila : Budak zaman sekarang kan~

Tengok budak zaman sekarang ni. Baru umur 6 bulan, dah berebut dengan pakcik dia nak main komputer. Yang Annaila sibok nak main mouse, pakcik dia pulak nak main game guna mouse. Last dua-dua menjerit berebut. Pastu aku taktau siapa menang. Hahaha. 

Sekarang kalau dia nampak aku pegang ip, sibuk jugak nak pegang. Bila tak bagi, jerit-jerit. Last aku simpan ip, main je dengan dia. *tak suka budak kecik main gadget. nak makan gadget, nak tdo gadget, hope daddy tak manjakan naila sangat beli mende-mende camtu.*

Dah dua hari duk umah mak aku, pantang nampak tok and paksu dia ni, menjerit-jerit mintak ambik. Aku datang pun, tak layan dah. Sentap mak! 



Annaila : Rumah dah start di 'kemas'!

Dalam masa beberapa minit, Annaila mampu menyepahkan rumah! Besar cket lagi, agak-agak apa yang dia buat lagi eh. 

Pantang letak dalam walker, satu rumah dia nak explore. Benda yang naila suka buat, tarik alas TV, tarik langsir, tarik baju yang belum lipat, main laci meja. Haaaa. Apa lagi eh! Suka jugak masuk dapur. Kadang letak kerusi kat laluan dapur tu, dia boleh target dari jauh berlari sekuat hati dan 'dummm!' g langgar kerusi sampai nak jatuh. Senget-senget mama dia ni cuba selamatkan kerusi dari terhempas. Muka Annaila relax macam tak buat salah. Kesimpulan mama ngn daddy takleh sama-sama kat dapur. Sorang mesti kat depan kalau sorang nak masuk dapur. Tapi pape pun, Annaila memang suka cari mama dia ni. Tengok takde depan mata, g usha kat dapur, dalam bilik, kadang tengah mandi pun tiba-tibe dia tolak pintu dengan walker. Nak cari mama dia punya pasal. Dah jumpa mula lah sengih-sengih mintak layan. Hihi! *eh serius la bila anak da besar macam ni rasa makin comel lak dgn perangai dia. haha.*

Agak-agak dah dapat kaki nanti, dia duk depan almari kemas baju kot?! Pengsan mama ngn daddy layan Naila ni. Hihi. :p

iyahhhh. tarik lagi. apesal susah sangat ni.
ok lah. main mnde lain plak. alas ni susah mau tarik.
tiba-tiba dah usung baju ke sana sini. kalau dapat baju/ tudung kesayang aku, mmg aku jerit la. haha. takut rosak.:p
cubaan ngambik buku. ade satu pic dia nak main wire, tp sbb die pgg 'mnde' tak sepatutnye, tak boley upload. haha.


Wednesday, October 10, 2012

Mum Naila Collection : Review Food Feeder ~

Ehem nak bg review pasal food feeder ni. Disamping nak promote page ni. Haha!

Aku paksa daddy Annaila beli food feeder ni. Baru la support bisnes bini. Keji betul aku ni. Hahaha! Memula nak suruh beli set travel tu tapi sebab takde colour pink, rembat je la Single Food Feeder ni, Nampak tak begemerlapan kaler pink tu. :p

Excited punya pasal, masa daddy mandikan Naila, mama kat dapur sibuk memotong apple nak bagi kat anak terchenta ni haaaa. Pestime bagi, terus di nyot-nyot macam puting. Nampak cam die seronok je guna food feeder tu. Aku pun senang. Takde la nak pegang apple bagi die hisap macam sebelum ni. Skang kalau malas, aku suruh die pegang je. Senang kerja aku. Hahaha. ;p

Pasni nak try masukkan biskut pulak. Kot la lagi senang ke kan. Takde la menjejeh tangan aku dan Naila kotor. Nanti review!

Haaa sape nak try tu meh la beli kat MumNailaCollection. Untuk food feeder, color yang tinggal biru-kuning je. Yang lain semua dah habis stock. Next week InsyaAllah barang sampai. Tapi taktau hari apa lagi. Kalau siapa-siapa nak yang travel set atau double food feeder, stock ada lagi.

Terima kasih mommies! :)




Monday, October 8, 2012

Annaila : 6 bulan~

Hi mommies! Lama tak update. Busy menggila last week. Sebab boss nak pergi Egypt, maka aku kena settle kan banyak hal kat office. Yang sempat bukak and komen, group Gojes Mommy tu je lah. Hahaha.

Annaila dah 6 bulan sekarang. Rasa sekejap je kan? Dan aku sure mesti kebanyakan mommies paling suka bila anak dah masuk 6 bulan sebab time macam ni lah budak kecil dah tunjuk macam-macam perangai! Bila aku tengok Annaila mase kecik-kecik dulu rasa macam, 'awat kelakar sangat muka anak aku ni.' hahaha. Alah biasalah, budak kecil baru lahir memamg tak berape nak comel (bagi aku lah) sebab die kurus, tak tembam, tak pandai senyum, suka pejam mata je.  Sekarang ni, sedap betul mencubit! Dulu nak cubit takut sebab fikir kulit dia ni nipis lagi, kang cubit terkoyak pulak. So kalau geram, aku cium je la kuat-kuat. Haha.

Ok budak kecil 6 bulan tu still meniarap tapi dah boleh pusing 360' untuk cari mama dia ni. Kalau tak cari, takde makna nak saja-saja pusing. Tapi tak boleh nak gerak ke depan dan ke belakang. Bila letak barang kat depan suruh begerak akan cuba beberapa saat, pastu melalak gila-gila! Haiya, anak orang dah laju mengemop lantai, Annaila pula sibuk menghentak-hentak kaki. Mam besar la konon?

Dah start nak melekat je dengan mama dia ni. Kalau hantar rumah mil pagi-pagi, dia akan peluk aku taknak lepas. Selalu klu orang depa tangan, laju je nak dapat orang. Ni dah pandai paling-paling muka sekarang kalau orang lain nak ambil dia. Lepas balik kerja, nak ambil dia paling seronok sebab bila Annaila nampak mama dia ni, terus terkinja-kinja nak dapat aku. Terasa macam 'oh anakku'. Hahahaha! Geli tau mama ni nak jiwang-jiwang. Dulu rasa biasa-biasa je kalau nak ambil dia. Mungkin sebab time tu kalau aku balik, dia buat dono je. Tu yang aku pun buat dono juga. Kahkah!

Makin banyak mulut! Pok pek pok pek! Dulu takde la bising sangat. Sekarang kalau tak lawan cakap pun, tiba-tiba je dia gelak sesorang. Kalau dia main walker, dengar bunyi lagu dari walker pun dah boleh sengih-sengih.

Tapi dah masuk 6 bulan ni, satu je peel dia buat orang letih sikit. Tidur sekejap sangat. Dia caj batteri je, naik bar sikit terus bangun ajak main. Haaaa. Ni payah sikit la untuk orang lain. Siang tu, jenuh la adik ipar aku jaga dia. Hihi. Takpe, nampak dia happy kat situ okey la kan. Tapi waktu malam, macam biasa dia tidur pukul 8 atau 9. Pukul 10 dia bangun, senyum-senyum ajak main. Yang aku dah weng-weng. Last daddy main dengan Annaila sampai pukul 1 pagi, pastu baru aku tidurkan dia. Hahaha.

Bila Naila terbangun tengah malam, dia akan usha mama dan daddy dia. Kalau dia nampak salah sorang buka mata, tiba-tiba je dia menangis macam kena pukul. Padahal masa aku buka mata sikit-sikit tu, okey je dia. Nampak sangat nak perhatian lebih. Memang confirm tak boleh ada adik awal-awal. Apakah? Hihi. 

Aku dapat rasa 2 - 3 bulan lagi, rumah kitorang habis berselerak Naila kerjakan. Sekarang ni kalau naik walker, dia suka tarik langsir *ok takda effect apa-apa lagi.*, suka tarik alas TV sampai senget-senget TV *mungkin kena gantung balik TV tu?*, berjaya patahkan frame gambar yang di letak atas TV, cuba buka laci meja konsol *belum berjaya lagi sebab tak pandai nak tarik keluar*, suka tarik baju yang belum dilipat, tangan semakin cekap mengambil barang atas meja *lagi suka kalau ada air tumpah pastu dia tepuk-tepuk air tu sambil sengih*

Dah pandai nak bye-bye orang walaupun macam bye-bye kat diri sendiri. Bila nyanyi lagu 'cekur udang gamit,' automatik tangan genggam-genggam. Pasni nak ajar dia salam orang pula. Yeay! Anak aku dah besar. *macam anak orang lain tak besar kan kau nak bega-bega cenggini.*

Dan aku rase benda yang paling comel dia buat skang muka busyuk! tersengih dengan muka penyek sambil menunjukkan kedua gusi dia. aku rase, omegoddddd comel gila anak aku. hahaha! lantak la, anak aku. aku nak kata jugak comel! kahkahkah!